Saturday, February 13, 2010

PPSMI: (Anak MB Rakyat)Kes Muhamad Syawwal Muhamad Nizar ditanguhkan 20 April 2010.


DS Nizar menyatakan anak beliau bersama beberapa anak pimpinan PAS Perak yang memulakan saman kepada kerajaan Malaysia berkaitan PPSMI.

12 Februari,Taiping- DS Nizar dalam satu ceramahnya di Kg Air Puteh,DUN Kuala Sapetang menyatakan anak beliau bersama dengan anak pimpinan PAS seperti anak-anak Muhaimin Sulam,Major Yahya dan Rosni yang memulakan proses mahkamah membantah PPSMI .

DS Nizar menyatakan peguam beliau Sdr Hanipa Maidin dan Sdr Aminuddin Zulkifli telah memfailkan saman pemula sejak 2006.Pada masa itu Nizar sebagai Bendahari Pas Perak.

Namun begitu dalam ceramahnya beliau menyatakan permohonan untuk mencabar Menteri Pelajaran pada masa itu,Ketua Pengarah pada masa itu ditangguhkan kepada 20 april 2010.

Masyarakat Bukit Gantang diberitahu oleh DS Nizar bahawa UMNO tidak berjuang menghapuskan PPSMI .DS Nizar menegaskan orang Melayu yang rugi dengan dasar PPSMI itu.

Anak-anak yang terlibat dalam proses menyaman Kerajaan Malaysia,Muhammad Syawaal Muhamad Nizar,Muhamah Fadhil Nor Mohd Rosni,Nur Najiha Muhaimin dan Syazaira Arham Yahya Arif.

Apa yang kita ketahui PPSMI yang dilaksanakan Mahathir bercanggah dengan perlembagaan dan roh kemerdekaan Malaysia itu sendiri.

No comments:

Post a Comment