Tuesday, February 23, 2010

Apabila Hishamuddin Tertidur!Warga asing bebas.


Menteri Keselamatan Dalam Negeri Hishamudin Husein terkejut dengan lambakan warga asing.Beliau menyebut satu yang luar biasa.

Menteri apa ini,jaga keselamatan negara,tetapi tiada maklumat.Data pekerja asing pun tiada,kemudian menyatakan perasaan terkejut.

Menurut YB Dr Jeyakumar Devaraj, UMNO sendiri yang bawa masuk pekerja asing. Pekerja asing punca pendapatan kroni UMNO.YB Jeyakumar menyatakan terdapat lebih kurang dua juta pekerja asing yang didaftar.Sejuta lagi tanpa dokumen.

Sekarang kita baca pula kenyataan Exco Kerajaan Mahkamah Perah,melalui YB Mah Hang Soon,yang juga berasa terkejut lambakan warga asing di pasar-pasar malam.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak Selasa diarah mengambil tindakan segera "membersih" pasar-pasar malam di seluruh negeri itu daripada aktiviti perniagaan oleh warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata tindakan itu perlu diambil kerana banyak aduan diterima mengenai perkara berkenaan.

"Perkara ini jika tidak ditangani segera akan memberi kesan terhadap mata pencarian peniaga tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat cadangan pembangunan dan penambahbaikan tapak Bazar Bulat atau Bazar Yau Tet Shin, di sini Selasa.

Beliau berkata pasukan penguatkuasa PBT boleh menjalankan operasi bersama dengan polis dan agensi lain bagi menangani masalah itu.

Dr Mah berkata masalah itu dipercayai berpunca daripada tindakan segelintir peniaga tempatan yang menjual atau memajak lesen perniagaan mereka kepada orang lain termasuk warga asing.

"Saya menyeru peniaga tempatan agar tidak lagi memberi atau menjual lesen perniagaan yang telah diperolehi kepada kumpulan warga asing ini kerana ianya mengakibatkan bertambahnya bilangan mereka di pasar-pasar malam," katanya.BERNAMA.


1 comment:

  1. entah lah apa nak jd dgn menteri nie, tidor aje. nak jaga rakyat ka nak atau nak rakyak memberontak.

    ReplyDelete