Tuesday, February 16, 2010

Pemimpin Melayu Bebal -Kata Datuk Dr Hassan Ahmad

Bebal! Itulah gelaran diberikan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad terhadap pemimpin Melayu dan orang Melayu yang meminggirkan bahasa sendiri. Beliau adalah antara ahli panel yang membentangkan kertas kerja di Hari Pejuang Bahasa ‘152’ yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam. Ahli panel lain termasuk Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Prof Datuk Dr Zainal Kling dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Malah, hari istimewa bagi Bahasa Melayu yang julung kali diadakan itu menjadi medan melemparkan kritikan pedas bukan saja kepada pemimpin Melayu, malah orang Melayu yang menganggap bahasa ibunda mereka sebagai bahasa kolot yang menyekat pembangunan bangsa.

Sebagai orang paling lantang menyuarakan pandangannya, Hassan menggunakan istilah bebal terhadap pemimpin Melayu dan orang Melayu yang meminggirkan bahasa sendiri.

“Bahasa Melayu tidak seharusnya bergelut dalam usaha untuk memartabat, memperkasa atau memperjuangkannya ketika ini kerana ia sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pelajaran 1996.

“Masalah timbul bukan kerana bahasa Melayu tidak layak menjadi alat kemajuan, tetapi kerana dasar itu tidak dilaksanakan dengan tegas, benar dan jujur dan sering kali diselewengkan,” katanya.sumber

No comments:

Post a Comment