Saturday, May 22, 2010

Kita Memang Tidak Buat Kerja- 2

Hari ini teman-teman cikgu mengikuti kursus Ladap(Latihan Dalam Perkhidmatan) siri 1.Banyak arahan dan perintah am dikemukakan.Penerangan kursus difahamkan banyak terganggu kerana seringkali terdapat PK yang sering mencelah .Beliau tahu taklimat itu bukan hak dia,tetapi kerana berbangga dengan protokol dia sering mendabik dada.

Kita tertarik satu saranan Surat Layang yang kononnya ditulis oleh seorang pelajar kelas cerdik seperti diberitahu teman .Budak itu menyebut satu persatu tindakan beberapa orang guru,yang tidak memberi kerja rumah,tidak masuk kelas dan macam-macam memburukkan guru.

Surat Layang ini didedahkan kepada para guru sekadar untuk memotivasi teman-teman guru.Bagi kita, Tuan Pengetua dan PK akan menyiasat tuduhan surat layang itu.Kita juga berkeyakinan Tuan Pengetua tidak terpengaruh dengan surat layang,SMS,atau "kaki kipas".Kita tahu Tuan Pengetua akan menyiasat,setelah mendapat penjelasan semua pihak baru beliau memberi pandangan serta menjatuhkan hukuman.Itulah kelebihan Tuan Pengetua.

Semasa kita memegang jawatan Disiplin Ketua,kita juga menerima satu surat yang layang yang dihantar kepada Tuan Pengetua.Semuanya memburukkan kita.Tuan Pengetua menyiasat dan meminta kita memberi penjelasan.Akhirnya kebenaran terbukti.Tuan Pengetua pula meminta maaf kepada kita kerana terpaksa menyiasat kes surat layang itu.

Tetapi baru-baru ini kita diberitahu tidak membuat kerja dan tidak membantu kawasan.Kita juga tidak menyusun program untuk orang ramai.Kita juga dituduh tidak proaktif berdasarkan laporan"kaki ampu".Kita juga mengambil kesempatan.Kita tidak diadili tetapi terus dijatuhkan hukuman.Kita pun terbayang baiknya Tuan Pengetua kita kerana memberi kita peluang dan diadili.Tuan Pengetua kita tidak terus menjatuhkan hukuman.

Nampaknya kita belum pandai berpolitik,sebab kita memang tidak buat kerja?

No comments:

Post a Comment