Monday, May 10, 2010

Tingkatan Enam -Oh itu Kelas Pra-U!

Kementerian Pelajaran sekali lagi suka buat eksperimen.Kali ini Kelas Tingkatan Enam di SMK Kerian,Kerian. Kita tahu kes ini,kerana kita membantu seorang pelajar perempuan yang yatim untuk mendaftar kelas tingkatan enam.

Pelajar yang ditawarkan 180 orang.Tenaga pengajar tak tentu cukup.Kelas belum tentu cukup.Asrama belum tentu muat.

Kita bertemu beberapa guru.Mereka menyatakan nanti ada yang cabut,masuk politeknik atau Uitm.Langsung tidak terfikir jika 180 orang yang daftar ,bagaimana tindakan pihak pengurusan SMK Kerian mengatasinya.

Kita tidak mahu Kelas Tingkatan Enam yang pertama kali diperkenalkan itu sebagai eksperimen.Kita mendengar jika semua hadir daftar,pihak pentadbir menyuruh mereka yang dekat duduk luar asrama.

Kemudian guru yang ditawarkan seolah tidak bersedia untuk mengajar Tingkatan Enam.Kita berharap ini bukan eksperimen untuk semua pelajar Melayu ini.Jangan jadi kelas Pra U ini sekadar untuk menutup mata orang Kampung Selamat!

No comments:

Post a Comment