Wednesday, May 26, 2010

Terkenang Hj Roslan Shaharum Ahli Parlimen PAS pertama.

Semasa berita kematian Allahyarham Hj Roslan Shaharum dikhabar kepada kita,kita tidak percaya. Pada 9 Feb , pukul 11 pagi kita diberitahu Hj Roslan telah meninggal ,kita tidak percaya.Pada pukul 8.00 pagi kita bersembang panjang dengan Hj Roslan ,berkenaan program pada 9 Februari.

Akhirnya kita yakin setelah Cikgu Khairul melaporkannya.PrU 2008 kita bertugas sebagai Setiausaha JPK Bukit Gantang.Hj Roslan merupakan calon PAS.Agak lama kita mengenali hati budi Allahyarham Hj Roslan Shaharum.PrU 2008 kita membantu jentera kempen Hj Roslan.Takdir menentukan kita menang Parlimen Bukit Gantang.

Kita bersama Sdr Fadhil Idris,Sdr Basher Ahmad menjadi Pegawai Khas Ahli Parlimen.Kita menjadi Setiausaha Sekretariat.Kehilangan Hj Roslan amat terasa,Hj Roslan tetap disebut jika kita membincang jentera pilihanraya.Sehingga kini nama Allahyarham masih disebut.Mengurus Hj Roslan Shaharum rasa tidak sukar.Beliau boleh bergurau ,boleh menjadi guru ,boleh menjadi teman ,beliau boleh menjadi pendengar yang baik,beliau amat memahami kita.

Hj Roslan tidak menuduh kita suka ambil kesempatan .Banyak kali juga beliau datang ke rumah kita atau rumah pak mertua,tidak pula beliau mengeluarkan perkataan ini bukan parlimen Bukit Gantang.Juga tidak menuduh ini bukan kawasan pengundi kita.Tidak juga menuduh kita ambil kesempatan.

Hj Roslan yang kita kenal dan ingat,sentiasa bersama denyut nadi rakyat.Allahyarham akan SMS,menelefon dan menegur kita secara berhemah.Bagi beliau petugas parti perlu dihargai.Keistimewaan beliau ,rujukan utama di peringkat kawasan ialah YDP .Beliau tidak mendengar cakap orang lain.

Hj Roslan jika perlu akan menyiasat dan beliau tidak menjatuhkan hukuman tanpa diberi peluang untuk kita membela diri.

Maaf jika ada yang tak suka kita mengenang daya juang Ahli Parlimen Pas Pertama Bukit Gantang itu.

No comments:

Post a Comment