Wednesday, May 5, 2010

Maaf saya tak ikut Nizar!

Pada 3 Mei lalu DS Nizar bertemu rakyat dalam parlimen .Namun begitu tidak semua penduduk setempat dapat ditemui.DS Nizar bertemu penduduk di Pasar Malam Bt 2 1/2 ,Jln Taiping-Simpang dan Pasar Malam,Tmn Mewah,Kamunting.

Kita hanya bersama DS Nizar sewaktu ceramah pada sebelah malam sahaja.Apabila mereka bertanya kepada kita , mereka tidak sempat bertemu DS Nizar.

Kitapun menerangkan maaf kita tak ikut serta.Banyak yang meminta DS Nizar datang dilain kali."Cikgu lain kali ikut sama"kata seorang rakan."Cikgu ikut senang sikit"kata yang lain.

"InsyaAllah dilain kali saya akan ikut "kata kita.

Sengaja kita susun ,tiada tazkirah Magrib kali ini.Kali ini kita susun DS Nizar bertemu semua kaum."Boleh jumpa Cina,India dan Melayu"kata kita.Kalau tazkirah DS Nizar hanya berjumpa penduduk Melayu.DS Nizar minta kita susun program boleh bertemu semua orang!

No comments:

Post a Comment