Wednesday, May 19, 2010

Kenapa Pihak Polis Tidak Tubuh Tabung Koperal Jenain Subi!

Tahniah Kickdefella anda membantu nasib Koperal Jenain Subi - anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, selepas tertembak mangsa pada 26 April lalu .Penulis blog Kickdefella melancarkan kutipan derma bagi membiayai kos perbicaraan defendan demi mendapatkan keadilan di mahkamah.Dalam keadaan yang orang sudah berhabis duit dalam PRk Hulu Selangor dan Prk Sibu.Di mana badan kebajikan Polis?Sepatutnya mereka membantu Koperal Jenain.Koperal Jenain belum dijatuhkan hukuman,jadi beliau masih tidak dianggap bersalah.

Jenain didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menembak pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid sehingga membawa kepada kematiannya.

Jenain bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum sehingga 30 tahun.

Hakim M. Gunalan mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Aminulrasyid mati ditembak dalam insiden polis peronda mengejarnya sejauh enam kilometer pada 26 April lalu di Seksyen 11 di sini selepas mangsa didakwa enggan memberhentikan kenderaannya.

Kita berasa simpati kerana pihak yang sepatutnya menubuh Tabung untuk Koperal ini,tidak berbuat demikian.

Kita juga berharap keadilan juga diberi kepada Koperal ini,sebagaimana kita minta keadilan untuk adik Aminulrashid.

No comments:

Post a Comment