Wednesday, August 31, 2011

Loji Air Johor baru merdeka!Hebat UMNO.

PAGOH: Penyerahan empat kemudahan loji rawatan air oleh Lembaga Perbekalan Awan Singapura (PUB) kepada kerajaan Johor, Rabu, merupakan satu sejarah yang bermakna ketika negara menyambut Hari Kemerdekaan ke 54, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



"Ini peristiwa bersejarah setelah sekian lama kita bantu Singapura. Kita harap ini suatu manifestasi hubungan istimewa Singapura-Johor yang sudah lama berlaku," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar, di sini Rabu.



Selain Loji Air Gunung Pulai, PUB menyerahkan Loji Air Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan kontrak bekalan air selama 50 tahun tamat antara PUB dan kerajaan negeri Johor di bawah Perjanjian Air 1961, Rabu.



Muhyiddin percaya setelah penyerahan balik kemudahan air itu kerajaan negeri akan menguruskannya dengan sebaiknya bagi membekalkan air kepada penduduk di negeri ini.



Majlis penyerahan kemudahan tersebut secara rasmi itu disaksikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Loji Air Gunung Pulai.



Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil.



Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan. - BERNAMA

Sambut kemerdekaan Seperti Sambut Ulang Tahun Umno-Ustaz Idris Ahmad

Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan umno sahaja. Ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin alHelmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi. Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini. Sebaliknya yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.



Pada hal kewujudan umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946. Malahan slogan umno peringkat awal ialah Hidup Melayu. Laugan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda. Maknanya umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan. Pada hal golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).



Tentu rakyat bertanya siapa pemimpin umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan? Ini membuktikan umno ialah anak emas penjajah. Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara. Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.****baik orang Korea tak tipu*****

Tuesday, August 30, 2011

Berita sedih buat syarikat kroni UMNO-Perjanjian hantar pencari suaka ke Malaysia tak sah.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Mahkamah Tinggi Australia hari ini memutuskan perjanjian berhubung urusan pertukaran pencari suaka antara Canberra dan Putrajaya sebagai tidak sah.



Akhbar Sydney Morning Herald memetik Australian Associated Press melaporkan, Ketua Hakim Robert French memutuskan “deklarasi yang telah dibuat... dibuat tanpa kuasa dan oleh itu tidak sah.”



Justeru, mahkamah memutuskan tiada pencari suaka politik boleh dihantar ke Malaysia oleh kerajaan Australia.



Mahkamah mengadakan sidang khas minggu lalu untuk mempertimbangkan hujahan oleh para peguam yang mewakili sekumpulan ‘orang hanyut’ yang mahu rancangan penghantaran 800 pencari suaka ke Malaysia dibatalkan.



Barisan peguam itu berpendapat Menteri Imigresen Chris Bowen tidak mempunyai kuasa untuk menghantar pencari suaka ke Malaysia kerana negara itu tidak mempunyai obligasi perundangan untuk melindungi mereka.



Mereka juga berhujah bahawa penghantaran kanak-kanak tanpa ditemani orang dewasa ke Malaysia merupakan pengabaian tugas Bowen sebagai penjaga di sisi undang-undang untuk bertindak demi kepentingan mereka.



Mewakili seorang pencari suaka remaja yang tiba di Australia selepas perjanjian dengan Malaysia dimeterai bulan lepas, peguam remaja itu, Richard Niall, memberitahu mahkamah minggu lalu bahawa penghantaran ke Malaysia bukan merupakan kepentingan anak guamnya itu.



Mengikut perjanjian dengan Malaysia, Australia akan menghantar 800 pencari suaka yang tiba di negara itu dengan bot, ke Malaysia bagi diproses tuntutan mereka untuk diisytiharkan sebagai pelarian.



Australia pula akan menerima 4,800 pendatang dari Malaysia yang sudah diberi status pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Kenyataan yang diperoleh menyebut, “selepas pendengaran yang dipercepatkan di hadapan panel penuh, mahkamah dengan suaka majoriti mengekalkan injunksi yang dikeluarkan sebelum ini dan menghalang menteri daripada membawa keluar dua pencari suaka, yang tiba di Christmas Island ke Malaysia, sebagai sebahagian daripada kumpulan besar, kurang empat minggu lalu.”



Mahkamah juga memutuskan bahawa pencari suaka bawah 18 tahun yang tidak ditemani oleh sesiapa tidak boleh dibawa keluar dari Australia tanpa kebenaran bertulis menteri.



Mahkamah memutuskan menteri tiada kuasa di bawah Akta Migrasi untuk memindahkan pencari suaka dari Australia, yang permintaan perlindungan mereka belum dipastikan lagi.



Pencari suaka hanya boleh dibawa ke sebuah negara yang secara sah telah diisytiharkan di bawah akta itu, yang boleh menyediakan akses dan perlindungan selain memenuhi standard-standard yang ditetapkan.



Laporan semalam menyebut kerajaan Australia menawarkan kepada pencari suaka yang bakal dihantar ke Malaysia, geran sehingga A$4000 (kira-kira RM12,725) untuk pulang ke negara asal mereka.



Kerajaan telah menyerahkan geran itu kepada 77 pencari suaka sejak program “bantuan integrasi semula” diperkenalkan pada November lalu.



Program itu menawarkan kepada pencari suaka yang gagal mendapatkan suaka, wang tunai dan pembayaran lain untuk pulang ke negara asal dan ratusan dijangka menerima pakej kewangan bagi tahun ini selepas kerajaan memperuntukkan bajet A$7 juta (kira-kira RM22.2 juta) bagi program itu.



Pada 25 Julai lalu, Malaysia dan Australia menandatangani perjanjian bersejarah bagi pertukaran pelarian dan pemohon suaka di antara kedua-dua negara.



Perjanjian itu, yang pertama seumpamanya ditandatangani di dunia, dengan matlamat jangka panjang untuk mengekang aktiviti sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia serta jenayah rentas sempadan.



Perjanjian itu adalah bagi pertukaran 4,000 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dengan 800 orang dari Australia dalam tempoh empat tahun. Kesemua pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).



Program pertukaran selama empat tahun itu dianggarkan menelan belanja A$296 juta dan akan dibiayai kerajaan Australia.



Perjanjian itu membenarkan pihak berkuasa Malaysia menyaring para pelarian bagi memastikan mereka bukan dalam senarai pengganas dikehendaki atau pendatang asing tanpa izin sebelum dihantar ke Malaysia.



Pelarian yang tersenarai dalam perjanjian pertukaran akan mempunyai kad pengenalan khas dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Australia.



Putrajaya berkata ketika berada di Malaysia, pelarian berkenaan akan ditempatkan di pusat persinggahan selama 45 hari sebelum ditempatkan dalam masyarakat.



Malaysia tidak menandatangani konvensyen PBB mengenai Pelarian kerana negara tidak mampu untuk memberi akses keperluan utama seperti peluang pendidikan, pekerjaan, rumah perlindungan kepada pelarian kerana masih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan daripada aspek ini.****rakam berita sedih UMNO******

M.Nasir jiwa yang merdeka berjaya menggubah 50 ribu lagu.



PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer terkenal Datuk M.Nasir akui melakukan kerja mengubah lagu setiap hari sehingga berjaya mengumpul lebih 50,000 buah koleksi lagu.



Namun, penyanyi lagu Tanya Sama Itu Hud Hud ini belum merancang untuk mengeluarkan semua lagu yang telah digubah itu.



“Saya berkarya setiap hari dan ada sahaja idea untuk menggubah lagu tanpa mengira masa.



“Dalam masa terdekat ini, saya akan menghasilkan sebuah “single” baru nyanyian saya sendiri,” katanya yang turut akan menghasilkan lagu untuk Azlan The Typewriter.



Namun perkara itu masih dalam perancangan dan dijangka akan menghasilkan lagu yang mengikut cita rasa masa kini.



“Saya selesa dengan seni dan kombinasi sesuatu lagu itu bergantung kepada perkembangan semasa dan seseorang penyanyi itu.



“Biasanya, saya menghasilkan lagu mengikut rasa. Kadangkala ada juga lagu yang tidak sesuai dengan seseorang itu sehingga terlampau susah untuk orang lain nyanyikan,” katanya yang masih menerima tawaran lakonan.



Bagaimanapun, penyanyi lagu Kias Fansuri ini terpaksa selektif dengan tawaran tersebut bagi mendapatkan cerita yang bersesuaian.



“Saya sukakan skrip cerita yang mempunyai perwatakan menarik. Perkara itu juga menjadi faktor saya menerima tawaran berlakon iklan Kit Kat sebelum ini,” katanya yang kali terakhir berlakon sebagai penampilan khas dalam filem Magika.



pandang sisi: M.Nasir ,orang Melayu yang jiwanya merdeka. Anak Melayu kelahiran Singapura.Dengan sudah menggubah sebanyak 50,000 lagu,membuktikan dirinya merdeka. M.Nasir juga tidak berpolitik membabi buta!*****rakam lagu ******

Nabi pun dianggap pengkhianat.

MARANG : Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.



“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.



Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.



“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.



Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.



Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.



Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.



“Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar,” jelasnya.



Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.



“Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.



“Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai,” ujarnya lagi.

Rakyat mahu kerajaan baru-DS Anwar Ibrahim

Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.





Bagaimanapun, Anwar dalam wawancaranya di TV Selangor berkata Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di luar bandar yang masih di bawah pengaruh Umno-BN.





"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda kerajaan.





“Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.





Badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center pada Isnin lalu dalam laporannya mendedahkan bahawa kemerosotan tahap puas hati terhadap Najib itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat.





Ini kerana pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan kerajaan pimpinannya, baru-baru ini.





Menurut kajian Merdeka Center itu kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada Jun tahun lalu.





Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 turut mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.





Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh BERSIH 2.0.





“Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk S Ambiga (pengerusi BERSIH 2.0) memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong (menuntut) pilihan raya adil?" kata Anwar.



Beliau yang juga ketua umum PKR berkata sebarang perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh Najib sebagai sudah terlewat kerana presiden Umno itu telah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.



"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan pilihan raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an.“Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar lagi.

Monday, August 29, 2011

Mat Sabu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Kesiksan.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang dikatakan menghina pasukan polis baru-baru ini.



Katanya, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.



"Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Kita telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh.



"Ia telah menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara dan juga ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong," katanya kepada pemberita selepas melawat Kanopi Ops Sikap di Jalan Sungai Buloh menghala Kuala Selangor di sini Isnin.



"Saya rasa dia kurang buka buku sejarah atau bertanya pada mereka yang tahu mengenai sejarah tragedi itu. Dia patut pergi melawat kawasan itu dan tengok dengan mata dan kepalanya sendiri," katanya.



Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.





Ceramah 21 Ogos,Utusan menyiarkan pada 27 Ogos. Jelas utusan berniat jahat. Polis pula perihal Mat Sabu, cepat siasat sepantas kilat dan keluar kenyataan.



Dalam pada itu, Mohamad Sabu akan mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia kerana memfitnah beliau dan PAS.

Ucap Selamat Raya Dari Bukit Aman

Satu SMS mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.Dengan mohon maaf zahir dan batin.Anggota polis berpangkat ASP dari unit UTK itu juga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali -54.



Beliau yang kita kenal melalui PRK Bukit Gantang 2009,sudah tiga kali raya, ASP dari Unit UTK itu menghantar SMS.



Bagi kita hubungan silaturrahim perlu diteruskan.Walaupun kita tahu ,ASP itu bekerja untuk kerajaan BN.



Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Kemerdekaan. Dengan harapan anggota polis terus bersikap adi,telus dan akauntabiliti.

Mesej Raya Presiden PAS

Assalamualaikum. Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam, dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa dibulan ramadhan yang menjadi medah tarbiah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa. Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan, tetapi dapat membentuk jatidiri kita bagi melaksanakan taggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini.





Begitu juga dengan ibadah puasa yang telah kita laksanakan ini, dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah dengan mentaati Nya laksana malaikat yang taat, seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang.





Apabila berjaya ditarbiah di bulan ramadhan, dengan sendirinya kita akan menjunjung tinggi agama yang membezakan hak dan batil dan yang menjadi pertarungan dunia sejak dahulu hingga kini.





Selain itu, ibadah puasa juga melatih diri bertarung dengan hawa nafsu yang bukan sahaja untuk mengalahkan hawa nafsu tetapi juga melatih diri mengalahkan musuh-musuh Islam dan memberi kemenangan kepada Islam yang akan terlaksana keadilan di seluruh dunia yang dihuni oleh pelbagai manusia.





Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah, bukan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat. Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini, kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia. Selamat hari raya.

Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Selamat Hari Raya Aidilfitri,mudah-mudah Hari Raya Terakhir di bawah Kerajaan BN



Penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin.InsyaAllah dengan doa rakyat Kerajaan Baru dipimpin Pakatan Rakyat pada tahun 1433 hjirah nanti.

Sunday, August 28, 2011

Komunis: Utusan bohong, Mat Sabu akan saman:Utusan mungkin bankrap!

KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.





Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.





"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.





Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.





"Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya.





Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.





"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.





Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu.





Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong.





Rakaman video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam.





Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi.





Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang semalam.





Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.





Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.





Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.****perang korea-jepun********

Pudu Sentral -Perdana Menteri Malaysia jiwanya tidak merdeka.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Pudu Sentral sebagai nama baru Hentian Pudu Raya sejajar dengan permodenan dan naik taraf dilakukan terhadapnya oleh UDA Holdings Berhad.



Menurutnya, idea untuk menukarkan nama hentian tersebut tercetus apabila perkara itu dicadangkan oleh salah seorang pengikut twitter beliau.



"Pagi tadi iaitu pada waktu sahur saya telah melakukan twitting kepada mereka yang mengikut twitter saya. Apabila saya maklum akan melawat Hentian Pudu Raya saya mendapat cadangan daripada seorang yang twit kepada saya supaya nama Hentian Pudu Raya ini ditukar.



Najib Razak,jiwa yang dijajah. Jiwa seorang yang mengaku berjiwa Malaysia.Tetapi sebenar mengkhianat Bahasa Melayu,Bahasa Kebangsaan.Banyak nama bersifat kebangsaan boleh diberi.



Najib Razak hanya kerana satu twit ,mampu untuk memberi nama kepada sebuah Hentian Pudu Raya kepada nama baru berbau penjajah Pudu Sentral.Dahulu KL Sentral,Presint dan seumpamanya.Najib Razak seperti orang UMNO lain,buta sejarah dan buta hati.Jiwanya masih dijajah.



Pada 16 April lalu, Hentian Pudu Raya yang moden berjaya disiapkan dengan kos RM52 juta.****sikap orang Korea tentang bahasa*****

Zainal Ratin bekas Pengetua SMK Dr Burhanuddin ,Taiping dituduh murtad.

Seorang bekas pengetua sekolah membuat laporan polis hari ini berhubung satu laman blog yang mendakwa beliau antara kalangan individu yang 'murtad' kerana menukar agamanya kepada Kristian.





Zainal Ratin Zainal Abidin, 67, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di ibunegara dengan ditemani anaknya, Zainal Azam, kira-kira jam 2 petang.





Beliau berkata perkara itu disedari oleh seorang anaknya yang ketika melayari Internet malam tadi menemui senarai 430 nama individu beragama Islam yang telah bertukar kepada agama lain, antaranya Kristian, Hindu dan Buddha.





"Nama saya ada dalam senarai itu. Ini merupakan satu fitnah yang bagi saya amat besar kerana ia membabitkan diri, akidah dan maruah keluarga saya," katanya kepada pemberita.





Zainal Ratin meminta pihak yang bertanggungjawab, termasuk polis, membuat siasatan terperinci kerana ia melibatkan bilangan umat Islam yang ramai.*****layari lebih*******



- Bernama

Tahniah Mat Sabu yang berjaya membuka mata UMNO yang buta sejarah dan buta hati.

Sejarah perlu ditulis kembali. Perjuangan kemerdekaan bukan milik UMNO sahaja.Dari zaman penjajahan Portugis ,rakyat sudah bangkit menentang penjajah.



Walaupun zaman penjajahan Inggeris ,terdapat segelintir orang Melayu bersekongkol dengan Inggeris.Masih terdapat penduduk yang berani menongkah arus menentang Inggeris.



Syabas dan tahniah Hj Mat Sabu yang berjaya membuka mata hati UMNO. Banyak sangat sejarah cuba ditutup oleh UMNO.Sejarah perjuangan Ibrahim Libya juga ditutup.Assyahid dituduh penderhaka.Banyak lagi yang cuba ditutup.



Sejarah kewarganegaraan secara "percuma" melalui "jos soli" juga ditutup. Sejarah perlu dibetulkan kembali jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.*** *** history buta sejarah********

Saturday, August 27, 2011

Terima kasih rakyat meringankan kehidupan rakyat.

Kemuncak majlis penyampaian sumbangan oleh DS Nizar. Turut kelihatan Puan Amizan Baharuddin Ketua Dewan Muslimat ,Hj Zainuddin Hamzah,Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Bukit Gantang. Majlis di sini melibatkan DUN Changkat Jering dan Kuala Sapetang. Sejumlah 240 orang penerima sumbangan,Oku,ibu tunggal,anak yatim dan orang miskin.

Untuk DUN Trong sejumlah 105 orang penerima sumbangan.

Orang hilang keupayaan turut menerima sumbangan DS Nizar dan Pas Bukit Gantang.

Seorang wanita miskin menerima sumbangan DS Nizar.

Encik Li menerima sumbangan DS Nizar di Kampung Nibung.Singgah pemimpin.



PAS Bukit Gantang melalui Lajnah Kebajikan bersama dengan Pusat Khidmat AP DS Nizar berjaya mengumpul hampir 40 ribu ringgit sepanjang bulan Ramadhan ini.Para dermawan daripada penduduk biasa sehingga mereka yang berada telah membantu meringan kehidupan penduduk.Hampir 540 orang penduduk berjaya dibantu .



Terima kasih rakyat membantu meringan kehidupan rakyat.Terima kasih kepada para dermawan.

Dengan ziarah mereka,mudahan-mudahan dosa kita terampun-Nizar

Serorang warga emas,di Masjid Termelok,Trong ditanya khabar oleh DS Nizar.



Sdr Bidin ,kakinyanya kena mata pisau semasa mengait kelapa sawit.Kelihatan DS Nizar menggunakan kepakaran shifa' untuk mendoakan kesembuhan kaki Bidin,di Kg Nibung,Trong.Melihat kaki warga emas yang baru pulih. 8 tahun untuk pulih akibat kaki
tercucuk besi.



Jumaat terakhir pada 26 Ramadhan lalu penulis mengikuti DS Nizar menyantuni penduduk DUN Trong. Penulis juga mengharapkan dosa-dosa kita terampun dengan mengikuti DS Nizar.

Selebriti Man Kidal,Azharina,Firdaus,Farawahida dan Nubhan dikantoi wartawan jadi-jadian.

SHAH ALAM – Pemuda didakwa menyamar sebagai pemberita akhbar Sinar Harian dengan memperdayakan beberapa selebriti, dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam.





Amar Izzudin Abdul Majid, 22, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu Sinar Karangkraf Sdn Bhd dengan menyamar sebagai wartawan akhbar :Sinar Harian.





Dia dilihat selamba, ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Hafizah Abd Rajak.





Pertuduhan menyebut, “Bahawa kamu pada 9 Ogos 2011, lebih kurang 3.30 petang di Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Lot 2, Jalan Sepana, 15/ 3 Off Persiaran Selangor, Seksyen 15 dalam Daerah Petaling, dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah menipu Sinar Karangkraf Sdn Bhd dengan lakukan penyamaran sebagai wartawan akhbar :Sinar Harian:. Dengan itu, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama”.





“Saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya.





Jika sabit kesalahan, pemuda yang tidak lekang daripada senyum itu, boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.





Peguamnya, Datuk Mohd Taqiyuddin Yahya, memohon ikat jamin RM5,000 ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya, R Hemavthi dikurangkan kerana penjamin Amar hanya berkemampuan menyediakan RM2,500.





“Jaminan itu dianggap tinggi kerana bapa tertuduh hanya bekerja sendiri dan memerlukan wang perbelanjaan memandangkan hendak menyambut Aildilfitri beberapa hari lagi.





“Selain tertuduh tinggal bersama keluarga di Kajang, bapanya juga menanggung perbelanjaan dua lagi anaknya masing-masing sedang belajar di kolej dan sekolah menengah,” kata Mohd Taqiyuddin.





Akhbar ini, pada 10 Ogos lalu, secara eksklusif mendedahkan penyamaran seorang lelaki dikenali Amar @ Jihan yang berjaya dibongkar setelah dia ditahan polis di restoran Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur ketika sedang mengadakan sesi fotografi palsu melibatkan sekumpulan artis, konon untuk terbitan khas Sinar Harian sempena Aildilfitri.





Antara artis yang hadir ketika sesi fotografi palsu itu, ialah Man Kidal, Azharina, Firdaus, Farawahida dan Nubhan.





Ketua Meja Hiburan akhbar :Sinar Harian,: Arney Syema Anua menerima maklumat berhubung seorang suspek dipercayai menyamar sebagai wartawan dan membuat laporan polis pada 8 Ogos 2011.





Bertindak daripada laporan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menjalankan risikan dan menjejak suspek hingga tertangkap pada 9 Ogos lalu.





Ketika dibawa ke mahkamah semalam, Amar diiringi pegawai penyiasat kes, Sarjan Kahar Ngah, bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Shah Alam, Asisten Superintendan Sarjuni Maksud.



Amar tiba di mahkamah jam 8.30 pagi bersama peguamnya bagi menghadapi pertuduhan itu.



Mahkamah membenarkan dia diikat jamin, RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 27 September depan untuk dokumentasi kes.

Malaysia iktiraf kerajaan demontrasi dan kerajaan pemberontak Libya.

Malaysia baru.Najib melalui Menteri Luar DS Anifah Aman kini mengiktiraf kerajaan Libya yang diketuai kumpulan yang dianggap pemberontak oleh Muaamar Ghadafi.Najib menyedari demontrasi rakyat Lybia menjatuhkan kerajaan zalim ,satu hak asasi manusia.Malaysia mencatit sejarah baru mengiktiraf sebuah kerajaan melalui penentangan rakyat.



KUALA LUMPUR 27 Ogos - Malaysia mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebagai kerajaan sementara Libya yang sah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.



Beliau berkata, Kuala Lumpur berharap NTC, yang disokong oleh rakyat Libya, akan mengurus pentadbiran sementara negara itu ke arah perpaduan nasional, perdamaian dan pembangunan semula yang membawa keamanan dan kestabilan berkekalan kepada Libya dan rakyatnya.



NTC dipengerusikan oleh Mustafa Abdul Jalil dan Mahmoud Jibril serta anggota lain yang dilantik.



"Malaysia menyertai gesaan antarabangsa mendesak tentera Muammar Gaddafi supaya menyerah kepada pilihan majoriti rakyat Libya,” kata Anifah dalam kenyataan di sini.



Katanya tindakan itu bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah di kalangan rakyat tempatan dan mencegah negara utara Afrika itu daripada terjebak ke kancah krisis kemanusiaan yang dahysat. - Bernama

Friday, August 26, 2011

Malaysia tangga kedua pemerdagangan manusia.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia di tangga kedua.



“Laporan ini menunjukkan bahawa isu pemerdagangan manusia di Malaysia berada di paras yang bahaya dan sesuatu tindakan perlu dibuat bagi membanteras gejala pemerdagangan manusia,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.



Katanya, lambakan pekerja asing yang menjadi punca pemerdagangan manusia di negara ini adalah isu besar yang perlu ditangani oleh kerajaan.



DPPM, ujarnya mempersoalkan mengapakah pekerja negara asing boleh masuk secara mudah di negara ini walaupun pelbagai operasi penangkapan dan pembanterasan dijalankan.



“Mengapakah begitu longgarnya kawalan keselamatan di sempadan negara ataupun adakah kerana adanya rasuah yang membenarkan pekerja asing dibawa masuk secara mudah?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.



Menurutnya, DPPM bimbang dengan lambakan pekerja asing menyebabkan jenayah dan gejala sosial turut berleluasa.



Beliau berkata, jenayah seperti pecah rumah, rompak, mencuri, rogol dan ragut naik mendadak dengan ramainya warga asing di negara ini.



Katanya, kebanyakan golongan wanita tempatan merasa cemas serta tidak selamat untuk keluar rumah ekoran pelbagai jenayah yang terdedah terhadap mereka.



Lebih dari itu, ujarnya kebanyakan warga asing turut mendominasi sesuatu penempatan.



Katanya, warga tempatan kebanyakannya mengeluh kerana kawasan mereka dikuasai oleh warga asing termasuk premis-premis perniagaan yang dibolot oleh warga asing.



Tambahnya, DPPM menggesa kerajaan dan pasukan keselamatan agar mengetatkan keselamatan di sempadan serta kerap melakukan serbuan ke premis dan kawasan perladangan serta pembinaan.



Menurutnya, majikan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam mengambil pekerja asing di tempat mereka perlu diambil tindakan.



Katanya, tindakan keras perlu diambil terhadap mana-mana premis hiburan yang menjalankan pemerdagangan manusia seperti menjadikan warga asing perempuan sebagai pelacur.



Seharusnya, kata beliau pusat-pusat hiburan tidak lagi dibenarkan beroperasi memandangkan kesan buruk kepada masyarakat lebih banyak daripada kesan baik.



Selain itu, katanya kerajaan perlu menghadkan kuota warga asing di negara ini.



“Setiap identiti warga asing perlu dikenalpasti dan diketahui lokasi mereka. Selepas tamat kontrak, warga asing ini perlu dihantar pulang,” katanya.



Tambahnya, apa yang berlaku, selepas tamat sesuatu kontrak pekerja ini bebas mencari pekerjaan lain sehingga mampu bermastautin di negara ini bertahun lamanya.



Akhir sekali, kata beliau DPPM juga mengharapkan kerajaan agar menangani jenayah pemerdagangan kanak-kanak di negara ini.



“Ia merupakan suatu perkara serius memandangkan di kebanyakan tempat, kanak-kanak dijadikan alat untuk meminta sedekah.



“Sindiket pemerdagangan kanak-kanak perlu diburu dan diperangi habis-habisan kerana ia suatu jenayah kejam dan tidak boleh dimaafkan,” katanya lagi.

UMNO-DS Nizar perlu dikalahkan.

UMNO semakin kusut fikiran. Sekejap DS Nizar bertanding di DUN Pasir Panjang.Sekejap di DUN Changkat Jering.



UMNO Bukit Gantang dikhabarkan akan meletakkan calon "gergasi",jika DS Nizar bertanding di Changkat Jering.



Bagi UMNO DS Nizar jangan diberi peluang untuk menang.Tugas mereka dikatakan berjaya,setakat ini kerana kononnya membawa masuk pengundi baru di DUN Pasir Panjang sebanyak 5000 orang.





Sebagai pengerusi PR ,Nizar boleh bertanding di mana-mana. DAP didakwa telah menawarkan kerusi selamat untuk DS Nizar.DAP masih menamakan DS Nizar bakal MB Perak pada PRU 13.



Kelmarin apabila kita mengikuti DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang .DS Nizar memberitahu ,beliau boleh diletakkan di mana-mana DUN.****road map UMNO*****

Parti yang melahir Adun Pengkhianat perlu diganti.

Kita amat bersetuju dengan pandangan Parti yang melahirkan Adun Pengkhianat perlu diganti dengan parti lain.



Jika kita masih menerima parti itu bertanding di Dun yang dikhianati,pengundi akan marah.Pengundi mahu parti itu dihukum.Jika tidak dihukum,khianat atau tidak sama sahaja bagi pengundi. Dosa nya amat besar runtuhnya sebuah kerajaan.Jika PAS mempunyai wakil khianat,PAS juga mesti tidak dibenarkan bertanding di kerusi yang dikhianati. Pakatan Rakyat mesti memenuhi hasrat pengundi.



Jika PR tidak menjadikan DUN Changkat Jering ,untuk memulakan perubahan .Tunggulah pengundi akan huku PR di sini.

Thursday, August 25, 2011

Daripada layan UMNO:Hari ini Jumaat Ramadhan terakhir bersama DS Nizar.

Pada hari ini penulis akan mengikuti DS Nizar ,,Ahli Parlimen Bukit Gantang, program bertemu penduduk Bukit Gantang dan majlis menyampaikan sumbangan hari raya daripada Pusat Khidmat dan Pas Kawasan Bukit Gantang.



Hari ini penulis hendak rebut Jumaat terakhir bulan Ramadhan tahun ini bersama DS Nizar.InsyaAllah DS Nizar akan bersolat Jumaat di Masjid Temerlok,Trong.Pada 3 petang majlis menyampaikan sumbangan di Markaz Pas Sungai Tinggi.



Pada pukul 5.30 petang Majlis Sumbangan di Musala Bt 8,Jln Changkat Jering-Trong.DS Nizar akan berbuka puasa di Musala Bt 8.



Sementara itu DS Nizar akan bersama di Program Munajat Perdana,di Markaz Negeri,Air Kuning,Taiping.

Anwar berjaya menjerat musuhnya-Hanipa Maidin.

oleh Hanipa Maidin



Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.







Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak. Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil . Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.





Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?





Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.





Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.





Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.





Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.





Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.





Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.





Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.





Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.





Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.

.



Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).





Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan .



.

Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.





Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .





Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar !

YB Dr Che Rosli Che Mat yang tidak menghayati ucapan penggulungan Haji Hadi di Muktamar Pas.

Semasa Muktamar Pas di Taman Melewar ,Dr Che Rosli dipuji oleh TG Presiden. Wakil dari Pahang yang berbahas DALAM ISU LYNAS diminta merujuk pakar nuklear ini.



TG Hj Hadi menyatakan kita ada Pakar Nuklear.YB Dr Che Rosli.Tapi sikap beliau mutakhir ini merugikan PAS.



Kenyataannya di TV 3, membuat penyokong projek Lynas di Pahang senyum sampai ke telinga.



Wajar PAS memanggil Dr Nuklear ini,agar mengetahui seni politik.



Berita di bawah menggambarkan sikap PAS terhadap isu LYNAS.



KUALA LUMPUR, 25 Ogos:
PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.





Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.





Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.





Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.





Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.





"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.





Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas.





Selain itu, Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya.





Kenyataan Dr Che Rusli itu amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas.





Menurut Tuan Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat tetap menolak projek nuklear Lynas di Gebeng, Kuantan kerana memikirkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh penduduk negara ini terutama penduduk di kawasan itu.





Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, katanya, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik Lynas di Gebeng Kuantan.





"Selain itu, risiko yang tinggi juga akan dialami ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya," katanya.





Menyedari hakikat itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas.





"Malah berdasarkan kenyataan penduduk di kawasan itu, sekiranya Dr Che Rosli yang bersetuju dengan projek itu, jangan sekali-kali dibina di kawasan mereka, tetapi bawalah projek nuklear Lynas itu ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri.





"Kenyataan penduduk di kawasan Gebeng itu perlu difahami dengan jelas oleh Dr Che Rosli. Mereka menentangnya bukan kerana tidak memahami kepentingan nuklear, tetapi tidak yakin dengan pengawalan dan pemprosesannya.





"PAS dan Pakatan Rakyat amat faham perkara itu dan ia juga amat perlu difahami oleh pelbagai pihak. Itulah sebabnya PAS bersama-sama penduduk di kawasan itu konsisten menentangnya sejak dulu," ujar beliau.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Merdeka DS Anwar Ibrahim.

Keluarga bahagia DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah.Hebatnya anak-anak DS Anwar yang mampu menghadapi fitnah.Bukan senang bagi kita menjadi seperti mereka ,jika kita menghadapi situasi fitnah "liwat satu "dan liwat dua.Anak-anak Anwar Ibrahim sudah diuji dan sedang diuji.



InsyAllah DS Anwar dan kaum keluarga terus diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi musuh politik.



Dr Seah Lay Hong jika di Australia sudah tentu dibuang kerja,

KUALA LUMPUR 25 OGOS: Adalah mustahil sperma yang banyak dapat dikesan selepas terdedah lebih daripada lapan jam menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald.





Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim hari in berkata jumlah sperma akan merosot selepas dibiarkan terdedah.





Justeru pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan.





"Sekiranya sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram.





"Benar. Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian.





Pada sebelah pagi, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).





Perkara yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.





Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.





Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti.





Sankara yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah melebihi 90 jam.





"90 jam masih kata ada banyak. (Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat. Ianya mungkin tiada sperma langsung. Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya.


Sesi perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang mengandungi DNA.





Botol-botol itu dilabel dengan tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama.




Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian.





Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label.



Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia.





Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu.
****Dr makan snek*******



Wednesday, August 24, 2011

Tiga-empat jam juga Azmil Mustafa bagi keterangan polis.

Ujian untuk Azmil Mustafa.Sama ada polis yang didakwah atau polis yang mendakyah!Selamat berjuang pegawai penyiasat dan Azmil Mustafa .

PETALING JAYA: Bekas pelakon popular yang kini bertukar menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa, pada Rabu tampil memberi keterangan kepada pihak polis selepas didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah yang diadakannya di sebuah masjid di Subang baru-baru ini.



"Semuanya sudah selesai. Saya sudah beri keterangan seperti yang diminta. Tiga, empat jam juga saya di sana.



"Sekarang ini kita cuma tunggu keputusan polis sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online.



Azmil berkata, dia telah ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling pagi ini setelah dihubungi pihak polis untuk memberi keterangan berhubung ceramahnya di Masjid An Nur, Kampung melayu Subang, minggu lalu.



Pihak polis telah menghubungi Azmil pada Isnin selepas Bilal Masjid An Nur, Mohd Sani Nasib membuat laporan polis terhadap Azmil berhubung kandungan ceramahnya itu yang dikatakan menghina orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan juga sistem pemerintahan sekarang.



Dia bagaimanapun tidak dapat hadir memberi keterangan pada hari tersebut kerana berada di Kedah.



Bagaimanapun, bekas pelakon filem "Ali Setan" itu berkata, beliau akan terus menyampaikan ceramah di masjid-masjid sekiranya dijemput.



"Setiap malam saya dijemput memberi ceramah dan saya akan terus memberi ceramah di masjid-masjid seperti biasa," katanya.***untuk dakyah & dakwah*****

DS Nizar calon PAS di Dun Changkat Jering-YDP.

YDP PAS Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar memberi penegasan PAS akan bertanding di Dun Changkat Jering.PAS Bukit Gantang meletakkan DS Nizar sebagai calonnya.

Pimpinan Jentera Pilihanraya Pas Bukit Gantang sedang menerima arahan dan tugas daripada Ustaz Nordin Jaafar.Pimpinan jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang bersedia mengikut dan memikul amanah ,seperti mana yang diarahkan PAS Bukit Gantang.



Gambar X-RAY botol masuk bontot!

Sekadar renungan .Bayangkan politik UMNO.54 tahun merdeka,tapi rakyat cuba dibodohkan.Pada kali ini kita kena merdeka. Nyahkan UMNO dari politik Malaysia.*****foto lebih jelas*****



Tuesday, August 23, 2011

Ustaz Azli Musa kasi lawan sama Fauzi Muda,dia bikin malu sama PAS.

IPOH 23 Ogos - Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000.



Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam kelmarin, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar semalam.



Katanya, dalam perbincangan itu, beliau ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.



"Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.



"Saya juga diminta mengaku bahawa segala tindakan itu adalah atas bayaran atau agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.



Mengenai tuntutan saman oleh Nor Azli, Fauzi menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu dalam tempoh seminggu seperti dituntut.



"Yang kedua, tiada sebab untuk saya bayar RM250,000 kepada mereka dan ketiga, saya mohon dengan segala hormat kepada Nor Azli supaya segera kemukakan saman supaya saya boleh membuat banyak lagi pendedahan di mahkamah," katanya.



Fauzi yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut mencabar Nor Azli menafikan secara terbuka bahawa beliau bukan salah seorang 'jutawan segera' dan mengisytiharkan asetnya semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak.



"Saya sudah serah kepada SPRM senarai individu yang disyaki memiliki kemewahan segera semasa pemerintahan pakatan pembangkang. Nor Azli pun sudah tahu dia salah seorang daripadanya," katanya.



Beliau turut sedih kerana terpaksa berhadapan tindakan saman daripada individu yang mengaibkan Harussani.



"Sepatutnya Nor Azli layak disaman oleh Mufti Perak kerana menggelar Harussani dengan panggilan 'Syaitan bercakap' dan 'Haramsani'. Namun, saya terima hakikat ini kerana ia untuk kebenaran dan maruah seorang yang patut kita hormati," katanya.



Fauzi disaman fitnah kerana kenyataannya semasa membela Harussani di Utusan Malaysia pada 7 Jun lalu apabila mendakwa Nor Azli antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi 'jutawan segera' semasa tempoh 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak sehingga mampu membeli rumah berharga RM500,000.



Pandang sisi:Ustaz Azli Musa kena lawan cepat Fauzi Muda ini. Dia sudah bikin kacau.Bersihkan nama baik.Berani kerana benar.Mereka sengaja cipta isu,untuk menganggu jentera parti di Parlimen Bukit Gantang."Lawan tetap lawan'.***makan kawan****

Kekuatan tentera dan polis tidak dapat menghalang kehendak rakyat-Prof Zainal Kling.

Tahniah Profesor Datuk Dr Zainal Kling,tidak menjadi profesor kangkung.Berkata benar walapun pahit.Pada kali ini Prof Zainal bijak mengeluar hujah.Hujah boleh diterima pakai.

PETALING JAYA: Parti pemerintah dinasihatkan supaya mengambil iktibar daripada kejatuhan pemerintahan Muammar Gaddafi agar peristiwa serupa tidak berlaku di negara ini.



Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, fenomena yang melanda negara Timur Tengah itu sepatutnya membuka mata pemerintah bahawa rakyat kini menuntut sistem demokrasi dalam pentabdiran sebuah negara.



Sehubungan itu, beliau memberitahu parti pemerintah haruslah bersedia mengadakan pilihan raya dan membiarkan rakyat menentukan pemimpin yang mereka inginkan untuk mentadbir negara.



"Pemerintah tidak boleh mengukuhkan undang-undang sendiri kerana rakyat sudah menentukan keinginan mereka... malah kekuatan tentera dan polis juga tidak dapat menghalang kehendak rakyat," katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.



Menurut Zainal, rakyat pada zaman sekarang sudah dapat berfikir secara rasional dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan di negara ini.



Bagaimanapun, beliau percaya pemberontakan sedemikian tidak mungkin akan berlaku di Malaysia kerana pada kebiasaannya sistem demokrasi berparlimen telah diamalkan sejak sekian lama.



"Tempoh untuk mengadakan pilihan raya masih ada sehingga April 2013... jadi saya rasa rakyat tidak akan memberontak," katanya.



Pada Isnin, rejim Gaddafi yang sinonim dengan pemerintahan kuku besi akhirnya tumbang selepas lebih enam bulan krisis berlaku di Libya.



Sekumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli tetapi nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya.



Mengulas mengenai insiden itu, Zainal berkata, masyarakat di Libya melakukan pemberontakan secara besar-besaran kerana ingin menghapuskan rejim autokratik yang diamalkan Gaddafi selama 42 tahun dan menegakkan sistem demokrasi.



"Peristiwa itu ibarat gerakan pembebasan terhadap kongkongan oleh pemerintah yang pada asalnya menghapuskan pemerintahan beraja. Gaddafi bertindak sebagai raja untuk memerintah negara itu dan menurunkan kuasa kepada anak-anaknya," ujarnya yang juga ahli akademik.



Susulan kekacauan yang menimpa negara pengeluar minyak terbesar dunia itu, beliau berkata harga minyak di pasaran dunia dijangka naik.



"Pengeluaran minyak akan tergendala akibat kekacauan itu tetapi jika pengambilalihan kuasa berjalan lancar, situasi tersebut mungkin mempengaruhi keadaan harga minyak di pasaran dunia," tambahnya****cuba yang ini******

Sambutan Hangat DS Nizar bertanding di Dun Changkat Jering.



Penduduk khususnya menyambut baik DS Nizar bertanding Dun Changkat Jering.Pengundi Cina,India dan orang Melayu berasa lapang dada kerana DS Nizar mahu bersama rakyat di DUN Changkat Jering.



Ucapan tahniah dan takbir bermain di bibir pengundi. Mereka kini menanti dengan penuh sabar.

***seronok****





UMNO tetap musang,sekalipun berbulu ayam.



Negara kita didedahkan dengan pelbagai budaya.Namun selama 54 tahun merdeka ini.Banyak budaya buruk yang ditaburkan.Dunia hedonisme telah didedahkan sejak penduduk Malaysia kecil lagi.



Jelas sekali hiburan tanpa batas dibiarkan oleh kerajaan.Setiap rumah dimomokkan dengan program hiburan yang melalaikan.



Kelab-kelab malam,pusat judi, dan penganjuran konsert barat.Semuanya dibuat oleh kerajaan BN.



UMNO mana ada niat untuk mendidik rakyat.Contohnya agensi seperti Kemas,mempunyai pra sekolah tetapi yang lebih dititikberatkan menari dan menyanyi.Apabila besar budak-budak boleh menjadi artis.



Mutakhir ini UMNO sibuk,anti judi di Pulau Pinang.Anti murtad di Selangor.Anti hiburan di Kedah.Anti Cina di Perak.



Tapi rakyat semakin matang"wayang pacak" Umno sudah tidak laku.



Bukankah UMNO menyumbangkan ke arah keruntuhan aqidah?Buat kata wartawan harakah Zulkifli Yahya UMNO tetap musang,sekalipun berbulu ayam.







Nasib anggota polis Koperal Jenain diketahui 15 September ini.



SHAH ALAM, 23 Ogos — Mahkamah Sesyen menetapkan 15 September ini untuk membuat keputusan membabitkan Koperal Jenain Subi yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, April tahun lalu.



Sekilas pandang:Payah jika masyarakat melihat pekerjaan sebagai anggota polis ,satu perjawatan yang penuh rasuah.Buruk sangka dan prejudis kepada jabatan polis sudah lumrah.



Polis dipandang buruk kerana Kerajaan BN tidak menjaga polis. Mereka menggunakan polis untuk urus tadbir negara. Masih ingatkah kita Rahim Noor memukul DS Anwar Ibrahim.***makan & dimakan*****

Majlis Presiden Pakatan Rakyat mesti letak DS Nizar di DUN Changkat Jering

Terdapat beberapa kerusi DUN atau Parlimen yang perlu diselesaikan oleh Majlis Presiden PR.Salah satunya DUN Changkat Jering.



Dengan DS Nizar sebagai calon PAS di Dun Changkat Jering,Majlis Pimpinan perlu bersikap telus dan akauntabiliti .Jadi DS Nizar perlu diletakkan sebagai calon PR di Changkat Jering.



Tumbangnya kerajaan PR Perak kerana terdapatnya Adun Pengkhianat dari PKR.Untuk mengubati hati dan perasaan pengundi Changkat Jering,DS Nizar perlu diletakkan sebagai calon dalam PRU 13.Jelas melalui Pusat Khidmatnya DS Nizar berperanan besar dalam menentukan kemenangan PR di Perak.



Menolak DS Nizar bertanding di Changkat Jering ,satu malapetaka bagi PR.UMNO akan memainkan isu Nizar kini tidak lagi menjadi Ketua yang berpengaruh.



Di sini juga kita akan melihat siapa yang sebenarnya tidak mahu Nizar menjadi pemimpin PR Perak bertaraf nasional. ****makan dan dimakan****

Monday, August 22, 2011

Mungkinkah Menteri Besar Perak dari DUN Changkat Jering selepas PRU 13



Posting penulis berkaitan DS Nizar akan bertanding di DUN Changkat Jering menarik minat bukan sahaja Ahli Pas tetapi penduduk Changkat Jering.



Mereka mengharapkan DS Nizar bertanding.Penduduk khususnya pengundi hauskan layanan dan santunan wakil rakyat.Wakil rakyat pengkhianat tidak boleh diberi ruang lagi.



Dengan DS Nizar bertanding di DUN Changkat Jering , mereka bagai orang mengantuk disorong bantal .Kewibawaan DS Nizar sudah terbukti.Beliau pula Pengerusi Pakatan Rakyat Perak,pemimpin yang dikenali bukan sahaja di Malaysia ,malahan dunia.



Semuanya mendoakan DS Nizar akan menang di DUN Changkat Jering.Semuanya berjanji akan bekerja keras dan bertungkus lumus untuk DS Nizar menang majoriti yang besar.

Jaga-jaga UMNO Selangor ,Mustafa Ali bercakap dari Mekah.

Cikgu Pa ,Setiausaha Agung PAS kini berada di Tanah Suci Mekah AlMukaramah sedang mengerjakan UMRAH.



Beliau tetap mempertahankan dakwaan terdapat konspirasi UMNO dalam pemeriksaan Jais ke atas gereja di Petaling Jaya.



Jaga-jaga UMNO Selangor,Mustafa Ali bercakap dari Mekah. Bulan pula bulan Ramadhan.Cikgu Pa mungkin sudah mengadu kepada Allah s.w.t .



Dato' Mustafa Ali mungkin sudah memanjat doa ke hadrat Allah s.w.t supaya tembelang UMNO itu akhirnya pecah dan rakyat tahu siapa UMNO sebenarnya dalam isu murtad ini.



Marilah kita baca ulasan Cikgu Pa melalui portal The Malaysian Insider.





KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Kekal dengan pendirian mempunyai bukti mengaitkan Umno dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu parti Melayu terbesar itu di mahkamah.



Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mustafa yang kini berada di luar negara berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini.



Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu.



“Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (Umno Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah,” jawabnya.



Mustafa (gambar) juga secara tegas berkata akan mengemukakan bukti itu ke mahkamah.



“Saya akan kemukakan bukti ke mahkamah jika dibawa ke mahkamah,” katanya ringkas.



Hari ini, Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.



Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.



Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.



Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.



Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin pada satu pertemuan yang dijadual untuk diadakan minggu lalu.



Tetapi ia ditangguhkan buat sementara waktu sehingga siasatan Jais selesai.



Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.



Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Khalwat dan pendedahan,tunggukan aksi Raja Azmi ,Rabu ini.

PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman akan mengadakan sidang media khas untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku berhubung tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim.



Ia akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu ini, pukul 4.30 petang.



“Saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan tentang tuduhan khalwat melibatkan saya dan Roslin. Segala-galanya akan didedahkan pada hari itu. Buat masa ini saya tidak mahu memberi komen lanjut,” katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.



Raja Azmi enggan mendedahkan butiran kesnya itu sehinggalah pada majlis berkenaan.



Difahamkan sidang media itu dibuat selepas tiada pendakwaan terhadapnya oleh pihak Jabatan Agama islam Wilayah (Jawi) yang sudah beberapa kali tertangguh.



Selain itu, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek ini juga akan mengadakan majlis doa selamat dan berbuka puasa sebagai tanda syukur terhadap kesnya itu.



Kata Raja Azmi dia akan mendedahkan segala tuduhan yang dilakukan oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman yang membuat laporan kononnya mereka berkhalwat.



“Saya akan tunjukkan segala bukti dalam sidang media itu nanti untuk membersihkan nama saya yang sudah tercemar,” katanya.



Sebelum ini Raja Azmi, Roslin dan Jailani dipanggil memberi keterangan di hadapan pegawai penyiasat Jawi berhubung laporan kesalahan berkhalwat tanpa tangkapan mengikut Seksyen 58 sub seksyen 1 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560).



Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira jam 8.30 malam.



Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.



Dakwaan khalwat itu juga dinyatakan oleh Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada 18 Ogos 2010.mstar.

nota:Lepas ini bolehlah buat filem bertajuk:Khalwat,dedah dan anu......