Friday, February 26, 2010

Muhyiddin Yasin-Menteri Pelajaran Gagal

Muhyidin Yasin jangan bising sangat perihal Pulau Pinang.Cuba fikirkan sama nasib pelajar Melayu.Jelas Muhyiddin sekali lagi gagal,apabila calon STPM luar bandar kebanyakan orang Melayu terus ketinggalan.Apabila ramai calon aliran Sains Sekolah Luar Bandar tidak mencapat prestasi yang memuaskan.Hanya 4.54 peratus peroleh 5A HINGGA 3 A bagi calon sekolah luar bandar aliran sains.

Jelas sekali dasar PPSMI peninggalan Dr Mahathir merugikan orang Melayu. Dengan 9 calon cemerlang,tetapi pelajar luar bandar yang cemerlang hanya seorang.Banyak betul kurangnya sekolah luar bandar!

Di samping itu Muhyiddin Yasin gagal melihat kemudahan sekolah luar bandar dan terdapatnya kekurangan guru cemerlang di sekolah luar bandar.

Walaupun terdapat pelajar luar bandar belajar di sekolah dalam bandar,kemudahan yang mereka terima berbeza daripada pelajar luar bandar.Kemungkinan juga kemudahan internet pun tersangkut-sangkut.

Kita juga hairan Ibrahim Ali dan GPMS tidak pula bising seperti ayam telur sebiji riuh sekampung.

Untuk keterangan lanjut kita baca petikan dibawah.

KUALA LUMPUR: Prestasi calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 di sekolah bandar terus mencatatkan keputusan cemerlang, namun calon di luar bandar masih lagi mencatatkan jurang terutama membabitkan pelajar aliran sains. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata prestasi calon bandar dan luar bandar masih lagi mencatatkan jurang terutama membabitkan calon memperoleh keputusan baik antara 3A hingga 5A.


Katanya, calon STPM di sekolah bandar tahun lalu yang mendapat keputusan 5A hingga 3A mencatatkan 12.14 peratus tetapi di luar bandar hanya 7.06 peratus, manakala calon aliran sains di sekolah bandar pula 15.6 peratus mendapat keputusan cemerlang antara 5A hingga 3A berbanding di luar bandar hanya 4.54 peratus.


“Keputusannya prestasi calon di luar bandar masih lagi mencatatkan jurang berbanding bandar dan keputusan calon STPM bagi luar bandar tidak banyak menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan STPM pada tahun lalu,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM dan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM dan Malaysian University English Test (MUET) bagi 2009 di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Ketua Eksekutif MPM, Omar Abu Bakar.


Pada majlis itu, sembilan calon menerima anugerah pelajar cemerlang bagi STPM 2009 termasuk tiga calon istimewa dan seorang lagi calon pelajar terbaik bagi sekolah luar bandar. Semua calon cemerlang itu menerima ganjaran wang tunai RM1,000, sijil dan plak penghargaan.

Pada majlis sama, dua calon MUET bagi 2009 turut menerima anugerah sama.


Dr Dzulkifli berkata, bagaimanapun kajian dan analisis berdasarkan lokasi sekolah berkemungkinan mempengaruhi jurang ketara berkenaan berikutan ada juga kalangan calon dari bandar sebenarnya berasal dari kawasan luar bandar.


“Kajian analisis prestasi calon STPM 2009 itu dibuat berdasarkan kedudukan sekolah tetapi jika analisis dibuat berdasarkan asal calon berkemungkinan kurang jurang perbezaan berkenaan... namun bagi calon luar bandar 100 peratus mereka dari kawasan berkenaan berbanding calon bandar sebenarnya ada kalangan berasal dari kawasan luar bandar,” katanya.


Sementara itu, katanya, daripada 48,446 calon menduduki STPM 2009, 92.55 peratus mendapat keputusan lulus penuh, iaitu peningkatan 0.31 peratus berbanding tahun sebelumnya, iaitu hanya 92.24 peratus.


Katanya, pada tahun lalu, 10 mata pelajaran mencatatkan prestasi memberangsangkan iaitu Pengajian Am, Bahasa Arab, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Melayu, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Perakaunan, Matematik Tambahan dan Biologi dengan mencatatkan peratusan antara 2.04 hingga 6.54 peratus.


Manakala tiga mata pelajaran lagi mencatatkan penurunan iaitu Sains Sukan, Komputer dan Matematik Tambahan Lanjutan dengan mencatatkan penurunan 5.56 hingga 52.50 peratus.


Selain itu, katanya seramai 15 calon mendapat gred A bagi kelima-lima mata pelajaran yang diambil manakala dua calon aliran sains dan tiga lagi calon aliran sastera mendapat gred A bagi semua kertas peperiksaan yang diambil. Sementara itu katanya, jumlah calon menggunakan bahasa Inggeris dalam skrip jawapan meningkat 4.8 peratus iaitu 97.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, hanya 92.7 peratus.


“Setakat ini kita belum ada keputusan sama ada calon STPM dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris dalam kertas jawapan peperiksaan selepas 2011,” katanya.myMetro

No comments:

Post a Comment