Monday, May 24, 2010

Hati-hati Cikgu dengan Muhyiddin !

Kita diberitahu teman-teman dalam perguruan,Muhyiddin mula melakukan operasi menukar guru.Mereka bertanya pendapat kita semasa menjadi guru.

Kita memberitahu sewaktu kita masih bertugas sebagai guru,Hishamudin tidak pula menukar guru-guru.Kebanyakan guru yang bertukar merupakan satu arahan kenaikan pangkat.Tetapi Muhyiddin kita diberitahu menukar guru-guru kerana mengkritik beliau dalam blog.Seorang teman guru dari daerah Kinta dikhabarkan ditukarkan ke Pahang.Tulisan beliau dijadikan bukti.

Kita pun terkenang seronoknya menjadi guru ,kerana bersama murid.Kini walaupun tidak bertugas sebagai guru ,kita tetap dipanggil Cikgu.Dengan Tuan Pengetua selalunya berkongsi idea dan kita boleh mengkritik pengetua.Itupun Pengetua Bukan Melayu.Pengetua Melayu berjiwa UMNO ,jawabnya bertukarlah kita.Semasa kita menjadi guru dulu,kita ditukarkan kerana membantah idea Pengetua yang bukan-bukan.

Kita terasa ingin memulakan kembali karier guru.Tapi guru tuisyen. Sekurang-kurangnya murid mendengar pandangan kita.Kita juga tidak mengambil kesempatan ke atas mereka.

1 comment:

  1. susah la kalau mcm tu..asyik kena tukar jek jwbnya..rugilah sekolah..rugilah murid kalau yg ditukarkan tu guru yg berkualiti

    ReplyDelete