Tuesday, February 16, 2010

Wajib Tolak Politik Perkauman-DS Nizar



Seorang penuntut UUM Sdr Tanggamani yang sedang menyiapkan tesisnya bertajuk Political Economy Crisis In Perak sedang menemubual DS Nizar di Pejabat Ahli Parlimen Bukit Gantang.


DS Nizar meminta rakyat menolak politik perkauman.Bagi beliau wajib menolak politik perkauman bukan setakat berani.

Bagi DS Nizar masyarakat mesti bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk menolak politik sempit perkauman Barisan Nasional.

DS Nizar menjawab soalan seorang pelajar universiti yang sedang membuat tesis berkenaan kemelut politik negeri Perak yang menyatakan DS Nizar berani kerana tidak berpolitik seperti UMNO.

Sekali lagi DS Nizar menegaskan UMNO,MIC dan MCA parti politik yang rasis.Mengulas politik orang India,DS Nizar menyatakan MIC tidak boleh dipercayai kerana tidak ikhlas membantu penduduk India.

Kini orang India tidak mempercayai MIC,sebab itu beliau boleh menang di kerusi Pasir Panjang,kubu kuat MIC sejak dari dulu lagi.Sehingga sekarang orang India tetap menyokong beliau dakwa DS Nizar..Bagi DS Nizar orang India menyokong PR melalui Dewan Perhimpunan Penyokong Pas,PKR dan DAP.

No comments:

Post a Comment