Friday, February 12, 2010

Fikir Sejenak- DS Anwar Ibrahim Beratnya Ujian,masih diterima menjadi imam.

Kelmarin DS Nizar mengulas isu fitnah ke atas DS Anwar Ibrahim.Beliau menekankan bagaimana seorang yang meliwat boleh menjadi imam dan menjadi khatib Jumaat .

Menurut DS Nizar ke mana-mana DS Anwar Ibrahim pergi,DSAI akan diminta menjadi imam solat.Begitu juga jika pengerusi Masjid melihat DSAI hadir sewaktu solat Jumaat diminta untuk berkhutbah.DSAI tetap menjadi pilihan masyarakat dunia untuk menjadi imam samada di Indonesia,London dan Timur Tengah.


DS Nizar berhujah,kita yang mempunyai pelbagai kesalahan pun tidak sanggup menjadi imam solat inikan pula ditolak menjadi imam.Kita biasanya menolak menjadi imam solat.

DS Anwar sudah tentu tidak mampu menjadi imam solat dan menjadi khatib jika beliau seorang peliwat.Sudah tentu kesalahan itu menghalang DSAI untuk mengadap Allah s.w.t.

Di samping sudah tentu kita pun tidak mahu memilih peliwat sebagai imam dan menjadi khatib.Kita masih mahu DS Anwar Ibrahim menjadi imam solat .

No comments:

Post a Comment