
Kita harap esok sudah berubah lebih menarik dan ceria menyambut perwakilan dan pemerhati.
Mereka ternyata amat kesal dengan tindakan pihak polis ke atas anak-anak mereka itu, apatah lagi jawapan yang diberikan oleh pihak berkuasa berhubung perkara itu amat meragukan dan tidak boleh diterima sekali-kali.
"Pihak polis mengatakan anak saya terlibat dengan kesalahan jenayah samun bersenjata dan bersiri, pada hal anak saya sememangnya tidak terlibat dengan kejadian itu.
"Saya memang tahu anak saya tak terlibat dengan kesalahan itu kerana dia memang tak pernah terlibat dengan sebarang kes jenayah sebelum ini.
"Malah di sekolah, pihak sekolah sendiri telah mengakui anak saya itu tidak mempunyai sebarang kes disiplin," kata Rosmawati Taib, 43, ibu kepada Mohd Syahiran Tumin, 18, yang kini sedang ditahan di Balai Polis Ayer Molek.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan memorandum bantahan berhubung penahanan ke atas 4 remaja itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di pejabat Suhakam, di sini, baru-baru ini.
Penyerahan memorandum itu dilakukan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat PAS Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah dan diterima oleh Ketua Penolong Setiausaha Suhakam, Ameer Izyarif sekitar jam 11.30 pagi.
Rosmawati yang hadir bersama suaminya, Tumin Poniram, 46, amat kesih dengan penahanan ke atas anaknya itu lebih-lebih lagi Mohd Syahiran kini sedang dalam proses untuk meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
28 Mac lalu, 10 orang remaja lelaki di Pasir Gudang yang sebahagiannya lepasan SPM tahun lalu ditangkap oleh pihak polis sekitar jam 11.00 malam di bawah Ordinan Darurat.
Mereka kemudiannya ditahan di Balai Polis Ayer Molek. Beberapa hari selepas itu, 6 orang daripada mereka telah dibebaskan, manakala 4 orang lagi masih terus ditahan hingga kini.
Remaja-remaja yang masih ditahan itu terdiri daripada Muhammad Rizal Ibrahim, 18, Muhammad Noorariff Bakran, 20, Muhammad Razif Mahadi, 18, dan Mohd Syahiran Tumin, 18.
Sementara itu, Rohaya Hanim, 49, ibu kepada Muhammad Rizal Ibrahim yang turut hadir bersama salah seorang anaknya pada majlis penyerahan memorandum itu berkata, sejak ditahan, beliau menjadi tidak ketentuan kerana beliau sendiri tidak tahu apa kesalahan yang telah dilakukan oleh anaknya.
"Sejak anak saya ditahan, saya hanya boleh berjumpa dengannya di Balai Polis Ayer Molek setiap hari Khamis. Itu pun hanya untuk 15 minit sahaja.
"Jadi, macam mana saya tak runsing? Tambahan pula anak saya itu baru lepas SPM tahun lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk menyambung pelajaran ke IPT.
"Saya amat bimbang dengan kejadian itu, fikirannya akan terganggu dan peluangnya untuk meneruskan pelajaran juga tersekat," katanya.
Manakala Mahadi Kassim, 45, ayah kepada Mohamad Razif Mahadi, 18, berkata, beliau seperti juga ibu bapa kepada rakan-rakan anaknya itu sememangnya tidak boleh terima dengan penahanan ke atas anaknya itu kerana ia didakwa dilakukan tanpa bukti yang kukuh.
"Jika memang terbukti anak saya melakukan kesalahan, saya rela dia ditahan untuk membolehkan dia menerima pengajaran agar insaf dan tidak melakukannya lagi.
"Tapi memang terbukti anak saya tak bersalah. Tiba-tiba dia ditahan hingga 60 hari. Lepas habis 60 hari, saya tak tahulah pula nanti apa yang akan terjadi ke atasnya," katanya.
Bakran, ayah kepada Muhammad Noorariff, 20, pula berharap agar pihak berkuasa memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada anaknya dan rakan-rakannya itu, memandangkan kesemua mereka tidak pernah mempunyai rekod jenayah sebelum ini.harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.
Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan, lapor Keadilan Daily.
Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.
Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.
“Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu,” kata Sankara kepada Keadilandaily.com
Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.
Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.
Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.
Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.
Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.
Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.
KUALA LUMPUR, 30 Mei: Pemilihan pucuk kepimpinan PAS kali ini menggambarkan kestabilan parti, ketelusan pimpinan, ketokohan yang ada dalam parti dan sekaligus kredibiliti calon-calon yang bertanding.
Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Nasri Nik Malek berkata, ini kerana pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan kali ini dibuat dalam keadaan negara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Katanya, parti-parti lain menangguhkan pemilihan masing-masing atas alasan mahu menumpukan kepada pilihan raya.
Tambahnya, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan kesediaan PAS meneruskan pemilihan.
“Kesediaan ini menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan peringkat pusat ini tidak akan mengganggu gerak kerja ke arah PRU 13 nanti,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, akhbar dan tv terutama yang menjadi tali hidung kepada Umno BN barang kali menunggu dan mencari isu-isu yang dirasakan boleh menggugat kestabilan parti dan kredibiliti calon-calon timbalan, naib presiden dan lain-lain.
“Alhamdulillah, tarbiyah PAS kepada pendokong jemaah dalam tempoh yang panjang dan berterusan menjadikan pemilihan PAS berjalan lancar dan cukup harmoni,” ujarnya.
Mungkin, katanya ada cakap-cakap tentang kecenderungan seorang kepada seseorang calon.
Namun, ujarnya ia adalah perkara biasa dalam sesebuah jemaah dan parti tetapi kecenderungan itu tidaklah sampai menjatuhkan yang lain dengan tidak beradab.
Tambahnya, ia boleh berlaku dalam parti sekular tetapi jika berlaku dalam parti Islam, maka ia amat asing.
“Alhamdulillah sekali lagi. Tiada calon terlibat dengan rasuah, skandal seks, menipu dan lain-lain perkara yang merobek kredibiliti,” tegasnya.
Ini, katanya tidak sebagaimana dalam pemilihan Umno terutamanya politik wang, calon dipalit dengan skandal seks, latar belakang peminum arak dan perasuah menjadi barah yang parah.
Tambahnya, ada akhbar yang cuba melihat pemilihan perwakilan PAS akan berdasarkan kredibiliti atau populariti tetapi ia adalah persepsi akhbar itu.
Tegasnya, pendukung PAS sudah diajar sebelum ini dan sekali lagi kepimpinan terus mengingatkan tentang tanggungjawab pemilihan di mana kesemua calon ada kredibiliti dan mereka juga popular.
Namun, katanya popular dalam PAS diajar oleh tarbiahnya bukan kerana mahukan populariti, tetapi kerana mereka terkehadapan dalam kerja-kerja al-amr bilmakruf wannahy anil-munkar, sama ada dalam konteks politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain, kerana itu mereka dicalonkan.
Beliau berkata, cuma fitrah manusia, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan di mana kelebihan dalam satu aspek dan kekurangan dalam aspek lain tetapi kelemahan itu tidaklah menghilangkan kredibiliti dan kelebihan yang ada secara total.
Dengan kata lain, ujarnya perwakilan akan memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik.
“Rakyat, terutama masyarakat Melayu perlu sedar bahawa pemilihan dalam pucuk pimpinan PAS sekarang dalam muktamar yang akan berlangsung ini yang tenang, harmoni, telus, penuh semangat ukhuwwah, menyedari jawatan bukan kemuliaan tapi pertanggungjawaban inilah yang boleh menjadi petunjuk bahawa PAS mampu memimpin dengan ertikata sebenar, bukan sahaja orang Melayu, bahkan rakyat dan sebagai pemimpin negara bagi menggantikan Umno BN yang sudah lama korup itu,” ujarnya.
Kita diberitahu oleh teman-teman yang mendakwa UMNO menggunakan polis untuk menyekat siri penerangan Parti Keadilan .Terbaru ceramah yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mei ,malam ini di Taman Mewah,Kamunting tidak diberi permit. Penceramah-penceramah seperti Dato Johari Abdul-MP Sungai Petani,Dr Mohamad Nor Manuaty-Pengerusi Keadilan Perak,Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin-Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Us.Nordin Jaafar - YDP Bukit Gantang,kini hanya dapat menyampaikan maklumat di Markaz Pas Perak,Air Kuning,Taiping Ceramah dijadualkan berlangsung pada 9.30 malam,bertempat di Markaz Negeri,Air Kuning,Taiping,pada malam ini. |
KUALA LUMPUR: Persaingan enam penjuru bagi merebut jawatan Naib Presiden PAS merupakan yang paling sengit dalam sejarah pemilihan parti yang akan diadakan bulan depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata semua calon yang dipilih melibatkan nama-nama besar dan mempunyai kehebatan tersendiri.
"Semua calon yang akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden hebat-hebat belaka. Namun, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar boleh dianggap sebagai calon popular bagi jawatan itu," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Selain Mohammad Nizar, lima calon lain yang akan bertanding jawatan Naib Presiden ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; Ketua Penerangan, Idris Ahmad; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.
KUALA LUMPUR 22 MEI : Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein dilihat melangkaui bidang kuasanya apabila mendakwa pelaku dalam video lucah Datuk T akan didedahkan di mahkamah.
Pejabat Peguam Negara yang bertanggungjawab ke atas sebarang pendakwaan jenayah, setakat ini belum mengumumkan sama ada kes itu akan dibawa ke mahkamah.
Namun Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno memberitahu Mingguan Malaysia bahawa proses mahkamah akan mendedahkan pelaku dalam video berkenaan.
Malah beliau dilihat cuba “mengarahkan” Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimana untuk memastikan pelaku dalam video itu didedahkan di mahkamah.
Hishamuddin berkata “butir-butir rakaman itu masih tetap perlu dibangkitkan dalam keterangan yang dikemukakan di mahkamah,” lapor Mingguan Malaysia.
“Tidak perlu bimbang kerana orang ramai akhirnya akan tahu segala-galanya termasuk siapa pelakunya,” kata beliau dipetik lapor akhbar tempatan hari ini.
Sehingga kini, polis enggan mendedahkan identiti tersebut atas alasan tiada keperluan berbuat demikian.
Namun juak-juak Umno menabur fitnah kononnya pelaku video itu adalah Anwar. Rakaman itu disebarkan di masjid, pasar malam dan kawasan perumahan selain dimuatnaik di Internet.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkali-kali menegaskan pihaknya tidak akan mendedahkan identiti si pelaku dalam rakaman itu.
Kata Hishammuddin, selain siasatan terhadap pihak yang mendedahkan rakaman itu, siasatan juga dibuat terhadap laporan polis oleh pihak yang mendakwa lelaki dalam video itu bukan dirinya.
“Berbohong dalam laporan polis juga adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” ujarnya.
Anwar dalam laporan polisnya pada 22 Mac lalu menafikan lelaki dalam video seks yang tersebar itu adalah beliau.
Selain itu Anwar juga mahukan undang-undang Qazaf digunakan untuk menyiasat fitnah yang dibuat oleh Datuk T iaitu Ahli Majlis TerTinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzryl Eskay. tvs
PARIT BUNTAR, 22 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara.
"Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi masalah tekanan ekonomi sedangkan pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?" katanya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.
“Kerajaan yang dikuasai oleh BN telah untung besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di sini.
Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, kelesuan BN mentadbir negara kian terserlah berikutan langkah demi langkah yang diambil kononnya sangat mengambil berat isu serta soal kebajikan rakyat namun terbukti ianya satu pembohongan kepada rakyat.
“Pada hemat saya usaha BN untuk membela rakyat yang sebetul tidak dibela sejak 50 tahun, tetapi ditutup mata melalui media pro BN untuk mengaburi rakyat dari mengatahui perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat secara terhormat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah,” ujarnya.
Katanya, pemimpin Umno BN sepatutnya mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU 13 kerana rakyat telah muak dengan lakonan mereka.
PETALING JAYA 19 MEI: Pendaftar Pertubuhan cuba memansuhkan Parti Keadilan Rakyat berasaskan peruntukan perlembagaan parti yang direkayasa, kata Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution.
Beliau mengulas tindakan ROS memberi notis untuk membatalkan pendaftaran parti itu mulai 9 Jun depan kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.
ROS mendakwa tindakan memecat Rajagopal a/l Andaikkalam bercanggah dengan peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR.
Saifuddin berkata peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti. Yang ada cuma fasal 32 “yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin”.
Fasal 32 itu hanya menetapkan bahawa Majlis Pimpinan Pusat mempunyai kuasa muktamad menyelesaikan sebarang pertikaian mengenai tafsiran perlembagaan atau peraturan tetap mengenai kongres parti, kata beliau.
Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud.
Saifuddin berkata ahli yang dipecat oleh PKR adalah Jayagopal. Beliau disingkir pada 27 April 2009 oleh MPP kerana bertanding sebagai calon bebas, menentang parti pada pilihanraya kecil Bukit Selambau Kedah.
Saifuddin menyifatkan notis ROS itu bersifat “aneh” dan cubaan terbaru mensabotaj penyertaan parti itu pada Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.
"RoS mengemukakan fakta aneh dan undang-undang yang tidak ada kena mengena.
"Semakan kita maklumat itu tidak ada nama Rajagopal tetapi ada Jayagopal," kata beliau.
Peguam Sivarasa Rasiah menegaskan pemecatan anggota parti kerana melanggar disiplin adalah hal dalaman PKR dan tidak ada kena mengena dengan ROS.
Beliau berkata alasan pemecatan ahli yang digunakan oleh ROS itu pertama kali digunakan untuk membubarkan sebuah parti di Malaysia.
"Persoalannya bagaimana mereka boleh berpuas hati dengan alasan macam ini sebelum membatalkan mana-mana parti," ujar Sivarasa.
Justeru PKR akan mengumukakan surat kepada RoS hari ini untuk memberikan hujah-hujahnya bagi mempertahankan pendiriannya.
Ramai tak puas hati
Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik."Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.
Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.
Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang."Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.
Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.
"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.mk