Saturday, April 30, 2011

Pemuda Nadi Rakyat-ayuh PRU 13

Ketua Pemuda Ustaz Zawawi Hasan sedang mengundi.
Pengerusi Tetap Khalilul Rahman sedang memilih pemuda untuk menggempur UMNO.
Pemuda Batu Gajah sedang memasukkan kertas undi,

Salman Salleh bertanding Ketua Pemuda sedang memasukkan kertas undi.
Salman Salleh harapan pemuda.
Safarizal Salleh calon Naib Ketua Pemuda.
Dua YDP ,Kawasan Tapah dan Kawasan Bukit Gantang
Tuan Haji Mohamad Sabu ,sedang di wawancara oleh wartawan Free Malaysia Today.

Demokrasi PAS: Abang tanding Ketua adik tanding Naib Ketua.

Dewan Pemuda PAS Perak akan bermesyuarat esok,1 Mei.Tuan Haji Mohamad Sabu dijangka merasmikan mesyuarat tersebut.Muktamar pemuda akan berlangsung di Markaz Tarbiyah Negeri,Air Kuning Taiping.

Menarik sekali dua beradik bertanding dua jawatan tertinggi Dewan Pemuda Perak 2011-2013.Salman Salleh ,Naib Ketua akan menentang Ustaz Zawawi Hasan,Ketua Dewan Pemuda 2009-2011.

Sementara itu,adik beliau yang juga Penolong Setiausaha ,Safarizal Salleh akan merebut jawatan Naib Ketua menentang calon baru Khairy Jamaludin.

Untuk jawatan Timbalan Ketua ,Sdr Raja Ahmad menang tanpa bertanding.


Fitnah dan sumpah laknat,durian Bukit Gantang tak menjadi..


Musim durian pada kali ini tidak merata.Bukan semua kampung sekitar Bukit Gantang ada buah durian.

Dalam satu kampung pun ,tidak semua pokok berbuah.Musim kali ini tidak semeriah dulu.Dahulu buah durian pemberian teman-teman tidak pernah putus. Masing-masing panggil ke kebun atau rumah untuk menikmati kelazatan Durian Bukit Gantang.

Tapi sejak Timbalan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang ,Kamarullail Sulaiman sewa bilik untuk siar video lucah.Kemudian dia juga subahat sama dengan Eskay dan Rahim buat fitnah ke atas DS Anwar,durian Bukit Gantang juga seakan merajuk.

Musim durian pada kali ini bukan seperti musim-musim sebelum ini,buah menjadi semua tempat berbuah.Jika dulu dari Batu Hampar,Trong, Kepala Bukit,Changkat Ibol,Kg Pauh,Jelutong,Sg Petai,Cheh ,Air Kuning dan Bt 8 Bendang Siam semua berbuah.Kini video lucah punya pasal,buah durian merajuk dan tak menjadi.

Seorang Pak Cik beritahu,sumpah laknat tak kena pada Eskay,tetapi kena kepada rakyat."Salah satunya harga barang naik,duit tak cukup" kata Pak Cik itu.

Friday, April 29, 2011

Ustaz Nordin Jaafar ,ziarah orang sakit satu keperluan.


Ustaz Nordin tersenyum ,apabila diberitahu kita akan buat berita Ustaz Nordin ziarah Ahmad Nizam Abdullah yang kemalangan jalanraya. Nizam masih berada di Hospital Columbia Taiping.
Di sisi beliau Mujahid Nordin ,menghidap penyakit talasemia,baru selesai tukar darah di Hospital Taiping


Taiping:-
YDP Pas Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar ,pemimpin yang memahami orang lain yang sakit.Justeru itu ziarah orang sakit satu kemestian ,bagi beliau.

Anak beliau Mujahid Mohd Nordin, 10 tahun menghidap talasemia.Darah perlu diganti pada setiap minggu.Jadi beliau tahu mereka yang sakit perlu diberi sokongan dan perhatian.

Awie takkan nak hidup tongkat langit.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhM8x-C5JB9l03xPvC5ziyTrPUcMOHxi8B4aNU360addCG17FJfcmkWn9FbqDOXmnUnVqbELtjhFjbcPS7Jt30tOENCaP5rNjIIxZotNP-15cfMCAOpSa4xBSUIP40y05GCsadH4qeN6ww/s1600/bob_awie.jpg

Cerita Awie hentam Bob Lokman menyebabkan penduduk Bukit Gantang tidak sabar untuk mendengar ceramah Bob Lokman.

Harian Metro keluaran hari ini membantu Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang untuk menarik masyarakat mendengar ceramah Bob Lokman pada 12 Mei ini.

Bob Lokman dijangka bersama Nik Abduh akan berceramah di Taman Damai Simpang,Taiping bermula 9.00 malam.

Dunia artis jika ikut otak UMNO,jadilah seperti Awie.Artis seperti Awie tidak mahu menjadikan muzik dan seni itu satu ibadah.Awie dan artis senasib dengan dia lebih suka melalaikan muda-mudi dengan alam fantasi bukannya alam realiti.Sayang Awie ,dosa pahala ditolak ketepi.

Kita masih mengharap Awie juga boleh berubah. Kita yakin Awie juga bukan mahu hidup tongkat langit sampai tua.

Eskay ketawa seronok Tuhan tak masuk dia neraka.

Sumpah Eskay rupanya untuk diri sendiri.Eskay tidak guna kata ganti diri"kami"untuk merujuk Rahim dan Shuib.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim.
Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."(petikan sumpah Eskay)

Buat kata DS Nizar malam tadi.Mereka ingat balasan Tuhan ini segera atau kejap itu.Jadi kerana tidak ada apa-apa,mereka kononnya bersih dan selamat.

Sementara itu rata-rata penduduk Bukit Gantang memberitahu kita ,buat fitnah video lucah
masuk neraka dan mempersendakan hukum Allah s.w.t dengan berlakon sumpah laknat pun masuk neraka.

Dalam pada itu peniaga surat khabar berbangsa India beragama hindu ,memberitahu."itu orang tak dak takut dosa punya"

Tempah bilik tayang video lucah-ahli UMNO Bukit Gantang tanggung sama.

Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Kamarullail Sulaiman, 48,merupakan individu yang menempah bilik di Carcosa Sri Negara.

Justeru itu bagi DS Nizar ,UMNO tetap terlibat sama dalam isu fitnah ini,walaupun Najib cuba menjauhkan diri.

Bagi DS Nizar ahli-ahli UMNO Bukit Gantang juga bersubahat sama,kerana Timbalan Ketua UMNO mereka sanggup melakukan tugas kotor dan jahat ini.

Mengulas sumpah "Si Eskay Video Lucah" ,Nizar tetap menganggap Polis dan seorang Pengarah di Jawi terbabit sama."Polis iring Eskay"kata Nizar."Pengarah Jawi ,turut sama"ujar DS Nizar

Soalan kurang ajar: berapa kali Wan Azizah layan Anwar.

Jahat betul wartawan berbangsa Melayu yang bekerja di syarikat di bawah pengaruh parti politik,seperti Star di bawah MCA ,Utusan Malaysia di bawah UMNO dan syarikat Media Prima yang menguasai TV3,juga di bawah pengaruh UMNO.Kita rasa wartawan -wartawan Melayu ini sudah dilatih untuk bertanya soalan untuk menghina orang.Mereka tak takut rezki bagi makan anak-anak.

Kita bertemu wartawan sambilan The Star.Dulu wartawan sambilan The Star ,wartawan tetap The Star .Dia cuba memprovokasi kita untuk mempercayai Anwar sebenarnya dalam video lucah itu.

Sehingga tergamak menuduh Anwar terlalu kuat buat Wan Azizah."Cikgu cuba tanya Wan Azizah,berapa kali dia layan Anwar "kata wartawan The Star dengan biadabnya.

Wartawan otak UMNO sanggup senyum dan suka dengan soalan biadap itu.

Wartawan The Star itu cuba mempengaruhi kita,tapi kita bersedia dengan hujah.Sumpah laknat Eskay nanti bukannya atas arahan mahkamah.Aduan Qazaf yang dibuat tidak disiasat Jawi.Patutnya Eskay sudah ditangkap dan direman kerana menayang filem lucah.Tapi bebas.

Kita juga berhujah,bagaimana video lucah asal berada ditangan polis boleh lepas keluar dekat internet..Kalau KPN dulu Rahim Noor pun boleh pukul DS Anwar ,kenapa tidak KPN sekarang Ismail boleh buat DS Anwar macam-macam .

Eskay,Rahim dan Shuib takut ditembak bukan takut hukum Qazaf

Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks dengan ditemani Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim (kanan). — Foto oleh Choo Choy May.

KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.


Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.


Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.sumber MI

Thursday, April 28, 2011

SB pun sibuk tanya ceramah DS Nizar.

Pada malam ini satu lagi isu penerangan anjuran Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang.

Menariknya SB pun sibuk ingin tahu tantatif program malam ini.Jadi kenapa kita yang berhampiran Markaz Pas Negeri,Air Kuning ,Taiping tidak mahu mendengar penerangan dari DS Nizar,Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Biar rakyat lebih ramai mendengar siri penerangan ini.Kita tak mahu SB pula lebih ramai berbanding penduduk Bukit Gantang.

Banyak isu yang akan dikupas DS Nizar.DS Nizar akan diberi ruang yang cukup untuk menerangkan kepada rakyat isu terkini nasional.


Mungkinkah Eskay Si Video Lucah membela Hantu Raya ?.

Hantu raya si perut buncit

Kasihan DS Anwar ,DS Wan Azizah,Nurul Izah dan keluarga.Ujian terus menimpa mereka.Ujian ke atas mereka ujian juga kepada kita yang cintakan kebenaran.

Video lucah itu tetap diangkat tinggi,media massa dan blog-blog pro UMNO. Wartawan media arus perdana pula tidak takut dosa besar ,dosa kecil untuk memerangkap DS Anwar,dengan bertanya soalan-soalan kurang ajar.

Kata isteri kita,hantu raya siapa dalam video itu."Mungkinkah Eskay Video Lucah membela Hantu Raya.?"kata kita."Kalau hantu raya,dia boleh menyerupai?"kata kita.Dan DS Anwar dijadikan mangsa oleh mereka yang tak takut dosa.

Kita pun hairan pihak berkuasa agama,pihak mufti dan tok-tok imam langsung tidak menginggatkan dosa pembawa fitnah.Bangkitlah tok-tok guru untuk menegakkan keadilan.

Tiga tanding jawatan Naib Yang Dipertua Pas Bukit Gantang.

Mesyuarat Pas Bukit Gantang akan berlangsung pada 2 Mei ini. Perasmian dijangka Tuan Haji Mohamad Sabu.

Mesyuarat pada kali ini menyaksikan pertandingan untuk jawatan Naib Yang Dipertua.Jawatan ini kosong kerana Ustaz Zulkifli Ahmad tidak bertanding.

Mereka yang bertanding Sdr Abdul Rahim Ismail,Pengarah MTD Changkat Jering, yang juga Bendahari Kawasan,Ustaz Mustafa Wahab,Pengarah MTD Trong dan Hj Zainuddin Hamzah,penolong Setiausaha Kawasan.

Sementara jawatan Ketua Urusan Ulamak,Ustaz Sidik Noor menang tanpa bertanding.Untuk jawatan Timbalan YDP ,berlaku kekosongan kerana calon hanya seorang TYDP sesi 2009-1011 .Namun begitu beliau menarik diri.Jadi mesyuarat pada 2 Mei ini akan memberi peluang perwakilan untuk mencalon dan memilih TYDP.

Bagi jawatankuasa dijangka 30 orang akan bertanding untuk merebut tempat dalam 16 jawatankuasa.

Wednesday, April 27, 2011

Video lucah buat rakyat benci dengan polis.

Video lucah buat rakyat benci dengan polis.Mereka yang terlibat dengan penayangan video lucah tidak diambil tindakan.Jelas ada akta berkaitan filem atau video porno ini.Budak sekolah pun tau.

Buat kata Saifuddin Nasution pihak polis bersekongkol dengan Datuk T untuk memfitnah DS Anwar.

Kita baca berita dibawah,pandangan YB Saifuddin Nasution,polis dan video lucah.

SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.



Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.



Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution percaya polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet.



" Penyebaran bahagian kedua atau ketiga sekali pun bukan merupakan satu perkara baru dan tidak memeranjatkan kerana perkara tersebut dilakukan oleh pihak polis sekali dengan bantuan Datuk T,” kata Saifuddin kepada TVSelangor.



" Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis.Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T," tambah beliau.



Saifuddin kesal diatas cubaan bertalu-talu untuk mengaibkan Anwar menerusi fitnah.



" Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka,” kata beliau.



Klip bahagian dua didedahkan pada hari sama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay menyerahkan DNAnya untuk “memperketatkan” fakta kes.



Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan.



Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.



Gandingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana “mahu menyelamatkan negara” .



Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk “membinasakan” Anwar kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman.



Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.



Saifuddin berkata persepsi umum bahawa video itu adalah fitnah Umno semata-mata diperkuatkan dengan tiadanya tindakan ke atas gandingan Datuk T sungguhpun terbukti mereka melakukan jenayah mengedar bahan lucah dan mengugut Ketua Pembangkang.



" Akibat dari pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas Datuk T, maka ini mengukuhkan lagi tanggapan awam bahawa video itu bermotif politik yang membabitkan pemimpin Barisan Nasional dengan kerjasama pihak polis sendiri,” kata Saifuddin.



Ditanya mengenai tindakan polis mengambil DNA Eskay, Saifuddin memnyifatkannya sebagai helah semata-mata untuk mengaburi agenda sebenar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.



" Siasatan itu kononnya DNA diambil dan sebagainya hanyalah satu lakonan semata-mata… seolah-olah pihak polis sedang bertindak ke atas salah seorang Datuk T iaitu Datuk Eskay. Walaupun kesalahan mereka (Datuk T) sangat jelas di bawah Seksyen 292 tetapi siasatan polis kelihatannya tidak menjurus ke arah itu, “ kata Saifuddin.



Walaupun polis selesai menjalankan siasatan, Pejabat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berpuas hati dan dua kali mengarahkan siasatan lanjut dijalankan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai motif Gani.



Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin yang menyaksikan video penuh 21 minit itu menolak bahawa pelaku itu Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa tubuh pelaku.

Cuepacs perlu terus desak Najib naik gaji.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.


cuepacs omar osman 181007Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.


Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di Kangar hari ini.


Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata, Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.


Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.


Omar berkata, Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.


"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat,” katanya.
sumber malaysiakini.

Tuesday, April 26, 2011

Ustaz Ahmad Fakaruddin Abdul Aziz sanggup letak jawatan untuk PAS.

Ustaz Ahmad Fakaruddin Abdul Aziz,menang tanpa bertanding dalam pemilihan PAS Kawasan Taiping pada 24 April lalu.

Ustaz Ahmad Fakaruddin dahulu merupakan Penolong Kanan di Maahad Khir Lil Banat,(SBAK)Kamunting.Beliau melepaskan jawatan sebagai guru pada 31 Mac lalu.

YDP PAS Taiping ingin meneruskan perjuangan dalam parti PAS tanpa terikat dengan perintah am kerajaan.Dengan gaji dan elaun serta prospek untuk menjadi mudir atau pengetua,Ustaz Ahmad Fakaruddin sanggup meninggalkan semuanya.Jiwanya jiwa PAS .

Selamat berjuang Ustaz Ahmad Fakaruddin.Moga-moga berjaya menempuh segala ujian.

Ustaz Nordin Jaafar menang tanpa bertanding YDP Bukit Gantang

Ustaz Nordin Jaafar,YDP Pas Bukit Gantang,2009-2011 ,menang tanpa bertanding jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang untuk sesi 2011-2013.

Menurut Pengerusi Pemilihan NYDP Taiping,Sdr Ibrahim dalam taklimat kepada Panitia Mesyuarat Agung ,Ustaz Nordin Jaafar telah menang tanpa bertanding.

Sementara itu kita telah dicalonkan cawangan-cawangan Pas Bukit Gantang untuk bertanding jawatankuasa kerja.

Terima kasih kepada cawangan-cawangan yang mencalonkan kita. Dengan umur yang masih ada,dengan kesihatan yang mengizinkan dan dengan harapan cawangan yang tinggi kepada kita,kita bersedia untuk menawarkan diri sekali lagi.
ads:Jom ubah.Ada rezki ada.

Saman ekor:Terima Kasih YB Mahfuz Omar

Hari ini kita hidupkan cukai jalan van kita. Kita mempunyai dua saman ekor.Kedua-duanya kena sewaktu mengambil anak ,pada tahun 2010.

Sewaktu kempen suruh bayar saman oleh kerajaan Barang Naik,kita tidak mahu bayar.Kita mahu lawan mahkamah jika tidak dapat menghidupkan cukai jalan.

Kempen anti saman ekor yang diketuai YB Mahfuz Omar memberi kita semangat untuk tidak mahu bayar saman.Kita yakin PR menang PRU 13,saman ekor mansuh.

Kita masih untung tak perlu perlu keluar duit RM600.00 untuk dua saman ekor.Jika kita bayar dulu,sudah tentu kita ditipu hidup-hidup oleh kerajaan Barang Naik.(BN).Dengan enam ratus ringgit kita boleh beli insuran dan hidup cukai jalan untuk 6 bulan.

Tekanan NGO Kase,pimpinan YB Mahfuz Omar,kerajaan Barang Naik menanguhkan dulu saman ekor.Hasilnya kita boleh perbaharui cukai jalan.Terima kasih YB Mahfuz Omar.(KLIK)

Monday, April 25, 2011

Guru SMK King Edward ditemui telah meninggal dunia.

Seorang guru SMK King Edward ,Taiping yang dilaporkan hilang sewaktu berjoging di kaki Bukit Larut telah ditemui meninggal dunia .


Jenazah Allahyarham Abdullah Zubir ,29 tahun berasal dari Kedah kini berada di bilik mayat hospital Taiping.Kita sempat ke bilik mayat untuk melihat jenazah Cikgu Abdullah Zubir.



Rakan sejawat ,guru-guru SMK King Edward telah pergi menziarahi jenazah allahyarham di Hospital Taiping.Para pelajar juga turut memberi penghormatan kepada jenazah guru mereka .


Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada petugas-petugas keselamatan dan NGO yang membantu mencari guru muda itu. Alfatihah...

Utusan merudum jatuh 350,000 ke 170,558 naskhah

KUALA LUMPUR, 25 April: Bagaimanakah seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) boleh terang-terang menyokong konsep 1Melayu, 1Bumi laungan Utusan Malaysia yang jauh menyimpang daripada konsep 1Malaysia ilham Perdana Menteri (PM)?


Begitulah kejanggalan situasi hari ini apabila TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam responsnya terhadap seruan MCA untuk memulau akhbar lidah rasmi Umno itu membela Utusan dengan mengatakan bahawa akhbar tersebut mewakili suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya.


“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain.


Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang,” kata Muhyiddin yang dipetik The Malaysian Insider.


Kenyataan Muhyiddin kelihatan cukup bertentangan dengan kenyataan PM Najib yang semalamnya menyatakan bahawa seruan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan Malaysia hanyalah satu cadangan peribadi yang tidak perlu diendahkan.


“Utusan Malaysia bukanlah lidah untuk orang Melayu yang berfikiran matang dan betul seperti orang Malaysia yang waras and berakal yang sudah berhijrah daripada Utusan Malaysia kepada media lain khususnya media online.


Tapi apa benar-benar harus menimbulkan kebimbangan adalah bahawa Utusan Malaysia telah menjadi suara Muhyiddin, terutamanya, bertentangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” kata Lim Kit Siang, penasihat DAP dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily.


Muhyiddin, katanya, memberikan gambaran melucukan apabila mendakwa bahawa lidah rasmi Umno itu adalah suara dan kehendak rakyat Malaysia, bahkan pada ketika ini, Utusan Malaysia sudah tidak memenuhi lagi syarat untuk menjadi suara orang Melayu.


“Tidak menganehkan pada awal tahun ini, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari, yang dirinya seorang wartawan senior di Utusan sebelum beliau dianiaya dan di’bersih’kan daripada organ rasmi Umno – menyalahkan editor-editor Utusan Malaysia untuk retorik perkauman dan memainkan api perkauman sehingga jualan hariannya merundum,” kata Kit Siang.


Merujuk kepada data daripada Biro Audit Pengedaran (ABC), kata Kit Siang, jualan Utusan Malaysia merundum lebih daripada 50 peratus daripada tahap 350,000 ke 170,558 naskhah sehari.


Merujuk kepada kenyataan Hata terdahulu yang menyatakan editor-editor Utusan Malaysia sengaja “mainkan isu perkauman dan melagakan sesama kaum”, Kit Siang menyelar para editor akhbar Umno itu dengan menyifatkan mereka sebagai satu kemaluan besar kepada kerjaya wartawan dan merugikan bangsa Melayu dan negara.


“Jikalau polis, pejabat peguam negara dan badan penghakiman cekap, berkecuali dan profesional untuk menegakkan supremasi undang-undang tanpa rasa takut atau menyokong, para editor Utusan Malaysia akan tidak mempunyai waktu untuk mengedit akhbar harian Umno kerana mereka akan berjalan dengan susah payah naik turun rumah mahkamah atas tuduhan jenayah yang bergunung tingginya untuk bertahun!” tambah Kit Siang.


Kit Siang turut menggaru kepala bagaimana Muhyiddin secara terang-terang boleh memberikan sokongan kepada seruan Utusan Malaysia untuk 1Melayu, 1Bumi apabila ia amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diwar-warkan Najib selama ini.


“Atau untuk Najib Perdana Menteri ialah 1Malaysia, dan Muhyiddin iaitu Timbalan Perdana Menteri ialah 1Melayu?


Atau 1Malaysia Najib hanya untuk orang bukan Melayu dan 1Melayu milik Muhyiddin hanya dikhaskan untuk orang Melayu?” soal Kit Siang.


Kit Siang turut menyatakan bahawa ini adalah kali kedua Muhyiddin menentang konsep 1Malaysia Najib – dengan kali pertamanya beliau mengakui di tempat awam bahawa beliau “seorang Melayu dulu, Malaysia kedua” bulan Mac yang lepas.


“Sokongan Muhyiddin kepada seruan 1Melayu, 1Bumi Utusan ialah kali kedua Muhyiddin mengingkar Najib dan mencabar kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang sah.

Adakah Najib berani untuk menegur Muhyiddin dan menyuruhnya untuk menyokong konsep 1Malaysia?


Adakah kabinet Barisan Nasional sudah bersedia untuk meleraikan perbezaan antara Najib dan Muhyiddin Rabu ini, atau semua anggota kabinet dari Umno, MCA, MIC, Gerakan, SUPP dan komponen parti Sabah dan Sarawak tunduk kepala dengan menganggap tiada persengketaan antara Najib dan Muhyiddin – antara 1Malaysia dan 1Melayu?” cabar Kit Siang.


Sehingga kini, 4 pemimpin Umno, Dr. Ahmad Puad Zarkashi, Datuk Seri Ahmad Zahidi, Datuk Seri Rais Yatim termasuk Muhyiddin telah menyelar MCA yang menyuruh untuk memulaukan Utusan dengan mendakwa konsep '1Melayu, 1Bumi' yang diilhamkan akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya. harakahdaily.net

Apa khabar cikgu SMK King Edward Taiping yang hilang.

Taiping:-Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, Taiping pagi, Ahad.

Kehilangan Abdullah Zubir Ismail, 29, disedari oleh rakannya apabila dia tidak pulang ke rumahnya petang Ahad.

"Sehingga kini operasi mencari guru berkenaan masih diteruskan," kata Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohd Yusof Diah.Beliau berkata guru itu dikatakan berjoging seorang diri pada pukul 10 pagi dan tidak pulang ke rumah sehingga pukul 7 petang Ahad.

Rakannya yang juga seorang guru di sekolah yang sama membuat laporan polis mengenai kehilangan guru itu, katanya ketika dihubungi, Isnin.

Mohd Yusof berkata polis dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melancarkan gerakan mencari sejurus menerima laporan kehilangan guru berkenaan. -BERNAMA

Sunday, April 24, 2011

Selamat tinggal UMNO,



Malam tadi 24 April, berlangsung peristiwa bersejarah mesyuarat agung penubuhan Kg Setia,Jln Simpang-Kg Dew,dalam kawasan Bukit Gantang.

Dalam kampung yang kuat UMNO nya,Pas berjaya menubuhkan cawangannya di sini.Seramai 37 orang ahli Pas cawangan Kg Setia,dalam DUN Kuala Sapetang berasa bersyukur ,kerana mereka kini boleh bergerak dalam satu cawangan yang sah.

Mereka yang ditemui menyatakan PAS sahaja parti yang boleh mempertahankan Islam.



Bergambar kenangan bersama YDP Ustaz Nordin Jaafar dan NYDP Ustaz Zulkifli Ahmad."Hidup mati kami kini dengan PAS".

Fitnah 2:Keadilan untuk DS Anwar




KUALA LUMPUR 25 APRIL: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar penggulungan kes fitnah kedua membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Peguambela Karpal Singh memulakan pengulungan bagi pihak tertuduh.


Karpal dalam hujahnya berkata, pada hari kejadian bertempat di unit kondominium Desa Damansara, pengadu yang juga bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan berpeluang untuk meninggalkan lokasi sebelum Anwar dituduh memaksa beliau melakukan seks luar tabii tanpa rela.


Namun kata Karpal, Saiful mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian.



Kata Karpal pengadu sebaliknya hanya menuruti permintaan Anwar walaupun beliau mengakui dipaksa tertuduh.


Seterusnya Karpal berkata, adalah penting bagi mahkamah untuk mengambilkira kredibiliti testimoni saksi yang diperhatikan tidak konsisten.


Katanya, sebarang bukti atau kenyataan lisan yang tidak kukuh harus ditolak mahkamah.


Anwar berhadapan dengan dakwaan meliwat Saiful Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

sumber TVS News

Ads:We love the Internet. Who doesn't? What's better than getting rewarded for being an Internet addict? Cast your votes today! #DiGiWWWOW

Paper Cina kalau tiada cerita Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tak laku.

  • 林冠英(左四)與獲得回饋金的3大民族長者合影,左一為黃漢偉行政議員,右三為劉鎮東國會議員。(圖:星洲日報)


YAB Tuan Lim Guan Eng menyampaikan sumbangan kepada warga emas.(foto Sin Chew )


Kita mendengar ucapan YB Salahuddin Ayub pagi tadi ,24 April di perasmian mesyuarat agung Pas Kawasan Taiping kali ke 37.

Apa yang menarik suratkhabar Cina bertindak adil kepada semua parti.YB Salahuddin Ayub menjelaskan paper Cina tidak akan laris dijual jika tiada berita Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang.

Menurut Salahuddin Ayub,orang Cina bersikap terbuka berbanding suratkhabar Melayu .Jadi rumusan YB Salahuddin Ayub,media berbahasa Mandarin perlu mengeluarkan berita seimbang jika ingin terus dibeli orang-orang Cina.. Berita Lim Kit Siang dan berita Lim Guan Eng berita keutamaan.
ads:exora ...vroooom

Kenapa nak marah sama AC Mizal pilih UMNO.

UMNO Perak cukup gembira.Pelakon dan pengacara program Maharaja Lawak , AC Mizal menyerah borang keahlian Umno di Ipoh baru-baru ini.


AC Mizal dikatakan sukar untuk menyertai parti dalam PR kerana dia dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya'


AC Mizal perlu bersama UMNO ,paling tidak beliau ingin mengukuh syarikatnya.Beliau juga masih menanti pingat kebesaran.Rakan dia,Ramli .MS dan M.Nasir sudah menerima pingat "Datuk"


AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu.


AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan gelang magnetik. Jadi selalunya mereka yang ada kepentingan perniagaan mesti menonjolkan imej UMNO .Undi mereka,undi untuk PR.


Pengacara itu masih belum mendapat "petunjuk" untuk menyertai PAS.Lambat laun beliau juga akan berubah. Dulu juri Raja Lawak ,Bob Lokman pun terlibat dalam program Raja Lawak .Mutakhir ini sibuk mendekati masyarakat agar mereka menerima Islam yang syumul.
ads:facebook.

Saturday, April 23, 2011

Geram menuju PRU 13

Poster pelancaran GERAM menuju PRU 13 oleh DS Nizar,AP Bukit Gantang.Program penerangan ini anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang dan PAS Kawasan Bukit Gantang.

Program bermula 9.00 malam pada 29 April ini,bertempat di Markaz Tarbiyyah Negeri Perak,Air Kuning,Taiping.Penduduk sekitar dan berdekatan dijemput hadir.Jom kita nyatakan GERAM kepada UMNO.

Kes rasuah:Osman Katak diarah bela diri.

IPOH 23 APRIL : ADUN lompat Behrang yang disumpah pengundi , Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah. Sementara ituADUN lompat Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.

Yang Arif Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman perlu membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh.

Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.

Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula.

Kes mereka disebut semula Jumaat,22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.

Jamaludin dianggap bernasib baik ,wakil lompat ini dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.


Akhirnya Polis Tidak Mahu Jadi Penyamun Lagi

Pertama sekali diucapkan tahniah kepada YB Dato'Mahfus Omar ,Pengerusi Jawatankuasa anti saman ekor(KASE) kerana berjaya mengeluar pasukan polis trafik daripada kehidupan seperti anggota penyamun.Penyamun pula seperti penyamun tarbus.


Anggota polis trafik ,boleh menarik nafas lega.Paling kurang tidak disumpah seranah lagi.Menyembunyikan diri dibalik pokok,lalang dan tiang untuk mengesan kereta dipandu laju,ibarat seperti penyamun tarbus duduk di tempat gelab untuk menyamun.


Kini pihak Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Sabtu lalu.


Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.


"Jangan terkejut bila kena saman...kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang," katanya.

ADS:Start your engines. An iPad2, a Blackberry Bold 3, an iPod touch, or a pair of movie passes await you at the finish line!

Muhyiddin Yasin dan Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru :Idris Ahmad

Parti Islam SeMalaysia Pas ,melalui Ustaz Idris Ahmad melahirkan rasa kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh “politik babarian” yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.


Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.


Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.


Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.


Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalim, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalim. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Asshahid Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama Pas dahulu” Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang”

Boikot Utusan: Jangan langgan lagi Utusan di Sekolah

Bermula 25 April sekolah -sekolah di Malaysia jangan lagi berlanggan surat khabar tunggang-langgang Utusan Malaysia.Akhbar milik UMNO.Akhbar suara UMNO.

Khususnya sekolah kelolaaan kerajaan negeri dan juga institusi pengajian kerajaan Pakatan Rakyat,pusat sumber kelolaan kerajaan negeri PR jangan lagi membeli menyimpan dan mempromosi Utusan Malaysia. Pihak pentadbir tidak perlu tunggu pekeliling.Utusan sememangnya akhbar pemecahbelah masyarakat.Ayuh,pulaukan Utusan Malaysia!

Suratkhabar itu jelas bercanggah dengan sunnah Allah s.w.t yang meminta hambanya saling kenal dan tidak membenci sesama sendiri.Fahaman assobiyah ini fahaman jahiliah yang jelas bertentangan dengan ajaran Rasulullah s.a.w.
foto:malaysiakini

Keadilan untuk Ahmad Sarbani:Teruskan berjuang

KUALA LUMPUR, 23 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed mahu melihat respons Peguam Negara berhubung laporan siasatan polis mengenai kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu bagi menentukan tindakan susulan pihaknya.

Peguam keluarga itu Ghazali Mohd Ramli berkata, sebarang tindakan lanjut bergantung pada keputusan Peguam Negara setelah menilai kertas siasatan yang akan diserahkan polis berhubung kematian Ahmad Sarbaini.


Ahmad Sarbaini ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala.


“Tindakan sewajarnya akan diambil apabila diputuskan oleh pihak Peguam Negara berdasarkan laporan hasil siasatan polis.


“Setakat ini saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi, saya pun tidak tahu apa laporan itu... jadi kita tunggu keputusan Peguam Negara dulu,” kata Ghazali.mi

Friday, April 22, 2011

Najib Razak :Imam Besar Masjidil Haram dan Artis Justin Bieber

Keadaan Malaysia di bawah Najib 1 Malaysia.Semua boleh berlaku .Justin Bieber diberi publisiti besar-bersaran dan Imam Besar Sheikh Dr Abdul Rahman sekadar melepaskan batuk di tangga.Zaman Najib betul-betul zaman fitnah. Dunia akhir zaman imam dan artis diberi peluang yang sama untuk mendekati masyarakat. Kita baca berita di bawah.

KUALA LUMPUR: Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, hari ini menggesa umat Islam berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah demi memastikan mereka kekal bersatu padu.


Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.


Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah SAW mengenai pentingnya berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam)," katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini.



Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber,17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang Khamis bersama kekasihnya, penyanyi Selena Gomez.

Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.

Fenomena Bieber terbukti luar biasa apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual.

Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Kesan solat hajat: Ketua Polis Negara tiba-tiba rebah ,nak pitam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dikejarkan ke Hospital Pantai di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ismail, 58, dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira jam 10.30 pagi selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

NONEBeliau dilaporkan tiba-tiba rebah dan mengadu keletihan.
Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani yang dipetik Bernama berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemuramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.sumber mk
#DiGiSenang2Menang?! Honda City and iPad up for grabs!

Nota sejarah:Kesan solat hajat, sudah ada sejarah KPN yang tumbuk DS Anwar dipenjara dan hilang pencen.

Thursday, April 21, 2011

Ingatlah mati-


TANDA 100 HARI


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.sumber akrine

E-Mel 1 Malaysia Bukti Ketandusan Idea BN 'Songlap' Duit Rakyat



SHAH ALAM 21 APRIL : Drama e-mel 1 Malaysia yang melanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan betapa Kerajaan Barisan Nasional hanya tahu memikirkan keuntungan sendiri tanpa mempedulikan pandangan rakyat.



Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor Rodziah Ismail menganggap rakyat membantah idea itu kerana kegagalan kerajaan pusat menjelaskan secara telus berkenaan projek ini khususnya penggunaan dana untuk menjayakannya.



Rodziah ketika dihubungi Tv Selangor berkata, rakyat berhak mengetahui status sebenar berhubung e-mel 1 Malaysia ini kerana pelbagai pihak sentiasa berdolak-dalih termasuk berlakunya 'kesilapan' di laman web kerajaan yang sebelum ini mencatatkan projek e-mel tersebut sebagai insiatif kerajaan dan bukannya swasta.



"Kenapa PM dan semua yang terlibat bila ditanya, kejap kata kena bayar, kejap kata tak kena bayar. Itu bukan isunya. Yang penting kita sebagai rakyat berhak tahu berapa wang kita yang terlibat semata-mata untuk dapat e-mel promosikan 1 Malaysia ini. Ini tunjukkan seolah-olah Najib terdesak hendak tunjukkan 1 Malaysia ini diterima rakyat," kata beliau ketika dihubungi TV Selangor hari ini.



Unit Pengurusan Pencapaian dan Penghantaran (Pemandu) hari ini terpaksa tampil mempertahankan 'perubahan informasi' berkenaan e-mel 1 Malaysia di laman webnya semalam dengan alasan pertukaran inisiatif swasta daripada insiatif kerajaan itu adalah tidak disengajakan.



Najib dan Pemandu yang berada di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala selepas itu terus menegaskan bahawa firma pengelola projek tersebut, Tricubes Berhad tidak akan menggunakan dana rakyat.



Rodziah bagaimanapun mempersoalkan mengapa Najib begitu tergesa-gesa melakukan hal tersebut sedangkan masih ramai rakyat Malaysia khususnya dari luar bandar masih tidak mempunyai kemudahan asas dan kemudahan internet.



"Apapun, sebagai PM, Najib Razak harus memastikan wang digunakan pada tempat yang sepatutnya. Jika dia ingin menggunakan teknologi, dia harus memikirkan infrastruktur terlebih dahulu,"jelas Rodziah



Rodziah membandingkan projek internet percuma yang sedang giat dijalankan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, yang merupakan sebahagian daripada manifesto di bawah Pakatan Rakyat mula diimplementasikan secara tergesa-gesa oleh kerajaan pusat.



Menurutnya ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, Barisan Nasional giat memberi wi-fi percuma di beberapa kawasan rumah panjang di negeri itu sedangkan dengan jelas ia merupakan idea Pakatan Rakyat.



"Kerajaan khususnya Najib Tun Razak kena ingat bahawa Kerajaan Selangor telah membuktikan idea wi-fi ini boleh direalisasikan di Peringkat Nasional jika Pakatan Rakyat diberi mandat pada Pilihan Raya Umum akan datang. Kerajaan Selangor dalam kekangan kewangan dan sebagainya berjaya laksanakan program berkaitan teknologi dan wi-fi dan dengan memikirkan keutamaan kami dan bukan hanya mementingkan golongan tertentu sahaja," kata beliau lagi. sumber TVS News

Exco kerajaan Perak dari MCA dituduh jilat kahak sendiri!

http://www.perakbn.com.my/publish/image.php?code=41Presiden MCA Dr Chua Soi Lek bikin ahli MCA Perak marah.Mereka cukup marah dengan Chua Soi Lek yang meninta SUPP jangan mengambil sebarang jawatan kerajaan di Sarawak.


Chua Soi Lek mahu SUPP bertanggungjawab dengan kekalahan parti Cina itu di Sarawak.


Seorang teman guru berketurunan Tionghua mendakwa MCA jilat kahak sendiri ."Mah Hang Soon sanggup jadi Exco,walaupun MCA kalah PRU 13".


"Buat malu orang Cina saja" kata teman itu lagi.


Kini Dr. Mah Hang Soon Adun Chenderiang dari MCA disindir orang-orang Cina Perak kerana pegang jawatan exco walaupun MCA kalah teruk dekat Sarawak.Malah ahli MCA yang terima jawatan kerajaan di Perak dianggap hipokrit.Contoh Ahli Majlis Perbandaran atau Ahli Majlis Daerah.


Soi Lek kuat hipokritnya kerana menerima pelbagai jawatan dalam kerajaan sebaik sahaja diangkat menjadi Presiden MCA tahun lalu iaitu pada Mac.


Chua Soi Lek, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Majlis Ekonomi Kerajaan yang ditubuhkan oleh Najib.


Jelas Soi Lek tidak membantah, malah senyum memanjang apabila anaknya Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam Kabinet Najib.

Kesan solat hajat::pelacur sudah panas

Lepas satu,satu , dalang konspirasi video lucah sudah kepanasan. Rupanya kepanasan dunia sudah cukup untuk menyebabkan mereka yang terbabit dalam fitnah video lucah itu "menonjolkandiri" .


Kini pelacur itu sudah diketahui.Pelajar kolej swasta di ibu kota berasal dari Cina.Sikap dolak-dalik Peguam Negara sudah semakin jelas. Sepatutnya kes mengedar dan menyebar video lucah ini sudah dibawa ke mahkamah,tetapi "Dato T " masih bebas dan mereka masih membuat fitnah.


Tanya pelacur itu sudah tentu tahu siapa lelaki itu.Soalnya sudahkah polis menyiasat?

Selepas ini siapa yang kepanasan,kesan solat hajat dan baca yasin rakyat.Kita tunggu siapa yang terjerat dan dijerat.


KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.



“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.



“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.


Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.


Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.



Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.(my metro)

Pemilihan PAS Bukit Gantang ,setakat ini semua jawatan dipertandingkan.

Mesyuarat PAS Kawasan Bukit Gantang akan berlangsung pada 2 Mei ini.Mesyuarat dijangka dirasmikan Tuan Haji Mohamad bin Sabu,AJK Pas Pusat.

Setakat hari ini semua jawatan dipertandingkan .Tarikh tutup untuk menarik diri daripada pencalonan hanya tamat pada 30 April 2011.

Kita dikhabarkan terdapat calon-calon yang akan menarik diri .Dengan itu kemungkinan jawatan -jawatan utama seperti Yang Dipertua,Timbalan Yang Dipertua dan Nydp ,menang tanpa bertanding.

Wednesday, April 20, 2011

Sarawak: tiga cara calon PAS boleh dibeli BN!

Jika kita melihat pilihanraya Sarawak terdapat tiga cara calon boleh dibeli oleh wakil BN.Di sini kita ambil contoh di DUN Muara Tuang,calon kita di Muara Tuang boleh dibeli BN secara sedar atau tidak.

Pertama BN akan menawarkan duit juta-juta ringgit untuk tarik diri sebagai calon.Hal ini tidak berlaku .Cara kedua ambil duit ,tinggalkan Sarawak ,juga tidak berlaku.

Namun begitu cara ketiga ,telah berlaku dan mungkin berlaku.Calon jangan keluar berkempen.Berkempen sahaja pengsan,demam,lembik dan tidak bermaya.

Calon kononnya telah disihirkan dan pembantu calon juga secara psikologi telah ditakutkan.Hal ini perlu dilihat secara terbuka. Mungkin mereka yang berada di Dun Muara Tuang lebih banyak maklumat yang boleh dikongsi bersama untuk kita berjaga-jaga di PRU 13, UMNO tidak mengguna kaedah yang sama. ads.senang.menang

Sekolah kelolaan kerajaan budak bergaduh rupanya!

Rupanya banyak betul peristiwa berlaku di sekolah kelolaan kerajaan.Terjun bangunan,mencabul ,edar dadah dan macam-macam lagi.


Kalau sekolah kelolaan kerajaan tak bising sangat.Selalunya tutup mulut.Media pun lapor agak lembut.


Kalau sekolah kerajaan MEDIA penyambung lidah syaitan pun diam membisu.Semuanya menyatakan kes terpencil.Contoh jika kes pelatih mati di PLKN ,kes terpencil.Pelatih polis mati kena kencing tikus,kes terpencil.


Sekolah kelolaan swasta,riuh satu Malaysia.Sampai peringkat supaya ditutup institusi itu.Berikut contoh pergaduhan budak-budak dekat sekolah yang Menteri Pelajarannya Tan sri Muhyiddin yassin.


SHAH ALAM, 20 April – Polis mengambil keterangan daripada 23 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Seksyen 25 di sini hari ini selepas terbabit dalam satu pergaduhan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob dipetik Bernama Online berkata, pergaduhan antara pelajar Tingkatan Empat dan Lima itu dapat dileraikan oleh guru sebelum pelajar terbabit dikumpulkan dalam bilik kaunseling sementara menunggu ketibaan polis.


Bagaimanapun pelajar terbabit dibenarkan pulang selepas polis mengambil keterangan daripada mereka di Balai Polis Seksyen 15 untuk menyiasat punca sebenar kejadian.


Zahedi berkata demikian elepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2010 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.


Katanya, polis akan berbincang dengan pengurusan sekolah berkenaan bagi mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar-pelajar itu.

PAS kawasan diminta hantar pencalonan

Ibu pejabat parti PAS meminta semua kawasan PAS yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung supaya menghantar senarai pencalonan pemilihan pucuk pimpinan kepada jawatakuasa pemilihan.


Jurucakap ibupejabat tersebut berkata, tarikh tutup untuk kawasan menghantar senarai pencalonan ialah 10 Mei depan.


Beliau berkata, setahunya hanya satu kawasan sahaja yang telah menghantar senarai pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.


Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa, merupakan pengarah jabatan pilihan raya PAS pusat.


Jurucakap itu berkata, kesemua 179 PAS kawasan dijadual selesai mengadakan agung masing-masing pada 10 Mei.


Manakala sidang media untuk mengumumkan nama calon yang layak bertanding akan diadakan selepas tarikh tersebut. Muktamar PAS akan berlangsung 3 hingga 5 Jun ini bertempat di Taman Melewar, Gombak.

Ada iman je,kalau tak dah bunuh diri- rintih seorang perempuan.

ads:What would a day without Internet be? I cannot imagine..



"Ada iman je,kalau tak dah bunuh diri"kata pengadu wanita. dari DUN Trong.Kita menjawab ,jikalau mempunyai iman tak sebut pasal hendak bunuh diri.

Pagi tadi Pusat Khidmat kami didatangi seorang wanita miskin.Mengadu tentang rumah beliau yang akan dipotong bekalan elektrik.

"Kami duduk tahun 2010,tapi tertunggak bermula 2009" kata pengadu."Saya bagitau dekat orang TNB,". "Pekerja TNB jawab jika tak jelas sebelum pukul 12,api kena potong"kata wanita itu dalam keadaan menangis.

Wanita itu mula menangis,"kata hendak tolong rakyat,tau-tau pi potong eletrik"."Tak kasihan sama rakyat."."Surat notis tertunggak pun tak ada"dakwa wanita itu lagi.

"Anak sekolah,suami sakit,hendak beli beras pun tak ada duit" tangis wanita itu."Kalau tak dak iman,dah bunuh diri"ulang perempuan itu lagi..KIta memujuk ,orang beriman tidak keluar kenyataan hendak bunuh diri.

Kita menenangkan keadaan.Terdapat orang yang lebih miskin.Banyak orang yang lebih susah."Kak pergi pusat khidmat Trong,ambil beras dekat sana" pesan kita.

Kemudian Fadhil Idris berurusan dengan TNB Taiping untuk diberi pertimbangan untuk menangguhkan pemotongan eletrik.

Tuesday, April 19, 2011

Rosmah Mansor dipuji Taib Mamud.

Tahniah Rosmah Mansor kerana tidak mengikut Najib berkampung di Sarawak.Ketiadaan Rosmah,Sarawak menang besar.Jika Rosmah berkampung bersama Najib ,insyaAllah BN kalah besar.

Jadi orang Sarawak terutama isteri Pehin Taib Mahmud memang tidak suka Rosmah berkampung di Sarawak.

Isteri muda Taib Mahmud tahu jika Rosmah datang ke Sarawak kecantikan dia tidak dipandang lagi.

Sepanjang Najib berkampung di Sarawak Rosmah Mansor tidak ikut turut serta. Mungkin bomoh Taib Mahmud sudah berpesan jika PBB ingin menang besar,Rosmah jangan masuk campur hal ehwal Sarawak.

Selepas ini Rosmah Mansor terus dipuji Taib Mahmud.Bini muda Taib boleh terus berhias.Taib Mahmud kini pecah rekod,Najib masih dibawah pengaruh Pak Lah.

13,000 guru tidak terlatih(GSTT) belum terima surat lantikan.

KUALA LUMPUR, 20 April: Seramai 13,000 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) seluruh negara masih belum menerima sebarang surat lantikan semula seperti yang telah dijanjikan.


Seorang daripada mereka meminta ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali supaya membangkitkan keluhan nasib mereka di Dewan Rakyat dengan kadar segera.


Dalam emel kepada Dr Lo’ Lo’ semalam, beliau memberitahu pada 3 Mac yang lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan tentang penarikan balik surat penamatan perkhidmatan guru GSTT.


“Dalam pengumuman tersebut menyatakan kami dikehendaki berkhidmat semula dan akan diserapkan menjadi guru tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan kursus lanjutan,” tulisnya.


Namun sehingga emel ini ditulis,mereka masih belum menerima sebarang surat lantikan semula seperti yang telah dijanjikan oleh Muhyiddin itu.


“Kami berharap suara hati kami ini dapat diketengahkan oleh Yang Berhormat di Dewan Rakyat dan dapat dilaksanakan dengan segera tanpa melalui proses yang panjang,” tulisnya lagi

Nizar pemimpin yang harus diberi peluang untuk calon Naib Presiden PAS.

Pada Ahad lalu 17 April.DS Nizar dibantu oleh pegawai khas beliau Ahmad Basher.Kita tidak mengikuti DS Nizar berjumpa penduduk Bukit Gantang.,kerana menjadi Jawatankuasa Pemilih Pas Kuala Kangsar.

Pergerakan DS Nizar bermula setelah selesai Perasmian Pas Kawasan Kuala Kangsar oleh Tuan Ibrahim Tuan Man..Ds Nizar turut serta dalam mesyuarat itu sebagai tetamu..

DS Nizar terus ke kawasan beliau Parlimen Bukit Gantang.Aturcara utama ke walimatulurus Mohd Ismai dan Nor Ain binti Mat sidik, di Kg Sg Petai.

Beliau bersama penduduk dan tetamu majlis hampir 1 jam di majlis itu. DS Nizar bergerak bersama P.A beliau.



DS Nizar disambut Tuan Sidek,cukup gembira kerana DS Nizar hadir ke majlis perkahwinan anak beliau.Sedondon jiwa pemimpin jiwa rakyat.

DS Nizar melihat nasi kawah.Mentah atau tidak.Kelebihan Nizar sanggup ke dapur bertemu penduduk kampung.

Selepas majlis dan ziarah penduduk sekitar Kg Sg Petai dan Changkat Ibol beliau terus ke Taman Sri Larut simpang ziarah Ajk Pas Kawasan Sdr Nizam Abdullah yang terlibat dalam kemalangan pada 3 April lepas.Nizam terlibat dalam pertembungan 2 motorsikal yang dibawa beliau dan seorang lagi dipersimpangan pekan Simpang hadapan Restoran Mydin Murtabak...Kecederaan Nizam agak serius patah dibahagian lutut dan bahu..

DS Nizar memberi kata-kata semangat kepada Nizam Abdullah.Berehat untuk pulih ,meneruskan perjuangan bersama PAS.
foto sumber
iklan :care more earn more-jana pendapatan

Gendang: jangan bagi musuh palu gendang kita.

KUALA LUMPUR, 19 April: Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gendang yang dipukul oleh pihak lawan, berhubung soal pemilihan sebarang jawatan dalam parti, yang memainkan sentimen kepuakan antara golongan ulama dan profesional.

Gendang tersebut dibunyikan untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan antara para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang seharusnya disambut dengan bijak, dengan tidak terpengaruh dengan rentak yang dipalu oleh mereka.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air.


Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri.


Katanya, itulah realiti yang perlu disedari oleh setiap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang turut mendasari perpaduan dalam parti, sehingga menyebabkan pihak lawan berusaha keras memalu gendang tersebut dengan begitu kencang terutama menjelang muktamar agung PAS Jun ini.


"Gendang seperti itu juga turut dipalu oleh mereka menjelang muktamar-muktamar agung PAS yang lalu. Jadi, kita mesti bijak menangani perkara itu.


"Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.


Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya.

Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.


"Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.


Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS.

Sebelum itu, ketika diminta mengulas mengenai pencapaian PAS dalam PRN Sarawak Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, beliau menegaskan, pencapaian tersebut tidak boleh diukur dari segi demokrasi kerana PRN Sarawak Ke-10 itu bukan berlangsung dalam suasana demokrasi sebenar yang diamalkan di negara ini.


"Kalau PRN Sarawak Ke-10 itu berlangsung dalam suasana demokrasi seperti di negara-negara luar, PAS pasti akan menang kerana ia tidak akan menyekat rakyat untuk membuat pemilihan seperti yang dikehendaki oleh mereka dengan berbagai sekatan oleh para pemimpin BN," tegasnya.


Namun, realiti yang berlaku di Sarawak jelas menyekat PAS dari menyampaikan maklumat kepada rakyat oleh pihak BN dengan berbagai cara terutama menerusi media, sehingga rakyat hanya disogokkan dengan pelbagai propaganda dari BN menerusi media cetak dan elektorik seperti tv dan radio yang masuk ke rumah-rumah setiap penduduk di serata tempat.


Manakala di pihak PAS dan Pakatan Rakyat, peluang itu disekat dengan ketat, tidak seperti di negara-negara luar yang turut memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang muncul di media cetak utama, radio dan tv.


"Ini menjadikan PAS gagal menyampaikan maklumat sebenar termasuk menjelaskan dasar-dasar parti kepada orang ramai, sehingga menyebabkan rakyat Sarawak berjaya dipengaruhi oleh BN untuk terus mengundi mereka, walaupun BN ternyata sudah ditolak begitu jauh oleh mereka yang berpendidikan dan terdedah dengan maklumat yang benar seperti di bandar-bandar," katanya.


Keadaan itu, katanya, disusuli pula dengan pelbagai tindakan tidak demokratik lain oleh pihak BN terhadap rakyat Sarawak termasuk menerusi penggunaan jentera kerajaan dengan begitu berleluasa, politik wang, politik ugut dan sebagainya yang jelas melambangkan demokrasi di negara ini masih belum maju.

Sungguhpun begitu, peningkatan sokongan dari rakyat Sarawak terhadap PAS secara keseluruhannya menerusi PRN Sarawak Ke-10 itu, tegas beliau, jelas membuktikan rakyat Sarawak juga tidak selama-lamanya boleh terus diperbodohkan oleh pihak BN yang sekali gus turut membawa petanda PAS mempunyai harapan yang cerah di negeri itu pada masa akan datang.


"Perkembangan yang baik ini perlulah dimanfaatkan dengan baik oleh setiap jentera PAS di semua peringkat dengan terus berusaha gigih menyampaikan risalah perjuangan parti kepada seluruh rakyat Sarawak dan Sabah dari semasa ke semasa, seperti juga yang perlu terus dilakukan di Semenanjung," ujar beliau.==+++iklan socialshare******