Friday, February 26, 2010

MUSIM MESYUARAT AGUNG CAWANGAN-Apa yang kita cakap!

Kita sebagai Ketua Penerangan Kawasan diberi amanah untuk merasmikan beberapa mesyuarat agung cawangan .

Kita berucap apa yang telah diputuskan oleh PAS Kawasan.Antara lain ucapan meminta ahli membayar yuran ahli,jangan sampai tertunggak.

Kita juga mengharapkan ahli-ahli Pas terus menjalankan kerja parti,mendekati rakyat tanpa menunggu musim kempen pilihanraya.Kita sebagai penggerak masyarakat.Sehingga masyarakat berasa rugi jika kita PAS tiada bersama mereka.Justeru itu kita meminta setiap peti undi mempunyai dana pilihanraya RM5000.00 untuk PRU 13 ini.

Justeru itu kita mengharapkan kita terus mengutip derma daripada ahli.Kita jangan terlalu bergantung dengan ahli parlimen untuk mengadakan aktiviti parti.

Dalam setiap perasmian yang dibuat,kita meminta ahli jangan terperangkap dengan pihak yang cuba melagakan pimpinan PAS.Kini terdapat usaha jahat pihak musuh untuk memburukkan imej Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.Mereka juga cuba melagakan Tok Guru Nik Aziz dengan Tok Guru Hj Hadi.Kita sebagai ahli kena mengikut peraturan parti.Kita boleh kritik pimpinan tetapi biarlah mengikut saluran.

Di samping itu kita mengharapkan kita tidak menghukum rakyat.Kita mesti teruskan usaha parti kita,politik dan dakwah.Politik untuk kita dapatkan kuasa dan dakwah untuk menjinakkan masyarakat tempatan dengan Islam . .

No comments:

Post a Comment