Tuesday, January 31, 2012

Ayuh,bersama rakyat Perak tuntut hak pada 3 Februari ini!

Berikut merupakan SMS daripada Haji Razman Zakaria,Pengerusi NGO Bapa "Salam Semarakan Rakyat Perak untuk berarak bersama 3 Ngo ,Felcra -BAPA,Felda -ANAK ,PERAJURIT-KERABAT menuntut hak janji dan kekejaman UMNO BN pada 3 Februari 2012(Selepas Solat Jumaat) jam 2.30 petang di Masjid Negeri ,Ipoh .Rakyat wajib tahu UMNO itu zalim.

Hasan Ali dipecat kerana lawan tauke! sindir pendengar.

http://www.youtube.com/watch?v=r4Zc2t7nr4g&feature=youtu.be video

29 Jan 2012 ~ Ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang. Hasan Ali disindir "Lawan Tokey" di Bukit Gantang.sumber blog orang ni.

Hasan Ali dalam ceramah propagandanya di Bukit Gantang sebenarnya tidak memahami perlembagaan PAS.Dia tidak tahu Lembaga Tatatertib di bawah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.PAS Pusat boleh memecat beliau tanpa perlu laporan tatatertib.Nampaknya beliau sendiri tidak mahu membuat rayuan.

Monday, January 30, 2012

Penduduk Bukit Gantang ,jangan undi DAP- Hasan Ali

Hasan Ali meminta derma daripada orang ramai ,untuk meneruskan "road show" di Bukit Gantang. Hasan Ali beritahu,ada 6 ribu orang malam itu,tapi seorang SB beritahu penulis setakat seribu orang je.


Hasan Ali dalam ucapannya sebagai motivator di parlimen Bukit Gantang ,pada 29 Januari lalu meminta pendengar ,jangan mengundi DAP pada pilihanraya akan datang.Para pendengar ketawa sinis,kerana DAP bukannya bertanding di Parlimen Bukit Gantang.Parlimen Bukit Gantang calonnya PAS dan UMNO sahaja.

Dalam ceramahnya yang mendabik dada itu,dia juga tidak menyuruh mengundi UMNO dan tidak juga meminta jangan memangkah PAS.

Tapi orang kampung dalam Bukit Gantang ,memberitahu penulis,Hasan Ali semakin bodoh."DAP bukannya bertanding Bukit Gantang".

5 Februari,ulangtahun ke 3 rampasan kuasa di Perak,dipimpin Najib Razak.

Pada 5 Februari ini ulangtahun ke 3 rampasan kuasa,kerajaan rakyat pilihan rakyat,di mana sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat dirampas oleh pemimpin -pemimpin "kotor" pemain demokrasi dan dalangnya DS Najib Razak.

Dosa Najib Razak kepada rakyat Perak amat besar.Menurut DS Nizar Menteri Besar yang diguling Najib terpaksa datang ke Perak untuk menebus dosa.

Untuk menutup dosa mereka Najib kerap datang ke Perak. Contohnya pada 13 Januari berkampung di Bukit Gantang. Pada 28 Januari berkampung di Kubu Kuat DAP di Setiawan.

Di pekan ,MCA memainkan peranan untuk menarik sokongan pengundi Cina. MCA menggunakan isu hudud untuk menakutkan orang Cina. Di kampung,UMNO bersantai bersama orang kampung membuat promosi propaganda UMNO.Jika di Bukit Gantang ,Najib pun tak laku,mereka menjadikan Hasan Ali boneka baru.

Bulan Februari ini, hari ulangtahun kudeta,hari mengingati peristiwa hitam rampasan kuasa di Perak.Tahun Baru ini ,rakyat perlu dingatkan politik khianat seperti tindakan jijik Osman,Jamaludin dan Hee ialah politik keji,hina,kotor lagi jijik.Sambil meraikan tahun baru Cina dan maulidurasul ,rakyat Perak mesti terus dan tetap untuk menolak BN dan UMNO.

Bagi Bukit Gantang 9 Februari , merupakan tarikh kembalinya Ahli Parlimen PAS Hj Roslan Shaharum ke rahmatullah.

Sunday, January 29, 2012

Hasan Ali datang Bukit Gantang Kutip Derma.

Hasan Ali meminta orang ramai menderma .Derma kepada penganjur .Mungkinkah NGO haram IMR ,yang kutip duit ini?Hasan Ali hanya ke Bukit Gantang kutip derma. Hasan Ali merayu orang supaya derma,mungkin untuk duit minyak kereta?Kasihan Hasan Ali terjun dengan labunya.!

Hampeh! Hasan Ali datang Bukit Gantang untuk hentam DS Nizar.

Hampeh! Hasan Ali datang ke Bukit Gantang hanya untuk hentam dan maki DS Nizar.Betul-betul motivator kelas UMNO.Ghurka Umno.

Hasan Ali bangga masuk kelab malam dan tempat masiat.Hasan Ali seronok jadi gila .Gila maki hamun orang.

UMNO Bukit Gantang ,guna Hasan Ali untuk membangkit semangat ahli UMNO sahaja.Najib datang ke Bukit Gantang ,penduduk pun buat tak tahu.Najib datang ke Bukit Gantang ,orang Melayu,Cina dan India terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat.Justeru itu UMNO Bukit Gantang jemput Hasan Ali untuk menarik balik sokongan rakyat.Tapi rakyat pun meluat.

Najib orang pun tak layan,inikan Hasan Ali yang telah dipecat dari parti PAS.Terima kasih Hasan Ali orang Melayu bertambah benci dengan UMNO.

Saturday, January 28, 2012

Hasan Ali tidak macam Lee Lam Thye yang tak ada aqidah.

Hasan Ali tidak macam Lee Lam Tye. Menurut Subky Latif,Lee Lam Thye tidak mencerca parti DAP yang ditinggalkan. Bekas YB Bukit Bintang itu tidak menghina Lim Kit Siang ataupun Karpal Singh.


Lee Lam Thye apabila dia sudah tidak sehaluan dengan parti ,dia keluar parti dan tidak menyertai pilihanraya sehingga sekarang.Dia tak buat road show,macam Hasan Ali ,seperti pada malam ini di Pekan Bukit Gantang.


Tapi Hasan Ali terus mencerca PAS ,tempat dia "menumpang"teduh setelah UMNO tak pedulikan dia sebelum ini.


Hasan Ali terus menjadi alat UMNO.Dia hentam Tok Guru Haji Hadi,walaupun dia tau hujahnya hanya kelentong.Orang Bukit Gantang kata ,dia gila talak.


Sekurang-kurangnya belajarlah politik dengan Lim Lam Thye,berjuang bukan berdasar aqidah.Namun Lam Thye tidak memburukkan tempat dia cari makan mula-mula dalam DAP.


Mutakhir ini pula Hasan Ali sudah mula membodek Najib Razak,dan dapat masuk akhbar parasit.Semua yang dikata Najib dan gurkhanya betul belaka.

Hasan Ali:Awas,malam ini bukan ceramah anjuran PAS.

Pada malam ini 29 Januari , ada satu ceramah di Pekan Bukit Gantang.Penceramah semuanya bukan orang PAS. Hasan Ali dan ustaz UMNO ,Fathul Bari.

Jadi orang PAS tak perlu datang.Awas jangan masuk perangkap UMNO.UMNO ingat orang Melayu Bukit Gantang bersama mereka.

Mereka buat di Bukit Gantang,untuk ubati duka lara bantuan BR1M,penduduk RM500.oo sampai pengsan baru nak dapat.

Masa Pegawai Daerah Harun Rawi, Dewan Orang Ramai jadi Dewan UMNO.

Dewan orang ramai ini dibina oleh kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama. Duit rakyat didirikan atas tanah kerajaan di Kg Changkat Ibol ,Mukim Bukit Gantang.Dinamakan Dewan JKK dan UMNO.

Semasa Pegawai Daerah Dato'Mahmood Morsidi,Dewan Orang ramai tidak dinamakan Dewan JKK dan UMNO,walaupun baru dibina. Zaman D.O Harun Rawi ,duit rakyat yang digunakan untuk membina dewan orang ramai ,diberi nama Dewan JKK dan UMNO.

Harun Rawi tidak profesional langsung. Betul-betul pro UMNO.Teringat semasa DS Nizar MB pada masa itu melawat pejabat daerah,dia langsung tak tunjuk muka.Begitu juga semasa Hj Roslan Shaharum bertemu Pegawai Daerah Dato' Mahmood Morsidi,dia pun cabut ,menghilang diri.

Friday, January 27, 2012

Kad Gong Xi Fa Cai, Adun UMNO Trong Rosli Husein dibuang ke dalam tong sampah.


Baru -baru ini penulis mengikuti Pimpinan PAS Bukit Gantang mengedar Kad Tahun Baru Cina daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Pas Kawasan kepada penduduk Tionghua di Pekan Kuala Sapetang.Apa yang menarik terdapat beberapa orang ketua orang Cina memanggil penulis menunjukkan Kad Tahun Baru Cina .

Rupanya mereka telah menghumbankan kad tahun baru itu ke dalam tong sampah. Kad Tahun Baru Cina daripada YB Rosli Husein itu mereka tidak mahu simpan dan gantung."Tak ada ong"kata mereka kepada penulis.

Penulis difahamkan 13 persatuan orang Tionghua yang menerima kad itu ,telah membuangkan kad tahun baru itu ke dalam tong sampah.Penduduk Tionghua Kuala Sapetang tetap komitmen bersama Pakatan Rakyat dan PAS dalam usaha menjatuhkan UMNO dan BN.

Hasan Ali masa ada jawatan parti tak datang Bukit Gantang,kena pecat baru datang.

Penulis mendapat maklumat Hasan Ali akan datang ke Bukit Gantang pada 29 Januari ini.Turut bersama Hasan Ali,ketua 40 ulamak muda UMNO ,Fathul Bari.

Hampas,betul Hasan Ali semasa jadi Naib Presiden Pas,Bukit Gantang pun tidak minat untuk datang.!

Pada masa PRK Bukit Gantang,dia datang,dia bertumpu dekat DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang ,habuk undi pun tak bertambah di Peti Undi yang dia pergi.

Tau-tau apabila kena pecat, baru hendak datang ke Kubu Kuat PAS Parlimen Bukit Gantang.Itupun hendak menggasak PAS.Awas Hasan Ali,tersilap ceramah,memfitnah PAS . Saman fitnah Pas Kawasan Bukit Gantang akan ambil tindakan.

Thursday, January 26, 2012

Lawak bodoh Exco Perak Hamidah Osman,AC Mizal orang Perak

D

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melalui kenyataan Salman Saleh,Setiausaha DPPN kecewa dengan perancangan Tahun Melawat Negeri Perak pada tahun ini yang seolah-olah ibarat ‘tangkap muat’ sahaja di bawah kendalian Datuk Hamidah Osman sebagai orang yang dipertanggungjawabkan.


Hamidah Osman ,dahulu dengan Setinggan Sifar di DUN Sungai Rapat.Alih-alih setinggan masih banyak di kawasan yang diwakilinya.


Terkini, melalui pengumuman Datuk Hamidah yang mana telah melantik Datuk AC Mizal atau Mizal Zaini nama sebenarnya sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak telah mendapat kritikan umum oleh rakyat.
Sekali lagi Hamidah Osman cuba menidakkan keupayaan rakyat Perak untuk menjadi Duta Pelancongan.


Hal ini kerana umum mengetahui bahawa Datuk AC Mizal bukanlah anak kelahiran negeri Perak sepertimana yang dilaporkan oleh Wikipedia, ensiklopedia bebas yang menyatakan bahawa Datuk AC Mizal adalah anak kelahiran Muar, Johor. Ianya bertentangan dengan kenyataan Datuk Hamidah sendiri yang menegaskan bahawa Datuk AC Mizal adalah anak kelahiran Perak. Adakah Datuk Hamidah telah dimaklumkan tentang perkara ini?


Datuk AC Mizal yang mendapat gelaran Datuk di Negeri Pahang dahulu, telah menjadi ‘buah mulut’ banyak pihak yang kesal terhadap isu ini. Persoalan juga timbul, tiadakah artis berbakat lain anak kelahiran Perak yang boleh dinobatkan sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak?


Pemuda PAS Perak kesal dimana perkara ini akan memberi kesan negatif terhadap perancangan pelancongan serta Tahun Melawat Perak kali ini.




DS Nizar , Menteri Besar Perak jika Pakatan Rakyat menang di Perak-Ustaz Idris Ahmad

Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya di Majlis Jamuan Tahun Baru Cina di DUN Changkat Jering petang tadi ,telah menyebut jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13 nanti,Menteri Besar Perak ,tetap DS Nizar Jamaluddin.

Kerajaan baru tanpa rasuah-Nizar.

DS Nizar meminta penduduk DUN Changkat Jering supaya terus berani membuat perubahan untuk memilih kerajaan baru di Putrajaya. Bagi kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.Kerajaan baru tanpa rasuah.DS Nizar berucap di Jamuan Tahun Baru Cina,di Taman Sg Mas,Taiping dalam DUN Changkat Jering.

Wednesday, January 25, 2012

Nizar akan dedahkan apa yang dibisikkan Raja Nazrin pada 9 mei 2009,jika kita ke Putrajaya.

http://mstar.com.my/archives/homepage/2009/5/7/bisik.jpg
DYTM Raja Nazrin sedang berbisik pada DS Nizar pada 9 Mei 2009 sebelum perasmian Sidang DUN Perak.


Dalam ceramahnya di Taman Simpang,Taiping sebentar tadi DS Nizar akan hanya mendedahkan bisikan DYTM Raja Muda Perak,Raja Nazrin Shah apabila Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya. Buat masa sekarang DS Nizar akan merahsiakannya."Saya akan dedahkan jika kita ke Putrajaya" kata DS nizar.

Tahun Naga tahun pilihanraya-Lim Guan Eng

Lim Guan Eng "Angpau paling besar,kita hapuskan Tol PLUS"
DS Nizar,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dalam sambutan Tahun Baru Parlimen Taiping pada tengahari tadi 25 Januari 2012.

Dalam ucapannya Sdr Lim Guan Eng menerangkan kepada masyarakat Taiping tengahari tadi tahun ini Tahun Naga dan Tahun Naga merupakan Tahun Pilihanraya.

Lim Guan Eng juga menyentuh media utama seperti akhbar The Star yang berat sebelah Seolah-olah Pakatan rakyat tidak berbuat apa-apa.Justeru itu Lim Guan Eng meminta penyokong Pakatan Rakyat terus berusaha dan tidak perlu bergantung kepada akhbar semata-mata. "Kita harus bergantung dengan diri sendiri"ucap Lim Guan Eng.

Bagi Lim Gua Eng ,jika hendak rakyat hidup dengan lebih baik ,kita mesti berubah."Kita akan beri ang pau paling besar"kata Lim Guan Eng."Kita akan hapuskan tol lebuhraya utara-selatan."tegas Lim Guan Eng.

Mengulas isu pengisytiharan harta,beliau membidas Chua soi Lek yang hanya mahu isytihar harta kepada SPRM.Bagi Lim Guan Eng ,pengisytiharan harta kepada umum lebih akauntabiliti dan telus.

Dalam pada itu Lim Guan Eng menyindir SPRM bukan menangkap perasuah,beliau memberi contoh pelbagai laporan telah dibuat ,malangnya SPRM tidak berbuat apa-apa.

Dalam ucapannya Lim Guan Eng membidas SPRM seolah-olah melindungi perasuah.

Tuesday, January 24, 2012

Taman Simpang:Malam ini bersama DS Nizar


Pada malam ini 25 Januari 2012,DS Nizar berceramah di Taman Simpang,Simpang,Taiping.Turut berceramah Dato'Adnan Ibrahim dan YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.Dengarkan siri pembongkaran dari Dato" Seri Nizar dan Dato Adnan Ibrahim, pada malam ini.

Monday, January 23, 2012

Balai Polis Pulau Pasir Hitam.Menteri Dalam Negeri tak pernah datang pun.

DS Nizar bersama anggota polis Balai Polis Pulau Pasir Hitam.Difahamkan Menteri KDN yang jaga polis dari 1957 dulu lagi tak pernah pergi melawat pulau ini. Balai Polis ini pun ini didakwa tak pernah dikunjungi Menteri KDN..

Balai Polis Pulau Pasir Hitam,dalam DUN Trong tidak pernah dikunjungi Menteri Dalam Negeri sejak dulu lagi.Sekarang Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Husein juga tak pernah jenguk balai ini.Baru-baru ini 13 Januari dalam lawatan kerjanya ke DUN Trong DS Nizar bersama pimpinan PAS kawasan Bukit Gantang dan Ustaz Idris Ahmad sekali lagi pergi ke Pulau Pasir Hitam.Tempat pertama yang perlu dikunjungi YB DS Nizar ialah Balai Polis.

Nak duit:Bekas Ahli Parlimen UMNO,Bukit Katil pun kena tipu

MELAKA: Seorang pelajar kolej swasta warga Nigeria pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lapan tuduhan menipu bekas Ahli Parlimen Bukit Katil, Prof Dr Mohd Ruddin Abd Ghani melalui internet membabitkan kerugian RM483,870.


Tertuduh Agoson Noyce, 31, didakwa memperdaya Mohd Ruddin, 57, dengan menawarkan RM4.3 juta sebagai dorongan untuk mendapatkan wang dalam beberapa jumlah berasingan iaitu RM115,000; RM100,000; RM45,000; RM64,270; RM26,400; RM43,200; RM70,000 dan RM20,000.


Tertuduh, yang tinggal di Kondominium Klebang Delima, Jalan Klebang, di sini, telah menerima wang tersebut daripada mangsa melalui akaun bank.


Agoson didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang rakan senegara Ago Uche, 27, yang telah didakwa sebelum ini, di pejabat No 944, Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil, dekat sini antara 26 Mei 2009 hingga 22 jan 2010.


Agoson didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.


Hakim Zaharah Hussain menetapkan 27 Jan ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran.


Pada Isnin lalu, Ago Uche, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas empat pertuduhan sama menipu Mohd Ruddin melalui internet membabitkan kerugian wang tunai RM183,200 antara 26 Jan 2009 hingga 22 Jan 2010. - BERNAMA

Sunday, January 22, 2012

PRU 13 ,Umno mula tunjuk belang dan main kasar.

Sepatutnya Dewan Orang ramai tapi UMNO guna kuasa tekan Pejabat Daerah LMS namakan Dewan JKK dan UMNO .Namun begitu orang ramai marah,duit rakyat yang digunakan ,nama dewan ,dewan JKK dan UMNO. Perkataan UMNO dipadam oleh penduduk yang marah dengan sikap UMNO Bukit Gantang.

Anak muda membenci salahguna kuasa yang dilakukan UMNO.Guna duit kerajaan bina dewan orang ramai,tapi dinamakan Dewan JKK dan UMNO.

Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai dari kami

NYDP Rahim Ismail ,Setiausaha PAS Bukit Gantang dan AJK Kawasan Hj Abdullah Sani sebaik selesai mengedarkan kad tahun baru Cina dan menyampaikan buah limau,di Pekan Kuala Sapetang.Turut sama Chuah Tiong San,Ketua DAP ,Kuala Sapetang.

Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai dari kami PAS Kawasan Bukit Gantang kepada teman-teman orang Tionghua di Parlimen Bukit Gantang.

Dosa Osman Jailu jatuh kerajaan Perak,dosa Hasan Ali kerajaan Selangor masih hidup.

Penulis tidak bersetuju apabila terdapat segelintir pemimpin yang menyatakan dosa Hasan Ali dan Osman Jailu sama sahaja. Jelas sekali tindakan Osman Jailu Adun Changkat Jering melompat"bebas dan khianat" menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat,kerajaan PR Perak.Sementara Hasan Ali ,beliau dipecat oleh parti bukan lompat"bebas" dan kerajaan Selangor masih hidup.


Jadi sebagai pemimpin ,berhujah biar celik politik,bukannya ingin menegakkan benang basah?Oleh sebab terdapat permintaan "orang bawah " untuk PAS bertanding pada kerusi yang dikhianati sehingga menjatuhkan sesebuah kerajaan.Mereka menggunakan hujah "Hasan Ali "pun keluar PAS.Justeru itu meminta orang Changkat Jering jangan tamak,untuk menuntut DUN Changkat Jering.


Justeru itu apabila berhujah ,jangan menyentuh sensitiviti" orang bawah".Mereka ikhlas bekerja dan mereka tidak mahu menyamakan dosa Hasan Ali dengan dosa Osman Jailu.


Osman Jailu menjatuhkan sebuah kerajaan dan tindakan Hasan Ali ,kerajaan Selangor masih terus hidup.

Saturday, January 21, 2012

Ini Tok Guru banyak ong punya.!

"Ini Tok Gulu ada ong punya" kata penduduk Kuala Sapetang.
NYDP Rahim Ismail mengedar kad tahun baru Cina kawasan dan Tok Guru Nik Aziz.
Ini olang takdak rasuah,ma! kata penduduk sambil menunjukkan gambar Tok Guru Nik Aziz.

Sepagi bersama PAS Kawasan Bukit Gantang dan DAP Bukit Gantang mengedar buah limau dan kad tahun baru Cina di Pekan Kuala Sapetang. Sambutan baik dan penuh ceria . Pas Kawasan diketuai NYDP Rahim Ismail,Setiausaha Kawasan Fadhil Idris dan juga Ketua Penerangan Kawasan,Shaharudin Ahmad Sani. Sementara DAP dipimpin Chuah Tiong San.

Friday, January 20, 2012

Ada kes Karpal Singh,jawabnya UMNO akan guna isu derhaka

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Karpal Singh atas dakwaan mengeluarkan kata-kata hasutan kepada Sultan Perak semasa krisis perlembagaan negeri itu pada 2009.

Dalam penghakiman selama dua jam itu, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Maarop bersama Datuk Clement Alan Skinner dan Datuk Mohamad Apandi Ali berkata rayuan itu berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Karpal, Pengerusi Kebangsaan DAP.


Beliau memberitahu mahkamah keputusan itu dicapai sebulat suara dan mengarah Karpal untuk membela diri.


PAS Perak bersedialah, isu derhaka akan digunakan UMNO lagi.

Kecelaruan fakta sejarah Hang Tuah kerana UMNO.

Isu Hang Tuah ,menimbulkan polimik baru dalam penulisan sejarah Hang Tuah.Sepanjang 54 tahun UMNO memerintah roh perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Roh Perlembagaan Malaysia telah dilanggar UMNO.

Contoh isu PPSMI,isu biasiswa dan isu tanah rezab Melayu semuanya telah dilakukan parti Umno.


Sementara itu seorang pakar arkeologi hari ini mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.


"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama Hang memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan Hang ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.


"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi," kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.


Dr Nik Hassan menegaskan meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.


"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya," katanya kepada pemberita di ibunegara Jumaat."kata Dr Nik Hassan.


Dr Nik Hasan mengulas mengenai pendapat ahli sejarah Prof Tan Sri Khoo Kay Kim bahawa Hang Tuah tidak wujud dan lebih merupakan tokoh mistik.


Prof Khoo Kay Kim menjelaskan tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.

Thursday, January 19, 2012

Orang UMNO marah sama YB UMNO, kerana namakan Dewan UMNO.

Dewan orang ramai ini telah dinamakan Dewan JKK dan UMNO di Kg Changkat Ibol,dalam Parlimen Bukit Gantang oleh pihak berkuasa Pejabat Daerah LMS.Perkataan UMNO telah dipadam .


Perkataan UMNO telah dipadam oleh orang UMNO sendiri.Pihak JKK Umno telah membuat laporan polis.Kononnya dewan mereka telah diconteng oleh musuh politik ,padahal penulis mendapat maklumat orang UMNO sendiri yang menconteng. Mereka ahli UMNO marah dewan dan tanah milik kerajaan,dijadikan Dewan UMNO,bukannya dewan untuk orang ramai.


Menurut satu sumber Pejabat Daerah LMS, dewan yang dibina baru itu menggunakan peruntukan kerajaan bukannya peruntukan UMNO. Sekali lagi,UMNO menjuarai parti pemecah belah masyarakat.Menurut satu sumber YB Rosli Husein (Trong) yang menyuruh dewan orang ramai dinama Dewan JKK dan UMNO.

Mat Sabu lancar Gerak Tawan Perak malam ini.


Pada malam ini 20 Januari ,Jumaat ,Timbalan Presiden PAS ,Hj Mohamad Sabu akan melancarkan GTP (Gerak Tawan Perak) di Paya Renggam,Padang Rengas.

Program ceramah pelancaran turut disertai DS Nizar Jamaluddin dan PJ Perak,Ustaz Abu Bakar Husein.

PAS Perak yang bertanding di 21 kerusi DUN ,akan memastikan semua DUN yang ditandingi boleh menang.Justeru itu GTP akan terus dilancarkan di peringkat DUN-DUN dalam masa terdekat ini.

Ini untung maha besar,untung 'maha firaun'-Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Keuntungan yang dikaut oleh syarikat pembina lebuh raya melalui kutipan tol adalah berlebihan, tidak masuk akal dan menindas rakyat.

Ini untung maha besar, untung 'maha firaun',” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini hari ini, beliau tampil berkongsi data peratusan hasil daripada kos pembinaan lebuh raya Malaysia yang diperoleh melalui jawapan Parlimen.


Beliau sambil merujuk kepada peratus keuntungan berlipat kali ganda yang diperolehi dari projek-projek lebuh raya seluruh negara. Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877% daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.


Tambah mengejutkan ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan 308% sebanyak RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.


Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202%), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149%) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion.


“Anak, cucu, cicit kita pun akan terus bayar tol,” ujar Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.


Katanya tol yang membebankan rakyat tetapi memperkayakan kroni ini mesti dihapuskan, merujuk kepada Lebuhraya Metramac, Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL – Karak, Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya Cheras Kajang dan Jambatan Pulau Pinang.


Guan Eng turut mengajak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka memandangkan menteri tersebut telah membuat kenyataan bahawa penghapusan tol yang dijanjikan Pakatan Rakyat adalah tidak masuk akal.


“Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308%? Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment.


“Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat,” tegasnya.roketkini.com

YB Zuraida dan Rafizi sedia muflis untuk bongkar penyelewengan Shahrizat.

Shahrizat semakin berani. Cuti diisi dengan memfailkan saman.Menerusi writ saman yang difailkan itu, Shahrizat menuntut ganti rugi am disebabkan fitnah secara lisan yang memudaratkan berjumlah RM50 juta serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM50 juta lagi.


Sementara itu mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaru ini, Mohd Rafizi menyifatkan tindakan saman berkenaan merupakan langkah politik bagi menutup mulut beliau dan Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang daripada terus membuat pendedahan.


"Risikonya memang lebih berat di pihak saya dan Zuraida yang berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, sedangkan Datuk Seri Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman beliau ditolak."jelas Rafizi.


"Tetapi jika pimpinan Umno seperti Datuk Seri Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar."tegas Rafizi lagi.


"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat," kata Rafizi.

Wednesday, January 18, 2012

Heboh anggota polis tampar orang gila ,di Parlimen Bukit Gantang.

Penulis mendapat maklumat dari satu sumber yang boleh dipercayai, mendakwa seorang anggota polis dalam Parlimen Bukit Gantang telah menampar seorang penduduk yang kurang waras,kelmarin.


Jika betul,soalnya kenapa anggota polis menampar pemuda itu. Dia kurang waras,sepatutnya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,bukannya menampar pemuda itu.


Penulis akan dapatkan maklumat lebih terperinci ,kejadian orang gila ditampar anggota polis seperti didakwa itu, dan bertanya waris 'mangsa ditampar polis itu ' dalam masa terdekat ini.

SBPA jika tak lawan,yang kaya bertambah kaya,yang miskin terus miskin.


Jika Pakatan Rakyat tidak "kuat" sudah tentu 36 orang pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.Sementara itu pekerja bawah terus miskin dan merana.

Dalam pada itu,Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan.


"Ya, ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit... gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah RM36,000," katanya.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perbezaan pendapatan antara kakitangan awam di peringkat tertinggi sehingga lima angka, sementara kakitangan bawahan hanya memperoleh jumlah yang jauh lebih kecil.


Pakatan Rakyat turut menuduh Putrajaya "menyalahgunakan" skim berkenaan, dan mengkritik skim tersebut.

"Beritahu saya jumlah tersebut, saya tahu mereka di perkhidmatan utama memperoleh antara RM36,000-RM60,000.


"Adakah adil sekiranya KSN (Ketua Setiausaha Negara) mendapat RM60,000 sebulan, sedangkan kerani hanya memperoleh kurang RM100 kenaikan gaji," jelas Mahfuz apabila ditanya pendapatnya berhubung perkara itu.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata PAS akan terus menuntut kerajaan menyemak semula skim berkenaan supaya kenaikan yang "adil" terhadap kakitangan awam.


"Segala-galanya harus disemak semula... ia seharusnya diperbaiki supaya kumpulan sokongan memperoleh pendapatan yang lebih berpatutan."kata YB Mahfuz


"Selain itu, pembayaran anggota tentera juga perlu disemak, mereka tiada kesatuan," tegas YB Mahfuz Omar seperti dilaporkan.

Profesor Khoo Kay Kim berani ,kerana seolah sudah tahu kerajaan UMNO akan jatuh.

Prof Khoo Kay Kim seolah sudah tahu kerajaan BN tidak lama memerintah Malaysia.Justeru itu Prof Khoo Kay Kim berani menimbulkan polimik baru. Dahulu beliau tidak sebegini berani.Dahulu beliau tidak menyentuhpun "tak kan Melayu hilang di dunia".Sekarang Ali Rostam pun tak senang duduk.


Khoo Kay Kim beani menyindir kerajaan Najib dan Menteri Pelajaran ,Muhyiddin Yassin.


"Memang amat menyedihkan, ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil, tetapi kita amat bagus berkonfrontasi. Tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor, siapa yang pertama menjadi penjawat awam, mereka tidak tahu...90 daripada 100 kali ditanya mereka tidak dapat jawab," katanya di Kuala Lumpur hari ini.


"Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah, Hang Jebat yang mereka fikir amat penting. Jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya, padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik."kata Prof Khoo Kay Kim.


"Di Kuala Lumpur misalnya, ada Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Jebat tetapi tidak ada Jalan Sutan Puasa (dan) beliau pemimpin Mandailing, yang pertama membuka KL (Kuala Lumpur)," katanya yang menyarankan kajian semula subjek sejarah."kata Khoo Kay Kim.


InsyaAllah kejatuhan kerajaan BN akan mempercepat penulisan semula sejarah Tanah Melayu dan Malaysia.Pakatan Rakyat yang akan mendahului zaman.Sejarah Mat Indera juga akan disemak kembali.Sejarah UMNO yang sudah matipun akan ditulis kembali.InsyaAllah sudah tidak lama lagi untuk rakyat menantikan Malaysia Baru di bawah Pakatan Rakyat.

Tuesday, January 17, 2012

Dr Abdul Rani tidak gila kuasa,bukan macam Hasan Ali.

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Kejutan berlaku dalam kalangan pengamal media dan Hasan Ali apabila orang lain yang dipilih sebagai exco kerjaan negeri Selangor. Di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai exco kerajaan negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.


Keputusan itu dilihat satu keputusan mengejutkan kerana calon pilihan ramai iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman tidak mengisi jawatan exco itu.


Sekali lagi Hasan Ali terkena dan tahniah PAS Selangor yang berjaya menyembunyikan tokoh yang dipilih sebagai exco kerajaan Negeri Selangor.


Pada kali apa pula yang dinazarkan oleh Dr Abdul Rani kerana tidak terpilih sebagai exco kerajaan Selangor.?

Hasan Ali selamat ,Anwar hanya saman Utusan Malaysia Rm50 juta.

Hasan Ali masih selamat ,DS Anwar tidak menyaman malu beliau.Kalau Anwar Ibrahim saman beliau,jawabnya tak jadilah raund Malaysia untuk menjelaskan bahasa parasit .


Tapi kenapa ya,DS Anwar tak sebut nama Hasan Ali.Peguam beliau hanya menamakan Editor dan Pengarah Urusan Utusan Melayu Berhad.!


Utusan pula tak serik-serik untuk bayar saman,lepas satu kes ,lepas satu kes syarikat itu bayar saman. Macam ini boleh bankrap le!


Dalam pada itu Dr Hasan Ali jaga mulut,jangan celupar sangat.Nanti takut ada orang akan saman sama Dato'? berita lain.


KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.


Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.


Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.


Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.


Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.


Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.


Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.


“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.


Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”


“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.


Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.


Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.


Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.sumber TMI

Rakyat perit ikat perut Najib syok dengan tarian lenggang lembu

Baru-baru ini DS Najib datang ke Larut Matang dan Selama.Salah satu daripadanya menari lenggang lembu 1 Malaysia.Najib masih boleh suka dan syok .Sedangkan rakyat perit ikat perut.Kos hidup semakin tinggi.Gaji masih macam itu.Pelajar-pelajar dikejar PTPTN.Nasib mereka lebih teruk daripada banduan,yang makan mewah dan tidur boleh lena.

Menteri guna duit Zakat.Menteri guna duit lembu.Najib tak susah hati dan takut.Najib masih simpan menteri macam itu. Najib mana kisah duit satu trilion berada di luar negara.Najib syok untuk lenggang sana lenggang sini.Kelantan sampai sekarang tak bagi royalti.

Najib apabila jadi Perdana Menteri,ingatlah dosa dan pahala.Ingatlah rakyat perit ikat perut.

Pengumuman: Ambil borang terus dari Pejabat Polis Daerah

Berita baik .Untuk makluman waris atau bekas SC dan Home Guard yang ingin memohon sumbangan one off untuk bekas polis ,boleh terus berurusan dengan Pejabat Polis Daerah,bahagian hal ehwal bekas polis.


Waris atau bekas Home Guard tidak perlu berurusan dengan Persatuan Bekas Polis untuk mendapat one off RM3000.oo itu.Jika berurusan dengan Persatuan Bekas Polis boleh kehilangan RM130.oo ,lebih baik berurusan terus tanpa orang tengah.


Bagi daerah Taiping,boleh pergi ke Tingkat 3 ,IPD Taiping.

Monday, January 16, 2012

Hasan Ali Doktor Falsafah atau Doktor Parasit

Zul Nordin kelihatan intim dan mesra dengan Hasan Ali.

Hasan Ali telah diberi jaminan keselamatan "tiada gangguan"oleh YB Mahfuz Omar untuk menjelajah Malaysia. Mahfuz juga turut memberi jaminan bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat akan membenarkan Hasan yang mahu menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan isu pemecatannya itu.


"Saya bagi jaminan, bahawa Pakatan Rakyat akan jaga keselamatan beliau (Hasan) jika beliau mahu berceramah di negeri-negeri Pakatan Rakyat," kata YB Mahfuz Omar,Naib Presiden PAS.


Hasan pada sidang medianya yang dikerumuni media"parasit?" semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.


Sementara itu orang kampung di Bukit Gantang menanti kehadiran Dr Hasan Ali ,untuk mengetahui jumlah parasit dalam badan mereka.

Inilah Pak Mat Bidin ,Home Guard yang akan dapat one off RM2870.oo.

Foto menunjukkan Pak Mat atau Mohamad bin Bidin berumur 82 tahun. Bergambar bersama Setiausaha Kawasan Bukit Gantang Fadhil Idris,dan Hj Zainuddin Hamzah ,AJK Pas Kawasan Bukit Gantang. Pernah menjadi Home Guard hampir empat tahun. Apabila waris berurusan untuk permohonan one off RM3000.oo ,untuk urusan borang sahaja M30.oo. Borang yang telah siap diisi,kena pula "bayar" RM100.oo.Urusan permohonan kena buat di Persatuan Bekas Polis Taiping.Akhirnya Pak Mat Bidin hanya akan dapat RM2870.oo.

Semuannya ambil kesempatan untuk untung atas angin. Hishamuddin Husein tahu atau tidak,penulis tidak mendapat maklumat.

Mana Hishamudin Husein,one off Rm3000, home guard kena tipu,hanya dapat RM2870.oo

Bekas polis Home Guard atau SC,semasa zaman British atau zaman darurat dijanjikan one-off RM3000.oo oleh Najib Razak.


Namun begitu ,penulis diberitahu banyak pemohon akan diambil "cukai" Rm130.oo daripada RM3000.oo.


Untuk ambil borang dicukai oleh Persatuan Bekas Polis sebanyak RM30.oo,itupun tidak diberi resit.


Borang pula hanya borang yang ada kebenaran Persatuan Bekas Polis.Borang yang di"uplode" dari internet tidak dibenarkan.


Setelah selesai hantar borang ,waris atau pemohon diminta membayar RM100.oo untuk proses permohonan. Persatuan Bekas Polis ini berniaga atas angin,ambil hak orang sedangkan bajet kerajaan beri mereka RM3000.oo tanpa luak satu sen pun.

Sunday, January 15, 2012

Betulkah KD Mutiara terbakar ketika dibaik pulih?


13 Jan 2012,KD Mutiara terbakar. - Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Mutiara terbakar ketika sedang dibaik pulih di dermaga Malaysian Marine & Heavy Engineering (MMHE) di Pasir Gudang malam tadi.?

* Pisang kalau berbuah dua kali memang menguntungkan pekebun...tapi kalau kapal perang negara terbakar dah dua kali...apa nak jadi ni...???

NFC:siasatan awam untuk Muyiddin Yassin-Lim Kit Siang

Lim Kit Siang menggesa kerajaan menubuhkan siasatan awam berhubung skandal NFC yang juga perlu merangkumi peranan yang dimainkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pertanian semasa kejadian itu dan Datuk Seri Noh Omar selaku menteri pertanian dan asas tani sekarang.

Bagi Lim Kit Siang , pembekuan aset NFC sementara menunggu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis adalah tidak mencukupi tanpa siasatan penuh dijalankan.

Muka Zambry berubah apabila Najib datang,penduduk India buat demontrasi.


14 Jan 2012 -- Taiping ~ Lawatan Najib dan Zambry disekitar Taiping bermula malam tadi berakhir dengan adegan tidak puas hati oleh Sdr. Simon Uthaya Kumar , beliau mendakwa telah ditumbuk dan ditendang oleh pihak MPT semasa berurusan di pejabat Majlis Perbandaran Taiping (MPT) pada 12 Jan 2012.

Beliau mengambil kesempatan ini untuk meluahkan ketidak puasan hati terhadap pentadbiran MPT kepada Najib dan Zambry yang kononnya mendengar dan menyelami hati rakyat. Sdr Simon Uthaya Kumar yang juga pesara tentera telah membuat satu laporan polis disini pada hari kejadian beliau dikasari pihak MPT.sumber faxebook Madzamtoklah

Saturday, January 14, 2012

SBPA gaji: Ketua Setiausaha Negara naik gaji Rm60 ribu.

Foto:Peserta Kovensyen PR 3 berikrar mewujudkan Malaysia baru .Bersihkan Malaysia.

NABI Muhammad s.a.w bersabda;

“ Mereka (kakitanganmu) adalah saudara (adik beradik) mu, Allah menempatkan mereka di bawah kelolaanmu; sehingga sesiapa mempunyai saudara di bawah kelolaannya maka harus diberinya makan seperti apa yang dimakannya (sendiri) dan memberi pakaian seperti apa yang dipakainya (sendiri); dan tidak membebankan mereka dengan tugas berat di luar kemampuan, dan jika kamu membebankannya dengan tugas seperti itu, hendaklah kamu sendiri membantu mereka.” (HR. Muslim)


Saya ditugaskan berdiri di sini untuk membentangkan Kertas Jingga Tawaran Pakatan Rakyat berkaitan Perkhidmatan Awam Negara.


Pakatan Rakyat telah mencapai kemenangan. Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan skim SBPA ditangguhkan.


Pengumuman ini dibuat sehari sebelum Konvensyen Pakatan Rakyat di mana Kertas Jingga kita telah mencadangkan bukan sahaja SBPA ditangguhkan tetapi digubal semula!


Nampaknya Kertas Jingga kita telah dapat dikesan oleh PM.



Tahniah kita ucapkan kepada seluruh kakitangan awam atas kejayaan mereka menangguhkan pelaksanaan skim yang akan melebarkan lagi jurang pendapatan di kalangan kaki tangan awam negara ini.


Selain tidak dirundingi secara lebih menyeluruh, SBPA benar-benar memberikan penekanan kepada lapis atas sektor perkhidmatan awam dan tidak memberikan pembelaan sewajar dengan kenaikan beban hidup kepada 80% lagi kaki tangan yang dimmasukkan dalam kategori pelaksana.


Berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), 40 peratus daripada rakyat negara ini tergolong dalam kategori isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Kira-kira 75 peratus daripadanya ialah keluarga Melayu/Bumiputera merangkumi keluarga kakitangan awam yang kononnya dibela oleh Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).


Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup merana. Layanan terhadap golongan rakyat tersebut yang diberikan Kerajaan UMNO-BN dapat disifatkan umpama melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.


Jika kita merujuk kepada data terkini Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP), 5.3 juta pekerja dengan 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000. Dengan kata lain, hanya 8 peratus daripada golongan pekerja, termasuk kakitangan awam yang berada dalam kategori berpendapatan melebihi RM5,000.


Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34 peratus daripada tenaga kerja masih dibayar kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan. Kakitangan awam juga berdepan dengan situasi sedemikian.


Gaji yang bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh kakitangan awam, tetapi satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia.


Prinsipnya adalah seharusnya menepati maksud hadis yang saya bacakan tadi.


Bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi Kerajaan UMNO-BN yang memandang remeh kehendak rakyat, termasuk kakitangan awam yang begitu asasi, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah.


Hasilnya, sama seperti mahasiswa yang dibelenggu dengan hutang PTPN, kakitangan awam negara kita sebenarnya turut terbelenggu dengan perangkap hutang.


Kerajaan Kelantan pada asasnya bersetuju, Insyaallah jika PR mentadbitr Putrajaya, royalti petroleum yang terhak kepada Kelantan akan dibayar dan semua pinjaman PTPN rakyat Kelantan bermula sejak 2005 akan dijelaskan.


Saya telah mendengar ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim menjelang 901 yang menyebut PR akan menyemak semula kedudukan PTPN seluruh negara jika PR menguasai Putrajaya.


Di bawah SPBA yang dicadangkan, masih terdapat kakitangan awam yang menerima gaji di bawah RM900. Sebagai contoh:

Tangga Gaji Bagi Skim N(Pentadbiran & Sokongan):

Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)

Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)


Prinsip mendekatkan jurang pendapatan akan diguna pakai bagi tawaran alternatif PR kepada perkhidmatan awam negara.


Prinsip lain ialah Pakatan Rakyat mengiktiraf sumbangan kakitangan awam yang telah lama berkhidmat atau ‘seniority’ bagi memastikan kenaikan gaji golongan tersebut adalah sepadan.


Elaun khas profesional akan ditetapkan bagi kakitangan awam yang mempunyai pengiktirafan profesional seperti jurutera (Ir), juru arkitek (Ar), juruukur tanah (Sr) dan seumpamanya.


Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding antarabangsa yang penuh dengan pertikaian dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan.


Tindakan membuka jawatan penting kerajaan kepada lantikan luar juga membuktikan bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kepercayaan kepada kakitangan awam untuk melaksanakan agenda transformasi beliau sehingga terpaksa mengimport tenaga profesional luar seperti yang dilakukan melalui Pemandu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan melibatkan syarikat perhubungan antarabangsa seperti APCO dan FBC.


Oleh kerana kertas ini disediakan untuk memberikan pandangan PR terhadap SBPA, izinkan saya melanjutkan sedikit ulasan saya mengenainya.


Kakitangan awam kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C dijangka menerima kenaikan hampir 45 peratus pada peringkat permulaan gaji berbanding SSM. Meskipun kumpulan pengurusan premier hanya mempunyai 36 orang di negara ini, tetapi Kumpulan Premier 1 mendapat kenaikan sehingga RM60,000 sedangkan gaji mereka sebelum ini hanya sekitar RM30,000. Sementara itu, kakitangan awam biasa hanya menerima kenaikan gaji 7-13 peratus selepas menerima SBPA.


Sebahagian kakitangan juga menuduh SBPA tidak menghargai kakitangan yang bekerja lama atau warga tua. Sebagai contoh, selepas kenaikan tangga gaji skim SSM kepada skim SPBA, kakitangan awam B hanya mendapat separuh daripada kenaikan kakitangan awam A, masalah sama juga berlaku kepada kakitangan awam C gred gaji N1 yang berkhidmat lebih 20 tahun mendapat kenaikan kurang daripada kakitangan awam A. Padahal kakitangan awam C sepatutnya layak menerima lebih kenaikan berbanding kakitangan awam A.


Oleh sebab peningkatan gaji bergantung kepada peratusan daripada pokok gaji, ini menyebabkan peningkatan gaji kakitangan awam yang rendah tidak mendapat peningkatan yang ketara apabila dilakukan kenaikan daripada SSM kepada SBPA. Mengambil gaji guru sebagai contoh, perbezaan peratusan kenaikan gaji bagi guru di bawah SBPA sangat ketara. Guru DG44/DG1-2 cuma mendapat kenaikan gaji sebanyak RM2.01 atau 0.07% iaitu daripada RM2,982.99 kepada RM2,985 selepas menukar daripada SSM kepada SBPA. Nilai ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan kenaikan gaji guru DG54/DG1-6 sebanyak RM1,857.46 (bersamaan 35.94%), daripada RM5,167.64 kepada RM7,025.00.


Gaji guru

Penelitian kami menunjukkan bahawa pengiraan SBPA akan menyebabkan berlakunya peningkatan gaji guru yang tidak adil. Tambahan juga, terdapat guru dalam gred berbeza menikmati gaji yang sama. Contohnya, seorang guru P1T10 yang menikmati gaji bulanan RM2509.90 dalam SSM, selepas menerima SBPA, gajinya sama dengan guru P1T9 sebanyak RM2615 sebulan.


Jika dihayati ucapan Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan Negara 2012, tempoh guru DG41 (DG1-1) dinaik pangkat ke DG44 (DG1-2) adalah tahun ke-8 dan seterusnya tahun ke-16 dikira dari pelantikan DG41 akan dilantik ke DG48 (DG1-4). Tapi mengikut SBPA, pihak yang terlibat harus menunggu tahun ke-9 atau menggenapkan perkhidmatan selama 8 tahun di DG41/DG1-1 sebelum dinaikkan pangkat ke DG44/DG1-2 dan perlu menggenapkan 8 tahun perkhidmatan di DG1-2 sebelum layak dinaikkan pangkat secara ‘time-based’ ke DG1-4.


Pengumuman penangguhan SBPA oleh PM membuktikan terdapat begitu banyaknnya kelemahan dalam skim ini. Soalnya, kenapa kabinet meluluskan pelaksanaannya tanpa benar-benar menelitinya?


Pakatan Rakyat mencadangkan bukan sahaja SBPA ini ditangguhkan bahkan satu tawaran alternatif berasaskan prinsip akauntabiliti dan kecemerlangan perkhidmatan awam dibentangkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh konvensyen ini.


Selain dari itu, satu jawatankuasa mengkaji Akta Pekerja yang dicadangkan oleh Kerajaan BN di mana ia lebih menyebelahi majikan berbanding kakitangan terutama kaki tangan kontrak.


Sewaktu menyiapkan kertas ini, kami juga menerima permintaan dari kakitangan MAS yang merasa tidak puas hati dengan kedudukan mereka ekoran ‘share swapping’ antara Air Asia yang mempunyai kakitangan yang sedikit berbanding pesawat dan MAS di mana kaki tangannya lebih besar dengan nisbah pesawat yang lebih kecil.


Di samping itu, dari maklum balas yang kami terima, lebih dari 50% kakitangan awam memihak kepada PR kerana mereka merasakan PR lebih ‘fatherly and motherly’. Simbol ‘fatherly’ PR ada pada tokoh seperti Tuan Guru Nik Aziz dan tokoh ‘motherly’ seperti Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Sementara dinamisma yang diperlukan oleh perkhidmatan awam ada pada tokoh seperti YAB Lim Guan Eng.


Dengan itu, PR mempunyai kelebihan bagi memberikan tawaran yang lebih bertepatan dalam rangka meningkat mutu perkhidmatan awam kita yang sebenarnya menjadi kunci ‘delivery and perfomance’ Kerajaan.


Dengan saiz perbelanjaan mencecah 28.7% dari Belanjawan 2012 atau jumlahnya RM 52 billion, seharusnya mutu penyampaian perkhidmatan awam mestilah sangat tinggi dan cemerlang.

Sekian

Husam Musa

Konvensyen Pakatan Rakyat

14 Januari 2012

-------------------------------------------

Kertas cadangan ini dibentangkan penulis dalam Konvensyen Ketiga Pakata Rakyat di Alor Setar pada 14 Januari 2012.

Najib mana berani debat dengan Anwar,senamrobik bolehlah.


Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 sekali lagi mengulangi cabaran untuk berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.Soalnya,Najib mana berani berdebat.?Kalau berdebat tentu DS Najib tertonggeng.Rakyat boleh berfikir.Tentulah rakyat akan memilih pemimpin yang mahu Bersihkan Malaysia daripada rasuah dan bankrap.
Najib hanya berani bersenamrobik. Itupun senamrobik berterabur.Senamrobik Najib,Rosmah dan Zambry yang tidak sehaluan.Masing-masing ingin jadi ketua dan mau masuk tv. Najib mana berani debat dengan DS Anwar Ibrahim.?

Tok Guru Nik Aziz diminta ke New Delhi,India terang tentang intergriti.-Anwar

Tok Guru Nik Aziz diminta cucu Mahatma Ghandi untuk ke New Delhi untuk menerangkan prinsip pemerintahan PAS yang adil ,telus lagi intergriti. Perkara ini disampaikan oleh DS Anwar kepada peserta Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 3.
Tuan Guru Nik Aziz dan Pimpinan Tertinggi turut berdiri berikrar membina Malaysia baru.

ALOR SETAR, 14 Jan:
Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini, bergema dengan ikrar para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.


Dengan diketuai Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan ditemani Penolong Setiausaha Agung PKR, Rosli Abdullah dan Teresa Kok dari DAP, mereka bersama-sama membaca Ikrar Pakatan Rakyat yang berbunyi:


"Bahawasanya kami, Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia; Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.


"Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan. Dengan ini, kami berjanji:


"Pertama: Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;


"Kedua: Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat;

"Ketiga: Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti kompenan Pakatan Rakyat.

"Keempat: Akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang menyokong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;

"Kelima: Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

'Bahawasanya kami dengan ini berikrar akan tetap setia bersama perjuangan Pakatan Rakyat demi rakyat Malaysia".


Sebaik sahaja bacaan ikrar sekitar jam 3.15 itu berakhir, Takiyuddin, Rosli dan Teresa bersama-sama menyerahkan kad bacaan ikrar kepada kepimpinan tertinggi parti masing-masing di pentas utama.


Bagi pihak PAS, kad tersebut diterima oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manakala PKR oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan DAP diterima oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Ketika ikrar dibacakan, puluhan pemuda Pakatan Rakyat turut membentuk barisan tersendiri dengan membawa dan mengibarkan bendera-bendera kesemua negeri di Malaysia.

Friday, January 13, 2012

Selamat Datang Najib ke Parlimen Bukit Gantang-DS Nizar.

DS Nizar pada 13 Januari lalu sedang menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Nurul Hidayah,sg Bemban,Kuala Trong ,dalam DUN Trong.Antara isu yang ditimbulkan dalam khutbah kedua,isu lembu .

DS Nizar mengalu-alukan kehadiran DS Najib ke Parlimen Bukit Gantang.Bagi DS Nizar kehadiran DS Najib ke Parlimen Bukit Gantang membuktikan Pakatan Rakyat telah berjaya menjalankan tugas.

Bagi DS Nizar dengan PAS kuat dan Pakatan Rakyat kuat,Najib terpaksa pergi ke Bukit Gantang,Parit Buntar,Larut dan Taiping untuk meraih undi."Najib takut hilang Perak" kata DS Nizar.

Mengulas isu kekerapan Najib datang ke Perak pada bulan ini,seperti Gopeng 18 Januari ini dan 25 Januari di Sitiawan(Beruas) ,DS Nizar menyatakan Najib tahu Perak bukan negeri selamat untuk BN.

"Kita tetap anggap ,kerajaan Zambry kerajaan rampasan kuasa"tegas DS Nizar"Kerajaan mahkamah"ujar DS Nizar.

Thursday, January 12, 2012

Bo layanlah Najib , kita orang ikut DS Nizar hari ini.

Pada hari ini penulis akan bersama DS Nizar berjumpa penduduk di DUN Trong.Bermula pada pukul 11 pagi hingga lewat petang penulis akan bersama DS Nizar.

DS Nizar dijadualkan bersolat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah,Sg Bemban ,Kuala Trong,dalam DUN Trong.seterusnya bertemu penduduk sekitar DUN Trong.

Biarkan orang UMNO kalut dengan Najib Razak pada hari ini.Penulis tetap ingin bersama DS Nizar berjumpa penduduk.

Alfatihah: Orang besar jajahan Larut Matang Selama telah kembali ke Rahmatullah.

13,Januari,Taiping-Alfatihah, OBJ Larut,Matang & Selama Dato Seri Wan Isa telah kembali ke Rahmatullah awal subuh tadi.

Penduduk boleh ziarah ke atas jenazah Almarhum di rumah Kediaman Rasmi,Jalan Kota,berhadapan Bangunan LHDN,Taiping.

Bagi pihak DS Nizar dan Pas Kawasan Bukit Gantang, mengucapkan salam takziah, kepada isteri dan kaum keluarga almarhum DS Wan Isa,semoga roh almarhum ditempatkan bersama orang soleh dan beriman.

Timbalan Menteri,YB Tan Lian Hoe ajar penduduk ,macamana tuntut duit dari Najib-dakwa penduduk.

12 Januari:Kontraktor menurap jalan yang tidak rosak di Jalan Changkat Jering- Simpang petang tadi.Gara-gara Najib ingin turun ke Pekan Changkat Jering, sanggup buat kerja walaupun hujan.


Penulis didatangi pelbagai NGO untuk menyampaikan maklumat berkenaan kehadiran DS Najib Razak ke Bukit Gantang.

Mereka mendakwa YB Tan Lian Hoe,Timbalan Menteri dari Gerakan ,dulunya AP Bukit Gantang menyuruh mereka buat surat kepada DS Najib,meminta peruntukan untuk persatuan mereka.

NGO itu mendakwa YB Tan Lian Hoe, memberitahu Najib akan lulus segera peruntukan untuk rakyat. Mana yang belum buat buku akaun ,perlu buat buku akaun.Buat minit mesyuarat untuk buka buku akaun.Pada 8.00 malan 13 Januari ,pelbagai NGO dijangka akan menunggu Najib untuk menyerahkan permohonan di Simpang.

"Cikgu,itu Tan Lian Hoe,akan kasi tau sama dia punya boss"dakwa Pengerusi sebuah NGO,dari Simpang,Taiping."Siapa dia punya boss?" tanya penulis."Najib " kata pengerusi sebuah kelab.

Jangan pandang mata Najib.

Rosmah Mansor memberi satu petua yang cukup menarik.Jangan pandang mata musuh.DS Rosmah Mansor memberi petua itu kepada Lee Chong Wei sewaktu Dato'Lee Chong Wei menang Korea Open baru-baru ini.Jadi untuk Lee Chong Wei menang juara badminton Malaysia Open,Chong Wei jangan pandang mata Lin Dan.


Rumusannya ,bagi mereka yang menjadikan DS Najib sebagai musuh politik,pastikan mereka tidak memandang mata DS Najib Razak. Jika pandang jangka hayat politik alamatnya sekejap sahaja.


Mungkinkah Najib kerap memandang mata Rosmah Mansor?Apabila masyarakat melihat Najib Razak selalu sangat cakap bini.Aduhai Najib ,jangan pandang mata Rosmah Mansor ,jika ingin meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri.!

Wednesday, January 11, 2012

Wajah siapakah di sebelah Najib, yang tersilap edit brightness dan contrast.

Sempena lawatan Najib ke Taiping hujung minggu ini telah mengakibatkan sekitar Taiping kini dicemari dengan banner yang tersilap edit brightness dan contrast.

Ramai yang terkejut tengok wajah Zambry lebih cerah dari wajah Najib dibanner berkenaan,sehinggakan ada yang tidak perasaan wajah siapakah gerangan disebelah Najib..?sumber

Tuesday, January 10, 2012

Dakwa ahli ,pemuda UMNO Perak minta Najib 600 ribu ringgit.

Sembang-sembang ahli pemuda UMNO Bukit Gantang,mendakwa pemuda UMNO akan minta Najib RM600 ribu untuk membayar ganti rugi atas keceluparan mulut Naib Ketua mereka.


Naib ketua Pergerakan UMNO Perak itu menuduh Unit Amat terlibat sama dengan demontrasi pelajar-pelajar Universiti di hadapan UPSI.


Bagi mereka 600 ribu ringgit sedikit sahaja berbanding laki Shahrizat dapat RM250 juta.


IPOH, 10 Jan: Dewan Pemuda PAS Perak hari ini membuat serahan notis tuntutan ganti rugi RM600 ribu kepada pemuda Umno negeri ekoran kenyataan mengaitkan Unit Amal PAS dengan demonstrasi pelajar di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 1 Januari lalu.


Notis saman itu dibuat ke atas Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Naib Ketuanya, Mohamad Annuar Ariffin.


Mereka yang diwakili Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) membuat serahan itu di pejabat pergerakan itu dan diterima Pegawai Komunikasi Media Pemuda Umno Perak, Syed Afzarizal Syed Salim.


Mengetuai penyerahan itu adalah Peguam dan Pengarah Undang-Undang Pemuda PAS Perak, Mohammed Zamri Ibrahim, manakala turut serta, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh, Exco Pemuda PAS Perak, Mohd Hakimi Syah Alani, Zairul Azrun Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak, Arif Sha'arani.


Dalam satu kenyataan, Safarizal berkata Pemuda PAS Perak akan menunggu tempoh yang telah dinyatakan bagi tujuan tuntutan ganti rugi tersebut dan akan terus mengambil tindakan susulan mengikut lunas undang-undang jika Pemuda Umno Perak dan Annuar masih gagal menjelaskan ganti rugi yang telah dikemukakan.


Sebelum ini, mereka memberi tempoh tiga hari bermula 4 Januari lalu kepada Mohamad Annuar untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.


Bagaimanapun, sehingga tempoh itu tamat, mereka mendakwa tiada sebarang tindakan dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Perak itu.


Sehubungan itu, mereka hari ini menyerahkan notis ganti rugi sebelum mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya