Tuesday, May 4, 2010

Keadilan untuk Aminulrashid-20 das tembakan satu tepat di kepala!



Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid 2: Polis lepaskan 20 das tembakan.

"Apakah kita semua setuju untuk mengatakan bahawa ini adalah kejadian pembunuhan Allahyarham Adik Aminulrasyid??" tanya Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Moderator Forum yang juga Presiden PKPIM, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia.
Disambut dengan jawaban serentak dari semua yang hadir "SETUJU!!!!!"

Begitulah bermulanya Forum “Keadilan untuk adik Aminulrasyid” yang menampilkan tiga orang panel jemputan. Mereka adalah N. Surendran selaku peguam untuk keluarga adik Aminulrasyid, Raja Badrol Hisham merangkap pensyarah Undang-undang Prosedur Jenayah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), dan Wong Chin Huat dari Civil Rights

Forum dimulakan dengan Saudara N.Surendran diberikan peluang yang pertama untuk menyampaikan perkongsiannya.

N. Surendran memulakan sesinya dengan menyatakan kebanggaan dan senang hati melihat ramai yang datang dan ramai yang bangkit apabila timbulnya kes salah tembak oleh polis. Menurutnya sebelum ini untuk mendapatkan 5 atau 6 orang pun cukup susah bagi kes kezaliman seperti ini. Ini adalah kerana beliau adalah peguam yang berpengalaman dalam menangani kes-kes seperti ini seperti kes Norizan Salleh, A.Kugan dan lain-lain lagi. Beliau juga memaklumkan dalam era IT ini sudah muncul satu laman khusus di Facebook yang mempunyai penyokong seramai 60,000 orang!!!.

20 das tembakan

Pihak Polis peronda yang terbabit telah MELEPASKAN 20 DAS TEMBAKAN ke arah kereta yang dipandu oleh Adik Aminulrasyid.

"He was shot at the back of his head" tegas Surendran.

"Bila sampai di seksyen 11 polis tembak bertubi-tubi lagi yang menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan dan terus masuk ke dalam longkang." Ketika itu Adik Aminulrasyid sudahpun terkena tembakan di kepala dan jatuh ke riba kawannya Azzamuddin. Adik Azzam terus keluar dari kenderaan untuk menyerah diri namun dia telah diterajang oleh polis yang seramai 4 hingga 5 orang.sumber pasbukitsentosa2.blogspot.

No comments:

Post a Comment