Wednesday, February 10, 2010

UMNO sudah rancang -Kita macam mana untuk menang!

Kita bermula dari sekarang perlu menggerak jentera parti dan jentera pilihanraya untuk menarik seramai mungkin meyokong kita.Sokongan samada melalui pengundi muda baru daftar atau pengundi sedia ada.

Langkah-langkah yang dilaksana kerajaan UMNO/BN perlu diberi perhatian samada menyokong atau menolak dengan diberi penerangan kepada ahli dan penyokong kita.

Contohnya keseriusan Rela untuk menarik rakyat untuk menjadi anggota mereka perlu diberi perhatian.Rela diberi masa sehingga 2012 untuk menarik masyarakat menjadi anggota mereka.Kita dimaklumkan cukup beri kad pengenalan,gambar dan isi borang boleh menjadi anggota mereka. Dikatakan tidak perlu ikut operasi PATI.Terdapat mereka yang tidak sihat juga didaftarkan anggota Rela.Misi mereka 2.5 juta anggota.

Malang sekali ahli PAS juga terperangkap.Pas cawangan dan parti lain perlu memantau perkara ini.Satu kampung 240 orang baru daftar ,didarab 42 kampung dalam parlimen Bukit Gantang.Berapa banyak sasaran pengundi oleh BN di Perak.

Mengikut maklumat 24 DUN Perak kerusi panas untuk Pakatan Rakyat.

Belum lagi pendaftaran anggota baru askar wataniah .Setiap Parlimen wujud askar wataniah.

PRU 13 , kebanyakan mereka itu dijangkakan menjadi pengundi POS. Jelas UMNO sudah menyusun langkah

No comments:

Post a Comment