Sunday, May 30, 2010

Kedah belajarlah pengalaman kerajaan PR Perak.

Kita dikejutkan ADUN Kuala Nerang Dato' Syed Sobri yang diberitakan untuk masuk PAS.Kita berharap jika betul,pimpinan PAS dan juga Kerajaan PR berhati-hati.Kita tidak mahu tragedi Perak berulang di Kedah.

YB Nasarudin ADUN Bota ,Perak mengistiharkan menyertai PKR,akhirnya kita di Perak kehilangan tiga ADUN lain.

Ingat UMNO,ingat APCO.Ingat UMNO ingat judi.Dengan kuasa itulah Perak jatuh.Jadikan Perak sejarah kita.Politik nafi di Perak di saat kejatuhan kerajaan perlu dielakkan.Kalau boleh kita tidak mahu terlepas kerajaan melalui jalan belakang.

Dato' Syed Sobri Syed Hashim ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu. Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu. Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini.

Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden UMNO. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.

Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat. - Abdul Rahman Hashim

No comments:

Post a Comment