Monday, April 30, 2012

Ekoran khabar PM jumpa tentera:"Jika tak betul sila jawab" Nizar

DS Nizar  bersama pengantin baru saudara Atan(orang kelainan upaya-bisu),32tahun dan bapa mertua Pak Din  ,pada malam 29 April di Bukit Chempedak.
 
 



DS  Nizar dalam satu ceramah Ahad lalu,dekat Ipoh di parlimen Gopeng , mendakwa beliau dikhabarkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil semua kepimpinan tentera dan bertanya sama ada mereka akan berbuat sesuatu jika BN tumbang.

  
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Angkatan Tentera Malaysia yang bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas DS  Nizar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pasukan keselamatan.

DS Nizar yang ditemui  pada malam kelmarin,menyatakan beliau sekadar menyatakan terdapat khabar."Jika tidak betul,sila nafikan"

Dalam ulasannya  berkaitan laporan polis yang dibuat oleh banyak pihak ,DS Nizar menjelaskan "itu kerja orang politik,politik UMNO".

Kenapa buru orang di luar Dataran Merdeka-Asmuni Awi

Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka.  Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau

Sunday, April 29, 2012

Nizar akan jawab malam ini,tuduhan PM jumpa pegawai kanan tentera.

Pada malam ini,29 April , DS Nizar akan berceramah di Pekan Aulong,Taiping  .Turut bersama beliau YB Nga Kor Meng dan Ustaz Ahmad Fakharudin,YDP Pas Taiping.

Jadi untuk mendengar sendiri ,apa hujah DS Nizar dengan tuduhan Perdana Menteri jumpa panglima tentera,tunggulah malam ini.

Untuk mendengar ,pandangan Nizar tentang Bersih 3.0 ,jomlah kita ke Aulong,Taiping.Nizar juga kena gas pemedih mata.

Saturday, April 28, 2012

Pakatan Rakyat perlu memerintah untuk pulih imej polis.

Bersih 3.0 pada peringkat awal tenang dan tidak ada insiden peserta BERSIH  marah dengan polis.Tetapi apabila  gas pemedih mata mula dilepaskan ,peserta yang terlibat mula berlari menyelamatkan diri. 

Polis yang menyebabkan peserta BERSIH marah.Insiden kereta  peronda terbalik semata-mata untuk meyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah kereta.(klik)


Friday, April 27, 2012

Sambil tengok anak, jom ke BERSIH 3.0 di Ipoh, dekat Padang Polo



Padang Polo, lokasi  berhampiran SMK Teknik dan Sekolah Izuddin Shah.
Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo, dekat Ipoh antara 11 lokasi Himpunan Bersih 3.0 yang dijadual berlangsung secara serentak di beberapa negeri mulai jam 2 petang esok. 
Sambil tengok anak-anak di SMK Teknik,Sekolah Izuddin ,Sekolah STAR,Sekolah Raja Taayah dan Politeknik Ungku Umar  ,bolehlah pergi duduk bantah di padang Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.
Kalau sempat bawa anak sekali.
 Selain Padang Polo dan Dataran Merdeka, Himpunan Bersih 3.0 juga akan diadakan di Dataran Bandaraya, Jalan Kolonel  Wilson di Johor; Dataran Pahlawan (Melaka); Dataran Pidato, Padang Kota Lama (Pulau Pinang); Padang Merdeka, Kota Kinabalu (Sabah); Dataran Seremban (Negeri Sembilan); Old Court House, Kuching Riverfront (Sarawak); Perkarangan Pejabat Daerah Miri (Miri) dan Sibu Town Square (Sibu).
 
 

Denda pelajar makan cili ,apa kata Guru Besar.


Guru Besar sekolah berkenaan, Azizul Rahim Mulkan.
Guru Besar sekolah berkenaan,  Ustaz Azizul Rahim Mulkan.
TAIPING - “Denda memakan cili bukan ketetapan yang dibuat pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini. Ia adalah denda alternatif kepada murid yang mengeluarkan kata-kata kesat itu pun setelah diberi amaran beberapa kali,” kata Guru Besar sekolah berkenaan, Azizul Rahim Mulkan.


Azizul berkata, guru yang terlibat itu baru sahaja tiga bulan bertugas di sekolah berkenaan mungkin tersalah anggap dengan setiap denda yang diberikan.


Menurutnya, guru berkenaan dan dua lagi pentadbir sekolah telah menziarahi murid tersebut selepas dimaklumkan ibunya mengenai keadaan anaknya, bagaimanapun dalam lawatan itu guru terbabit telah meminta maaf atas kesalahannya.(berita terdahulu)


“Saya anggap perkara itu telah selesai tapi tidak sangka perkara ini akan berlarutan. Guru yang terlibat telah dikenakan hukuman gantung kerja selama tiga hari bermu­la 2 hingga 4 Mei ini sebagai pengajaran kepadanya dan guru-guru lain,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.


Beliau berkata, tidak adil bagi pihak sekolah dipersalahkan gara-gara tidak memberikan rawatan dan membiarkan murid itu terlantar selama dua hari seperti dalam kenyataan akhbar yang dibuat oleh ibunya kerana anaknya tidak memaklumkan bahawa dia sakit.


Katanya, pihak sekolah tidak pernah mengabaikan atau menyisihkan murid di sekolah berkenaan sekiranya mereka sakit, walaupun mereka mengalami demam atau kudis sekali pun, pihaknya tetap membawa pelajar ke klinik untuk rawatan.


“Pelajar yang didenda memakan cili tidak dipaksa untuk berbuat demikian sekiranya mereka tidak mahu. Itu hanya untuk menggertak sahaja dan bersifat mendidik. Dalam kes ini, pelajar itu sendiri yang makan dan kebetulan dalam keadaan perut kosong.


“Kita juga akan mendapatkan laporan doktor untuk memastikan pelajar terbabit sememangnya mempunyai sakit gastrik atau selepas insiden memakan cili tersebut,” katanya.


Jelasnya, pelajar berkenaan baru sahaja memasuki sekolah itu hujung bulan Mac lalu dan masih dalam tempoh percubaan untuk menyesuaikan diri.


“Kami menerima pelajar itu kerana keluarganya mahu dia belajar dan mendapat pendidikan agama di sini,” katanya.


Kelmarin, Sinar Harian telah menyiarkan berita mengenai seorang murid 10 tahun yang didenda memakan cili padi gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya.sumber sinar

PTPTN:Terima kasih Khairi sanggup debat sama Rafizi.


Debat PTPTN Khairy-Rafizi 3 Mei
Debat PTPTN Khairy-Rafizi 3 Mei
 
SHAH ALAM - Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, 3 Mei ini, akan berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, di sini.


Bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, debat, yang anjuran Sinar Harian, akan bermula jam 8 malam.


Masuk adalah percuma.


Mereka yang berminat boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 019-3371066 (Rini).

Thursday, April 26, 2012

Cikgu denda pelajar makan cili padi.


Didenda makan cili padi
Kasihan adik  Ainul Aiman,didenda makan cabai burung.Ainul Aiman Hafiz terlantar di Hospital Columbia Asia ,Taiping selepas mengadu sakit perut.
 
Taiping-Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah sekolah agama swasta di Taiping terpaksa menahan azab kepedasan apabila didenda makan cili padi tanpa diberi setitik air.


Akibat denda itu, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.

Ibunya, Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, berkata, niat untuk memberikan pendidikan agama kepada anaknya itu telah menjadi igauan ngeri kepada mereka sekeluarga.


Menurutnya, guru-guru di sekolah itu juga tidak memaklumkan keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu kepadanya.


“Lebih memilukan, saya tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan kesakitan.

“Keadaan itu diceritakan oleh bapa salah seorang pelajar yang kebetulan melihat Ainul Aiman Hafiz terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Siti Erna berkata, Ainul Aiman Hafiz juga enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan dia merasakan hukuman itu tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil.


“Ketika lawatan guru-guru sekolah itu ke hospital ini, mereka mengaku ada memberikan cili padi dan menerangkan bahawa hukuman itu adalah biasa di sekolah berkenaan.


“Mereka maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kebenaran mengenakan hukuman tersebut dan mereka mengaku tersalah bagi hukuman kepada anak saya,” katanya.


Katanya, dia kecewa dengan sikap lepas tangan guru-guru sekolah berkenaan yang lambat memaklumkan kejadian itu kepadanya.


“Saya tergerak hati untuk menelefon sekolah, barulah mereka beritahu keadaan anak saya tidak mahu makan menyebabkan saya pergi mengambilnya dan barulah perkara ini terbongkar.


“Anak saya diwadkan selama empat hari bermula 15 April lalu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan saya dinasihatkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri untuk bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi mengadu perkara ini.


“Saya telah pergi ke Pejabat Pelajaran untuk tukarkan anak saya ke sekolah lain. Difahamkan ramai lagi murid dipaksa makan cili kerana ia telah menjadi hukuman biasa bagi sekolah itu,” katanya.

Changkat Jering dianaktiri,20 tahun jalan tak pernah diturap.

CHANGKAT JERING - “Setiap kali ditanya, pasti jawapannya tiada peruntukan untuk naik taraf jalan,” kata Ketua Kampung Larut Ulu,(DUN Changkat Jering) Tajei Hussin.

Menurutnya, sampai bila penduduk mahu menunggu jalan diturap semula untuk jaminan keselamatan mereka.

“Terdapat beberapa jalan di kampung ini yang perlu diturap semula kerana tidak pernah diturap sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya.

Tajei berkata, setiap tahun, pihak berkenaan masuk ke kampung dan menjalankan kerja menyukat jalan tetapi sehingga kini tiada sebarang perubahan dilakukan.

“Bagaimanapun, apabila ditanya kepada pihak berkenaan mereka memberitahu bahawa tiada peruntukan.

“Takkan setiap tahun berikan jawapan yang sama. Lebih baik mereka tidak masuk untuk menyukat,” katanya.

Beliau berkata, penduduk sering bertanya mengenai hal itu dan dia sendiri tidak tahu apa lagi jawapan yang perlu diberikan.

“Kita selalu baca dalam surat khabar, kerajaan memberikan pelbagai peruntukan tetapi dalam hal ini, kami terpaksa menunggu lama.

“Jika peruntukan diberikan kepada kawasan lain, takkan setiap tahun permohonan kami, jawapannya tiada peruntukan,” katanya.

Katanya, jika dahulu penduduk menggunakan motosikal untuk keluar masuk ke kampung tetapi kini semuanya mempunyai kereta dan jalan sedia ada kini sudah tidak sesuai dilalui.

“Diharap beberapa jalan di kampung ini dapat diturap semula kerana sudah berlubang dan menyukarkan penduduk.

“Setakat ini, belum berlaku kejadian tidak diingini, langkah pencegahan perlu diambil sebelum penduduk ditimpa masalah lain,” katanya.

Wednesday, April 25, 2012

Masukkan nama Wan Ahmad Wan Omar dalam doa .

“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya."kata YB Saifuddin Nasution.

Jika dakwaan YB Saifuddin Nasution itu  benar,marilah kita beramai-ramai masukkan nama Abdul Aziz dan Wan Ahmad  dalam doa kita.

Doa kita meminta mereka bertaubat dan insaf serta kembali ke pangkal jalan.Doa kita supaya mereka mencerita kisah benar "betapa kotornya daftar pemilih"

Jelas bagi kita di Perak ,peranan SPR yang menafikan hak Tuan Speaker,YB Sivakumar  untuk mengiystihar kerusi Hee,Osman dan Jamaluddin kosong.

Terkini sebagaimana dakwaan YB Mahfuz Omar ,orang asing yang baru duduk Malaysia sudah diberi kerakyatan dan telah didaftar sebagai pengundi sah.Walhal banyak lagi penduduk khususnya orang keturunan India di estet ,sudah duduk berpuluh tahun masih belum mendapat kerakyatan.

Pengerusi SPR dan Timbalan ,ahli UMNO-dakwa Saifuddin Nasution

PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.

Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
 
 
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.

 
Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno - parti teras Barisan Nasional (BN).

 
“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya.

 
“Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya.
 
“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.
 
“Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,” katanya lagi.

 
Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya telah meletakkan jawatan dalam parti sebaik sahaja dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu.

 
“Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat,” katanya.

 
Dalam hal ini, katanya, beliau menghormati pendirian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu , apabila dilantik ke jawatan itu.

 
Kata Saifuddin, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya dan sewajarnya Abdul Aziz dan Wan Ahmad mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat.

 
“Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut,” katanya.


Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.

 
Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Bersih 3.0: Pemuda PAS sedia 100 peguam, talian hotline

KUALA LUMPUR: Sempena himpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini, 100 peguam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat pemantauan.


Menurut Pengarahnya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata peguam tersebut akan berada di tiga tempat termasuk tempat berlangsungnya himpunan, balai polis dan bilik gerakan utama yang akan diwujudkan mereka.


Bilik gerakan itu dinamakan Bilik Gerakan Juham Bersih 3.0.


"Para peguam Juham akan memakai pakai hitam putih serta tag nama yang tertulis peguam PAS," katanya.


Sementara itu, sekiranya berlaku penangkapan atau menghadapi sebarang halangan, orang ramai boleh menghubungi pihak Juham di talian hotline010-2906770, 010-2907174 dan 010-2907332.


Bagaimanapun katanya, talian tersebut hanya akan diaktifkan dua hari sebelum perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung.

Tuesday, April 24, 2012

Dua PIBG digantung ,kerana BN dan PR rebut jawatan.



Hanya kerana perebutan jawa­tan, dua barisan jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari dua sekolah di negeri ini digantung.


Kedua-dua PIBG masing-masing di daerah Kuala Kangsar itu dikatakan menjadi medan perebutan jawatan dari dua kumpulan yang mewakili parti politik berbeza.


Perebutan jawatan yang dianggap menjejaskan prestasi sekolah itu menyebabkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) selaku pendaftar PIBG me­ngambil tindakan menggantung semua jawatan penyandang, bagaimanapun mereka masih menjadi ahli PIBG.


Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Idris Ramli berkata, keadaan itu berlaku apabila dua kumpulan terbabit terlalu ghairah merebut jawatan sehingga berlaku konflik yang menjejaskan prestasi PIBG.


Menurutnya, JPN telah menerima aduan daripada ibu bapa yang bimbang perkara itu boleh menggugat prestasi pelajaran anak-anak mereka selain menjatuhkan imej PIBG.


“Kita mengambil tindakan­ membatalkan semua jawatan kerana mereka telah melanggar etika yang dibenarkan pendaftar.


“Namun kini kedua-dua PIBG itu telah dibenarkan bergerak semula melalui proses mesyuarat agung tahunannya yang dilakukan oleh ibu bapa untuk memilih individu yang mereka kehendaki,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah PIBG cemerlang peringkat negeri, di sini.


Katanya, JPN tidak menghalang pemilihan jawatan penyandang yang terbabit kerana mereka telah pun berjanji akan mematuhi etika dan peraturan yang ditetapkan.

Monday, April 23, 2012

Zahida dan Shafie Afdal ,SPRM kenapa diam membisu.

Kenapa ni SPRM diam membisu sahaja ?. Kalau pimpinan PR ,tak perlu laporan sudah ambil tindakan. Banyak tu RM 1.5 juta,bukan sedikit.  YB Zuraida tetap mempertahankan kenyataannya.Datuk  Seri Shafie pula  "mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.


Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.

Anak Afdal si Shafie nafi beri Zahida wang sebegitu banyak.

Kenyataan Shafie Afdal:

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.



“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.


“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

'Biarlah Tuhan yang hakimi saya'-Zahida Rafik

SHAH ALAM – Artis Zahida Rafik yang menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal, terus menjawab siri mesej dihantar oleh peminat dan rakannya menerusi Twitter tetapi menegaskan, dia "tidak kisah dengan apa orang ramai" bercakap mengenai dirinya.


“Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” kata Zahida dalam salah satu mesej yang dihantar lewat malam semalam.

Sunday, April 22, 2012

Pemuda jika tak mahu edar risalah,lebih baik pakai kain batik-Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris Ahmad,AJK Pas Pusat kelmarin merasmikan mesyuarat agung PAS Kawasan Taiping.

Ucapannya banyak berkisar tentang peranan jentera parti dalam menghadapi pilihanraya.Antara lain beliau menyentuh media yang boleh menarik perhatian orang ramai atau pengundi ialah mengedar risalah .Risalah pula diedar terus kepada pengundi sasaran.

Jadi beliau menyarankan tugas ini diambil Dewan Pemuda ."Jika dewan pemuda tak buat ,lebih baik pemuda pakai kain batik" kata Ustaz Idris Ahmad.

"Pemuda boleh gunakan maklumat SSDP" ujar Ustaz Idris.

Cabaran untuk pemuda,jika tak buat ,dewan pemuda kena pakai kain batiklah jawabnya!

Friday, April 20, 2012

Mengadu terus kepada Allah , atas niat jahat SPR

Nizar tahu jahat dan zalimnya SPR melalui rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat melalui tiga ADUN lompat.
Sivakumar tahu peranan SPR yang jahat dan penipu mengishtiharkan kerusi kosong,sedang beliau sebagai Speaker pada masa itu menerima surat perletakan tiga Adun lompat di Perak.

UMNO dari 1955 sudah menipu dalam pilihanraya- Pak Mat Che Din

Pak Mat Che Din memberitahu DS Nizar ,UMNO dari dulu lagi sudah menipu dalam pilihanraya."Saya masuk API tujuh tahun" kata Pak Mat. Kemudian masuk UMNO."Pada pilihanraya 59 ,tunjuk gambar Tunku,tapi yang bertanding Cina"kata Pak Mat Che Din.

Bukit Gantang pada masa itu dipanggil Larut Selatan.Menurut Pak Mat yang bertanding Cina bagi pihak Kapal Layar(Perikatan) ,Perikatan hanya tunjuk gambar Tunku."Orang Melayu dekat sini kena tipu",kata Pak Mat.

"Zaman Tunku ,sape bagi rakyat,kalau bukan Tunku"ujar Pak Mat Mat lagi.

Akhirnya Pak Mat Che Din masuk Pas,apabila UMNO tidak membela Islam dan Melayu pada tahun 1959

Najib buang tabiat ,jadi menteri jaga wanita-DS Nizar

Sebentar tadi DS Nizar melancarkan Pra-BERSIH 3.0 peringkat Parlimen Bukit Gantang.Gaya DS Nizar pada kali agak santai.DS Nizar pada kali ini meminta ,agar beliau berceramah tanpa rostrum.
Antara gaya DS Nizar menerangkan tabiat orang yang sudah hendak mati.Selalunya orang tua yang hendak mati meninggalkan tabiat atau buat tabiat.
Salah satu tabiat yang diterangkan oleh DS Nizar, isu Shafie Afdal dan Zahida Rafik.


Pelancaran Bersih 3.0 Parlimen Bukit Gantang ,baru sahaja selesai. DS Nizar meminta penduduk Bukit Gantang ke Dataran Merdeka pada 28 April ini menyertai Bersih 3.0.

Sewaktu berceramah DS Nizar menerangkan pelbagai tabiat orang hendak mati.Beliau memberi pelbagai hujah.

Antaranya bagaimana Najib Razak sudah menjadi Najibah bt Razak kerana menjadi menteri menjaga hal ehwal wanita.

Kenapa orang UMNO diam sahaja .Beliau juga menyelar Ng Yen Yen ,Menteri dari MCA yang dahulu marah sama DS Nizar kerana melantik YB Hj Zainuddin Yudsof jadi Exco jaga wanita.Tapi apabila Najib melantik diri sendiri menjaga hal ehwal wanita mereka diam sahaja.

Buang tabiat lain,tidak pernah Perdana Menteri Malaysia yang dibicara di luar negara,seperti mana Najib Razak dibicarakan di Mahkamah Perancis dakwa Nizar lagi.

Tabiat UMNO yang lain ,dakwa DS Nizar isu Shafie Afdal bersama Zahida Rafik.DS Nizar mengulas isu Dato T dengan isu menantu Shuib Lazim dengan artis pelakon filem anak mami. Cerita telah heboh di media internet.

Sementara tabiat UMNO yang lain menjadikan SPR sebagai talian hayat untuk hidup dengan cara menipu.Khususnya pengundi warganegara asing boleh menjadi pengundi.

Syabas Tuan Pegawai Daerah, tidak takut dengan Ketua UMNO Bahagian.

Dewan orang ramai di Kampung Changkat Ibol ,Bukit Gantang telah ditukar kembali kepada Dewan Orang Ramai.

Setelah aduan dibuat kepada SPRM dan kepada Pejabat Daerah LMS oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen,akhirnya dewan itu dinamakan kembali kepada Dewan Orang Ramai.

Tahniah dan syabas Tuan Pegawai Daerah LMS yang bersikap profesional ,tidak tunduk kepada kehendak Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Rata-rata penduduk berpuashati,walaupun bendera UBN masih berkibar di tepi pagar dewan.(berita lain)

Thursday, April 19, 2012

Konsert Di-raja tidak diganggu-Solidariti Mahasiswa Malaysia.


Siswa berkenaan menerima kunjungan bertali arus, termasuk oleh pemimpin politik seperti bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Timbalan Presiden PAS Hj Mohamad Sabu.

Kumpulan pelajar yang menduduki kawasan Dataran Merdeka membuat keputusan untuk tidak mengganggu konsert diraja yang dirancang untuk diadakan di lokasi tersebut pada Sabtu.


NONESetiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Haziq Abdul Aziz berkata, pelajar berkenaan memutuskan demikian untuk mengelak daripada dikatakan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.


Katanya, SMM mungkin akan memindahkan lokasi perkhemahan mereka ke kawasan yang jauh sedikit dan kembali ke lokasi asal selepas konsert tersebut.sumber MK.

Wednesday, April 18, 2012

Ceramah Pra-BERSIH 3.0 di Bukit Gantang 20 April ini.

PAS BUKIT GANTANG akan menyemarakkan Gelombang Kuning "BERSIH 3.0" pada 20 April ini. Program bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen ,Pekan Trong,Trong.Majlis bermula seawal 9.00 malam.

Majlis dijadual dilancarkan DS Nizar. Turut sama YB Speaker V.Sivakumar ,YB Hj Zainuddin Yusof dan ramai lagi.

PAS sudah bertanding di Bukit Gantang sejak1959.- Pak Mat Che Din

PAS Kawasan Bukit Gantang ~ Dibawah kelolaan Lajnah Penerangan Kawasan serta Lajnah Kebajikan Kawasan baru-baru ini telah berjaya menjejaki 3 tokoh pejuang awal PAS disini yang dahulunya Palimen Bukit Gantang ini di panggil Parlimen Larut Selatan.

3 orang tokoh yang dijejaki ialah Bekas Calon PAS 1964 iaitu Allahyarham Tn Haji Idris B. Bashah,Allahyarham Tuan Adnan B. Mohamad sebagai Wakil Calon dan Saudara Mohamad B. Din yang satu-satunya tokoh yang masih ada dan masih ingat sejarah silam. Pak Cik Mohamad B Din telah menceritakan segalanya didalam mengharungi perjuangan bersama PAS pada peringkat awal penubuhan disini.

Mohamad B. Din yang mesra dipanggil Pak Mat adalah sahabat karib kepada Allahyarham Tuan Haji Idris dan Allahyarham Tuan Adnan pada zaman tersebut . Pak Mat adalah AJK ranting (Ranting adalah Cawangan ketika ini) juga seorang pemandu calon PAS pada waktu pilihanraya 1964.

Puan Saerah anak kepada Allahyarham Calon PAS 1964 Hj Idris Bashah menerima Anugerah Jasamu Dikenang dari Ustaz Idris,kelihatan YDP Bukit Gantang dan Ketua Lajnah Kebajikan

Saudara Zubir menerima Anugerah Jasamu Dikenang bagi pihak ayahandanya Allahyarham Adnan Mohamad.

Pak Mat menitiskan air terharu dengan anugerah yang terimanya

15 April 2012- PAS Kawasan Bukit Gantang telah meraikan tokoh pejuang ini serta wakil tokoh dengan menyampaikan “Anugerah Jasamu Dikenang “ kepada tokoh dan waris kepada tokoh tersebut bagi menghargai segala jasa perjuangan mereka terhadap PAS di Bukit Gantang khususnya. Anugerah ini disampaikan oleh Ustaz Idris Bin Haji Ahmad (AJK PAS Pusat)didalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS ke 45 Kawasan Bukit Gantang disini.



Betulkah YDP MAIPP Haji Salleh Man?


Esok akan mempengerusikan mesyuarat pertama MAIPP. Semuga diberi kekuatan dan petunjuk oleh Allah untuk membawa ke arah kecemerlangan muslimin dan muslimat.sumber facebook Haji Salleh Man

Negara muflis kerana kroni.

IPOH, : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin menyatakan, dakwaan pemimpin

Umno-BN bahawa negara bakal muflis sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk

pemerintahan, dan menunaikan tiga janji mereka adalah satu tuduhan jahat dan langsung tidak

berfakta.


Sebenarnya Umno-BN perlu faham bahawa perkara yang menyumbang kepada negara

muflis
adalah disebabkan pembaziran melampau, pengurusan tidak telus dan subsidi

yang terlalu besar
kepada kroni mereka.


Beliau menyatakan bahawa pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara

pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat.


Di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat pengurusan lebih telus, berhemat serta berjimat telah

mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.


Memetik ucapan beliau,

“Di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas

(SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu

muflis”


“Di Kedah pula, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan

hasil balak daripada pentadbiran yang telus”


Tegasnya, janji yang ditawarkan Pakatan, antaranya gaji minima RM1,500 sebulan dan

pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak akan merugikan

negara.


“Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang diamalkan

dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapat berkembang dengan baik, sekaligus menjadi

jaminan untuk mengelakkan negara muflis,” jelasnya.


Mengulas lanjut, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa, keadaan ekonomi negara yang

merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarang kurang berdaya saing dengan negara

luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiran semakin tinggi.


“Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah pemerintah yang baik.


“Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perlu digantikan supaya Pakatan dapat

tunjukkan satu formula dan pendekatan lebih baik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir

negara,” katanya.

Tuesday, April 17, 2012

Anggapkan cakap-cakap jangan mansuh PTPTN,satu khurafat.

Penulis mempunyai banyak anak murid dan anak pelajar .Kebanyakannya telah berjaya.Hampir 20 tahun mengajar di sekolah bantuan modal.Semua orang tahu sekolah bantuan modal ,sekolah yang sering dianak tirikan oleh pemerintah.

Justeru itu mereka yang bersekolah di sekolah bantuan modal,tidak terpengaruh dengan dakyah dan propaganda UBN.Mereka tidak percaya dengan UBN.Selama hampir 54 tahun merdeka,sekolah bantuan modal ataupun sekolah agama rakyat dipinggirkan.

Orang Melayu atau orang bukan Melayu yang anti kerajaan ,berbangga tidak menghantar anak mereka ke sekolah bantuan penuh kerajaan. Orang Islam ke SAR dan orang bukan Melayu ke sekolah bantuan modal.

Mereka tahu tentang kesusahan.Mereka tahu golongan bangsawan yang menguasai kerajaan ,mana tahu denyut nadi rakyat.

Contohnya Najib Razak,umur 4 tahun sudah menaiki kapal terbang.Najib dari dulu lagi orang bangsawan.Apabila dia membentangkan rang undang-undang PTPTN pada 1997,dia mana tahu tentang rakyat.Yang dia tahu membentuk golongan kapitalis untuk mengaut keuntungan dengan berniaga sijil,diploma dan ijazah.

Lantas apabila Kerajaan Baru Pakatan Rakyat selepas PRU13 ini ingin memansuhkan PTPTN,mereka suka.Yang tidak suka,golongan bangsawan golongan yang menguasai IPTS.

Kita kena anggap pandangan tidak mahu dilupuskan PTPTN sebagai "satu fahaman khurafat".

Monday, April 16, 2012

BERSIH 3.0 solidariti rakyat


KUALA LUMPUR, 17 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh rakyat untuk turun ke Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April bermula jam 2.00 petang bertempat di Dataran Merdeka.

“Perhimpunan ini amat penting bagi memastikan perjalanan pilihan raya ke-13 nanti benar-benar bersih dari sebarang penipuan,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor

Katanya, sejarah akan mencatatkan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah solidariti rakyat yang mahukan amalan demokrasi benar-benar tertegak di negara ini.

Beliau bekata, rakyat tidak rela diperkotak-katikkan dengan pelbagai penipuan oleh kerajaan Umno BN.

Menurutnya, selama 55 tahun negara ini dirundung kemuraman dan kegelitaan kerana demokrasi yang mati.

“Sistem pilihanraya adalah penentu hidup dan mati demokrasi di negara ini. Sistem pilihanraya yang pincang akan memincangkan seluruh amalan demokrasi negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kebebasan berhimpun, bersuara, berpersatuan, berpolitik, dan lain-lain lagi tidak akan menjadi realiti sekiranya sistem pilihanraya di negara ini masih terkongkong dan dikawal rapi oleh parti pemerintah.

Beliau berkata, kekangan dalam sistem pilihanraya menandakan kerajaan BN tidak rela demokrasi tertegak sepenuhnya.

“Tindakan kerajaan BN berlunak dengan pelbagai pembaharuan adalah kosmetik semata-mata bagi mengabui mata rakyat untuk mendapatkan sokongan,” katanya lagi.

Menurut Riduan lagi, DPPM mengingatkan rakyat jika kehadiran rakyat kurang dari sasarannya, tidak akan ada pembaharuan dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan sistem pilihanraya di negara ini bersih dan adil.

Tambahnya, tuntutan Bersih 2.0 sebelum ini hanya dilayan dan dilaksanakan satu sahaja daripada lapan yang dituntut.

“Jawatankuasa Khas bagi penambah baikan sistem pilihanraya (PSC) pula adalah tempelan bagi menunjukkan seolah-olah kerajaan telah membuat perubahan yang hakikatnya hanya sedikit dari sekian banyak desakan pembaharuan dibuat,” katanya lagi.

Beliau berkata, pendedahan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengenai kewujudan task force pemberian kad pengenalan palsu yang diketuai oleh beberapa kakitangan tinggi kerajaan mengesahkan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 wajib diadakan dan perlu disertai oleh semua rakyat di negara ini.

Justeru, ujarnya DPPM yakin, Bersih 3.0 sebagai usaha menghalang penipuan task force itu.

Beliau menambah, rakyat perlu bangkit menjadi hakim kepada pengkhianat negara yang sanggup menjual kedaulatan negara kepada warga asing.

Katanya lagi, DPPM menganggap Bersih 3.0 sebagai benteng dan harapan terakhir rakyat bagi mengekang ‘grand design’ penipuan terbesar BN dalam PRU13.

“Jika tidak rakyat terpaksa berdepan dengan ribuan pengundi luar negara yang diberikan kad pengenalan dan hak mengundi dalam pilihanraya kali ini,” ujarnya.

Tambahnya, tidak akan ada lagi ruang demokrasi di negara ini jika BN terus memerintah dengan sokongan daripada warga asing yang diberikan hak mengundi.

UMNO memang tak boleh diharap,masuk suratkhabar baru nak tolong!!!

Tak berturap lebih 20 tahun

TAIPING – Lebih 20 tahun jalan di Taman Mas, di sini, tidak pernah diturap dan kini keadaan laluan itu teruk selain membahayakan keselama­ tan pengguna.



Penduduk, Mohd Salleh Shanni, 59, berkata, sebelum ini pada tahun 2010, dia pernah memohon supaya jalan di kawasan perumahan itu diturap semula.



Menurutnya, bagaimanapun, sehingga kini, dia belum mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan setelah menunggu hampir dua tahun.



“Saya turut mendapatkan tandatangan daripada sebahagian penduduk bagi menunjukkan kami memang mahukan jalan itu diturap semula.



“Jalan itu tidak pernah diturap sejak lebih dari 20 tahun lalu, jadi keadaan laluan ini memang teruk untuk kemudahan kami,” katanya.



Sementara itu, beliau berkata, ketika hujan lebat awal Mac lalu, banyak kawasan banjir termasuk di taman ini didakwa berpunca daripada keadaan jalan yang menakung air.


“Akibatnya rumah penduduk turut dinaiki air,” katanya.


Katanya, diharap pihak berkenaan dapat memberikan perhatian terhadap masalah itu.



“Saya takut jalan ini di takungi air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk,” katanya

Antara nyanyu dan nyanyuk Mahathir,PTPTN itu dibentang Najib dan PM ,dia sendiri.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.

Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.


Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.


Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.

NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN

Sunday, April 15, 2012

Jawapan bodoh Khaled Nordin,macam budak peralihan.



KUALA LUMPUR - Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu.




Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan."Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan," katanya

Saturday, April 14, 2012

Remaja ,penunggang motosikal , umur 16 ,maut selepas hadir program Hishamuddin Husein.

Berita sedih,penunggang motosikal berumur 16 tahun maut kemalangan setelah mengikuti program UMNO. Salam takziah dari penulis.

IPOH - Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar hari ini.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.


Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari tadi.


Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.


Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi. - Bernama

Selamat Datang Perwakilan dan Pemerhati kita beri idea,tamatkan kekuasaan UMNO.

Esok 15 April akan berlangsung Mesyuarat Agung Pas Bukit Gantang Kali -45.Dengan ini penulis ingin mengucapkan selamat bersidang.

Mesyuarat pada kali ini akan dirasmikan alfadhil Ustaz Idris Ahmad,Pengarah Tarbiyyah Pas Malaysia.

Sekali lagi Markas Pas Negeri Perak,Air Kuning Taiping menjadi tempat persidangan PAS Kawasan Bukit Gantang.

Mesyuarat pada kali ini penting untuk petugas parti membahaskan isu pilihanraya dan persiapan PAS Bukit Gantang dalam menghadapi PRU 13 ini.

Friday, April 13, 2012

Usia Pak Samad 77 tahun,mampu memimpin BERSIH 03

Pak Samad Said sedang menyemak catatan buku harian beliau. Kelihatan YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar.Pak Samad sedang menunggu giliran untuk berucap.

A. Samad Said menekuni bahan untuk dijadikan hujah."jangan beri peluang golongan bangsawan memimpin Malaysia."


A.Samad Said kelihatan bertenaga untuk berceramah dan bersajak.Umurnya sudah 77 tahun.Rahsia A.Samad Said,beliau berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.Beliau setiap hari Selasa dan Khamis selalu berada di Masjid Negara.Jika ingin bertemu Pak Samad pergilah ke Masjid Negara antara 9 pagi hingga Isyak.

Syabas dan tahniah Pak Samad yang telah menjadi Pengerusi Bersama Bersih 03.

Thursday, April 12, 2012

P:PAS ,Menteri Besar Terengganu bingung lagi membingungkan.

Menteri Besar Terengganu kini, Menteri Besar paling bingung yang dilahirkan hasil pendidikan UMNO selama 54 tahun .Apabila menyamakan PAS dengan parti ajaran sesat,ini menandakan riwayat UMNO untuk terus panjang dan bernafas semakin nipis,insyaAllah.

Mereka yang memerintah Malaysia selama 54 tahun ini,mereka pula yang menuduh PAS punca segala-galanya.

PAS Bukit Gantang akan lawan berhabisan-habisan untuk memastikan Bukit Gantang dan tiga DUN di dalamnya menjadi milik Pakatan Rakyat. Biar UBN kalah 4- o di parlimen Bukit Gantang.


KUALA TERENGGANU - Program Pas: Parti Ajaran Sesat (P:Pa) yang bermula di Terengganu kelmarin akan diteruskan ke seluruh negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.


Dipetik Bernama, program P:Pas secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur tidak lama lagi.


"Program P:Pas tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni," kata beliau selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di sini, semalam.


Kelmarin, program P:Pas anjuran Umno Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.


Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dirasakan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Munajat Rakyat Bukit Gantang 2,pada 13 April ini.

Munajat Rakyat siri kedua PAS Kawasan Bukit Gantang akan berlangsung pada malam ini.Sehubungan dengan itu Jentera Parti, ahli PAS,penyokong dan penduduk tempatan dijemput hadir beramai-ramai.

Program bermula 7.oo malam hingga 11 .00 malam.Munajat ini bertempat di Markaz PAS Negeri,Air Kuning Taiping.

Bersih desak panel SPR letak jawatan

YDP Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar bersama Dato' A Samad mempromosi BERSIH 3.0 sebaik selesai Pak Samad berceramah di Kg Chengal Jantan ,Bukit Gantang.

KUALA LUMPUR - Bersih 2.0 mendesak kesemua ahli panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk pengerusinya meletak jawatan serta-merta atas alasan rakyat sudah tidak lagi yakin dengan badan pengendali pilihan raya.


Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendakwa ahli-ahli panel SPR yang ada sekarang tidak lagi diyakini dan dipercayai oleh orang ramai khususnya membabitkan status daftar pemilih.


Menurutnya, terdapat lebih 400,000 pengundi yang disyaki, dan nama-nama itu telah dikesan oleh Malaysia Electoral Roll Analysis Project (Merap).


"Perkara ini perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang. Tetapi SPR dilihat gagal berbuat demikian.


"Hasil penyelidikan Merap, terdapat 10 masalah pokok dikenal pasti, khususnya dengan daftar pengundi," katanya.


Kenyataan media yang dikeluarkan pada sidang media menyebut bahawa lebih memeranjatkan lagi, penipuan terus-menerus dirancang.


"Kerja-kerja jahat ini telah diketahui oleh orang ramai.


"Ia tidak dapat disorokkan lagi. Penipuan ini telah menerima teguran Jawatankuasa Pilihan Khas tentang penambahbaikan pilihan raya," kata kenyataan itu lagi.


Ia menambah, hasil penyelidikan Merap telah mengenal pasti 10 masalah pokok iaitu khusus berkaitan daftar pemilih.


"Hasil penyelidikan ini juga memperkukuhkan keperluan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum dijalankan," jelas kenyataan itu.


Malah menurut kenyataan itu, SPR terbukti telah gagal menjalankan tanggungjawab untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.


"SPR bukannya menjamin satu orang satu undi, sebaliknya SPR telah bersekongkol dalam penipuan yang diterangkan," kata kenyataan ini lagi.


Kenyataan itu juga berkata, membiarkan ahli panel SPR sekarang terus bertugas hanya akan menjadikan pilihan raya umum akan datang ini terkotor, tidak adil dan tidak demokratik," katanya lagi.


"Lebih memeranjatkan, SPR telah dengan gigih menyekat penambahbaikan pilihan raya dengan tidak menghiraukan sepenuhnya tujuh lagi tuntutan Bersih 2.0," jelas kenyataan itu.


"Oleh itu Bersih 2.0 menggesa ahli panel SPR agar meletak jawatan serta-merta. Mereka wajib digantikan dengan ahli-ahli panel yang baru, yang sanggup bertindak untuk memastikan pilihan raya akan dijalankan secara bersih dan adil," kata kenyataan itu lagi.


Bersih 2.0 mahu mengadakan kempen protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, 28 April ini.

Jangan biarkan golongan bangsawan berkuasa lagi.-A.Samad Said.

Pak Samad meminta rakyat Malaysia jangan membenarkan golongan bangsawan berkuasa lagi.Menurut A.Samad Said,mereka sudah berkuasa selama 54 tahun,yang tidak langsung untuk berubah membantu rakyat.

Bagi Pengerusi NGO Bersih itu,mereka telah diberi peluang,namun gagal.Pak Samad yang berceramah di Bukit Gantang kelmarin meminta penduduk khususnya pengundi,jangan beri lagi UMNO yang diketuai golongan bangsawan berkuasa.

Wednesday, April 11, 2012

Tsunami - Malaysia ditangga 156 .

KUALA LUMPUR - Kedudukan skuad kebangsaan dalam peta bola sepak dunia semakin merosot apabila jatuh ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156.


Mengikut senarai mutahir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, Malaysia menghuni tangga ke-156 selepas mencapai kedudukan 148 pada Januari, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas.


Kemerosotan ranking Malaysia adalah berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan.


Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya kini berada standing dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) dan Samoa (155) yang diketahui umum mempunyai kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan.


Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151).


Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-24 bulan lepas.


Sementara itu, juara Piala Dunia 2010, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,442 mata dikuti Jerman yang mengutip 1,345 mata di tempat kedua.


Pasukan dari Amerika Selatan, Uruguay pula merampas kedudukan pasukan ketiga terbaik dunia daripada Belanda dengan mengumpul 1,309 mata iaitu berkelebihan 102 mata.


Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 205 buah negara. – Bernama

Sasterawan Negara A.Samad Said malam ini di Bukit Gantang.

Pada malam ini 11 April ,bersama Sasterawan Negara,A. Samad Said.Ceramah bertempat di Kg Chengal Jantan,Jln Ckt Ibol-Trong.

Turut sama berceramah, Sdr Hasni Abas,Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI.

Tuesday, April 10, 2012

Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-14


KUALA LUMPUR: Istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula pagi Rabu di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.


Seramai l07 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terlibat dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.


Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum menerima "Hormat Diraja" daripada barisan kawalan kehormat, yang diikuti dengan lagu "Negaraku."


Serentak dengan lagu "Negaraku' dimainkan, Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan.


Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.


Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.


Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.


Upacara pada Rabu yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dirakamkan oleh National Geographic Channel dengan kerjasama Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk penerbitan dokumentari bagi siaran di persada antarabangsa.


Dokumentari pertabalan kali ini menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya. - BERNAMA

Dermasiswa Rakyat Negeri Perak ,Yayasan Perak tiada duit.

Yayasan Perak tidak ada duit,itulah yang dikatakan oleh pemohon Dermasiswa Rakyat.Didakwa ribuan pemohon sejak tahun lepas lagi tidak menerima dermasiswa.Di mana idea bernas kerajaan Pakatan Rakyat gagal diurus oleh kerajaan UBN.

Pemohon mendakwa, pihak pegawai yang bertugas di Yayasan Perak,memberitahu mereka ,permohonan telah diproses dan lulus.

Apabila ditanya?Pemohon mendakwa pegawai Yayasan Perak memberitahu,tiada bajet lagi. "Kerajaan tak bagi duit lagi"

Apa dah jadi Zambry Kadir? Bajet mana untuk anak orang miskin. ?

Surat Nizar satu liabiliti untuk Zambry Kadir

APAKAH INI YANG RAKYAT MAHU?
OLEH: JOHARI JAAFAR

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari kedua pada 4 April lalu menarik perhatian anggota dewan apabila ADUN Pangkor yang juga Memteri Besar Perak,Dato' Seri Zambry Zambry Kadir mendedahkan surat sokongan ADUn Pasir Panjang yang juga Menteri Besar Perak ketika itu, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang memberikan surat sokongan kepada projek bijih besi Yale International dari Brazil.


Zambry mempumyai motif tertentu dengan pendedahan surat itu untuk memberitahu kepada umum khususnya rakyat negeri itu bahawa Nizar terlibat sama dengan projek tersebut yang mendapat tentangan hebat dari Badan Bukan Kerjaan (NGO) termasuk Aktivis Jaringan Alam Sekitar Perak.


Apa yang diharapkan oleh Zambry dengan pendedahan surat sokongan dari Nizar itu akan `menutup mulut. Nizar dn ADUN ADUN Pakatan yang lain. Ternyata ianya tidak berhasil, surat itu tidak memberi kesan kepada Nizar dan ianya tidak jugac menguntungkan Zambry malah ianya ibarat `surat makan diri'.


"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," demikian pengakuan Dato' Seri Nizar berhubung surat yang didedahkan oleh Zambry itu..


Namun begitu menurut Nizar surat itu adalah di peringkat awal perbincangan dan hanya bermaksud setuju berbincang lanjut. Tidak ada pernyataan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telah meluluskan tapak projek tersebut di Teluk Rubiah.


Dalam isu ini ternyata Zambry cuba memutar belitkan isu sebenarnya berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak. Sekiranya Zambry benar benar jujur sudah tentu ada dukumen dukemen lain yang berkaitan perlu didedahkan juga.


Orang yang berfikiran rasional tentu terfikir apakah hanya dengan sekeping surat tersebut, Vale sudah mendapat kebenaran untuk beroperasi di Teluk Rubiah. Sudah tentu ada dokumen-dokumen lain selain yang Zambry dedahkan ini.Persoalannya kenapa Zambry tidak dedahkan dokumentasi yang lain?


Pendedahan surat oleh Zambry itu membolehkan rakyat negeri mengetahui dan membaca surat Nizar tersebut kerana dengan itu rakyat mendapat maklumat apa yang tersirat di sebaliknya iaitu penglibatan syarikat tempatan iaitu Harta Makmur.


Walaupun Zambry tidak pernah mahu mendedahkan atau menjawab apabila ditanya pada sidang DUN itu siapa Lembaga Pengarah Harta Makmur, tetapi rakyat yang celik teknologi maklumat hari ini boleh mengetahuinya menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Nizar minta Zambry supaya bertanggung jawab kalau sekiranya berita ini terdedah luas, melibatkan pihak-pihak VVIP tertentu.


Nampaknya, pendedahan surat oleh Zambry akan memberikan implikasi yang kurang baik keatas dirinya sendiri. Pendedahan surat tersebut menjadikan diri Zambry menjadi satu liabiliti terhadap kemusnahan Umno/BN di negeri Perak.Tindakan gopoh dan gelojoh Zambry telah memakan dirinya sendiri.


Lantaran itu, dalam ucapan di persidangan DUN Nizar mengucapkan terima kasih kepada Zambry kerana dengan pendedahan surat tersebut ianya akan lebih memudahkan Pakatan Rakyat kembali memerintah negeri Perak semula.


Surat tersebut juga menunjukkan hubungan baik Pakatan Rakyat dengan pelabur-pelabur asing. "Saya seronok kerana surat itu? sindir Nizar dengan sinis.


Apa yang penting sekali, Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa kepentingan dalam perkara ini. Rakyat kena tanya Zambry siapa yang berkepentingan mendapat balak-balak di situ?


Oleh itu sewajarnyalah Datok Seri Nizar Menteri Besar, mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.


Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.serta semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale,¡± katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Perak, pada 5 April lalu.


Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Zambry itu telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di teluk Rubiah jika ianya telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian.


"Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA)," ujarnya.


Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Zambry itu hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong, tegasnya.


Nizar turut menjelaskan pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah.


Akan tetapi selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengannya dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah,


Isu ini telah mendapat tentangan hebat dariada percinta alam, bantahan demi bantahan dikemukakan tetapi tidak sedikitpun menyedarkan Kerajaan BN di bawah pimipinan Zambry Abdul Kadir. Umpamanya baru baru ini 300 aktivis dari Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak berhimpun di hadapan pintu masuk pejabat Vale di Teluk Rubiah bagi membantah operasi syarikat dari Brazil di kawasan peranginan itu.


Seperti yang diungkapkan Ismady Radzuan selaku Penyelaras Himpinan Teluk Rubiah himpunan berkenaan diadakan bagi membuka mata pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri mengenai kemusnahan alam yang sedang berlaku di tempat peranginan berkenaan.


Menurutnya, pihak Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak tidak menolak pembangunan di sekitar Manjung khususnya di Lumut tetapi biarlah ia dilaksanakan tanpa mengganggu alam sekitar.


"Kami tidak setuju Teluk Rubiah dijadikan kawasan industri kerana kawasan ini mempunyai pantai yang cantik dan tempat pelancongan yang menarik."


Operasi syarikat ini nanti akan memusnahkan keindahan alam sekitar di sini,katanya.


Himpunan tersebut turut dihadiri bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga ADUN Pasir Panjang; ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham; ADUN Canning, Wong Kar Woh dan ADUN Tronoh, V Sivakumar.


Menurut beliau lagi mereka tidak kira siapa pun yang memerintah negeri ini, tetapi masalah berkaitan alam sekitar perlu ditangani dengan baik supaya tempat-tempat peranginan tidak terjejas,?katanya.


Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak merupakan gabungan enam badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan Alam Sekitar Perak, Sahabat Alam Malaysia, Media Perak, Perak Consumer’s Association, Perak Green Pioneer dan Coalition of Concerned Citizens of Perak.

Dalam satu artikel `Rubiah,Royal Link in iron ore plant' pada 22 Ogos 2011, yang dipetik dari sebuah blog disebut pada 2009, KYM Holdings Bhd, melalui Harta Makmur Sdn Bhd, menjual 488 hektar (1,205 ekar) tanah pegangan pajak dalam Teluk Rubiah kepada Vale International and Vale Malaysia Manfuacturing Sdn Bhd untuk RM196 juta.

Dalam tulisan itu juga dinyatakan hasil pemeriksaan dengan Companies Commission of Malaysia menunjukkan yang Harta Makmur ialah 60 peratus dimiliki Tegas Consolidated Sdn Bhd dan 40 peratus dimiliki RAS Sdn Bhd.

Artikel ini dengan berani mendedahkan siapa pemegang saham majoriti dan pemegang saham minorti.

Projek Vale mendapat banyak tentangan, termasuk kumpulan alam sekitar dan penduduk-penduduk Teluk Rubiah dan perniagaan-perniagaan. Menurut artikel itu lagi mereka takut bahawa ia akan merosakkan persekitaran, merosakkan industri pelancongan tempatan dan merosakkan rezeki dan kesihatan penduduk-penduduk tempatan.

Artikel itu menyebut Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilaporkan sebagai berkata pihak Yale ada bertemu dengannya dua kali pada 2008 atas cadangan-cadangan untuk projek tersebut.

"Saya memberitahu mereka yang kawasan harus dikekalkan sebagai satu suaka. Kami mempunyai hutan-hutan muda, dengan satu daripada spesies terbaik balak-balak di sana. Saya tidak boleh mampu kehilangan kawasan itu.

Nizar mencadangkan satu lagi tanah kerajaan dalam kawasan berpaya Tanjung Hantu, menawarkannya hampir percuma.

Apa yang nyata kini, selagi Umno/BN terus menerus berkuasa di negeri ini khususnya, bukan sahaja rakyat `tidak selamat' tetapi hutan hutan simpan juga tidak selamat, pasti lebih banyak hutan hutan simpan akan `dirogol' atas alasan pembangunan. Apakah ini yang rakyat mahu?

Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43bilion.

"Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut."kata Husam Musa.



"Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?," kata Husam Musa.



Politik menakut-nakutkan rakyat merupakan politik yang di bawa UMNO sejak tahun 50-an lagi.


Sejak jadi menteri kawal wanita,otak Najib pun tak berapa bernas.


UMNO ,buat kata YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar ," UMno memang nipu orang."


Monday, April 9, 2012

Tarikh tutup 13 April ini,iklankan perniagaan anda.

Iklankan perniagaan anda di Buku Mesyuarat Agung Pas Bukit Gantang. Setengah muka surat RM50.oo ,satu perempat RM30.oo.

Telefon atau SMS 012-5072399 tanda bersetuju sebelum 13 April 2012.Menderma sambil berniaga.

Untuk makluman ,PAS Kawasan Bukit Gantang akan bermesyuat pada 15 April 2012.Mesyuarat akan berlangsung di Markaz Tarbiyyah PAS Negeri Perak,Air Kuning,Taiping.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak ditangguh

IPOH - Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Bintang Negeri Perak sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-84 yang dijadualkan pada 19 April ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata pada malam tersebut akan diadakan majlis tahlil diraja dan doa selamat sempena perayaan ulang tahun keputeraan baginda di Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar.- Bernama

Sunday, April 8, 2012

Goyang gerudi Wasatiyyah dalam Karnival Ziarah For Peace

Mak Nyah sedang bergelek dengan Efa Radziah dipentas sebelum dinobatkan Ratu Taiping.

Wasatiyyah datang ke Taiping.Rupanya melahirkan banyak ratu "RATU TAIPING"Rupanya Karniyal Ziarah For Peace telah mengiktiraf golongan Mak Nyah sebagai ratu Taiping.(klik untuk lebih lanjut) . Apa sudah jadi...majlis perbandaran Taiping.