Sunday, July 31, 2011

Jangan marah,esok Najib Razak tidak puasa,lututnya perlu dibedah!

Menurut berita Bernama DS Najib akan menjalani pembedahan kecil pada lutut kiri.Secara kebetulan atau tidak Hj Mat Sabu juga lututnya juga dibedah untuk masuk skru.

Kita tunggu esok adakah DS Najib juga lututnya akan dimasuki skru.Kita juga mengharapkan Najib jangan dituduh berlakon.Kasihan beliau mungkin terpaksa tidak berpuasa esok.Kemungkinan besar 3 hari terpaksa beliau mengganti puasa.


Selamat menjalani pembedahan kecil DS Najib,jangan cuti lama-lama DS Najib,rakyat menanti sentuhan DS Najib di bulan Ramadhan ini.


Berikut merupakan berita yang dipetik melalui Bernama.Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok.


Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.


Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.


Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.


Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.


Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.


Perkukuhkan Takwa dan Perjuangan.-Ustaz Nordin Jaafar

Bagi pihak PAS Kawasan Bukit Gantang YDP Ustaz Nordin Jaafar mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al.-Mubarak kepada seluruh umat Islam dalam parlimen Bukit Gantang dan Malaysia.

Bulan ini bulan menjadi tetamu Allah Swt,menyahut seruan Allah Swt dengan firmanNya yang bermaksud'Wahai orang -orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa.Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu,supaya kamu menjadi orang-orang bertakwa kepada Allah Taala"

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Bukit Gantang mengharapkan jentera parti terus bekerja menyantuni rakyat dan berusaha keras untuk mencari pengundi baru.
"Sambil solat taraweh ,ingatkan jemaah muda supaya mendaftar sebagai pengundi"kata Ustaz Nordin Jaafar.

Selamat berpuasa .

Saturday, July 30, 2011

Ustaz Kazim Elias bakal calon DUN Manjoi.

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/06/kazem-elias.jpg?w=231&h=218

Ustaz Kazim Elias seorang tokoh agama yang agak mirip UMNO didakwa akan menjadi calon UMNO di DUN Manjoi,dalam Parlimen Tambun.

Teman-teman UMNO dari Kawasan Tambun memberitahu YB Nazri,Adun Manjoi sekarang tiada lagi dalam senarai akhir calon UMNO untuk Dun Manjoi.Satu sumber mendakwa hal ini kerana sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak,YB Nazri antara wakil rakyat UMNO yang akan melompat.Justeru itu Ketua UMNO Bahagian ,YB Husni yang agak rapat dengan Najib didakwa tidak menyenaraikan nama YB Nazri.

Ustaz Kazim Elias ditonjolkan kerana pengaruh beliau yang amat besar di sekitar DUN Manjoi.Bertambah pula pondok al Barakah kelolaan beliau bertempat di Kg Manjoi.

Bagi UMNO untuk berhadapan dengan Pas yang dikatakan meletakkan sekali lagi tokoh ulama' dalam Pru 13,maka UMNO mesti meletakkan Ustaz Kazim Elias.*****kecoh bersih******

Wakil rakyat UMNO sokong Tajol Rosli akan dibuang dalam PRU 13.

Bahang PRU 13 jelas terasa.Calon-calon daripada BN sudah mula menghimpit Zambry Kadir.Bagi mereka yang mempunyai Menteri di kawasan ,calon-calon BN tadi mengendeng Sang Menteri.

Pada kali ini ,di Perak, individu yang mesra Zambry akan dipilih.Ketua UMNO Bahagian bukan lagi tiket untuk menjadi wakil rakyat.

Justeru itu kita melihat,wakil rakyat UMNO sekarang ,cukup suka Najib,Muhyidddin atau Zambry berkampung di bahagian mereka.Kehadiran pemimpin besar UMNO itu satu tanda mereka diiktiraf .Lantas peluang dipilih sebagai calon amat cerah.

Gambaran sebagai penyokong Pak Lah atau Tajol Rosli sebagai satu " liabiliti" .Tidak hairan di Bukit Gantang,Ketua UMNO,YB Rosli Husein ,cukup suka jika Zambry Kadir dan Najib Razak menjadikan Parlimen Bukit Gantang,kawasan "Panas".*******panas Bkt Gtang****

Lim Guan Eng ingin jadi seperti Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz.,apatah sangat coli wanita!

GEORGE TOWN - Komtar mencipta sejarah.Sejak kerajaan berjiwa rakyat memerintah,Komtar menjadi bertambah popular.Popular kerana Mohamed Ghani Jiman Ghani punya hal.


Baru-baru ini ,Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini riuh-rendah dengan lawak bodoh gelagat bakal Raja Lawak ,apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.


Tahniah dan syabas Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, yang berniat untuk memberi cenderamata dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau kepada Lim Guan Eng dan Ng Wei Aik.


Ghani Jiman menyatakan , pakaian dalam itu ialah hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.


Lim Guan kena berlapang dada,setiap kritikan dan pandangan perlu diterima.Lim Guan Eng pemimpin rakyat,jika ingin mengikuti seperti Khalifah Umar ibn Abdul Aziz ,beliau tidak perlu marah dengan Ghani Jiman.Ghani Jiman bukan gila,dia dahulu tiada berani memberi pendapat.Dengan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah jiwa rakyat menjadi jiwa merdeka.Kini Ghani Jiman berjiwa merdeka. ****nak rakam coli G.J******

Batuk Palanivel buat Najib terkencing.,Akhirnya Menteri juga Palanivel.

Akhirnya kemenangan buat Palanivel,Presiden MIC.Beliau akan dilantik sebagai Menteri Kabinet DS Najib.

Palanivel baru batuk ,Najib sudah terkencing.MIC lebih suka hilang dua kerusi Timbalan Menteri.Bertambah pula Timbalan Menteri bukan ada kuasa meluluskan sesuatu.

Najib dan Palanivel berjuang untuk rakyat bermusim.PRU hampir ,pimpinan mula bersuara garang.Sebelum ini Chua Soi Lek,Presiden MCA menuduh Lim Guan Eng meminggirkan orang Cina di Pulau Pinang.

Semenjak kebelakangan ini,rakyat telah dan akan mendapat habuan .Betul-betul BN" buat duit dan beri duit" kepada rakyat.*****nak rakam gelagat MIC mai sini*****

Friday, July 29, 2011

Alfatihah:Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha ,Allah s.w.t masih mengasihi .

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.


Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.


Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.


Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.


Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.


Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.


Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.-Bernama-

Kebajikan untuk semua-apakata dua tokoh YB Dr Dzulkifli dan YB DS Nizar


Pada 31 Julai ,Ahad bermula 9.00- 12.30 tengahari berlangsung diskusi 'Menuju Negara Berkebajikan' .

Ahli Panel YB Dr Dzulkifli Ahmad dan YB DS Nizar.Penyertaan terbuka untuk semua. Mereka yang ingin berkongsi idea bolehlah beramai-ramai pergi ke majlis tersebut.

UMNO dan beras hancur 10 peratus untuk penduduk miskin.

Nizar beritahu ,kita bantu penduduk jika bagi beras hendaklah bagi beras 5 peratus hancur bukan 10 peratus hancur.Bagi Nizar ,bantu penduduk biarlah beras bermutu.


Baru-baru ini seorang ibu tunggal menerima sumbangan sekotak bekalan makanan dari UMNO .Apa yang menarik ibu tunggal ini tidak pernah menerima sumbangan daripada UMNO sejak Malaysia merdeka lagi.


Dengan PAS beliau sering menerima sumbangan dan bantuan.Tapi dengan pilihanraya semakin dekat UMNO menghulurkan bantuan.Bantuan pula beras hancur 10 persen.


Ibu tunggal itu menunjukkan bekalan makanan.Kita tertarik dengan beras sepuluh kilo.Beras itu beras hancur 10 peratus.

Najib takut sangat guna dakwat celup? -Ustaz Idris Ahmad.

Untuk masuk rumah hantu ini,,hanya celup jari sahaja dibolehkan.Biometrik hantu tak mau.!

Ustaz Idris Ahmad bertanya kenapa kerajaan BN takut hendak menggunakan celup dakwat.

Budak sekolah pun boleh menjawabnya."Itu BN ,mau kekal kuasa ma!"."Itu Najib mau jadi ketua,ma!".."Kalau takut kena pakai pampers ma!" Alasan budak sekolah kenapa perlu takut terkencing dalam seluar!

Berikut merupa pandangan Ustaz Idris Ahmad.

KUALA LUMPUR, 29 Julai:
“Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.


“Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,” katanya.


Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.


Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.


Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah.


Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak.


Ini, tegasnya bukan isu dan tuntutan Bersih.


“Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan? Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih?” soalnya.


Apabila ditanya kepada SPR, katanya mereka menjawab kerana waris tidak memberi surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada.


Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk online dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tanya beliau apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.


Beliau juga mempersoalkan apa jaminan sistem biometrik yang boleh dionline serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihan raya.


“Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik?” tanya beliau lagi.


Katanya, cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara online mengalami masalah kerana kelembapan server kementerian sedangkan bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.


Justeru, ujarnya cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihan raya yang hampir 10 juta pengundi.


Beliau menambah, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.


Soalnya, apakah itu bukan satu penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi.


Menurutnya, mereka akan dinafikan hak kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.


“Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pedalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan elektrik?” tanya beliau lagi.

Mat Sabu dan selesai kes luar mahkamah!

Apakah sudah menjadi budaya setiap kes diselesaikan di luar mahkamah.Terbaru kes wanita Islam dengan ketuk ketampi diselesaikan di luar mahkamah.Koperal yang merakam ,tiada keluar duit satu sen untuk membayar pampasan.Duit,duit selesaikan duit rakyat bukan duit poket sendiri.

Mungkinkah kes Hj Mohd Sabu dan Datuk Salleh Mat Rashid juga diselesaikan di luar mahkamah.Bukan apa sebab segelintir pegawai kerajaan beranggapan bukan duit emak bapak dia.Justeru itu ,tidak mengaku peringkat awal lebih baik daripada menanggung malu.

Kita baca berita di bawah,di mana Mat Sabu melalui peguam Tuan Hanipa Maidin yang memberi pihak polis 24 jam,mohon maaf.Selamat berjuang HJ Mat Sabu.
***nak rakam petrol car disini*****

KUALA LUMPUR, 29 Julai:
Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.


Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.


"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar.


"Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.


Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.


Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.


Doktor memasukkan skru 2 1/2 inci untuk menyambungkan ligamen dan bahagian tulang di bahagian lututnya.


Malah katanya, Salleh sendiri tahu tentang dirinya yang dilanggar oleh pihak polis sehingga mengalami kecederaan dan tidak dapat berjalan apabila beliau terpaksa dipapah oleh pihak polis untuk dimasukkan ke dalam kenderaan polis, dipapah ketika dibawa ke lokap polis, dipapah ketika dibawa ke Balai Polis Jinjang.


Laporan berhubung beliau dilanggar itu juga dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.


Kejadian menyedihkan yang dialaminya itu berpunca dari keganasan polis dalam menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.


Insiden-insiden keganasan polis itu termasuk terhadap dirinya dan para peserta lain telah diadukan kepada pihak Suhakam dan beliau bersetuju serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suhakam untuk mengadakan sisatan awam berhubung perkara itu.


Beliau amat kesal kerana Salleh yang dipengaruhi oleh para pemimpin Umno dan kerajaan BN sanggup mempermainkan soal keselamatan dan kesihatannya, pada hal kedua-dua perkara itu adalah perkara serius yang tidak sewajarnya dipermainkan.


Beliau turut kesal apabila PAS yang dahulunya hanya berlawan dengan Umno BN, tetapi kini dihadapkan pula dengan institusi awam untuk mempermainkan rekod keselamatan dan kesihatan seseorang.

Thursday, July 28, 2011

Pulau Batu Putih,Tanjung Pagar dan Piala Dunia semuanya kalah di tangan Singapura.

Mungkin bukan zaman BN ,Malaysia masuk sukan bolasepak Piala Dunia.Pada Piala Dunia 2018 nanti,Malaysia sudah berkerajaan baru .Kerajaan itu kerajaan rakyat.Kerajaan adil dan berkebajikan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.Kita mengharapkan Malaysia masuk Piala Dunia pada 2018 di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.


Terdapat hikmahnya Malaysia kalah kepada Singapura.Jikalau tidak sehingga PRU 13 ,UMNO/bn mendabit dada,merekalah yang menyebabkan Malaysia layak mempertahankan hak.


Namun begitu Malaysia tersingkir dari saingan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia selepas seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, malam semalam.


Walaupun tidak kurang 85,000 penyokong Harimau Malaya di Bukit Jalil menjadi saksi detik kejatuhan Harimau Malaya apabila sekadar mencatat seri 1-1 untuk membawa kepada kekalahan agregat 6-4.


Dengan keputusan itu, Malaysia gagal ke pusingan ketiga. Gagal juga mempertahan Pulau Batu Putih dan gagal mempertahankan tanah Tanjung Pagar. Hampas buat Najib Razak.Hampas BN.
**Singapore dont'play-play!***

Pilihanraya sudah dekat apabila Najib berlakon-Ustaz Idris Ahmad

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Di antara tanda pilihan raya dekat apabila pemimpin BN bercakap untuk membela rakyat kerana kenaikan harga barangan, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.


Selain itu, katanya setiap hari ada ahli PAS menyertai Umno.


Hari ini pula, ujarnya media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan memerangi kos kehidupan rakyat.


“Beliau dengan penuh bangga menyatakan bahawa kerajaan akan menambahkan lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.


“Ini adalah petanda pilihan raya sudah hampir. Dekat pilihan raya baru Datuk Seri Najib sedar barang keperluan rakyat melonjak tinggi,” ujarnya kepada Harakahdaily.


Datin Rosmah pula, ujarnya tidak tahu berapa harga gula sekilo.


“Beliau hanya tahu membeli belah dan boros berbelanja tanpa memikirkan majoriti rakyat terpaksa mengikat perut kerana kenaikan harga barang,” katanya.


Baginya, malang rakyat Malaysia mendapat pemimpin yang reaktif, bukan proaktif ketika merangka dasar pembangunan ekonomi rakyat.


Soalnya, kenapa sekarang baru hendak memikirkan untuk menjana tanah di negara ini supaya harga makanan tidak naik.


Katanya, sudah berapa lama pemimpin pembangkang menasihatkan kerajaan supaya jangan meninggalkan industri pertanian, kerana ia melibatkan keselamatan makanan.


Malaysia, ujar beliau sepatutnya tidak terkesan dengan iklim ekonomi dunia jika negara mempunyai asas kuat dalam sektor pengeluaran makanan.


Sebaliknya, tambah beliau Malaysia suka mengimport makanan supaya memberi peluang kepada suku sakat Umno BN, biar pun rakyat yang terbeban.


Contohnya, kata beliau pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan import pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada tahun 1990.


Beliau menambah, pada tahun 2010 jumlah import makanan telah mencecah RM26.7 bilion.


“Apabila dekat pilihan raya baru hendak berlakon kononnya pemimpin negara ini menyelami penderitaan rakyat.


“Kita menyeru rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan yang lebih adil dan bijak mengurus,” ujarnya.


Ini, ujarnya telah dibuktikan di Kelantan walaupun dengan kekangan kewangan namun pemimpin yang diberi taufik oleh Allah memfokuskan kepada usaha untuk menyenangkan rakyat.


Beliau berkata, sepatutnya pemimpin BN kena malu kepada Singapura, walaupun negeri mereka hanya ada udara dan matahari sahaja, namun mereka berjaya membangunkan ekonomi dengan berjaya untuk kesenangan rakyat mereka.******don't play-play*********

Rang Daftar Pemilih Tambahan -semak dan bantah pengundi hantu.

Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Perak sudah mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Ke-2 2011 (RDPT S1/2011) bagi tujuan semakan tuntutan dan bantahan bermula hari ini 27 Julai sehingga 2 Ogos 2011. Sehubungan itu pihak kawasan boleh memuat turun RDPT S1/2011 pada link di bawah :-


http://www.4shared.com/file/dptArJ_P/Rang_Daftar_Pemilih_Suku2_2011.html


Untuk makluman edaran Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Ke-2 2011 (RDPT S1/2011) yang dikeluarkan oleh pihak SPR kali ini menggunapakai format Microsoft Access. Justeru anda perlu menggunakan perisian baru SSDP yang disertakan bersama. Kata kunci (password) boleh didapati daripada Pengarah JPrK kawasan masing-masing.


Apabila sudah masuk DPI ,Daftar Pemilih Induk , daripada sudut teknikal mereka bukan lagi pengundi hantu.


Kita jangan cari alasan masa terlalu suntuk ,tujuh hari sahaja.Pastikan Unit Peti Undi dan lokaliti cepat membuat semakan dan bantahan.

Antara program parti dan bolasepak Malaysia lawan Singapura.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan menentang Singapura, malam ini.

Begitu juga DS Nizar ,Ahli Parlimen Bukit Gantang mengharapkan kesebelasan pemain Malaysia yang berjersi kuning/biru menang pada malam ini.

Sementara itu YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar mendoakan pemain-pemain Malaysia berjuang hingga ke wisel penamat."Ciptakan sejarah,untuk masuk pusingan ketiga"

Bagi jentera parti Pas Bukit Gantang malam ini ada kursus ILPAS , di sini nanti kita tengok antara program parti dan bolasepak Pra Piala Dunia,mana yang diberi perhatian.

Keadilan untuk rakyat:KENYATAAN AKHBAR RANI – ISTERI DR. JEYAKUMAR DI IPOH, 2PM 28 Julai 2011

Dr Jeyakumar Devaraj melancarkan Mogok Lapar dalam tahanan ?



Apabila saya jumpa suami saya Dr Jeyakumar pada 11 pagi semalam, 27hb. Julai 2011, beliau suarakan perasaannya yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis PSM yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai 2011.



Menurutnya, polis enggan berganjak dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab kesemua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan. Walaupun polis tidak dapat sebarang bukti untuk menjustifikasikan pertahanan lanjutan, namun beliau pasti tempoh tahanan mereka akan dilanjutkan sebab polis dan kerajaan ada agenda sendiri dan mempunyai tujuan untuk memangsakan PSM6 .



Maka Dr Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar pada 28/7/11 untuk mendapatkan keadilan. Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM6 dibebaskan atau dituduh dimahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar kerana berpendapat

1. Walaupun tuduhan keatas mereka adalah hanya pengerak BERSIH dan ini dinafikan oleh 6 orang tetapi polis sengaja mahu kaitkan mereka dengan tuduhan ini

2. Walaupun sudah berkali-kali dikatakan PSM tidak ada kaitan dengan PKM dan PSM tiada niat untuk kembangkan fahaman komunis dan selama ini semua aktiviti PSM adalah terbuka dan transparen, tetapi polis cuba memaksa, mereka (frame up) tuduhan-tuduhan palsu keatas PSM 6

3. Tuduhan menghidupkan komunisme ini hanya berdasarkan beberapa t-shirt dan kebelakangan ini polis sedang bergiat “frame-up” tuduhan baru dan menurutnya ini berdasarkan lawatan-lawatan pemimpim PSM ke luar negara atas jemputan parti sosialis lain di dunia dan cuba bertokoh tambah bahawa PSM ada hubungan rahsia dengan PKM di Thailand.

Dr. Jeyakumar menafikan semua tuduhan palsu ini, semua soalan polis menjurus untuk mengeluarkan satu cerita karut untuk melanjutkan tempoh tahanan

Dr Jeyakumar memberitahu polis dan kerajaan supaya bersikap jujur dan review kerja-kerja dan aktiviti PSM dalam 13 tahun sejak ia ditubuhkan. Di mana semua aktiviti PSM adalah terbuka dan dan jika PSM mengkritik kerajaan BN, itu adalah hak demokratiknya.



Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani 3 laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang. Sekarang SB telah sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat kesemua siasatan sebagai sia-sia sahaja. Polis masih ‘menembak secara liar’ (shooting wildly).



Oleh itu, Dr Jeyakumar telah hilang kepercayaan kepada polis untuk melaksanakan isu ini secara adil. Beliau menuntut supaya Menteri Dalam Negeri mainkan peranan untuk membebaskan atau hadap mereka ke mahkamah. Sehingga hari itu beliau akan buat mogok lapar.

Released by : Mohanarani Rasiah

(call 019-5638464)
ads:kenderaan untuk ke Putrajaya.

Moga-moga anggota polis yang merakam gambar tok ketampi sudah bertaubat!


MOHD. DZULFATAH SAARI.foto utusan

Gambar anggota polis yang merakam adegan tok ketampi seorang wanita Islam pada tahun 2005.


Mohd Dzulfatah Saari seorang anggota polis yang mempunyai nombor anggota dibajunya.Jadi mudah untuk dikenali .Tetapi kini nombor anngota tidak tertera di baju uniform anggota polis.Justeru itu agak sukar untuk kita melaporkan salahlaku anggota polis jika mereka terlibat dengan salahlaku sewaktu bertugas.


Moga-moga anggota polis ini sudah bertaubat dan menginsafi akan perbuatan yang telah dilakukan enam tahun lalu.(2005).


Dengan kerajaan baru pada PRU 13 nanti ,nasib anggota polis terus dibela.Pasukan polis akan bertugas secara profesional tanpa arahan parti yang memerintah. Apa yang penting anggota polis itu nanti akan diberi tarbiyyah Islam.
**Transmission-petrolcar++


Wednesday, July 27, 2011

Mana perginya Koperal Mohd Dzulfatah Saari polis yang didakwa rakam gambar Hemy Hamisa tanpa pakaian ?

KUALA LUMPUR – Saman terhadap kerajaan oleh seorang suri rumah yang gambarnya dipaparkan dalam rakaman video semasa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel di sebuah balai polis pada 2006 diselesaikan di luar mahkamah semalam.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan merekodkan penyelesaian kes itu di Mahkamah Tinggi di sini dengan kehadiran peguam daripada kedua-dua pihak.


Pada 29 Ogos 2006, Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, 28, memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd. Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel) dan kerajaan selaku responden.


Mohd. Dzulfatah didakwa membuat rakaman itu ketika Hemy Hamisa sedang melakukan ketuk ketampi tanpa berpakaian.


Dia menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


Terdahulu, peguam Datuk Baljit Singh Sidhu yang mewakili Hemy Hamisa memberitahu pemberita bahawa anak guamnya bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berikutan cadangan oleh responden iaitu kerajaan.


Beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengumumkan jumlahnya.sumber utasan.

Gambar Najib tutup anu.......?

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menikmati pemandangan dalam tren ketika menaiki ERL KLIA Transit dari Putrajaya Sentral ke Stesen KL Sentral untuk menghadiri majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang 2011 di Kuala Lumpur pada Rabu. Kibar Jalur Gemilang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.- fotoBERNAMA
****berita bawa kereta jangan langgar orang******

"Kita minta teh dia bagi kopi, kita minta celupan jari dalam dakwat dia bagi sistem biometrik, "Ustaz Idris Ahmad

BUKIT KATIL, 27 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS Pusat akan membongkar kecelaruan SPR khususnya berkaitan daftar pemilih secara besar-besaran dalam masa dua minggu ini.

"Mesyuarat khas PAS Pusat yang berlangsung semalam memutuskan untuk membongkar penyelewengan dan kecelaruan daftar pemilih dengan menugaskan beberapa orang pakar IT untuk menjalankan tugas tersebut.


"PAS telah mengesan kecelaruan dan penyelewengan daftar pemilih dari dahulu lagi tetapi SPR tidak pernah mengakuinya, akhir-akhir ini barulah SPR mula mengaku," katanya.


Beliau berkata sehingga kini sekurang-kurangnya 17,000 nama pemilih dikenal pasti berada dalam daftar pemilih di dua tempat mengundi berasingan di seluruh negara.


"Bayangkan tuan-tuan 17,000 pengundi ini ianya jumlah yang besar dan kita sedang mengenalpastikan nama-nama pemilih yang lain sekarang ini.


"Semua ini adalah kelemahan dan penyelewengan yang mesti dipertanggungjawabkan kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab kepada pengurusan dan pengedalian pilihanraya di negara kita," katanya pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di pejabat PAS kawasan di sini malam tadi.


Beliau juga, berkata PAS kemungkinan besar akan mengadakan seminar antarabangsa bagi membongkar segala penipuan dalam daftar pemilih ini setelah semua data-data berkenaan diperolehi dalam masa terdekat.


"Kita mempunyai ramai pakar-pakar IT dan kita mempunyai sistem yang canggih dan berkesan untuk mengenalpasti penipuan dan penyelewengan dalam daftar pemilih.


"SPR tidak boleh berdolak dalik lagi dalam hal ini, jika bukan mereka siapa yang lagi yang melakukan kemungkaran dan penipuan dalam daftar pemilih ini," tegasnya.


Menurutnya, PAS juga konsisten menolak sistem biometrik dalam pengendalian pilihan raya di negara kita.


"Kita tetap yakin bahawa sistem celupan dakwat kekal lebih praktikal dan terbukti berkesan untuk mengatasi seseorang pemilih mengundi lebih dari sekali.


"Kita minta teh dia bagi kopi, kita minta celupan jari dalam dakwat dia bagi sistem biometrik, memang mereka sengaja tidak mahu menggunakan dakwat kekal," katanya lagi.


Beliau berkata, sistem biometrik terbuka kepada penipuan kerana sesiapa sahaja yang mempunyai kad pengenalan yang menggunakan biometriknya sendiri sudah pasti boleh mengundi.


"Jadi kalau seseorang itu mempunyai 2 kad pengenalan dan ada nama dalam daftar pemilih di saluran yang berlainan di Dun sama atau berlainan, maka dia boleh mengundi," jelasnya.sumber harakadaily.net..***boleh buat petrol car****

Tuesday, July 26, 2011

Utusan Malaysia marah sama rakyat yang tak sokong Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR 26 Julai - Laman sosial Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diceroboh pihak tidak bertanggungjawab hari ini yang mengeluarkan komen-komen negatif memburukkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).


Segala komen berunsur fitnah dan maki-hamun terhadap Perdana Menteri itu dikesan mula dimuat turun ke status Facebook beliau sejak pukul 7 pagi ini dan semakin bertambah sehingga kini.


Mereka yang membuat 'serangan' melalui laman sosial ini dipercayai berpura-pura menjadi peminat beliau sebelum mengambil kesempatan mengeluarkan komen buruk terhadap pemimpin nombor satu negara itu.


Hasil semakan Utusan Malaysia di Facebook mendapati, rata-rata individu yang mengeluarkan komen negatif merupakan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana pada profil mereka terdapat logo Bersih dan warna kuning.


Selain Perdana Menteri, turut menjadi sasaran kemarahan dan fitnah kumpulan terbabit melalui Facebook itu ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akhbar Utusan Malaysia.


Mereka turut memuat turun video dan gambar yang didakwa memperlihatkan perbuatan salah laku Rosmah dan Hishammuddin serta individu-individu yang kononnya menjadi mangsa aniaya kerajaan seperti wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas banduan, A. Kugan.


Melalui Facebook tersebut ialah mereka membuat desakan meminta Najib dan Hishammuddin meletak jawatan.


Najib dan isteri turut difitnah terlibat dalam pelbagai skandal seperti isu pembelian kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan cincin berlian berharga RM24 juta.


Lebih kurang ajar ada yang menulis komen menggunakan bahasa kesat.


Perdana Menteri membuka akaun Twitter dan rakan Facebook beliau bagi memastikan peminat, rakan dan lain-lain peminat Internet berhubung dengannya seperti biasa.


Beliau juga sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan Facebooknya. jiwa merdeka..

APC -Anugerah Perkhidmatan Cemerlang buat guru semakin layu!

APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sudah diumumkan.Pada kali menjadi tidak bermakna.

Rakan guru yang sepatutnya dapat dinafikan hak.Guru yang baru mengajar ,masih muda diberi APC.Guru lama yang produktif dinafikan hak.Semuanya gara-gara pihak pentadbir yang berat sebelah.

Terdapat guru semasa SSB,SSM dan apabila diperkenal PTK sudah dapat,masih dapat.Kroni sahaja yang membolot.

Para guru bukan merungut untuk dapat RM1000.00 tetapi nilai penghargaan ke atas pengorbanan mereka.Tetapi apabila pengetua sudah menjadi "KLIK",guru biasa menjadi mangsa.

Di sinilah janji PR untuk memberi imbuhan pendidik sebanyak RM500.00 sebulan dalam tempoh seratus hari pemerintahan perlu disokong.Jom kita ubah tukar kerajaan.

ads:***** mengejar petrol car*****

Wan Ahmad SPR dan budak sekolah kena booo,sebab persembahan low class!

Satu tulisan dalam satu face book, budak sekolah menulis tentang budak-budak form 1 kena booooo!Sementara itu dalam malaysiakini dikatakan Orang Kuat SPR Wan Ahmad Wan Omar kena booo oleh mereka yang inginkan SPR bersikap telus,adil dan akauntabilti.

Haris Edry Lee

perhimpunan rasmi kt sklh td dh mcam kat stadium pon ad... !! boooooo jea tau !!' ksian budk2 form 1....

malaysiakini
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

Ustaz Idris Ahmad dan petrol car!

Beras antara barangan yang disumbangkan oleh Ustaz Idris Ahmad.
Bungkusan lambang bulan yang tetap disanubari penduduk Bukit Gantang.
Minuman botol beperisa,gula,tepung,kopi,tin sardin dan bihun yang didalam beg berlambang bulan.
'Ini sahaja yang kami mampu!'
Belajar rajin -rajin adik,dari kecil hingga besar menyokong Islam.
YDP Ustaz Nordin Jaafar bersama Ustaz Idris Ahmad. Kelihatan Puan Zulina Mohamed,AJK Pas Kawasan.
Mak Cik mengaminkan doa yang disampaikan Ustaz Idris Ahmad.

Doa Ustaz Idris Ahmad.

Baru-baru ini penulis bersama Ustaz Idris Ahmad menyantuni penduduk,khususnya penduduk Dun Changkat Jering.Sebanyak 100 orang miskin,ibu tunggal dan mereka yang susah telah dibantu pada 23 Julai lalu.

Bagi mereka yang ingin membantu PAS Kawasan Bukit Gantang menyantuni penduduk miskin,anak yatim dan ibu tunggal bolehlah berhubung dengan penulis melalui e-mail sisibukit@yahoo.com atau pejabat 05-8483950 .Juga boleh melalui Ustaz Idris Ahmad.foto lain facebook

Beri keadilan untuk Anwar-Najib dan Rosmah perlu ditemuabual peguam Anwar

Najib dan Rosmah jika ingin keadilan ditegakkan,sila beri kerjasama kepada peguam DS Anwar.Jangan berdolak-dalik,cari alasan.Alasan pula tidak munasabah. Sebagai anak jantan kena berani menanggung tanggungjawab.


Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.


Dalam permohonannya yang difailkan menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain.


Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.


Anwar di dalam notis itu menyatakan bahawa mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan dan semua kos ditanggung pihak pendakwaan.


Di dalam afidavit sokongannya, Anwar menyatakan bahawa peguamanya, SN Nair menerima sepucuk surak daripada Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields bertarikh 18 Julai bahawa Mohd Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju untuk menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka. sumber MK.

Ziarah penduduk ditimpa musibah bersama DS Nizar.

Rumah Wan Husein Wan Hanif disantuni DS Nizar.Nizar menasihatkan mereka sekeluarga supaya bersabar.
Rumah jiran Zuraidah terkena bahang.Nizar ingin membantu Zuraidah.Tapi rumahnya sudah mendapat bantuan SPNM.
Nizar menyatakan setiap musibah mempunyai hikmah.
Unit Amal bersedia untuk beramal.
Pokok kelapa setinggi ini disambar api.


Baru-baru ini bersama DS Nizar ziarah penduduk.Walaupun UMNO tidak suka dengan DS Nizar,penduduk Bukit Gantang tetap bersama DS Nizar.Justeru itu, Muhyiddin Yassin,Zambry Kadir sudah datang merayu undi,orang Melayu masih tidak mahu UMNO lagi.

Satu sumber mendakwa apabila Najib melilau dekat Perak,Parlimen Bukit Gantang menjadi pilihan.Bukit Gantang satu indikator menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Monday, July 25, 2011

Sepagi bersama DS Nizar -jadikan puasa kali ini lebih bermakna!

DS Nizar diarak pasukan hadrah,Kg Banggol Rendang,Ckt Jering.

Menyampaikan sedikit sumbangan.
Memberi nasihat kepada penduduk,jadi puasa Ramadhan kali ini lebih baik.
Memberi ucapan antara lain meminta menjadikan puasa Ramadhan kali ini berusaha ke arah kerajaan yang lebih baik.Hajat kerajaan baru di Putrajaya perlu ditandakan dengan kerjakeras petugas-petugas parti.


Baru-baru ini mengikuti DS Nizar mejenguk penduduk kampung.Pada kali kampung yang menjadi pilihan Kg Banggol Rendang,dalam DUN Changkat Jering.

Pesan Nizar pada pagi itu,jadikan puasa Ramadhan ini menyemarakkan kita untuk memerintah Putrajaya pada PRU 13.

Sheikh Kadir Bekas Menteri mengharapkan sebuah kerajaan baru dalam PRU 13.


Dalam ceramahnya pada malam kelmarin 24 Julai ,di Kg Sungai Petai,Changkat Jering,YB Dato' Mahfuz Omar mendakwa bekas Menteri Tan Sri Sheikh Kadir Sheikh Fadzir telah bercakap dengan beliau melalui telefon . Antara lain bekas menteri itu menyatakan perlu sebuah kerajaan baru pada PRU 13 INI.

Sheikh Kadir seorang lagi tokoh Umno hari ini tampil mencadangkan supaya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berdialog dengan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bagi mengatasi kepincangan proses pilihanraya di negara ini.


Bekas Menteri Perlancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir memberikan saranan itu selain menekankan perlunya Najib berhenti menyekat kebebasan bersuara dan sebaliknya memperbaiki imej kerajaan supaya dilihat sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.


"Kalau kita mula mahu sorok dan sebagainya, maka rakyat akan berasa syak wasangka sebab amanah (sejak) Merdeka (dan) pada zaman Tun Razak (adalah) memberi kebebasan bersuara," kata beliau.

Sunday, July 24, 2011

Teruknya Perdana Menteri kita pergi pasar "nite" rayu undi.

Hj Anuar Tahir sedang berceramah di Kg Sg Petai,Ckt Jering,Parlimen Bukit Gantang.

Pada malam kelmarin Hj Anuar Tahir AJK Pas Pusat,orang perlis memberitahu DS Najib pergi melilau dekat Perlis.

Kasihan Najib Razak,baru balik dari luar negara,sepatutnya duduk di Pejabat untuk pentadbiran negara.

"Najib ,pegi "pasar nite",rayu undi"kata Haji Anuar Tahir . Perdana Menteri tugasnya amat besar,mengurus negara,bukannya sekadar bersalaman.

Ustaz Idris Ahmad bukannya penjenayah,kenapa polis pergi rumahnya tengahmalam.

Ustaz Idris Ahmad menyampaikan sumbangan dermawan dari Kuala Lumpur untuk penduduk miskin DUN Changkat Jering pada 23 Julai.Sebahagian 100 orang penerima sumbangan
Ustaz Idris Ahmad menyampaikan ucapan.Antara intipati ucapan PAS membantu penduduk dengan duit halal.Beri PAS peluang memerintah .Pas akan jaga kebajikan rakyat.

Changkat Jering- Pada malam kelmarin sempat berbual dengan Pengarah Tarbiyyah PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad.

Beliau menceritakan kena masuk mahkamah atas isu BERSIH.Tetapi ditangguhkan tanpa alasan munasabah dan batal saat akhir.

Ceramah Ustaz Idris Ahmad di Banting,pada 19 Jun dianggap menghasut,sedangkan Hishamuddin Husein hanya mengumumkan Bersih haram pada 1 Julai.

Di samping itu Ustaz Idris Ahmad , seolah seperti penjenayah,kerana pihak polis bersama "petrol car"telah pergi ke rumah beliau pada 12.30 tengahmalam.

Mengapa pihak polis tidak datang pada waktu siang dan bersesuaian.Kedatangan pada waktu tengahmalam boleh menyebabkan pihak jiran tetangga boleh beranggapan Ustaz Idris Ahmad telah melakukan jenayah.

Selamat melawan Utusan Malaysia Ustaz Misbah,yang penting bukan duit tetapi keadilan

KOTA BHARU, 24 Julai: Seorang wartawan Utusan Malaysia mengakui tidak menemui plaintif sebelum menyiarkan berita disifatkan berunsur fitnah terhadap pemimpin PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki.

Yuspisman Asli, 39 kini Ketua Biro Utusan Cawangan Kelantan mengakui perkara itu ketika ditanya peguam plaintif, Mohamad Hanipa Maidin pada perbicaraan kes saman Misbahul terhadap Datuk Khalid Mohd dan Utusan Melayu Bhd di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.


Hanipa sebelum itu mahu kepastian sama ada wartawan berkenaan menghubungi Misbahul atau menemui sekretariat muktamar atau pengerusi tetap bagi mendapat kesahihan sebelum berita itu ditulis.


Mingguan Malaysia pada 3 Jun 2007 dalam laporan di muka hadapan menggunakan tajuk “Dewan Ulama PAS ibarat tin kosong – Perwakilan”.


Berita mengenai muktamar terbabit disiarkan dengan dakwaan wakil Perak, Misbahul Munir berkata, Dewan Ulama hanya hidup dalam kepompong mereka sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutamanya ketika berdepan dengan pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam.


“Kepimpinan ulama yang dicanang oleh parti PAS tidak harus hanya menjadikan tin kosong melalui kewujudan Dewan Ulama, apabila aktiviti mereka lebih tertumpu di surau dan markas,” katanya dalam laporan berita tersebut.


Dalam writ samannya plaintif menyebut berita disiarkan di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia itu dibuat dengan niat jahat dan bertujuan mensensasikan berita fitnah.


Perbicaraan kes itu diadakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Khalid dan Utusan diwakili peguam Azhar Arman Ali.


Sebelum kes itu difailkan di mahkamah peguam plaintif telah menghantar notis supaya Utusan meminta maaf bercara bertulis dalam tempoh tujuh hari.


Defendan juga dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dalam masa tujuh hari sebagai ganti rugi, namun pihak defendan gagal berbuat demikian.


Oleh itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan perintah menarik balik tuduhan fitnah dan ucapan minta maaf daripada kedua-dua defendan.


Ketika prosiding pada 5 Julai lalu Misbahul memberi keterangan di mahkamah terhadap tuntutan saman tersebut.


Dalam keterangannya Misbahul memberitahu beliau tidak berucap langsung atau menjadi pembahas pada muktamar kali ke-53 yang diadakan di Putik, Pengkalan Chepa.


Penerbitan berita fitnah tersebut menyebabkan maruahnya tercemar sehingga meletak dirinya di kancah kebencian dan kehinaan pada pandangan masyarakat.


Hanipa berkata, biar pun Yulpisman menganggap berita itu sebagai kritikan membina dalam keterangan hari ini, namun dalam berita yang disiarkan tidak menggambarkan situasi tersebut.


Menurutnya berita berkenaan tambah hangat apabila diulas pula Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehari selepas itu, yang digambarkan Utusan terus mempertahankan berita tidak betul.


“Dalam kes ini plaintif telah dilihat memburukkan PAS apabila berkata, Dewan Ulama PAS ibarat ting kosong.


“Berita itu kemudian disebarkan melalui Utusan dengan edaran sehingga 400,000 naskah bertujuan bagi menarik perhatian ramai,” katanya.


Prosiding kes tersebut masing-masing menampil seorang saksi iaitu Misbahul bagi pihak plaintif dan Yuspisman (defendan).


Penghujahan kes berkenaan akan disambung pada 26 September hadapan.sumber

Kita hendak celup jari dengan inai bukan biometrik.-Nizar.

Changkat Jering-DS Nizar pagi kelmarin 24 Julai meminta SPR menggunakan celup jari dengan dakwat atau inai bukannya biometrik,mesin pengimbas.

"Celup jari dengan inai,baru tiga juta ringgit"kata DS Nizar."Sedangkan biometrik yang tidak dibuat negara lain 50 juta ringgit"sindir Nizar.

Menurut Nizar mesin pengimbas ini boleh mengesan maklumat peribadi.Jadi mereka yang menjadi rakyat secara tidak telus ini nanti boleh menjadi pengundi,kerana maklumat ada.Sehubungan dengan itu menurut Nizar mereka juga boleh mengundi banyak kali,kerana tiada tanda fizikal mereka sudah mengeluar undi.


Saturday, July 23, 2011

Panas berapi:Pidato Mahfuz Omar 24 Julai 2011

Pada malam ini Dato'Mahfuz Omar berceramah di Parlimen DS Nizar.Mahfuz Omar dijangka mengulas isu-isu terhangat dunia.


Jadi hendak dengar,mailah ke Kg Sungai Petai,Changkat Jering,Taiping.Pada 24 Julai hari ini,jam 9.30 malam.


Selamat Menerima Menantu Baru DS Anwar Ibrahim.


Foto Faekah Binti Husin(facebook)
Anak DS Anwar dan DS Wan Azizah ,Nurul Ilham Anwar dan suami tercinta Mohd Rezza Rafaie.

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada anak keempat DS Anwar dan DS Azizah Nurul Ilham Anwar dan Mohd Rezza Rafaie kerana telah melangsungkan pernikahan.Menurut Puan Faekah Husin melalui facebook ,kenduri kali ini agak sederhana untuk kaum keluarga.InsyaAllah DS Anwar akan mengadakan kenduri pada bulan Disember ini.

Mungkin juga kenduri di rumah Perdana Menteri baru selepas PRU 13 ini.!

Maziah Manap berjuanglah membersihkan nama baik suamimu Ahmad Sarbaini

Maziah Manap menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Kelana Jaya pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May.MI.
Perjuangan Puan Maziah masih panjang.Hanya seorang isteri sahaja tahu tentang kelakuan suami mereka.

Puan Maziah Manap ,wajar diberi sokongan.

Puan Maziah Manap 50 tahun, isteri allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, yang dijumpai mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur mahu kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian suaminya itu.


"Inkues tidak menyiasat secara serius kemungkinan ada unsur jenayah. Saya mahu Suruhanjaya Diraja. Ini kali pertama saya tuntut Suruhajanya Diraja,” katanya selepas membuat laporan di balai polis Kelana Jaya pagi ini.


Selamat berjuang Maziah Manap. Bersihkan nama suami anda.Sudah ada contoh pegawai SPRM boleh membantu seseorang untuk bunuh diri dan tidak bunuh diri.Perkara terdekat kes Teoh Beng Hock.

Kini pegawai SPRM yang dulunya megah dengan tugas dilucutkan jawatan pegawai operasi siasatan.Ketiga-tiga mereka adalah - pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim , yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.

Ke manakah perginya 10,000 baju Bersih yang dibeli musuh?

Ustaz Idris Ahmad menyampaikan tazkirah "PAS menjaga kebajikan rakyat" pagi tadi di Changkat Jering

Ustaz Idris Ahmad pagi tadi memberitahu penulis ada hikmahnya kita tidak memakai baju kuning BERSIH pada 9 Julai lalu,kerana musuh yang cuba sabotaj program sudah membeli 10,000 baju BERSIH.

Jika tidak sudah tentu kerajaan akan menggunakan ordinan darurat.Pesan Ustaz Idris Ahmad supaya mereka yang cuba diganggu polis dalam isu BERSIH supaya meminta dokumen hitam putih atau perintah mahkamah.

Mungkinkah ini sambutan hari jadi ke 58 DS Najib sebagai Perdana Menteri?

Tahun ini semua orang UMNO yang berkepentingan menyambut hari jadi Najib ke 58.

Contohnya UMNO Kedah.Mungkinkah ini sambutan terakhir Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia daripada UMNO.

Melihat pelbagai isu yang timbul ,seolah-olah orang UMNO sendiri mahu Najib tidak menjadi perdana menteri lagi.


Umno Negeri Kedah hari ini mengadakan majlis meraikan ulang tahun ke-58 Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, dalam rangka lawatan sehari ke Perlis.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di lapangan terbang itu pada 9.30 pagi dan sambutan bermula sebaik sahaja beliau memasuki Kompleks Bunga Raya.


Hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri dan isteri ialah Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, pemimpin parti-parti komponen BN Kedah dan Perlis serta pemimpin kerajaan negeri Perlis selain kira-kira 2,000 rakyat pelbagai kaum.


Sebaik memasuki balai ketibaan VIP itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membacakan doa selamat tiba. Kemudian hadirin yang ada menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Najib sebelum Perdana Menteri memotong pulut kuning dua tingkat diikuti bacaan doa oleh Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Fadzli Abdul Halim.


Perdana Menteri lahir pada 23 Julai 1953.

Friday, July 22, 2011

Zambry Kadir gempur lubuk PAS kerana tidak percaya dengan Ketua UMNO Bukit Gantang .

Pada 23 Julai ini Zambry Kadir,Adun Pangkor akan merasmikan Pesta Durian di Dataran Long Jaafar,Pekan Bukit Gantang dalam parlimen DS Nizar. Zambry Kadir dijadual merasmikan musim durian Bukit Gantang,pada pukul 10 pagi.

Teman-teman UMNO memberitahu,Zambry Kadir terpaksa dipanggil ke Bukit Gantang kerana Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang Rosli Husein telah tidak diterima kebanyakan penduduk.

Mereka mendakwa DUN Trong pun sejak Rosli Husein menjadi Adun masih ditakuk lama.Changkat Jering yang mempunyai ADUN lompatpun membangun.Jadi Zambry perlu membantu UMNO Bukit Gantang yang kini dikatakan hilang punca kerana orang Melayu pun semakin menjauhkan diri daripada UMNO.

Kita saksikan sendiri sambutan penduduk parlimen Bukit Gantang esok.Jika Zambry berjaya mengumpulkan pengundi sebanyak 10,000 orang ,itu satu kejayaan Zambry.Tapi jika hanya dipenuhi agensi kerajaan dan penduduk luar Bukit Gantang itu menandakan masa depan gelap untuk UMNO di Bukit Gantang.

: Tidak ada sebab Teoh Beng Hock mahu terjun dari tingkap ?YB Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tidak ada sebab Teoh Beng Hock mahu terjun dari tingkap melainkan hendak menyelamatkan diri dari siasatan yang mungkin sangat ganas ke atasnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja mendapati Teoh Beng Hock mati kerana membunuh diri, Mahfuz mempersoalkan adakah Teoh mati membunuh diri atau mahu menyelamatkan diri dari siasatan yang mungkin sangat ganas ke atasnya.


"Di mana-mana dan pada bila-bila masa pun, adalah lumrah seseorang yang diganasi oleh mereka yang mempunyai sifat seperti syaitan akan berusaha menyelamatkan dirinya," katanya.


Antara lain, kenyataan bertulis Nazri menyatakan Teoh "merasa terbeban and tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan".


"Begitu juga Penolong Ketua Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed. Beliau mungkin terbunuh akibat terjatuh semasa cuba menyelamatkan diri dari cara siasatan yang mungkin sangat ganas dan tidak berperikemanusiaan ke atasnya.


"Sama ada dalam kes Teoh atau Sarbaini, terjun atau terjatuh ketika berusaha menyelamatkan diri bukan bunuh diri," tegas beliau.


Dalam usaha menyelamatkan diri itu, katanya, tidak mustahil mereka cuba melarikan diri melalui tingkap kerana terlalu terdesak untuk mencari jalan keluar dari soal siasat yang disebut oleh Nazri sebagai "agresif dan berlarutan" itu.


"Walau terjun tingkap sekalipun dan bukan terjatuh secara tidak sengaja, ia tetap tidak boleh disifatkan sebagai membunuh diri kerana mereka mungkin berusaha untuk menyelamatkan diri dari siasatan yang mungkin sangat ganas dan tidak berperikemanusiaan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Beliau juga membangkitkan kembali keputusan mahkamah koroner yang menyatakan Teoh tidak mati bunuh diri dan tidak juga mati dibunuh.


"Memang tidak bunuh diri dan tidak dibunuh sebab beliau mungkin terjun atau terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri dari siasatan yang kejam, ganas dan tidak berperikemanusiaan," katanya lagi.


Mahfuz menyifatkan keputusan mahkamah koroner itu sebagai munasabah dan saksama .sumber harakahdaily.net.ads#blackbery*

Gaji tak naik-naik kita tanya YB Tian Chua 24 Julai ini.

Menjemput Tuan/Puan keSEMINAR PEKERJA 2011- Anjuran Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar PAS Negeri Perak pada 24 Julai 2011 Ahad mulai jam 2.00 ptg. Isu/Tajuk: " RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011" di Markaz PAS Negeri Air Kuning, Changkat Jering, Perak

Thursday, July 21, 2011

Gaji Minima- Dialog Isu Semasa Pekerja 24 Julai ini

Dialog Isu Semasa berkaitan dengan ISU GAJI akan berlangsung pada 24 Julai ini.Program bertempat di Markaz Tarbiyyah Pas ,Air Kuning,Taiping.

Program bermula pada jam 2.00 petang- 5.00 petang. Penyertaan terbuka kepada semua pekerja dan aktivis NGO.

JEMPUTAN KE AGIHAN BORANG FELDA PLANTATION PERINGKAT NEGERI PERAK

Salah satu daripada agenda buku jingga 100hari, adalah menghapuskan felda plantation yang keluasannya melebihi 340000 hektar atau melebiihi 800 ribu ekar.


Tanah tersebut akan diagihkan kepada golongan berikut;



1. Generasi kedua dan ketiga Felda
2. Pekerja bawahan seperti buruh dan kerani felda plantation.
3. Penduduk kampung Tradisional yang berada di kawasan felda plantation
4. Bekas perajurit


Bagi PAS, bekas perajurit perlu diambil kira kerana jasa dan pengorbanan mereka kpd negara dan termaktub dalam MAT (majlis. Angkatan. Tentera) bahawa mereka layak mendapat 20 ekar tanah pertanian dan dua lot tapak perumahan.


PAS melihat hak pesara tentera selama ini telah dinafikan oleh kerajaan pusat . Jika dilihat kepada perbandingan yang telah dibuat dengan bekas tentera negara lain jelas menunjukkan nasib pesara tentera di negara ini telah diabaikan oleh kerajaan pusat.


Justeru pada 22-23 Julai ini, suatu program akan dijalankan iaitu, agihan borang untuk memiliki tanah akan diagihkkan kepada mereka yang hadir dengan membawa salinan kad pengenalan dan borang permohonan ini akan diproses dalam masa 100 hari Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.


Berikut adalah maklumat program yang akan berlangsung:

Program: Agihan Borang Felda Plantation & Pelancaran NGO Peringkat Negeri Perak

Tarikh : 22 & 23 Julai / 2011

Tempat: Markaz PAS Kampung Gelok Lenggong Perak.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid boleh jumpa Mat Sabu di Mahkamah!

TG Haji Hadi bersalaman dengan Timbalan beliau sewaktu mengunjungi Mat Sabu pada 19 Julai lalu di rumah beliau.


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.


"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.


Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".


Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.


"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu.


Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan.



Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya.
Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya. sumber malaysiakini