Friday, February 19, 2010

Kasihan mereka bebaskan mereka:ISA satu akta zalim.

Kasihan wanita ini suaminya ditahan di bawah akta ISA.Dakwa mereka di mahkamah,kenapa perlu ditahan dengan undang-undang rimba.Sebagai tanda simpati dan empati kita petik kisah seorang wanita Bashirah Abdul Salam dalam Malaysiakini.


Dengan berlinangan air mata, Bashirah Abdul Salam - seorang rakyat Nigeria - merayu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam supaya membantu membebaskan suaminya yang kini ditahan bawah ISA.

Bashirah, 27, (foto - berpurdah) berkata suaminya itu, Luqman Abdul Salam, tidak bersalah dan oleh itu, pelajar warga Nigeria itu tidak wajar ditahan.

"Tolonglah, bebaskan suami saya supaya dia dapat meneruskan pengajian dan menjaga kami sekeluarga," katanya yang hadir bersama Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang menghantar memorandum bantahan kepada Suhakam pagi ini.

Luqman adalah antara 12 orang yang ditahan pada 21 Januari lalu selepas serbuan dilakukan ke atas sekumpulan 50 orang yang sedang mengikuti satu kuliah agama di sebuah apartmen di Gombak, Selangor. Tiga puluh lapan daripadanya sudah dibebaskan.

"Saya harap pihak berkuasa dapat mengembalikannya semula. (Luqman) perlu diberi peluang untuk meneruskan pengajiannya dan mempertahankan diri (di mahkamah)," kata Bashirah yang memangku anak perempuannya.

No comments:

Post a Comment