Sunday, May 9, 2010

Jika vsonic baca artikel ini tolong jelaskan,kami Bukit Gantang mahu bukti.!

Kita mohon penjelasan vsonic seperti yang tersiar dalam Tranungkite.Kita tidak mahu sekadar mendengar tetapi tidak kemukakan bukti.Tulisan penulis agak samar membuat kita pun keliru.Penulis perlu memberi maklumat kepada kita di Bukit Gantang,agar isu ini tidak dimainkan oleh UMNO untuk menyerang DS Nizar di si sini.

Vsonic kita bersedia mendengar dengan berlapang dada!Jangan timbul isu apabila Prk menjelang tiba!

oleh:
vsonic

"Semalam, Sabtu 8 Mei 2010, PAS Marang telah mengadakan Mesyuarat Agungnya. Mesyuarat Agung adalah tempat untuk ahli-ahli PAS yang berada disemua cawangan berkumpul, termasuk pemuda dan muslimat berganding bahu untuk mencari satu titik pertemuan merangka kerja bagi menjana kekuatan.

Mesyuarat Agung PAS adalah tempat muhasabah, menilai gerak kerja yang dilakukan bagi memantapkan lagi strategi dan kekuatan untuk mengemp[ur musuh terutamanya menjelang pilihanraya ke-13

Amanat perasmi adalah suatu titik kekuatan kepada keseluruhan Mesyuarat Agung berkenaan, sebagaimana Tema Ucapan Presiden jika Muktamar Tahunan PAS.

Semalam, mesyuarat ini telah dirasmkan oleh Ir Nizar Jamaluddin. Saya merasai sedih kerana ucapan berkenaan bercanggah dengan Presiden PAS dan seolah-olah bertentang dengan apa yang dicetuskan oleh Presiden sendiri.

Idea dan padangan Presiden walaupun tidak menepati tetapi sekurang-kurangnya meraikannya. Ini menyebut pandangan Presiden sama dengan pandangan dan idea Yahudi @ APCO adalah suatu yang berketerlauan.

YDP Marang perlu prihatin dalam hal ini. Yang menjemput juga sepatutnya memberikan garis panduan kerana ini adalah kawasan TG Haji Abdul Hadi.

Kalau tak suka dengan idea Tuan Guru sekalipun tak payahlah nak diungkit kerana kita telah banyak bercalar balar kerana masalah perbezaan pandangan ini.

Sepatutnya biarlah orang tua dalam Jamaah ini yang merasmikan PAS Kawasan.

Saya juga difahamkan perkara yang saya juga berlaku di Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Terengganu pada hari yang sama.

Kenapa kita masih belum celik dalam hal ini."

No comments:

Post a Comment