Saturday, February 13, 2010

SPRM siasat biar betul -jangan cari alasan.

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Biarlah kali ini siasatan telus,adil dan mempunyai cukup bukti.SPRM janganlah memberi alasan kekurangan bukti,tiada kerjasama saksi dan tiada dokumen lengkap.

Atau cepat menjawab ada kes seperti kes lembu Tan Sri Khalid MB Selangor.Kita sudah merdeka dekat 53 tahun ,profesional sedikit.Kita pun hairan kes profil tinggi kononnya selalu tidak lekat kes .Rakyat meminta adil untuk semua bukannya apabila pimpinan PR cepat bertindak.

Seperti kami pengundi Changkat Jering mintalah siasat Osman Jailu,kenapa boleh lompat! .Dengar lapor pun boleh siasat.

SPRM -Saya pun rakyat Malaysia yang membayar cukai.Gunalah duit cukai untuk keadilan.

No comments:

Post a Comment