Saturday, December 31, 2011

Keadilan untuk Muhammad Safwan Anang.

Keadilan untuk Adik Muhammad Safwan Anang yang telah mengembalikan keberanian rakyat.Apabila golongan penuntut dizalimi,itu merupakan satu tanda kejatuhan sesebuah kerajaan.

Lihat Indonesia,Suharto jatuh,lihat Filipina Marcos jatuh,lihat Mesir Hosni Mubarak menanti saat dihukum.Apabila golongan pelajar bangkit,penuntut itu pula tahu risiko yang akan didapati,itu satu lagi tanda UMNO ,insyaAllah sudah tidak lagi relevan di Malaysia. UMNO menanti saat untuk dikalahkan dalam Pru 13 ini.

InsyaAllah April 2012,kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Putrajaya.

Berita Muhammad Safwan Anang di bawah.

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.


Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.


smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.


Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.


Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.


Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.sumber Malaysiakini

Friday, December 30, 2011

Mungkinkah tangan ghaib menghalang Afdlin Shauki(Boboi) jadi juara Maharaja Lawak Mega?

Kumpulan Boboi akhirnya gagal untuk menjuarai Maharaja Lawak Mega 2011.Kumpulan yang disertai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik didapati kecundang ditangan kumpulan Osbon.Mungkinkah isi lawak yang mengkritik Rosmah Mansor menyebabkan terdapat "tangan ghaib " menghalang Boboi untuk menjadi johan.?


Aflin dengan gaya ala Rosmah Mansor hidup mewah,cincin berlian dan beg mewah,seolah-olah menyindir Rosmah Mansor?


Tulisan dalam blog milosuam menggambarkan Afdlin Shauki seakan membuat watak gaya ala Datin Rosmah Mansor?Baca tulisan milosuam di bawah.


SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam.


Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan "All Out" tiada tapis-tapis lagi.


Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.


Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah.

Tak ada satu parti pun dapat memerintah Malaysia.

Sebentar tadi penulis mengikuti ucapan YB Salehuddin Ayob pada majlis pelancaran DHPP Perak.Antara ucapan menarik yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS ialah di Malaysia,tidak ada satu parti pun yang boleh memerintah Malaysia.Justeru itu menurut YB Salehuddin Ayob PAS,DAP dan PKR perlu bekerjasama untuk memerintah Putrajaya.

Ikut pandangan DS Nizar ,Anwar Ibrahim akan dipenjara.

DS Nizar sedang menyampaikan ucapan di Majlis Hi-Tea,jentera Halwa di Dun Kamunting,baru-baru ini.

Teman-teman guru yang mengenali penulis ,sudah tahu kita kerja dengan DS Nizar.Mereka kini semakin berani bertanya perkembangan isu semasa.

Mereka bertanya apa yang dicakapkan oleh DS Nizar.Penulis memberitahu ,DS Nizar menyatakan DS Anwar akan dihukum dan dipenjarakan pada 9 Januari ini.BN tidak akan membebaskan DS Anwar dan Najib Razak ,tidak mahu dimarahi Dr Mahathir.

Tentang pilihanraya,DS Nizar memberitahu PRU 13, pada bulan MAC 2012.Ekonomi dunia khususnya Eropah dan Amerika yang akan terjejas teruk selepas bulan MAC ini,tidak memungkinkan Najib Razak membubarkan parlimen dalam keadaan ekonomi dunia merosot.

Apa lagi yang DS Nizar cakap ?,tanya teman-teman guru."Jadikan kerja pilihanraya ini satu ibadah"minta DS Nizar.

Seorang teman guru yang sudah lama tidak bertemu,meminta Pakatan Rakyat memerintah Malaysia,jika tidak masalah rasuah dan ketirisan terus berlaku."UMNO ,jangan diberi peluang lagi " kata teman guru itu.

Thursday, December 29, 2011

31 Disember ini,bersama Bob Lokman di Bukit Gantang.

Bob Lokman ,datang lagi ke Bukit Gantang. Beliau akan datang ke Parlimen Bukit Gantang pada 31 Disember ,Sabtu ini.

Bob Lokman akan menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Kg Jelapang ,Simpang,Taiping dan berceramah di Kg Larut Tin.Turut berceramah YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar.

Hassan Ali antara dua berita.

Harakahdaily pertahan berita, siar transkrip sumbernya

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Harakahdaily mempertahan berita kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Ali.Demikian ... Read More

Hasan Ali: Harakahdaily seleweng fakta


KUALA LUMPUR, 29 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi ... Read More

"Cukuplah 22 kali"

Banjir di Segamat .Negeri di bawah UMNO.

Wednesday, December 28, 2011

Ugutan bunuh Nga Kor Meng,jelas UMNO tidak harap undi Cina lagi.

Apabila YB Nga Kor Meng menerima surat ugutan bunuh baru-baru ini,UMNO Perak semakin jelas tidak lagi mengharapkan undi dari orang Tionghua.

Isu rasis dan perkauman menjadi senjata UMNO.Cuma sedikit selamat,kerana orang Cina masih menguasai bidang perniagaan.Mereka yang rasis pun bergantung kepada orang Tionghua untuk terus hidup perniagaan mereka.


UMNO kini lebih ke arah pengundi Melayu.Mana-mana DUN yang mempunyai majoriti Melayu melebihi 70 peratus ,UMNO memberikan tumpuan.Kerusi bercampur Melayu 60 dan Cina 40 sudah tidak relevan untuk UMNO.


Justeru itu ,UMNO kini rancak berkempen di kerusi Melayu,seperti kawasan FELDA dan juga kawasan luar bandar seperti Grik.

Jumpa Najib segalanya boleh selesai.

Cuepacs jumpa Najib ,isu skim baru perkhidmatan kerajaan selesai.Jumpa Najib,isu novel Interlok selesai.Jumpa Najib si Saipul boleh dapat biasiswa?

Sebelum PRU 13 ini,jumpa Najib setiap isu pasti selesai. Pegawai-pegawai kanan yang menjadi penasihat dan perunding bagi pihak kerajaan,hanya menghabis beras sahaja.

Pertemuan sekadar formaliti sahaja,tidak lebih.Kemudian buat keputusan ,tiada rundingan lagi dan keputusan tetap serta tidak boleh berubah.

Seperti juga isu DS Anwar, 901 ini Anwar dijangka dibebaskan.Semuanya untuk menunjukkan Najib pemimpin adil untuk semua.Najib akan hanya membenarkan Mahathir menangis sebentar,

Selepas PRU 13,BN menang .Peguam Negara akan meminta semakan keputusan kes 901,kepada Mahkamah Rayuan .Hasilnya DS Anwar akan dipenjarakan.?

Perak ,UMNO bungkus Selangor Lima puluh lima puluh!

Balik kampung bertemu banyak pengalaman, banyak maklumat yang diperoleh.Menurut satu sumber dari teman yang kerjanya perisik tentera,Perak ,UMNO akan bungkus.Peluang PAS untuk tambah kerusi cerah.

Sementara itu ,Selangor lima puluh,lima puluh. Kesilapan kecil ,Pakatan akan gigit jari.Untuk Terengganu ,PAS berpeluang untuk jadi kerajaan,setakat hari ini.PAS perlu kerja keras.

Kedah, PAS masih berpeluang cerah untuk kekal .Untuk Putrajaya masih ada harapan. Beliau menekankan PRU akan berlangsung seawal bulan MAC .

Tuesday, December 27, 2011

Betulkah Hasan Ali mau dipecat,tanya teman-teman?

Apa cerita Hassan Ali.Itulah tajuk pertanyaan daripada teman-teman sewaktu balik kampung.Kita menjawab ,telah selesai.

Tapi betulkah YB Dato Hassan Ali mau diri dipecat?tanya mereka."Taktau"jawab penulis.Logiknya,perkara ini telah selesai.

Betulkah ada tarik rambut dalam tepung."Tak tau"jawab penulis.Apa pun kita semua kena baca harakah dan meminta pendapat pimpinan .Jangan percaya media pro-UMNO.

Tapi soal mereka,orang kampung mudah terpedaya dan termakan hasutan tv arus perdana.

Sunday, December 25, 2011

Terima kasih Tok Guru,Bukit Gantang masih kubu Pakatan Rakyat.

Tok Guru sedang berucap dalam Program Makan Durian bersama Presiden PAS.
,
Tok Guru Haji Hadi sedang menjamah durian Bukit Gantang.Dengan berkat Tok Guru musim durian tahun depan,InsyaAllah durian lebih banyak dan lebat. Program makan durian Parlimen Bukit Gantang berlangsung sebentar tadi,25 Disember,di Tmn Kuning Sari,Taiping.

Alhamdulillah Tok Guru masih menganggap Bukit Gantang kubu PAS dan Pakatan Rakyat.

Saturday, December 24, 2011

Adakah kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara ini juga ugutan? Fikirkan...

Keluarga kepada penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abdul Halim diminta membuat laporan polis jika mereka menerima ugutan berkaitan pelajar tersebut.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap ugutan tersebut, jika menerima laporan.


Keluarga pelajar tersebut mendakwa menerima ugutan ekoran perbuatannya menurun dan menggantikan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur Sabtu lalu.


Khalid juga berkata polis sedang memerhati sebarang tindakan lanjut Adam Adli dan menasihatinya supaya berhati-hati dengan tindakannya.


"Apa juga tindakan yang dia ingin lakukan, dia kena fikir kesan kepada dirinya sebagai seorang pelajar dan ketenteraman awam.


"Saya tidak mahu mengulas apa tindakan yang kita akan ambil, jangan sampai esok kita ambil tindakan, dia akan menyesal," katanya kepada pemberita semasa membuat tinjauan di sekitar bandar raya ini hari ini.


Hasil tinjauan di sekitar Larkin Sentral, Pasar Tani Larkin, Jalan Segget dan Jalan Wong Ah Fook, beliau berkata beliau menerima maklum balas yang baik dari anggota masyarakat dan pelancong asing berhubung penugasan anggota polis.

- Bernama

Esok kita dengar sendiri pandangan Tok Guru,tak jelas kita tanya lagi!

Esok 25 Disember,Ahad ,Tok Guru Presiden PAS ,DS Tuan Guru Haji Hadi akan datang membuat lawatan kerja ke negeri Perak.Siri Penerangan Tuan Guru berlangsung di Markaz Negeri,Air Kuning Taiping,Perak.Program dijangka bermula pukul 9.00 pagi.


Esok bagi ahli jawatankuasa PAS kawasan yang musykil dengan keadaan Dato' Hassan Ali dan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa,boleh bertanya nanti dengan Tok Guru Presiden.


Esok pandangan terus dari mulut DS Tuan Guru Presiden .Kita dengar dan amati,kemudian balik kawasan masing-masing teruskan kerja lawan UMNO.Isu remeh temeh tak usah layan. BN pandai main isu.Penasihat mereka APCO,jadi sudah tentu mereka bekerja lebih 24 jam sehari.


Nizar disenangi jemaah Tabligh

DS Nizar bergambar dengan jemaah Tabligh dari labuan. Pendakwah dari Labuan itu sebanyak 6 orang. Mereka berasa senang dapat bergambar kenangan dengan Menteri Besar pilihan rakyat Perak itu.

Friday, December 23, 2011

We are All Adam Adli atau We are All Khaled Said


Laman facebook We are All Khaled Said mendorong kebangkitan rakyat Mesir.Kini Mesir tidak lagi diperintah Hosni Mubarak.


Sikap aksi menarik Armand Azha Abu Hanifah,Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara terhadap kumpulan mahasiswa BEBAS ,seperti ingin meludah dan menampar mereka,menimbulkan kemarahan golongan muda.

Sekarang di Malaysia muncul pula ,facebook "We are All Adam Adli "yang mempunyai peminat sudah mencecah 25,801.

Golongan muda mempelajari sesuatu di Timur Tengah,penguasa zalim lambat laun akan mendapat tekanan rakyat.Mereka tahu Hosni Mubarak yang kebal pun sudah tumbang.Muaamar Ghadafi juga suduh meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

Selamat Datang DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi ke Parlimen Bukit Gantang.

Selamat DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi ke Parlimen Bukit Gantang.Dengan berkat kehadiran Tok Guru Parlimen Bukit Gantang dan tiga DUN dalam kawasan ini menjadi milik Pakatan Rakyat.

Thursday, December 22, 2011

Inikah Roslan Mokhtar anggota polis yang mengancam untuk tumbuk Adam Adli?

Aku bukan gangster UMNO ?Adam buat laporan polis kerana mendakwa Sang Polis ancam hendak menumbuk beliau.

Ruslan Mokhtar lupa buka topi

Orang lain tapi pakai topi brand HK macam Ruslan Mokhtar

HK = Heckler & Koch adalah pembekal senjata api utk PDRM

Pistol SB: HK P9S



Dikeluarkan oleh firma Heckler & Koch pada tahun 1960. menggunakan kaliber .22 yang agak kecil kerana saiz pistol ini juga kecil, lebih kurang sebesar tapak tangan. kebiasaannya digunakan oleh pegawai/anggota Cawangan Khas (SB) kerana mudah disembunyikan.sumber silver

Idola Dato Adnan Ibrahim ialah Mat Sabu.

Face book:Dato' Adnan Ibrahim ‎"" TokNan bersama Haji Mat Sabu berkongsi pentas ""CERAMAH PAS"" di Pekan Darat, Sungai Dua, Pulau Pinang minggu lalu. Rasa seghonok sungguh noooo ! Ghamai nya manusia datang. Beriibu tu diaaa hehhhh !""

Dato Adnan Ibrahim cukup seronok dapat bertemu dan berceramah dengan Mat Sabu.Walaupun Hassan Ali tak berkenan dengan pemilihan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden,beliau menyatakan Mat Sabu merupakan idola beliau.



Dedah kezaliman UMNO,Dato Adnan Ibrahim didakwa telah disihir.

Dato Adnan Ibrahim,bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Perak baru-baru ini mendapat rawatan kesihatan di Kuala Lumpur.Kini beliau telah keluar wad dan tetap bersemangat untuk menceritakan kezaliman UMNO.Pada 20 Disember lalu beliau berceramah di Taman Kuning Sari,Taiping.Beliau berjalan bertongkat.Kakinya agak berat,di samping sakit kepala.Doktor memberi beliau ubat untuk meringankan dan memulihkan beliau.

Dato Adnan Ibrahim,tidak boleh duduk diam. Walaupun belum pulih bagi beliau ,siri penerangan perlu dibuat untuk memberitahu masyarakat,kenapa perlu meninggalkan UMNO.

Sebentar tadi penulis mendapat maklumat Dato' Adnan Ibrahim telah disihir.Justeru itu kakinya bagai dirantai dan berat.Kepala pula seperti mempunyai ketulan.

Namun begitu kelmarin seorang ustaz di Bagan Datoh telah mengesan beliau telah disihir.Alhamdullillah ,dengan berkat doa ustaz dan masyarakat khususnya Ahli PAS,Dato Adnan Ibrahim semakin pulih.Diberitakan kini beliau berjalan tidak bertongkat lagi.

Marilah kita mendoakan agar Dato'Adnan Ibrahim dipelihara dan dilindungi Allah s.w.t daripada hasad dengki musuh politik Islam.

Selamat berjuang Dato Adnan Ibrahim.

Ingat mati lebih baik daripada ingat Hassan Ali.

Dua orang pemuda sedang membuat lihad lahad.Destinasi terakhir untuk jenazah pun mereka buat dengan teliti dan cermat. Lokasi Kg Gelok,Lenggong Perak.Peringatan untuk semua,supaya cermat sebelum berucap.

Sebagai perwakilan pada muktamar lalu penulis kecil hati dengan sikap YB Dato'Hassan Ali.Seolah-olah perwakilan tidak matang dalam memilih pemimpin.Allah s.w.t telah menggerakkan perwakilan untuk memilih pemimpin sekarang.Tidak timbul menidakkan peranan ulama.Dalam PAS,Majlis Shura merupakan badan tertinggi yang mengawal dan memantau perjalanan parti. YB Hassan Ali ,kembalilah.

Baik kita layan Hj Razman Zakaria daripada kita layan Hassan Ali.

Hj Razman Zakaria mendoakan roh simati.
Hj Razman Zakaria sedang membantu mengemaskan kain kapan,di Masjid Lama Kg Gelok,Lenggong.

Tengahari tadi bersolat jenazah diimamkan oleh TPJ PAS Perak Hj Razman Zakaria.Seusai solat Hj Razman ingin belanja makan di Tasik Raban,tapi tidak ada rezki.

Pengalaman mengikuti van jenazah yang dipandu Pak Bakar satu ilmu baru yang dipelajari.Penulis mengikut Pak Bakar dari Taiping ke Lenggong.

Wednesday, December 21, 2011

Gua harap DS Nijar jangan ulas isu Hassan Ali.

Gua harap itu DS Nizar jangan ulas itu isu Hassan Ali.DS Nizar kena terus ulas isu lembu suami Shahrizat.


Kepada Parti PAS dan pemimpin kanannya tidak perlu memberi reaksi kepada sikap Dato' Hassan Ali. Tolonglah senyap dan tutup mulut .Dengan ini Hasan Ali boleh menuju sasarannya sendiri.Biarlah Datuk Paduka Hassan Ali syok sendiri.


Kesilapan kecil menyebabkan melambatkan pergerakan untuk ke Putrajaya.


Segala kritikan dan komen semuanya menguntungkan UMNO serta memasukkan diri dalam perangkap UMNO. Hal ini yang UMNO amat suka.Sudah tentu peranan melagakan ini diberikan kepada utusan tiga suku dan tv tiga suku.


UMNO sudah berjaya mengalihkan isu skandal lembu ,isu pinjaman bank negara,isu saraan baru kakitangan kerajaan dan lain-lain kepada isu Hassan.

Tolonglah pemimpin kanan PAS jangan beri peluang untuk UMNO terus ketawa dan kelirukan orang awam tentang PAS.

Pemimpin kanan PAS ,janganlah berebut untuk memberi kenyataan media. Tolonglah.....


Jalan-jalan Sama Ustaz Idris.

Ustaz Idris Ahmad bersama pasukan PAS Kawasan Bukit Gantang mengedar akhbar Harakah,edisi PERAK,di Pasar Malam ,Taman Kota Jaya,Simpang.Turut sama Ketua Penerangan Kawasan dan Ketua Dewan Pemuda dan team Unit Amal.

Maaf ,penulis tak tahu siapa calon Bukit Gantang."Cikgu ,ustaz calon ke?" kata seorang pengunjung pasar malam."Saya tak tau?"jawab kita. "Tak dapat watikah ,lagi,jadi tak tau sape calon" jelas kita.

Dato Adnan Ibrahim tetap percaya dengan perjuangan PAS.

Ustaz Idris Ahmad,Pengarah Tarbiyah Malaysia menyatakan sesuatu.Kelihatan YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.
"Biar saya rebah di sini"kata Dato Adnan Ibrahim,menunjukkan beliau ingin menghabis sisa umur dengan Parti PAS.

Changkat Jering-Dato Adnan Ibrahim,bekas Pengarah JPN Perak, meninggalkan UMNO yang disertai selama hampir 45 tahun.Tetap percaya dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.Beliau tahu UMNO parti rasuah.Jelas sekali ,komitmen Dato Adnan Ibrahim,walaupun dalam keadaan uzur,hadir memenuhi jemputan penganjur untuk menerangkan kezaliman UMNO.

Beliau mahu mati dan hidup dalam PAS.

‘Tiada niat sebesar zarah untuk sertai Umno’

KUALA LUMPUR, 21 Dis: “Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan,” tegas AJK PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa .

“Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Jelasnya, sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, beliau menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.


Katanya, dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga.


“Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Bachok.


Justeru, jelas Nasharudin lagi, dakwaan kononnya beliau ‘terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno’ adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas.


Menurutnya, sepanjang pembabitannya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah beliau ungkapkan bahawa akan menyertai Umno.


Justeru, ujarnya buat kesekian kalinya beliau menegaskan bahawa tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.


“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.


“Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS,” jelasnya lagi

Selamat Datang Tuan Guru Hj Hadi ,penduduk Bukit Gantang hendak dengar cerita Hassan Ali.


Jom derma pada PAS Kawasan Bukit Gantang.Bukan banyak satu kupon RM10.oo saja.Sambil makan bersama Presiden PAS ,kita dengar sendiri pandangan Tok Guru Hj Hadi.Walaupun ada orang sudah hentam sama Tok Guru kita.!

Tuesday, December 20, 2011

Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatullah

Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatullah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.


Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti terus berkembang hingga kini.


Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, sama ada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:


"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.”


Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.”


Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumaraha dan sunnatulLah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.


Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.


Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya diawal pagi.


Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri, kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.


Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sanga sedih di atas kehilangan itu. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada di puncaknya.


Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.


Suatu hari, bila mana saorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w "siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya, lalu jawab Rasulullah s.a.w yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi-nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti di belakangnya (tabieen).


Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tertib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.


Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan.


Majlis Syura Ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz, dan timbalannya Datuk Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti.


Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak.


Manakala Muktamar Agung adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang.


Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agung dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku.


PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi.


Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai rahmatul lil alamin.


Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar cover sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruang tamu itu.


Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah rahmatul lil alamin telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri.


Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat di seluar atau stokin; teruskan mainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga gol terlopong tanpa penjaga.


Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.


Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama.

Salam perjuangan.

Tuan Ibrahim Tuan Man,

Ketua Penerangan PAS Pusat

21 Disember 2011

Saya minta maaf-Dato Adnan Ibrahim

Dato Adnan Ibrahim sedang berceramah di Taman Kuning Sari,Taiping.Dato Adnan pernah menjadi Pegawai Pelajaran Daerah LMS.

Dato Adnan Ibrahim pada malam kelmarin meminta maaf kepada mereka yang dizalimi dan dianiya,sewaktu beliau menjadi Pengarah atau Pegawai PPD."Saya minta maaf"ucap Dato Adnan.

Dalam pada itu Dato Adnan Ibrahim memberitahu masyarakat Taman Kuning Sari,beliau ingin hidup dan mati dengan perjuangan PAS.

Walaupun baru sahaja mendapat rawatan,Dato Adnan tetap bersemangat untuk menyampaikan mesej kebenaran dan memberitahu kezaliman kerajaan UMNO.

Tolak Umno Tiada Rasuah

Ustas Idris Ahmad sedang berucap di Majlis Bertemu Penduduk Bukit Gantang .
Ustaz Nordin Jaafar sedang berhujah mengapa UMNO perlu ditolak.Lokasi ceramah di Taman Kuning Sari ,pada 20 Disember 2011.

Umno tidak boleh dipakai lagi -Dato' Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Pendidikan

BUTTERWORTH, 20 Dis: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.


Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.


"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.
sumber harakahdaily.net.

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.


Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.


"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.


"Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya.


Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.


Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya.


"Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya.


Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.


"Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan.


Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan.


Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat.


Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri.


"Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang.


Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai.


Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni.


Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

Monday, December 19, 2011

Ulama perlu jadi check and balance-Ustaz Abu Bakar

IPOH, 20 Disember 2011 : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian mengingatkan kepada para Ulama’ yang hadir pada Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini supaya menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya sebagai seorang Ulama’.


Majlis yang dihadiri oleh lebih 2,000 peserta adalah terdiri daripada para Mufti seluruh negara, Ketua Hakim Syarie, ahli Panel Kajian Syariah, dan ahli Panel Kajian Akidah Jakim, ahli panel dari Bahagian Hub Halal Jakim dan para imam seluruh negara.


Ustaz Abu Bakar Hussian menyifatkan peluang ini haruslah digunakan dengan sebaiknya dalam usaha menegur pihak pemerintah tentang mana yang betul dan mana yang salah. Para Ulama’ haruslah membantu sebagai ‘check and balance’ kepada pihak pemerintah dan bukan sekadar mengampu untuk menjaga kerjaya masing-masing.


Beliau turut menceritakan bagaimana 4 Imam Mazhab yakni Imam Hanafi,Imam Malik,Imam Hambali dan Imam Shafie yang masing-masing menerima ujian apabila mengatakan yang haq di hadapan pemerintah. Imam Abu Hanifah sebagai contoh, pernah disogok dengan wang dan wanita, dan beliau juga pernah dipenjara kerana mengkritik fatwa yang dikeluarkan oleh ulama kerajaan.


Tambah beliau lagi,Allah SWT menemplak golongan ulama’ yang menyeleweng fungsi mereka di dalam surah At Taubah ayat ke-9 :


Mereka menukarkan ayat-ayat Allah Dengan harga Yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; Sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.




“Contoh lain yang kita boleh ambil adalah kisah ‘Izzuddin Bin Abdul Salam yang mendapat gelaran Sultan Ulama’ atas ketegasan dan keberanian beliau. Ketegasan beliau terbukti apabila dipecat daripada jawatan Ketua Hakim Mesir kerana fatwa beliau yang bercanggah dengan dasar kerajaan negara Mesir pada waktu itu yang dipimpin oleh Najmuddin Ayyub”, ulas Ustaz Abu Bakar Hussian.


Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menggesa kepada para ulama’ untuk tampil ke hadapan dan meyatakan pendirian mereka bilamana hukum Allah SWT dipersendakan, bila maksiat di kalangan belia semakin meruncing dan bila agama Islam tidak lagi diletakkan sebagai solusi terbaik.Dan pendirian in haruslah selari dengan ajaran yang dibawa baginda Rasulullah SAW, dan bukanlah pendirian yang hanya mahu menghalalkan tindakan pemimpin.


Justeru, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa Islam diletakkan sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan dan ianya mempunyai hak yang istimewa dan tidak ada pertikaian untuk dilaksanakan secara syumul. Tinggal lagi, ulama’ dan umara’ harus mengembalikan cara hidup masyarakat ke arah pelaksanaan Islam yang sebenarnya, dan kemudian sistem masyarakat yang harmoni akan terbentuk. Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi :


"Ada dua golongan manusia apabila mereka baik, orang menjadi baik, apabila mereka rosak, orang menjadi rosak: ulama dan umara."

(Hadis riwayat Abu Na'im)

Jom makan durian bersama Presiden




JOM MAKAN DURIAN bersama Presiden pada 25 Disember ini.Lokasi di Perkarangan Pusat Tarbiah PAS,Taman Kuning Sari,Taiping. Matlamat untuk mengisi dana MTD Changkat Jering. Satu kopun derma RM10.oo sahaja.

Jika berminat telefon pusat khidmat 05-8483950.SB pun kena bayar RM.......?????

Awas ,esok siapa yang kena telanjang!

Esok 20 Disember,kita dengar Dato Adnan Ibrahim,bekas Pengarah JPN Perak akan berceramah di Taman Kuning Sari Taiping.Siri penerangan bermula pada pukul 9.15 malam.

Beliau akan menjelaskan pelbagai isu.Beliau akan berceramah dengan Ustaz Idris Ahmad.Penceramah akan mengupas pelbagai isu.Kita lihat kezaliman UMNO akan ditelanjangkan. Penceramah akan menerangkan UMNO sudah tidak relevan lagi

Keputusan PMR 22 Disember ini,satu tanda PRU sudah dekat.

Kuala Lumpur, 19 Dis – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini.


Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.


“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama,” menurut teman dari Pejabat PPD.


Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Disember.


Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.


Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini.

Sunday, December 18, 2011

Awas UMNO meludah.


BILA BENDERA NAJIB DI-TURUNKAN...
Ada Mat-mat UMNO dah kesawanan berfikir hingga nak ludah meludah muka mahasiswa di Tanah Air ini.


Mat-mat UMNO tersebut patut persoalankan kenapa kejadian turun bendera Najib berlaku di PWTC,sebab di PWTC ada Pak Guard,ada Polis,ada SB dan ada pihak keselamatan itu ini...


Tak mungkin kejadian sebegini terlepas pandang kot..?? Adakah pihak yang sewajarnya menjaga PWTC masa itu semuanya tidur...?? atau mereka yang beri laluan atau mereka pun sokong...


Mat-mat UMNO patut meludah pada tempat yang sewajarnya...jangan meludah merata-rata,nanti jatuh kemuka Najib.... hehehe..

Bukit Gantang:Dato' Adnan Ibrahim datang lagi.

Esok 20 Disember, akan berlangsung satu ceramah penerangan .Majlis bertempat di Pusat Tarbiyah Pas Taman Kuning Sari.Ceramah dijadualkan bermula pada 9.15 malam.

Penceramah utama ,Ustaz Idris Ahmad,Ustaz Nordin Jaafar dan Penceramah Khas Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak,Dato'Adnan Ibrahim.

Ayuh ,kita terus menggempur pemikiran perkauman UMNO. Kena tolak khurafat UMNO sahaja boleh memerintah.

Cuepacs lancar protes ,jika pertemuan dengan Najib gagal.

KUALA LUMPUR— Cuepacs sedang mempertimbangkan perhimpunan ‘protes’ di pekarangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya jika pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis ini berkenaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tidak menemui penyelesaian.


Perhimpunan itu dirancang untuk diadakan pada 27 Disember.


Presiden Cuepacs Omar Osman berkata, perhimpunan itu bertujuan melahirkan perasaan tidak puas hati kakitangan awam berkenaan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.


Rasa tidak puas hati itu dilihat sebagai yang pertama dalam sejarah Cuepacs — sebelum sesuatu sistem saraan baru dikuatkuasakan.


“Tengok dulu, jika pertemuan dengan Perdana Menteri pada 22 Disember ini tidak menemui hasil yang diharapkan, maka kami akan mengadakan perhimpunan selepas mesyuarat majlis kongres pada 27 Disember.sumber tmi

Anwar bebas Dr Mahathir akan menangis dan terus menangis.

Ustaz Nordin Jaafar ,YDP Bukit Gantang bersama DS Anwar Ibrahim dalam kempen PRK Bukit Gantang 2009.

Menurut Ustaz Idris Ahmad ,AJK PAS Pusat, Dr Mahathir orang yang paling marah apabila nanti mahkamah membebaskan DS Anwar Ibrahim. Ustaz Idris juga memberi contoh ,bagaimana Mahathir marah sama Pak Lah kerana mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah atas kesalahan liwat 1.

Jelas sekali Anwar Ibrahim bebas,Dr Mahathir akan menangis dan terus menangis.Jika ini berlaku Najib pula menjadi mangsa kemarahan Mahathir.

Saturday, December 17, 2011

Mahkamah menjadi seperti kanggaroo jika Anwar tidak dihukum-dakwa DS Nizar.

DS Nizar juga berpandangan DS Anwar Ibrahim juga akan dipenjara.Sudah dua tahun kes liwat 2 berlangsung,jika tidak menghukum DS Anwar,orang ramai akan mempunyai anggapan dan mendakwa mahkamah Malaysia seperti Mahkamah Kanggaroo."Jadi macam Kanggaroo,jika Anwar bebas"dakwa DS Nizar.

Sementara itu penulis mengharapkan kebangkitan rakyat seperti mana kebangkitan mahasiswa.
Mungkinkah bermula 9 Januari ini ,Malays Spring akan menjatuhkan kerajaan UMNO/BN.?Melayu Kelantan,Melayu Kedah,Melayu Pulau Pinang ,dulu Melayu Perak dan Melayu Selangor sudah menolak UMNO.Dengan kebangkitan Malays Spring,UMNO akan jatuh.

Hati-hati PAS Taiping, jangan terlepas DUN Kamunting.

Isu perkauman semakin kerap dimainkan oleh pelbagai NGO pro-UMNO.Menurut satu sumber kelmarin berlaku demontrasi depan pejabat YB Nga Kor Meng dekat Kamunting.

Mereka marah dengan YB Nga Kor Meng atas isu Hitam Metalik,mereka tidak bising dengan isu hukum hudud dihina oleh MCA ,khususnya kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek .Mereka tidak pula buat tunjuk perasaan depan pejabat MCA.

Menurut satu panggilan ,seorang wartawan berketurunan Tionghua berdarah dipukul oleh ahli kumpulan demontrasi.

Yang hairan kenapa buat demotrasi di Pekan Kamunting,tidak di pusat bandar.Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping yang induk di Bandar Taiping.

Sementara itu ,satu sumber lain memberitahu,DUN Kamunting dipilih kerana untuk mencetuskan perasaan perkauman pada pengundi Melayu.Mereka mahu orang Melayu menolak PAS di Dun Kamunting.

PAS Taiping jangan cepat melatah.UMNO kini sudah takut kehilangan DUN Kamunting.Sedikit kerja lagi pengundi Dun Kamunting akan memilih calon PAS.Hati-hati PAS Taiping.Jangan terlepas DUN Kamunting.

Syaitan menangis tengok orang nikah.

Setan suka tengok orang Melayu kahwin sejenis.Setan suka tengok orang menghampiri zina dan berzina.Setan suka anak luar nikah banyak.Setan suka orang Islam hina hukum hudud.

Kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam,-Ustaz Harun

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib meminta agar semua ahli PAS tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah.

“Ini kerana kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain,” katanya mengulas tentang perkembangan terkini yang berlaku dalam organisasi PAS seperti mana yang hangat diperkatakan oleh media arus perdana sejak mutakhir ini.


Menurutnya, menyayangi sesama ahli adalah satu tanggungjawab syarie.


“Dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan mengekalkan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah,” ujarnya yang juga Adun Manir, Terengganu.


Tambahnya, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam.


“Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli, untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah seperti mana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam,” tegas beliau lagi.

Dato Mustapha Ali akan ikut rentak YB Nasharudin Mat Isa-Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris Ahmad sedang memberi pandangan bagaimana Islam boleh menyelesaikan isu tanah dalam dialog dengan penduduk Kg Baru,Kuala Sapetang,petang tadi. Turut hadir DS Nizar,AP Bukit Gantang.


Bagi DS Nizar ,Setiausaha Agung Pas itu tidak bertindak begitu untuk mendedahkan kehadiran YB Nasharuddin dan Dato Hassan jika kedua-dua pemimpin itu bertindak matang dan bijak.

Apa yang kita faham,mana mungkin Setiausaha Agung mendedahkan minit mesyuarat jika sikap mereka lunak dengan PAS.

Dato'Mustapha Ali sudah tentu mempunyai sebab untuk mendedahkan sikap kedua wakil rakyat itu kerana tindakan mereka menjejaskan PAS.

Sementara itu ,Ustaz Idris Ahmad menerangkan Dato'Mustapha Ali mempunyai kekuatan untuk mendedahkan dan melontarkan satu demi satu sikap mereka,jika PAS terus terjejas dengan tindakan mereka.


Anakku suka Angry Birds.

ULANGTAHUN KEDUA ANGRY BIRDS: PEMINAT DISERU CONTOHI SEMANGAT PERJUANGAN MENENTANG KEZALIMAN

1. Bersempena ulang tahun kedua Angry Birds pada 11 Disember, Pemuda PAS menyeru peminat permainan Angry Birds di Malaysia mencontohi semangat juang yang ditunjukkan oleh ‘burung-burung yang marah’ terhadap ‘si pencuri’ dan mengajak setiap warganegara yang prihatin menghapuskan budaya korupsi dan pecah amanah di kalangan pemimpin.


2. Berdasarkan laporan berita TheMalaysianInsider yang menyatakan ‘Angry Birds’ adalah salah satu daripada carian Google paling popular di kalangan rakyat Malaysia, Pemuda PAS memuji kreativiti pereka permainan Angry Birds, Rovio Mobile, yang berjaya memecah rekod tertinggi di dalam sejarah permainan video dengan jumlah muat turun melebihi 500 juta, hasil idea permainan yang santai, interaktif, dan mempunyai makna tersendiri.


3. Pengarah Institut Polisi Studi Pemuda PAS, Mohd Syahir Sulaiman, menyifatkan permainan Angry Birds memberi inspirasi perjuangan mempertahankan hak. “Angry Birds secara kreatif dan penuh tekad berusaha mendapatkan kembali telur mereka yang dicuri. Pada setiap peringkat, Angry Birds perlu meningkatkan keupayaan untuk memecahkan tembok dan helah oleh si pencuri untuk berselindung. Ini mengajar kita TIGA perkara iaitu;


i. rakyat perlu bangkit menentang kezaliman
ii. pencuri akan ditentang
iii. pihak yang benar pasti akan mengalahkan pihak yang salah”.



4. Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan turut menyifatkan Angry Birds mengajar rakyat agar bangkit berjuang menghapuskan kezaliman. “Slogan ‘Jangan Curi !!’ adalah simbol kemarahan rakyat terhadap EMPAT pengkhianatan pemimpin terhadap rakyat di Malaysia iaitu;

i. penafian hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum

ii. penyelewengan Felda dan langkah penyenaraian Felda Global Ventures yang menggadai nasib
peneroka

iii. keraguan daftar pemilih oleh SPR sebagaimana didedahkan oleh Pemuda PAS

iv. kontroversi projek National Feedlot Centre bernilai RM250 juta sebagaimana dilapor Ketua
Auditor Negara".


5. Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan turut menyeru rakyat Malaysia menyemai budaya integriti dan ketelusan di dalam negara dengan memilih pemimpin beramanah yang ditawar oleh PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU yang akan datang.

Disediakan oleh:

Mohd Syahir Sulaiman
Pengarah, Institut Polisi Studi, Dewan Pemuda PAS Malaysia

Mereka tidak ikut kehendak Muktamar-Nizar


DSNizar , Ust Idris, YB Tai dan NYDP Rahim Ismail,sedang berbual di Program Berkhatan pagi tadi 17 Disember 2011.

Penulis hari ini mengikuti DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang.Turut bersama penulis Ustaz Idris Ahmad dan Fadhil Idris.


Apa yang menarik DS Nizar memberi pandangan ,kedua-dua tokoh itu YB Nasharudin dan YB Dato'Hassan Ali tidak mengikuti dan memahami hasrat perwakilan dalam tiga kali muktamar PAS Pusat.


Di samping itu DS Nizar juga menyentuh isu Dato'Hassan Ali yang didakwa menyertai Himpunan Sejuta Umat di Kuala Kangsar pagi tadi."PAS Perak tidak terlibat"kata DS Nizar.

Kes YB Nasharudin Mat Isa, Pas kena ikut perlembagaan.

PAS kena ikut perlembagaan,tidak hadir 3 kali berturut-turut mesyuarat ,perlu pecat sebagai Ahlijawatankuasa .Ganti dengan mereka yang mampu dan lebih berkualiti.

Mengambil kira ketidakhadiran YB Ustaz Nasharudin Mat Isa seperti dilaporkan oleh Setiausaha Agung,Dato' Mustapa Ali,sewajarnnya YB Nasharuddin Mat Isa menarik diri atau dipecat dari AJK.

Semuanya dibenarkan oleh perlembagaan parti.PAS perlu mereka yang berkomitmen tinggi.Kalau kawasan PAS kurang ahli atau kampung mungkin budibicara perlembagaan itu tidak perlu diikuti.Tapi peringkat nasional perlu diberi perhatian.

PAS kini ibarat ditelan mati emak diluah mati bapa!

Friday, December 16, 2011

Esok kita tanya DS Nizar kes anak Melayu kahwin sejenis.

Nizar bergambar bersama pengundi wanita,dalam program bertemu penduduk Bukit Gantang.

Esok DS Nizar akan merasmikan program berkhatan peringkat Parlimen Bukit Gantang.Program yang bertempat di Musala Bt 8,Jln Changkat Jering-Trong itu .Mungkinkah ini program terakhir DS Nizar sebelum pembubaran Parlimen yang dkhabarkan 20 Disember ini?

Tapi sayang, penulis pagi esok tak bersama DS Nizar.Mungkin sebelah petang penulis akan mengikuti DS Nizar.Nanti jika berkesempatan penulis ingin minta pandangan DS Nizar ,kes zaman UMNO perintah Malaysia ada anak Melayu kahwin sejenis.

Jom bantu Ariff Alfian , orang Melayu yang kahwin sejenis?


Merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.Ariff Alfian (28 tahun) cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).


Ariff mengikuti pengajian praklinikal dari 2003-2005 seterusnya klinikal (2005-2008). Sehingga 2008 masih belum menamatkan pengajian dan perlu menyambung beberapa semester lagi.Malangnya Petronas enggan menambah tajaan 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup .Ariff enggan menyambung pengajian di Malaysia kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan Ariff dan bapanya terjejas. Petronas pula menuntut lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama

sumber foto

Beliau adalah orang Melayu pertama dari Malaysia yang telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina yang sangat-sangat dilarang dalam agama Islam. Tanpa segan silu mengenakan pakaian tradisi Melayu beserta tengkolok, beliau telah diijab kabul dengan "pasangannya" iaitu Jonathan.


Diberitakan, Ariff Alfian Rosli telah selamat diijabkabulkan dengan satu majlis gilang gemilang di Ireland dengan seorang jejaka bernama Jonathan di Ireland.sumber

PAS kena membantu beliau kembali ke pangkal jalan.Kelab PAS Ireland jika ada perlu membimbing beliau.

Khitan atau walimahtulurus.

Esok .17 Disember ,DS Nizar akan merasmikan Majlis Berkhatan Peringkat Parlimen Bukit Gantang.Majlis bertempat di Musala Bt 8,Jln Changkat Jering-Trong.Perasmian dijadualkan berlangsung pada pukul 8.30 pagi.

Bagi mereka yang berkelapangan boleh bersama DS Nizar,esok.Selepas perasmian majlis berkhitan DS Nizar akan bertemu penduduk Bukit Gantang dengan menghadiri jemputan walimahtulurus penduduk.

Thursday, December 15, 2011

Ambil perhatian penjual "beger" itu SB.

"Cikgu ,ambil perhatian,penjual beger itu SB" kata seorang pelanggan Pusat Khidmat kepada penulis.

Lantas dia memberitahu penulis pilihanraya semakin hampir."Cikgu ,dia buat gerai "beger" dekat dengan markas kita."kata dia lagi.

"Cikgu hati-hati" kata dia lagi.

Cuepacs bantah SBPA , tunggu,jangan tandatangani SBPA lagi.

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.


“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.


Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.