Sunday, January 31, 2010

Rayuan DS Nizar-penduduk Perak Lembah Klang minta hadir 9 Februari

Sepanjang kita mengikuti DS Nizar pada 31 Januari 2010 setiap tempat yang kita pergi dan setiap orang yang kita temui DS Nizar mengharapkan sokongan rakyat berterusan dengan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan kita bersedia untuk menghadapi pilihanraya negeri.Kita kini sedang bertemu pengundi Melayu untuk mengembalikan sokongan mereka dengan PR.

DS Nizar juga mengharapkan jentera pilihanraya PR sudah bersiap sedia.Pertemuan dengan masyarakat perlu diteruskan.Justeru itu apabila beliau ingin bersolat Jumaat di Bukit Gantang,kita akan mengaturkan mengikut tiga dun yang ada.

DS Nizar sering dimaklumkan orang "Pas Kuat" bahawa siapa imam yang bertugas.Contohnya baru-baru ini,beliau tetap menjadi makmum walaupun diberitahu Imam yang bertugas Imam Umno.Tiada pula beliau menyatakan jangan berimamkan dengan imam UMNO.Bagi DS Nizar sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang,beliau berkhidmat untuk semua.

Dalam perjumpaan dengan penduduk,beliau mengharapkan kita terus bermunjat ke hadrat Allah s.w.t supaya mengembalikan kuasa rakyat berpaksikan perlembagaan negeri Perak.

Justeru itu beliau mengharapkan penduduk Perak lembah Kelang memberi sokongan kepada beliau pada 9 Februari ini.

SPRM tak mahu siasatkah Adun Trong dengan pendedahan ini.

Adun Trong Mungkir Janji


DS Nizar ,Sdr Chuah Tiong San menunjukkan keratan akhbar dan surat tawaran Md Saad yang kononnya telah dibaiki rumah beliau.Tetapi janji PRK 2009 itu tidak dibuat.Mungkinkah peruntukan itu di ambil"penyamun".SPRM tak mahu siasat ke!Turut kelihatan YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin.

DS Nizar ,Sdr Chuah Tiong San dan Ustaz Nordin Jaafar,YDP dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

DS Nizar pagi tadi mendedahkan YB Rosli Husein telah mengeluarkan satu surat penghargaan yang menipu rakyat.

Rumah yang dikatakan sudah dibaiki itu langsung tidak dibuat.Beliau mempersoalkan ke manakah peruntukan itu dibawa lari.

Menurut Ustaz Nordin pula SPRM tolong siasat le,selalunya laporan akhbar pun boleh disiasat.

Md Saad seorang penduduk yang dikesan ditipu UMNO ,berapa banyak lagi UMNO sudah menipu penduduk Bukit Gantang,PRK Bukit Gantang betul-betul memberi pengajaran kepada penduduk Bukit Gantang.


Turut sama DS Nizar ziarah Makam Almarhum Dr Burhanuddin Alhelmi



DS sedang mendoakan kesejateraan roh Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmi yang meninggal dunia pada 14 Oktober 1969.

DS Nizar memimpin tahlil untuk Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmi.

Taiping- 31 Januari.
DS Nizar sebentar tadi telah melawat makam Almarhum Dr Burhanuddin yang meninggal dunia pada 14 Oktober 1969.

"Dr Burhanuddin meninggal dunia selepas peristiwa 13 Mei 1969 Mei" Menurut sejarah Dr Burhanuddin merupakan salah seorang yang telah disiksa semasa di tahan di bawah ISA.

al fatihah untuk Almarhum Dr Burhanudin AlHelmi.

Sambutan Rakyat Masih Tinggi-Sambutan SB pun semakin banyak.


Kelmarin pada 30 Januari kita bersama YDP Pas Bukit Gantang mengikuti DS Nizar ke jamuan makan PKR Cabang Bukit Gantang.

Jamuan yang dibuat di sebuah restoran berdekatan Jalan Matang.

Habis meja yang ditempah dan terdapat rakyat yang duduk bersila di luar restoran.

Sambutan rakyat tetap meriah dan ramai .Sambutan SB juga semakin banyak.Pada jangkaan kita sepuluh orang.Itupun yang kita kenal mereka.Terdapat SB yang bercampur.SB berbangsa Cina siap tempah meja lagi.

Seorang SB yang biasa dengan kita dan mempunyai nombor telefon kita tersenyum riang merakam dan mencatat Ucapan DS Nizar.

Majlis jamuan itu turut disertai DS Wan Azizah.

Kita selaku Ketua Penerangan Pas Bukit Gantang bersama YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar duduk di meja VIP.Walaupun terdapat urusetia yang menyuruh kita duduk di meja lain.Kita bersama YDP mewakili PAS Bukit Gantang,perlu berada di meja VIP,kerana kita merupakan Pimpinan PR Bukit Gantang.

Jadi pandangan kita Majlis Pimpinan PR perlu banyak buat program kerana masih terdapat pimpinan PR yang bersikap kekitaan.Tidak pandang pemimpin parti lain.

DS Nizar dalam Majlis itu menyanyi sebuah lagu dalam bahasa Mandarin.Antara lain bermaksud bulan di hatiku.

Apa yang kita nampak pemimpin kita mesra rakyat dan tidak terlalu protokol.

Cuma program mendekati rakyat dan menyantuni rakyat perlu dibanyakkan.






















Friday, January 29, 2010

Macam-macam boleh berlaku jika DS Nizar disahkan MB Mahkamah Persekutuan.


DS Nizar sedang mendengar ucapan di Surau Cheh Seberang pada 2 Januari lalu.DS Nizar antara kelebihan yang kita dapat sepanjang bekerja dengan beliau ,program perlu berjalan lancar dan tidak perlu protokol sangat.

Sehingga ini jadual DS Nizar yang diberitahu kepada kita agak padat.Sewaktu kita bersama DS Nizar kelmarin ,beliau membayangkan pelbagai perkara boleh berlaku."Macam-macam boleh berlaku" kata DS Nizar.

Cuma beliau mengharapkan agar kita terus bermunajat dan doa untuk kesejahteraan rakyat dan keamanan negeri Perak.Bagi DS Nizar 9 Februari ini memberi harapan baru negeri Perak dengan demokrasi dan suara rakyat.Kita tidak melihat DS Nizar meminta doa untuk diri sendiri.Doa yang dipinta untuk Menteri Besar pilihan rakyat dan juga untuk keamanan negeri Perak.

DS Nizar tetap dengan pendirian beliau menyatakan jikalau keputusan mahkamah memihak kepadanya,langkah awal yang diambil mengutus surat mohon mengadap Kebawah DYMM Sultan Perak.Seterusnya akan menunggu perkenan Tuanku untuk mengadap serta mempersembahkan hasrat PR untuk membubarkan Dun.

Di sinilah beliau menyatakan memakan masa,kerana perlu menunggu perkenan Sultan.Dalam tempoh inilah pelbagai cara akan dilakukan oleh pihak BN jika mereka kalah.Antaranya undi tidak percaya dan menggunakan agensi kerajaan persekutuan untuk mengganggu gugat politik Perak.

Menurut DS Nizar lagi kerajaan selepas 9 Februari ini ,jika beliau disahkan Menteri Besar oleh Mahkamah Persekutuan pelbagai cabaran dan tekanan akan dihadapi.Justeru itu DS Nizar mengharapkan sokongan rakyat berterusan dengan Pakatan Rakyat.

Sementara itu menurut YB Khalil Idham Lim,jikalau mahkamah memihak kepada Zamrry,Zambrylah satu-satunya Menteri Besar yang disahkan oleh Mahkamah di Malaysia.

Betapa kental DS Nizar-sanggup menongkah arus!


DS Nizar bergambar di hadapan rumah Tok Ketua Kampung PR Ismail Patani.DS dijamu dengan masakan Kg Cheh oleh keluarga Tok Sidang Ismail.

Hari ini kita bersama DS Nizar .Banyak ilmu yang didapati.Banyak perkara yang dipelajari.Membuat kita berasa sedih kerana kita tidak sekental DS Nizar menghadapi ujian.

Ditakdirkan Allah s.w.t doktor masih memberi cuti setelah 15 hari menjalani pembedahan kecil penyakit tairod.Dalam tempoh cuti ini kita dapat bersama DS Nizar bermula Solat Jumaat hinggalah ke 5.25 petang .

Sewaktu bersama DS Nizar selepas habis tazkirah muslimat untuk minum teh bersama TYDP,Ustaz Abdullah Husein dan penduduk kampung ,kita mendengar DS Nizar memberitahu kini tekanan ke atas beliau semakin hebat.DS Nizar juga menjelaskan kini polis bukan sahaja mengekori beliau di luar rumah tetapi sampai ke perkarangan rumah beliau.

Lalu kita bertanya siapa,adakah polis biasa atau SB."ASP sudah datang ke rumah menunjukkan muka."kata DS Nizar.Beliau menjelaskan mungkin untuk memberi tekanan kepada anak isteri.

Namun kini terdapat anggota unit amal yang bertugas di rumah DS Nizar dalam tempoh sehingga 9 Februari ataupun sehingga selesai proses Bubar Dun Perak."Alhamdullah terdapat pemuda PAS yang bersedia untuk membantu"kata DS Nizar lagi.

Menurut DS Nizar lagi terdapat banyak pihak yang akan membuat provokasi sehinggalah keputusan 9 Februari selesai.

DS Nizar memberi contoh pemalsuan Pegawai Khas DS Nizar yang bernama "HAMZAH".Bagi DS Nizar pihak tv 3 dan tv 9 itu berniat jahat.

Jadi DS Nizar menegaskan ,beliau telah meminta peguam Tuan Hanipa Maidin untuk menyaman pihak TV swasta itu.

"Sebentar tadi saya meminta Peguan Hanipa Maidin untuk menghantar notis kepada pihak berkenaan"tegas DS Nizar."Setelah kita memberi peluang untuk meminta maaf .pihak tv langsung tidak mengendahkan"kata DS Nizar lagi.

Kita difahamkan DS Nizar diberi kawalan .Pergerakan DS Nizar akan dibantu unit kawalan sukarela rakyat. Sudah tentulah Unit Amal kita berperanan.Sewaktu kita bersolat Jumaat tadi pun kita melihat kelibat SB.

Dalam bertemu tenaga muslimat tadi,DS Nizar sempat berpesan supaya kita terus bermunajat ke hadrat Allah s.w.t supaya 9 Februari ini kemenangan kebenaran dan keadilan.

DS Nizar berpesan supaya kita terus bersedia untuk menghadapi pilihanraya dengan menyokong calon PR .

Thursday, January 28, 2010

Petang ini kita minta Pandangan DS Nizar bilakah bubar Dun Perak

Sebentar lagi kita akan bersama DS Nizar bersolat Jumaat di Masjid Kg Cheh,Pekan Bukit Gantang.

Kita akan minta pandangan beliau bilakah agaknya pembubaran DUN Perak.Mungkin juga dalam Tazkirah untuk Muslimat pada 3.30 petang ini di Markaz Pas Pekan Bukit Gantang DS Nizar akan menimbulkan isu "BUBAR DUN PERAK".Mungkin juga DS Nizar ingin berpesan kepada para tenaga pilihanraya Muslimat Bukit Gantang supaya bersedia dengan gear 4.

Apapun kita akan minta pandangan DS Nizar tentang isu bubar DUN Perak melalui mulut beliau petang nanti!

Harap-harap saya masih sihat dan berkelapangan dengan DS Nizar petang nanti.Kita masih bercuti
mempunyai kebenaran untuk tidak mengajar petang nanti.

Kelantan-Gambar Rakyat Bersama Dalam TUNTUTAN ROYALTI.




SUMBER

DS Nizar bertemu rakyat-29 Januari 2010

DS Nizar dijadualkan berada di Dun Changkat Jering untuk bertemu penduduk pada hari Jumaat 29 Januari 2010.

DS Nizar dijadualkan bersolat JUMAAT di Masjid Kg Cheh ,Bukit Gantang untuk bersama rakyat .

Pada 3.30 petang untuk memberi TAZKIRAH kepada muslimat Pekan BUKIT GANTANG bertempat di Markaz Bersama Pas Pekan Bukit Gantang.

Masyarakat sekitar dijemput hadir beramai-ramai untuk bertemu DS Nizar.Kehadiran kita tanda kita memberi sokongan ke atas MB sah Perak itu.


“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” adakah PR bersedia!

“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” kata Nizar dengan sinisnya.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan oleh BN pada 5hb Februari 2009 sehinggalah tarikh keputusan Mahkamah pada 9hb Februari 2010 nanti, jawatan Menteri Besar Negeri Perak telah dikosongkan iaitu tiada siapa pun yang memegang jawatan ini.

Apabila kita membaca petikan kata-kata DS Nizar seperti yang dilaporkan harakahdaily itu,kita mendoakan 9 Februari satu hari yang mengembalikan semula kepercayaan rakyat ke atas sistem kehakiman negara.

PR mesti terus bekerja walau apapun yang berlaku sebaliknya.PR perlu gerakkan sumber yang ada. Contohya jika berlaku pilihanraya ,calonnya mestilah yang terbaik.Bertanding kali ini untuk membentuk kerajaan,bukannya sasaran untuk 6 kerusi sahaja.Hatta jika perlu bertukar kerusi pun PR kena fikirkan.

PAS mungkin boleh meletakkan calonnya di kawasan campuran pelbagai kaum.Kita sudah mempunyai Himpunan Penyokong PAS.Kalau mungkin kita bertanding di Dun Kuala Sapetang,mungkin PAS mampu mengetengahkan calonnya.Ingat kuasa undi Melayu juga tinggi di sini.Kita tidak boleh beranggapan letak batu atau kayu pun kita boleh menang.Ingat rakyat tahu wakil rakyat mereka bekerja atau tidak.Ingat rakyat tahu parti-parti PR mendekati rakyat atau tidak.

Dengan tambahan pengundi baru di Perak ,PR perlu berlipatganda usaha,jika boleh 1000 peratus bukan setakat kita kaya dengan isu.

Kita masih tidak nampak usaha PR untuk menarik kembali sokongan orang Melayu.Kadar 7-8 peratus pengundi Melayu yang sudah beralih arah perlu diteliti.Jelaskan kepada Majlis Pimpinan Rakyat Kawasan Parlimen,kawasan yang perlu digempur.

Jentera Penerangan Sekretariat perlu melaksanakan amanah. Kalau sekadar berita dalam blog,masyarakat Melayu pedalaman bukannya mempunyai akses internet.Contohnya kita di Dun Trong,Melayu di Permatang Raja,Sg Tinggi pengetahuan rakyat masih bersumberkan media arus perdana.

Kita juga masih tidak melihat gerakerja pemuda dan wanita PR Perak "all out".PR perlu pimpinan yang membela rakyat.Kita mahu DAP bela Melayu,PAS bela Cina dan India begitu juga PKR.PR juara membantu rakyat,bukan hanya bertindak apabila tersiar di akhbar.Kita mendahului BN dalam mendekati rakyat.

Dalam pada itu kita mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Perak yang menganjurkan Hempap pada 31 Januari ini.Tahniah pemuda melangkah gagah mempertahankan demokrasi Perak.

ALAHAI SINAR HARIAN LAPORAN BIAR LAH JELAS


Inilah Md Saad yang ditipu YB Rosli Husein,Adun TRONG ,satu DUN dalam parlimen Bukit Gantang yang menjanjikan membaiki bumbung rumah. Surat Rosli Husein yang mengucapkan tahniah atas kejayaan membantu Md Saad.Tetapi sebenarnya Rumah Md Saad tidak langsung dibaiki.Md Saad memberitahu peruntukan untuk rumah beliau mungkin telah disapu oleh pihak yang berkenaan.

Malangnya Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 28 Januari tidak melaporkan siapa yang berjanji,pihak mana yang patut dipertanggungjawab.Sinar HARIAN SEPATUTNYA BERTANYA KEPADA YB ROSLI HUSEIN YANG GAGAL melaksanakan janji..


Inilah berita Sinar Harian.28.1.10
Mana janji baiki bumbung: Md Saad


MATANG PASIR – Bumbung rumah yang sepatutnya diganti awal Januari lalu, dipandang sepi pihak berkenaan dan perkara itu kini menimbulkan persoalan kepada tuan rumah kerana surat kelulusan membaik pulih sudah diterima.

Md Saad Mat Jenin, 52, berkata, dia sangat kecewa dengan pihak berkenaan kerana sehingga kini masih tiada tindakan diambil sedangkan rumahnya semakin hari semakin teruk.

Menurutnya, akhir tahun lalu, ketua kampung ada membawa beberapa pegawai datang melihat keadaan rumahnya.

“Tiga kali pegawai datang untuk melihat keadaan rumah kami. Sebulan selepas itu, saya ada terima surat kelulusan program bantuan rumah tahun 2009 bagi Parlimen Bukit Gantang.

“Perkara itu sangat menggembirakan kerana ia memang ditunggu-tunggu kami sekeluarga memandangkan bumbung rumah juga bocor dan patut diganti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Md Saad berkata, rumah abang dan kakaknya juga terlibat dengan program berkenaan dan awal Januari lalu, pihak kontraktor sudah menggantikan bumbung baru untuk rumah mereka.

Bagaimanapun katanya, dia terkejut kerana rumahnya tidak pula dibaiki seperti yang tertulis dalam surat.

Akibat tidak berpuas hati, Md Saad kemudiannya menghubungi pihak yang mengeluarkan surat berkenaan untuk meminta penjelasan.

“Saya disuruh datang ke pejabat untuk menyemak nama. Apabila disemak, saya terkejut nama saya tercatat rumah telah dibaik pulih.:

“Mereka kemudiannya menyuruh saya memberikan semula nama, alamat dan nombor telefon tetapi sehingga sekarang, sepi tanpa berita,” katanya.

Md Saad berkata, perkara itu juga dipanjangkan kepada ketua kampung dengan harapan beliau dapat membantu, tetapi keadaan masih juga sama.

“Saya kecewa dengan tindakan yang dilakukan. Mereka seolah-olah menyindir dengan memberikan surat ini kepada saya.

“Saya tidak pernah meminta bantuan ini tetapi mereka yang ingin memberikan, jadi saya terima dengan besar hati tetapi akhirnya jadi begini,” katanya.

Md Saad berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya rakyat tidak hilang rasa percaya dan membuat andaian bukan-bukan.

Wednesday, January 27, 2010

Siri Penderhakaan UMNO Kepada Raja-raja Melayu-Umno Terengganu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9mAeemlsIAeV9Rvk2ZFEEmpKgdTckuidzmis6dDM1_zzT_Ap210IT_NqVIRUb372SQVM-ky7FV01l76K_1VvJ6kYPl8vBj9wOsyt38CeVBuf2LVEXcqKGgzxf3WjN5xQJnTicIj-5xyHt/s400/umnobiadap.jpgKita melihat sejarah Umno Khianat lagi Derhaka kepada Raja Melayu .23 daripada24 Adun Terengganu mengugut boikot angkat sumpah Dato'Mohd Said selepas pilihanraya.Mereka wakil rakyat UMNO membuat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana.Mereka Umno mahu Idris Jusoh dilantik sebagai MB Terengganu.

Manakala penyokong UMNO menyatakan pula Sultan Terengganu binatang.Kita pun hairan polis tidak pula buat tangkapan ke atas mereka yang "demo" dan hina sultan.Mungkinkah polis yang bertugas rabun warna dan rabun huruf sampai tidak tahu siapa yang memegang kain rentang menghina Kebawah DYMM Sultan Terengganu.

Semasa rakyat demo tak setuju Zambry Kadir jadi MB Perak di depan Istana Kuala Kangsar 6 Februari 2009,ramai yang ditangkap dan di sembur gas.

Bingung punya TPM merangkap Menteri Pelajaran-

Kita hairan dengan pemikiran TPM ,Muhyiddin Yassin.Pemikiran tahap rakyat kampung tidak bersekolah.

Sepatutnya kitalah mempertahankan jumlah yang perlu untuk biaya pendidikan rakyat.Peruntukan baucar tuisyen,rancangan makanan tambahan,elaun makan asrama dan bantuan uniform untuk unit uniform sekolah ,harus ada kerana yang dapat golongan miskin.Rakyat miskin kebanyakan orang Melayu.Kurang cerdiknya Muhyiddin Yassin.

Ini seperti anak minta dengan ibu -bapa ,duit tak cukup.Kita punya "thinktank",kita ada Ketua Pengarah,kita ada MAMPU., berfikirlah banyak dan membuat perancangan pendidikan rakyat.Sepatutnya peruntukan pendidikan sudah ada dan cukup untuk rakyat.Tak perlu minta RM700 juta.Itupun bercakap dekat Cebu,Filipina.

Kita difahamkan rakyat luar bandar majoriti Melayu sudah bising.Taukeh Kantin kebanyakan UMNO juga mengeluh kerana RMT kemungkinan tiada bulan April ini.Begitu juga kontraktor bekal Uniform Kelab ,bising mereka sudah kehilangan RM.

Jadi kebanyakan mereka kroni UMNO,terpaksalah TPM yang kurang cerdik itu minta bantuan tambahan RM700 juta.Bukan sangat hendak tolong rakyat.Jikalau hendak tolong rakyat bajet pendidikan tidak akan dipotong-potong.Potong-potong kata iklan TV.

Kita baca berita ini menunjukkan TPM kita tak layak jadi PM menggantikan Najib.

CEBU 27 Jan. - Kementerian Pelajaran dijangka menerima bantuan tambahan sebanyak kira-kira RM700 juta bagi membolehkan bantuan untuk pendidikan yang dikurangkan pada Bajet 2010 lalu, diteruskan semula.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah perkiraan kasar yang dibuat kementerian beliau selepas Kabinet hari ini bersetuju meluluskan usul menimbangkan semula pemberian bantuan itu.

Beliau pada mesyuarat Kabinet itu diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalankan tugas sebagai Menteri Pelajaran.

"Kita akan berunding dengan Kementerian Kewangan berapa bantuan yang disediakan semula itu supaya mana-mana bantuan yang terpaksa kita kurangkan sebelum ini boleh dilaksanakan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat salah satu sesi perbincangan yang dihadiri beliau di sini, sempena Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEC) Ke-45.

Pada pembentangan Bajet 2010 lalu, kerajaan terpaksa mengurangkan bantuan tahunan bagi sekolah-sekolah berbanding tahun sebelum ini kerana defisit yang didepani negara.

Pengurangan bantuan itu mencakupi enam perkara iaitu skim bantuan tuisyen, bantuan pakaian sekolah beruniform, bantuan makanan asrama dan rancangan makanan tambahan.

Turut dikurangkan ialah bantuan elaun murid berkeperluan khas dan sukan serta kokurikulum.

Menurut Muhyiddin, keputusan memberikan semula bantuan bagi pendidikan itu menunjukkan kerajaan sangat prihatin dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar.

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan kerana memberi perhatian sewajarnya kepada perkara tersebut.

"Harapan saya isu bantuan kepada pendidikan selepas ini tdak lagi berbangkit di kalangan ibu bapa dan para pelajar pula tidak menjadikannya alasan untuk meneruskan pembelajaran dengan sempurna," katanya.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Gantang Buat Laporan Polis?

SMS dan menelefon kepada kita agar buat laporan polis kerana berita TV3 mencemar imej Pegawai Khas DS Nizar.Kita tidak membalas SMS itu.

Kita hanya memberitahu yang kita akan buat perbincangan sesama Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Gantang keperluan untuk membuat laporan polis.Setakat ini kita tidak dipandang serong oleh Jabatan Kerajaan dan masyarakat.Bertambah pula kita setakat ini masih ditanya khabar ,bagaimana dengan "operate".

Masalah kami ,kami tidak menonton siaran berita itu,jadi kami tidak tahu macamana bentuk untuk membuat laporan.Kita juga tidak mengetahui kedudukan peringatan DS Nizar kepada pemilik stesen tv itu,adakah sudah meminta maaf atau belum.

Bagi kita ,Pusat Khidmat perlu terus bekerja,peduli apa dengan fitnah,peduli apa dengan tohmahan,peduli apa dengan "cah keting" dan peduli apa dengan mereka yang tidak bekerja tetapi pandai mengkritik.Kita pegawai khas perlu terus bekerja.Kita di sini kerana kita Ahli Pas dan pimpinan Pas Kawasan.

Kita pun tidak tahu setakat mana PAS Kawasan boleh menerima kita untuk terus berkhidmat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen. Kita pun dinilai oleh DS Nizar.Nampak gayanya KPI kita di bawah 40 markah.Mungkin juga DS Nizar mempunyai pasukan "elit" untuk pusat khidmat parlimen.

Nantilah kita fikir-fikirkan keperluan untuk membuat laporan polis dan kemunasabahan laporan polis itu.

Ya Akhi Kami Datang Kerana Kalimah Allah-

Rosmah Mansor memeluk erat Lee Chong Wei.Johan Badminton Terbuka Malaysia 2010






Petang tadi terdapat dua orang jamaah tabligh singgah dan ziarah rumah kita.Boleh dikatakan setiap bulan terdapat kumpulan jamaah tabligh yang datang ke rumah kita.Selalunya kita tidak berceloteh banyak,mendengar mereka memberi tazkirah.Kebetulan jikalau mereka datang kita baru balik sekolah.Tetapi kita pada petang tadi ,bercuti sakit dan mampu untuk memberi pandangan.

Kita memberitahu sudahkah mendaftar sebagai pengundi.Terdapat seorang pemuda mengaku sudah daftar sebagai pengundi,tetapi tidak pernah mengundi.

Lalu kita berhujah,kita perlu ikut perlembagaan Malaysia untuk merebut kuasa politik dan pemerintahan.Jadi kita perlu mengundi parti yang mahu mendaulatkan Islam.Di sinilah kita kena sokong PAS kata kita lagi.Rugi kita menyebut tentang kalimah Allah tetapi politik kenegaraan kita tinggal.

Kita terus berhujah tanpa sempat Jemaah Tabligh tadi sempat memetik hadis Nabi.Kita katakan lagi dalam satu program AJL baru-baru ini ,Black mencium Mas Idayu ,satu Malaysia bising.Namun apabila Rosmah Mansor memeluk Lee Chong Wei ,1 Malaysia senyap.Tak sebutpun Rosmah Mansor baru balik buat umrah.

Kita juga menerangkan lagi kes kalimah Allah s.w.t sepatutnya dari dulu lagi selesai dan boleh melambatkan proses mahkamah.Ketua Hakim Yang Arif "Zaki Azmi" ahli UMNO boleh memilih Hakim Melayu Islam dan boleh melengah-lengahkan perbicaraan.Banyak kes yang boleh ditangguhkan kenapa tidak kes KALIMAH ini.

Satu hujah,akhir kita katakan Gereja All Saint satu kawasan berdekatan Kem Tentera,Balai Polis dan Penjara .Satu laluan yang bukannya lengang dan dan sepatutnya selamat.Tetapi terdapat kes baling bom api.

Kita mesti raikan pendapat yang Allah s.w.t menjadikan kita pelbagai kaum untuk saling mengenali.

Ya Akhi,kita jumpa lagi.

Ayuh kita ke Solat Hajat Serentak Untuk Perak dan Kelantan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada esok malam 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini. PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan.

PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini.idris ahmad-ketua penerangan

Tuesday, January 26, 2010

Nizar, usah bermimpi jadi MB

oleh:Angkasanuri

Setelah beberapa bulan ditangguh, akhirnya Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada 9 Febuari ini untuk memuktamadkan siapa Menteri Besar Perak sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin atau Dato Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagi saya Nizar tidak perlu bermimpi untuk jadi Menteri Besar kerana beliau memang sudah jadi Menteri Besar Perak yang sah.Biasanya orang bermimpi kerana terlalu memikirkan atau teringinkan sesuatu. Mimpi juga dikatakan mainan dalam tidur.

Apa perlu Nizar bermimpi kerana sememangnya beliau Menteri Besar Perak yang sah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya berdasarkan prinsip demokrasi.

Mana ada sejarah mana-mana tamadun dan negara era moden ketua sesebuah negara atau negeri dipilih oleh mahkamah. Kalau macam tu lebih baik tak payah buat pilihanraya. Bukan sahaja buang duit rakyat tetapi juga membazir masa.

Lagipun yang bakal membuat keputusan nanti ialah mahkamah Malaysia yang diselubungi dan dikaitkan dengan pelbagai isu serta skandal yang tak selesai-selesai. Apapun keputusan mahkamah nanti pada 9 Febuari ini tidak mampu menyelesaikan konflik politik di Perak. Ini kerana pemilihan Menteri Besar kali ini telah mengikut lunas di luar tabie.

Jika Nizar menang, adakah orang Umno@BN akan berdiam diri? Begitulah sebaliknya jika Zambry menang. Inilah padahnya bila sistem demokrasi dalam negara dikhianati dan dicabuli.

Tetapi sekurang-kurangnya apabila Nizar menang akan mengembalikan semula hak rakyat untuk memilih siapa Menteri Besar mereka yang sah kerana Nizar dan Pakatan Rakyat Perak cukup konsisten dengan pendirian untuk memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN

harakahdaily.

Tujuh yang disyaki bakar gereja di tahan reman hingga 2 Feb.

TERKINI Perintah tahanan reman ke atas tujuh individu yang disyaki bertanggung-jawab membakar dua gereja dan sebuah sekolah di Taiping dilanjutkan sehingga 2 Feb depan.

Permohonan perlanjutan tujuh hari itu dibenarkan oleh majistret Rahni Kartini Abd Rahim kerana tempoh tahanan mereka sebelum ini berakhir hari ini.

Perbicaraan tahanan reman itu dijalankan secara tertutup di mahkamah majistret Taiping.

Semua suspek yang ditahan pada 22 Jan lalu itu disiasat mengikut Seksyen 436 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Pada 10 jan lalu, Gereja All Saints di Jalan Taming Sari dan Gereja Katolik St Louis yang terletak bersebelahan sekolah Menengah Convent Taiping dilempar dengan bom api.

Kedua-dua buah gereja berkenaan tidak mengalami kerosakan manakala insiden di sekolah itu membabitkan kerosakan kecil apabila cermin kaca pondok pengawal pecah.malaysiakini

Siri Penderhakaan UMNO-Zahid Hamidi.



Dato' Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO mencabar Sultan Kelantan DYMM Sultan Kelantan Tunku Ismail Petra turun takhta kerana baginda bukan waris yang sah(BH 11/2/93).Ini sikap biadap yang ditunjukkan Zahid Hamidi terhadap sultan.Beliau cuba campurtangan soal pelantikan raja-raja Melayu.

Kenangan Pilihanraya: Kita Sudah Sedia


Tok Guru Haji Hadi mengistiharkan DS Nizar sebagai calon P059 Bukit Gantang pada 22 Mac 2009

Tok Guru mendoakan kemenangan rakyat pada pagi penamaan calon 29 Mac 2009

Borang pencalonan DS Nizar yang dipamerkan dalam tempoh bantahan di Dewan MPT pada 29 Mac 2009.

MEREPEK MIDAH MACAM KAK PIDAH


oleh:JJ.joharapat.blogspot.com

Sekoyong koyongnya berkatalah ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar Harian tempatan hari ini, spekulasi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) berhubung pembubaran DUN setelah Mahkamah Persekutuan membuat kepada 9 Februari depan mengenai siapa Menteri Besar yang sah dilihat sebagai menghina institusi kesultanan di negeri ini

Midah bersuara lagi, kenyataan itu tidak sewajarnya dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat kerana umum mengetahui kuasa pembubaran DUN adalah hak mutlak Sultan Perak.

Apalah yang hang merepek ni Midah, siapa pulak yang nak hina institusi kesultanan di Perak ni. Hang dengo baik baik kenyataan Dato' Seri Nizar saperti dilaporkan akhar yang sama hari ini juga, Pakatn Rakyat akan meneruskan membubarkan DUN SEKIRANYA keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Febihak kepada beliau dan Pakatan Rakyat

Faham betul betul perkataan `SEKIRANYA'. SEKIRANYa keputusan itu memihak kepada Nizar, beliau akan menghadap Sultan Perak pada hari yang sama untuk memohon DUN dibubarkan.

Semua orang tahu kuasa membubarkan DUN adalah kuasa Sultan Perak. Nizar pun tahu. Cuma Nizar kata apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya barulah dia menghadap Sultan Perak untuk mohon DUN dibubarkan.

Tidak timbul kenyataan Pakatan itu mengina Sultan Perak, tidak ada siapa yang hendak menghina Sultannya sendiri. Faham tak Puan Midah.

Berkata lagi Hamidah, kenyataan Pakatan Rakyat itu seakan akan memberi tekanan kepada sistem kehakiman di negara ini kerana ianya melangkaui batas kuasa yang ada seolah olah telah mengiktiraf kemenangan PR walaupun mahkamah belum membuat keputusan.

Puan Midah oi, siapa pulak yang memberi tekanan kepada hakim hakim atau badan kehakiman. Tak ke pemimpin pemimpin BN selalu kata badan kehakiman di negara ini bebas, macam mana pula hang kata kenyataaan PR itu boleh memberi tekanan kepada institusi kehakiman?

Yang boleh memberi tekanan ini adalah orang ada kuasa, PR tak ada kuasa. Lagipun hampa kata institusi kehakiman bebas, macam mana pula badan kehakiman negara ini boleh menerima tekanan daripada PR . Jangan merepeklah Midah.

Hang tahu tak, yang menerima tekanan perasaan ini Nizar dan pimpinan PR dan penyokong penyokong PR kerana sudah dua bulan keputusan belum diketahui. Baru sekaranglah reda sedikit tekanan apabila diberitakan keputusan akan diketahui pada 9 Februari .

Namun debarannya kianterasa dan kian kencang. Apa pimpinan Umno tak risau ke? Atau degup jantung semakin kuat resah gelisah menunggu hari penentuan.

Berkata lagi YB Hamidsah, PR tidak sewajarnya mengerluarkan kenyataan begitu. Spekulasi berkenaan juga bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan rakyat hingga boleh mengakibatkan wujudnya ketidakstabilan politik di negeri ini.

Mana lebih mencelarukan rakyat, spekulasai itu ke atau tindak tandak Umno/BN selama ini?. Negeri Perak telah mencatatkan sejarahnya tersendirinya apabila mandat rakyat telah dikepikan dan `diterajang ke longkong', berlakunya rampasan kuasa. Umno/BN Perak bukan mengambnil alih pemerintahan dari PR, yang sebenarnya BN rampas kuasa dari PR. Tidakkah rakyat jadi celaru haru biru memikirkannya?.

Apabila tragedi rampasan berlalu, wujudlah dua Menteri Besar, lepas itu dua Speaker Dewan Undangan Negeri, wujud dua ketua kampung. Siapaklah yang sebenarnya mencelarukan keadaan di negeri ini?.

Rakyat jadi celaru bila wujud dua ketua kampung di awal rampasan kuasa yang dilakukan BN dahulu, wujud dua Speaker. Yang lebih mencelarukan fikiran rakyat macam mana bajet Kerajaan BN Perak boleh lulus apabila Menteri Besar BN membentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu dalam masa tidak sampai setengah jam dan diluluskan tanpa dibahas.

Macam mana kestabilan politik hendak wujud jika Umno/BN ambil kuasa cara tidak betul, rampas kuasa, ambil kuasa pemerintah secara tidak bermoral. Ini menyebabkan ketidakstabilan politik.

Itu sebabnya cara terbaik bagi mengatasi semua masalah dan kecelaruan ini, serah balik kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang mereka mahu. Oleh kerana itu DUN perlu dibubarkan. Memang tepatlah pendirian Ir Nizar itu, jika keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepadanya, Nizar bukan mahu rebut jawatan Menteri Besar tetapi mahu mengembalikan kuasa kepada rakyat. Biar rakyat tentukan. Ini baru betul.

Lain kali jangan merepek lagi Puan Midah oii

Cepatnya kita menghukum Aduka Taruna-Biarkan Mahkamah Menentukan!

Kita pun hairan kenapa terlalu cepat kita menghukum orang yang baru ditahan reman.Kita marah dengan Aduka Taruna,kita terus menghukum penulis itu.Kita suka apabila terkena kepada orang lain dan kita benci habis jika kita yang terkena.

Biarlah Aduka Taruna yang disyaki itu membela diri.Biarkan mahkamah yang menjatuhkan hukuman.Jikalau terdapat tulisannya menggores kita,kita tidak lihat pula Tok Guru Haji Hadi memarahi beliau.Kita lihat Tok Guru Haji Hadi tenang dan sabar.Kita yakin Tok Guru kita selalu mendapat ilham dari Allah s.w.t.

Bersabarlah Aduka Taruna,berilah kerjasama kepada pihak berkuasa.Bagi kita beliau belum didakwa lagi dan belum disabit oleh mahkamah.

Kita juga berharap DYMM Sultan Johor yang berjiwa rakyat dapat mengampunkan Aduka Taruna.

Dahulu semasa seorang pengadu wanita menceritakan suaminya yang disyaki pecah sekolah ditahan polis dan hampir buta mata suaminya.Jawapan kita beliau tidak bersalah sehingga Mahkamah menjatuhkan hukuman.Kini kita berharap biarlah Aduka Taruna yang baru beumur 29 tahun itu diadili dan dihukum.

Hebatnya DS Nizar beri tempoh 24 jam untuk pihak TV mohon maaf

IPOH: Menteri Besar Kerajaan PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau merupakan antara 38 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

DS Nizar memberi tempoh 24 jam sehingga jam 3 petang esok untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," kata DS Nizar kepada pemberita di sini hari ini.

Kita lihat DS Nizar berjiwa besar memberi ruang kepada pembawa fitnah untuk meminta maaf.Kita yang bertugas dengan DS Nizar melihat semakin musuh menekan DS Nizar,semakin kuat perjuangan DS Nizar menegakkan kebenaran.

DS Nizar berkata bahawa tindakan perundangan berkenaan tidak akan diteruskan sekiranya dua stesen televisyen itu memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 yang telah diberikan.

Harapan kita berita pukul 8 malam ini membawa berita baik kepada mereka yang berjuang untuk kebenaran dan etika kewartawanan.

Ayuh tv3 dan tv 9 teruskan perjuangan suci anda mendaulatkan kebenaran.

Monday, January 25, 2010

HJ NIZAR AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP TV 3 & TV 9

26 Januari,Ipoh-oleh Ustas Misbahul Munir


Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang.

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah. Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

YB Dato' Seri Hj Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya.



Parlimen Bukit Gantang Masih Menjadi Sebutan Rakyat!

Banyak yang bertanya siapa pegawai khas ahli parlimen Bukit Gantang yang mengurus pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen diletakkan di bawah Sekretariat Parlimen.Sementara Sekretariat Parlimen di bawah Jabatan Pilihanraya Kawasan.(JPK). JPK pula dibawah Lajnah Politik Pilihanraya Kawasan.Begitulah sruktur Sekretariat Parlimen Bukit Gantang .

Sekretariat diketuai seorang Pengarah dan mempunyai seorang setiausaha dan beberapa ahli jawatankuasa.Turut sama sebagai Ajk Pegawai Khas Ahli Parlimen.

Isu ini timbul apabila terdapat 'berita berniat jahat dalam berita tv" pada malam kelmarin.Kononnya seorang pegawai khas DS Nizar ditahan SPRM terlibat dalam kes kecurian pasir.Jadi sahabat,teman dan kenalan bertanya siapakah yang menjadi Pegawai Khas DS Nizar di Bukit Gantang.

Kita pun memberitahu terdapat 4 orang,sdr Fadhil Idris,Sdr Basher Ahmad,Sdr Zainuddin Hamzah dan termasuk kita.Pusat Khidmat mempunyai 3 orang petugas perkeranian dan pemandu.

Apabila kita menjelaskan isu sebenar terdapat cubaan untuk memburuk DS Nizar dan PR.Dakwa mereka pelakon perlu dicipta untuk menunjukkan DS Nizar mempunyai pegawai korup dan bersengkongkol dengan perasuah.Lantas mereka mencadangkan DS Nizar menyaman TV 3 atas penyiaran berita berniat jahat itu.Begitu juga menyaman "pelakon" atas penyamaran watak pegawai khas.

Siapa Pegawai Khas Nizar kena tahan?

IPOH, 26 Jan: Awal pagi tadi saya menerima panggilan daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Tapah, Abdul Rahim Mohd Noordin, bertanyakan siapa dia Pegawai Khas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ditahan bersabit dengan isu pasir.

Saya pun terpinga-pinga mendengarnya. Setahu saya tahu pegawai khas Menteri Besar dahulu ada tiga orang, Amran Haron, Mohamad K.Y. Tiang dan Nadarajah. Saya pun hantar SMS kepada Mohamad Tiang bertanyakan hal itu. Dia jawab, tak tahu siapa yang dimaksudkan itu.

Menurut Abdul Rahim, berita itu ada keluar dalam TV malam tadi. Saya kemudian menghubungi Bendahari PAS Perak, Haji Abdul Rahim Md Arif bertanyakan hal itu. Dia pun tidak berapa pasti, kalau nak tahu, hubungi Ismad.

Saya pun menghubungi Penolong Setiausaha PAS Perak, Ismad Shahril Che Mat. Katanya pegawai khas Menteri Besar Perak semasa Ir Nizar dahulu ada tiga orang sahaja, iaitu Amran Haron, Mohamad K.Y. Tiang dan Nadarajah. Mereka sihat sahaja, tidak kena tangkap pun.

Menurut Ismad, ‘Mamat’ yang kena tangkap itu dikenali sebagai Hamzah, mengaku sebagai Pegawai Khas Menteri Besar, Mohamad Nizar. Mamat upahan mana pulak yang mengaku pegawai khas Nizar?

Saya pun buat satu kesimpulan, ini isu hendak pilihan raya yang dicipta oleh pihak tertentu kerana 9 Februari depan kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin lawan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Umno sekarang sakit `demam panas'. Sekiranya Nizar menang, pastinya Dewan Undangan Negeri(Dun) dibubarkan dan berlakulah pilihan raya di seluruh Dun di negeri ini.

Saya kira ini isu pilihan raya yang sengaja hendak memburuk-burukkan Nizar. Saya cadangkan Pakatan Rakyat khasnya Nizar saman pihak terbabit sekiranya didapati berita itu sengaja direka untuk memburuk-burukkannya.

Sementara itu, Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim yang juga Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak turut mengulas perkara itu di dalam blognya.

Sepanjang hari semalam sehingga larut malam, saya masih menerima panggilan dan sms bertanyakan mengenai berita yang didakwa disiarkan dalam berita di TV3 mengenai pegawai khas kepada MB Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri (DS) Mohammad Nizar yang dikaitkan dengan siasatan SPRM yang hangat diperkatakan sekarang.

Secara kebetulan berita kelmarin juga dihangatkan dengan surat yang diterima oleh DS Nizar mengenai tarikh 9 Februari yang akan memutuskan keputusan perbicaraaan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November tahun lepas.

Saudara Amran Harun adalah Pegawai Khas kepada DS Nizar dan sampai semalam saya bersama beliau dan maklumat yang diberikan kepada saya ialah dalam salah seorang yang ditangkap oleh SPRM, individu tersebut memiliki kad nama yang memperkenalkan dirinya adalah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Setelah diadakan pemeriksaan kembali kepada nama yang terlibat, ianya adalah seorang yang tidak dikenali oleh kami. Semacam satu penyamaran dan suatu yang serius yang saya kira akan disusuli oleh DSN izar sendiri untuk membuat penafian secara tegas dalam kes ini.

Penyamaran adalah sesuatu yang salah dan melanggar hukum negara. Dalam Islam, menyamar menjadi adalah salah apa lagi dengan tujuan untuk memfitnah orang lain. Kerja menyamar adalah kerja iblis dan syaitan dan dia boleh menyamar menjadi siapa sahaja selagi diizinkan oleh Allah.

Tetapi hanya satu sahaja yang tidak boleh ditiru oleh iblis iaitu menyamar menjadi Rasulullah s.a.w., suara atau batang tubuh Nabi.

Kerana itu, saya mengambil sikap sangat berhati-hati dalam soal penyamaran ini, juga saya nasihatkan kepada semua rakan Adun Pakatan Rakyat Perak supaya berjaga-jaga dan berhati-hati dengan usaha sedemikian yang ada kaitan dengan penyamaran di atas.

Kalau ianya adalah provokasi dan konspirasi pihak tertentu dan satu agenda yang terancang, ianya adalah sesuatu yang malang kerana mereka yang bukan menyamar, malah terang lagi bersuluh melakukan rasuah tidak disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM. johari jaafar-harakah daily.

Ringkas siapa "Hamzah" yang mengaku Pegawai Khas DS Nizar.

Mungkin tulisan ini boleh menjawab sedikit berkaitan isu siapa Hamzah di Perak.Kita ditanya siapakah PA DS yang ditangkap.Kita menjawab kita tidak tahu.Mungkin salah dengar dan salah orang.

Sahabat yang bertanya memberitahu sudah keluar TV3. Kita menjelaskan ,akan mencari maklumat.

Mengikut teman wartawan beliau mengaku bernama Hamzah,bertugas sebagai Pegawai Khas MB DS Nizar.Pegawai ini ditahan atas dakwaan disyaki curi pasir.

Kita pula menyatakan terdapat tiga pegawai khas DS Nizar semasa itu, Sdr Amran Haron ,Sdr Muhd K.Y.Tiang dan Sdr Nadarajan.

Terdapat gurauan nakal mendakwa sang pelakon yang ditangkap ini diupah oleh UMNO kerana pilihanraya Perak sudah dekat.Betulkah begitu kita tunggu kisah mereka.....

9 Februari- Penantian Penuh Penyiksaan

Kita mendoakan 9 Februari memberi sinar baru kepada rakyat Perak.Bagi kita di Bukit Gantang 9 Februari menanda genab satu tahun pemergian almarhum Hj Roslan Shaharum.Banyak orang tidak suka kita membandingkan mereka dengan prestasi almarhum Hj Roslan Shaharum.Bagi kita Ahli Parlimen Bukit Gantang 8 Mac 2008-9 Februari 2009 itu disayangi dan dekat dihati rakyat.

9 Februari juga menandakan setahun lebih dua hari Kudeta Kerajaan PR Perak .Jikalau ikut tahun hijriah ,10 Safar hari ini ulangtahun pertama rampasan kuasa secara terancang BN ke atas kerajaan pilihan rakyat ,negeri Perak.Kalau ikutkan gaya Osman Jailu ,YB itu tidak terliur dengan UMNO ,tapi senyap-senyap masuk Bebas.Patutlah kita lihat SB selalu bersama Osman Jailu.Kita pula tak belajar sejarah.

Bagi kita 9 Februari satu titik tolak untuk kita menggandakan usaha jentera pilihanraya.Kalau setakat hari ini,jentera kita tidak bergerak seratus peratus .Kalau ikut petugas UPU masih gear satu.Itu kita di Bukit Gantang,Dun lain negeri Perak kita rasa masih sama ,mungkin juga masih "gear free".

Para pemuda yang telah cukup umur 21 tahun boleh mendaftar sebagai pengundi.Namun jika berlaku pilihanraya orang muda ini tidak boleh mengundi.Hanya pilihanraya umum 13 nanti baru boleh mengundi.

Yang mungkin boleh mengundi mereka yang telah mendaftar sehingga bulan Disember 2009.Itupun jika tidak berlaku proses bantahan oleh pengundi lain.Ataupun dalam proses semak daftar ini,nama kita telah tercatat.Jika tidak kena buat daftar baru.

9 Februari ini 2010 ,pada pukul 9.30 pagi Hakim Mahkamah Persekutuan akan memberi keputusan.Kita lihatlah sama ada keputusan penghakiman itu bertulis atau lisan.

Malaysia,Hakim mempunyai hak untuk membaca keputusan ataupun untuk menunggu sehingga Yang Arif berminat untuk membaca keputusan.Malaysia juga kaya sejarah penghakimannya seperti Ketua Hakim sekarang boleh membatalkan keputusan Ketua Hakim sebelum ini seperti kes penipuan tanah baru-baru ini. Kes lain kes peristiwa berdarah Memali,sampai kini tak tahu hujung pangkal.Peristiwa sudah berlangsung 25 tahun.Mahathir dan Musa Hitam pun sudah bersara.


Kembalikan kedaulatan rakyat dan negeri Perak.Bubarkan DUN Perak.Soalnya sudahkah PR bersedia?

KENYATAAN MEDIA: MB Perak, Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb

10 Safar 1431H

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah . Demikian satu kenyataan rasmi yang dimaklumkan kepada Sekretariat pakatan Rakyat Negeri Perak oleh MB Rakyat perak, Dato Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi

Beliau juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.

Sehubungan dengan beliau memohon dari seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri Perak .

“Saya menyeru supaya semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemamuran untuk negeri Perak” Katanya dalam kenyataan itu.

KENYATAAN MEDIA/25 JAN 2010

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri Perak.

Sunday, January 24, 2010

Fikirkan kenapa guru saman-mesti ada sebabnya!

Dahulu kita pun ditukar pada 2 Mei tahun 1993.Alasannya kita pun tak tahu.Kita dihantar ke Sekolah Majoriti Cina masa itu,dari Sekolah Majoriti Melayu.Kononnya untuk mendera kita mendapat kejutan budaya.

Namun itu sebagai sejarah.Pengetua yang menukar pun sudah bersara.Tetapi sehingga Pengetua itu tidak meminta maaf kita tidak akan maafkan pengetua itu.Walaupun kita dengar sudah bertaubat dan duduk di pondok belajar agama.

Cuba bayangkan apabila kita MC dituduh beli MC.Apabila tidak menderma kepada sekolah dianggap melawan.Apabila menghukum pelajar untuk kebaikan pelajar dianggap sebagai mendera dan sudah ketinggalan zaman.Mentang-mentang baik dengan Pegawai PPD kita boleh ditukar kerana dendam tanpa bukti dan saksi.

Banyak lagi la!kalau hendak dicerita.Tetapi kini kita sudah mengajar sekolah yang ditukar dulu masuk tahun ke 17 tahun.

Banyak hikmahnya kejadian disebalik peristiwa.Bagi kita simpati dan empati kepada guru yang berkenaan.Teruskan perjuangan jikalau anda yakin kepada kebenaran.

ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.


Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.

Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar memf ailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Ahad.

Mengikut writ saman, defendan pertama yang terlibat dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua.

Bagaimanapun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama merasa dirinya tercabar.

Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua yang merupakan Guru Besar sekolah beliau mengajar berkonspirasi untuk menganiaya beliau menyebabkan pergerakan gajinya ditahan.

Plaintif kedua yang kini mengajar di SK Tunku Raudzah, Alor Setar juga dikatakan dituduh oleh defendan kedua gila hanya kerana beliau pada masa itu mendapatkan rawatan pakar pskiatri.

Plaintif pertama pula mendakwa defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu Guru Besar SK Iskandar, tempat beliau mengajar untuk meneruskan 'serangan' terhadap mereka.

Selain itu plaintif pertama diarahkan oleh defendan ketiga untuk mengajar mata pelajaran yang tiada kaitan dengan bidangnya, dihalang melatih pasukan ragbi sekolah dan menahan pergerakan gajinya selama satu setengah tahun.

"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental dan tekanan serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan yang dahsyat," kata Mohd Afandi.

Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama; permohonan maaf secara terbuka; faedah sebanyak 8 peratus sehingga kes selesai, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah.


Saturday, January 23, 2010

IJTIMA' NUQABA USRAH(1)PERAK


Ustaz Abu Bakar Chik bersama Ustaz Suid Din dan Ustaz Mustafa Shaari dalam Program Ijtima Noqoba' Usrah Satu Peringkat Perak.

Ustaz Abu Bakar Chik sedang menyampai ucap utama' "pentingnya usrah dalam mendidik rakyat"

Antara Ustaz Abu Bakar Chik menyentuh pendekatan dua Tok Guru yang berbeza tetapi matlamat yang sama.

Ustaz Misbah merupakan seorang peseta yang tekun ,tunggu sehingga habis.Pemimpin yang perlu diteladani.

Sebahagian peserta dianggarkan 150 orang mengikuti program Ijtima Nuqoba'Perak.

Lajnah Tarbiyyah Pas Perak telah menganjurkan Ijtima' Nuqaba' Usrah.Ucaputama Ustaz Abu Bakar Chik,Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah Pas Pusat. Program berlangsung bermula 9 pagi bertempat di Markaz Pas Negeri pada 24 Januari 2010.

Usrah Kepentingannya -Satu program untuk kita.

Pengertian usrah-Usrah maknanya keluarga.Ada asam garamnya.Ada bapa,emak,anak.Usrah ada matlamat.Mendidik anak-anak ahli ,antaranya wala' kepada kepimpinan

Usrah dimainkan dengan maksud dengan maknanya.Usrah,di dalamnya ada ilmu,kita ditegur.Masing-masing memainkan peranan.Kita ditegur dan menegur.

Usrah kumpulan kecil diketuai seorang Naqib.

Antara tujuan Usrah memberi kefahaman yang jelas kepada ahli usrah berkaitan aqidah.Memberi kefahaman khusus.Supaya ahli usrah memahami ,menerima dan melaksanakan tuntutan syariat.

Ayuh Pemuda Perak kita ke HIMPUNAN PEMUDA PAS PERAK



Himpunan Pemuda PAS Perak 31 Januari 2010

Changkat Jering - Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang akan mempersiapkan jentera pilihanrayanya sekiranya berlaku pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini. Justeru bagi menyahut seruan Pemuda PAS Perak yang akan mengadakan himpunan ini pemuda PAS Bukit Gantang akan menghantar pemuda seramai mungkin bagi menjayakan program tersebut.

Program pada 31 Januari tersebut akan diadakan di Darul Ta'lim, Larut. Program ini akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Di sana para pemuda akan berhimpun bersama-sama pemuda Pas dari kawasan lain seluruh negeri Perak. Dijangkakan 10,000 pemuda akan berhimpun di sana.


Antara program yang akan diisi pada hari tersebut adalah pidato perdana daripada pimpinan PAS Pusat seperti YB Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi serta beberapa pemimpin pemuda PAS Pusat dan negeri.

Antara lainnya ada diadakan karnival jualan dan pameran, daftar pemilih SPR dan ahli PAS, persembahan seni mempertahankan diri seperti silat dan tomoi, nasyid kotemporari, pameran paintball dan BMX dan banyak lagi. Program ini turut diserikan lagi dengan persembahan artis Mel bekas penyanyi kumpulan Wings.


Seluruh pemuda PAS Perak akan berikrar pada hari tersebut untuk menjadi petugas pilihanraya yang terbaik. Peserta juga disarankan memakai baju hijau agar gelombang jentera pilihanraya dapat diwujudkan.

Bagi mereka yang masih belum mendaftar untuk hadir ke program tersebut bolehlah menghubungi Setiausaha Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang Sdr Azwan Ismail ditalian 019-4273678.

Lagi Kisah Polis-Ditahan masih elok sewaktu direman mata hampir buta!

Seorang pengadu wanita datang ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang meminta tolong kita untuk menyelesaikan masalah beliau.

Wanita itu mengadu suaminya ditahan sepasukan polis kerana disyaki suspek pecah sekolah.


Si pengadu memberitahu sewaktu suaminya ditahan polis,kesihatan suaminya baik.Tetapi kini suami beliau yang ditahan reman itu matanya telah cedera dan difahamkan hampir buta,dakwa wanita itu.


Kita pun meminta nasihat peguam dan meminta kerjasama media untuk mendapat kepastian.

Bagi kita si"suspek" tidak bersalah sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman.Kita khuatir DS Anwar Ibrahim ,semasa itu TPM pun dituduh memukul diri sendiri,inikan pula rakyat biasa.

Friday, January 22, 2010

DS Nizar bersama penduduk Bukit Gantang 23 Januari-SABTU

DS Nizar hari ini berada dalam parlimen beliau.DS Nizar dijadual akan berada di dua tempat pada malam ini.

DS Nizar akan menyampaikan Tazkirah Maghrib ,di Surau Taman Damai/Ria ,Simpang.Selepas itu DS Nizar akan menjadi ahli panel Forum Rakyat bertempat di Masjid Nurul Al Hidayah,Sg Bemban,Kuala Trong.Ahli Panel lain Cikgu Azmi Hamid(TERAS) dan Ustaz Kamal Asyaari.

Sehubungan dengan itu orang-ramai dijemput hadir.
sumber

Sultan Johor Mangkat-


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru malam ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.

sumber

Taiping-Tujuh ditahan disyaki bakar gereja.

Two cases of attempted arson were reported in Taiping involving a church and a school. And black paint was splashed on the outer wall of a Malacca church.

YDP PAS Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar pergi melihat sendiri kesan gereja All Saints dibakar baru-baru ini.

Tujuh ditahan kerana disyaki membakar gereja sekitar bandar Taiping.
Bercakap pada sidang media di Taiping, Ketua Polis Perak berkata “polis telah mendapatkan perintah tahanan reman enam hari bermula hari ini sehingga 27 Januari bagi membantu siasatan.”

Katanya, tempoh tahanan reman itu akan dilanjutkan jika diperlukan.

Datuk Zulkifli Abdullah berkata kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

Siasatan awal juga mendapati kejadian khianat yang berlaku tidak didorong oleh mana-mana kumpulan atau organisasi, katanya.


"Suspek tidak menganggotai sebarang kumpulan atau organisasi tetapi dipercayai melakukan perbuatan khianat secara spontan sebagai reaksi terhadap isu penggunaan kalimah "Allah" yang dilaporkan media, katanya.

Zulkifli berkata sisatan awal mendapati suspek hanya merupakan sekumpulan kawan-kawan sekitar Kamunting yang bertindak sendiri.

Dua daripada lelaki itu bekerja di sektor swasta, manakala tiga lagi menjalankan perniagaan sendiri dan dua lagi tidak bekerja.

Bagi kita mereka tidak bersalah sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman.Tetapi kita berharap mereka diberi peluang untuk bertemu peguam.

Kita tidak mahu terdapat "kambing hitam".Keadilan untuk semua.Kita berharap sewaktu direman mereka tidak dicederakan.


Thursday, January 21, 2010

Lagi-lagi Pilihanraya Negeri Perak-Betulkah kita sudah bersedia?

Kelmarin teman wartawan surat khabar berbahasa Mandarin berpejabat di Taiping,memberitahu kita ,mereka kini diarah bersiap sedia kerana pilihanraya Perak sudah hampir.

Bagi kita tetap menyatakan spekulasi.Dalam kita mengharapkan Bubar Dun Perak,jentera PR bagi kita masih belum bersedia sepenuhnya.Kita tidak melihat Unit Peti Undi Pas bergerak begitu juga Jentera DAP atau PKR bersedia untuk menghadapi pilihanraya. Kita tahu Bukit Gantang mempunyai pengalaman ,bagaimana DUN lain dalam negeri Perak.

Kita lihat PR mempunyai pemimpin unggul ,DS Nizar .Tetapi pimpinan lain kita tidak nampak keserlahannya.Buat kata DS Nizar,jangan kerana saya ada ,baru kita hendak mendekati rakyat.Adanya DS Nizar kita juga turut sama bertemu rakyat.Mungkinkah kita juga buat-buat sibuk untuk menunjukkan kehadiran kita di sisi rakyat.

Kita juga hairan PAS Perak juga menyatakan Pilihanraya semakin dekat,tetapi kita mendapat khabar Pimpinan Pas Negeri Perak akan berkelana ke luar negara bermula pada 7 Februari-21 Februari.Betulkah itu?

Bagi kita lebih baik masa itu digunakan bertemu pengundi Melayu Perak menjelaskan isu terkini Perak.Bukankah DS Nizar sudah mendedahkan kemerosotan sokongan orang Melayu dengan PR sebanyak 7-8 peratus.

Begitu juga alangkah manis kos pemergiaan kita ke luar negara kita derma untuk jentera Unit Peti Undi .

Kalau kita berkeyakinan Pilihanraya Perak sudah mampir,mengapa pula kita bersiap untuk pergi ke luar negara.

Satu lagi kita berharap DS Nizar mendapat nasihat yang betul dalam memahami aspirasi rakyat.Kita khuatir jika DS Nizar mendapat sahabat yang tidak menasihat dengan betul,maka kualiti pimpinan DS Nizar akan merosot.

Kita juga berharap tidak berlaku cah keting dalam PAS Perak?

Cikgu ,jangan isi minyak Petronas-Sebab Petronas Tak Bagi Royalti

Cikgu tak payah isi minyak dengan minyak pertronas.Petronas tak bagi royalti kepada Kelantan.Dulu Petronas buat dengan Terengganu.Kini guna kecelaruan bahasa "wang ihsan".Itulah kata-kata yang sering berlegar kepada kita,jika kita mahu mengisi minyak kereta .Sudah lama juga kita mengisi minyak dengan jenama lain.

Kalau syarikat negara sendiri tidak tolong anak bangsa,kenapa kita perlu menolong syarikat minyak negara itu.

Sekarang kita baca pandangan Tun Salleh Abas tentang isu royalti minyak.

Menteri dan mana-mana ahli politik terutama dari Umno yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum dinasihatkan supaya menutup mulut kerana ia boleh mengelirukan rakyat berkaitan pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.

Sehubungan itu, bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas menyarankan kepada mereka yang tidak terlibat dalam bidang perundangan supaya berhenti bercakap hal tuntutan royalti yang dibuat kerajaan Kelantan kerana rakyat bukannya bodoh.

"Lagi banyak mereka bercakap hal ini, makin jelaslah kedangkalan mereka terhadap undang-undang negara ini," katanya.

Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata isu yang ada kini berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.

"Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.

"Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas," kata beliau ketika ditemui Oleh Malaysian Insider di kediamannya di sini.

Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.

Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.

Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. "Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya," katanya.

Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.

Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.

"Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini," katanya.

Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.

Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, "itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri."

Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.

"Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini," ujarnya.

Sebelum ini dua rakyat kelahiran Kelantan dalam jemaah iaitu Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Husein dilabel sebagai tidak ‘cakna’ terhadap kepentingan rakyat negeri sendiri apabila mengambil langkah cuba menolak hak royalti Kelantan sebaliknya terus mempertahan pemberian wang ihsan.

Pemberian wang ihsan kepada Kelantan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sebagai ganti royalti dan ia akan dibayar tahun ini.

Ketika diminta mengulas cabaran pemimpin Umno agar isu tersebut dibawa ke mahkamah beliau berpendapat langkah itu adalah pilihan terakhir selepas gagal menemukan titik penyelesaian melalui perundingan.

"Kalau kita tengok kes Terengganu, kes sama lah tu, hingga sekarang masih belum selesai," katanya.

Menyentuh mengenai pembayaran wang ihsan, Salleh menambah, ia wujud setelah Kelantan membuat tuntutan Royalti.

"Kenapa dulu tidak diberi wang ihsan itu?" soalnya.

"Apa-apa pun yang penting sekarang ini kita semua perlu kembali kepada undang-undang yang dibuat. Khususnya yang berkaitan dengan hak sesebuah negeri terhadap hasil mahsul mereka.

"Dan sesungguhnya itu lah hasrat sebenar penubuhan Petronas," katanya sambil menyifatkan selagi politik keperibadian menguasai nafsu individu, selagi itu hal ini akan berpanjangan.


Wednesday, January 20, 2010

PAKATAN RAKYAT PERAK JANGAN SYOK SENDIRI


oleh:jj-joharapat.blogspot.com

Jika ditanya pada pemimpin pemimpin atau ahli ahli PAS, DAP atau PKR potensi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke 13 atau pilihanraya seluruh di Perak dila DUN Perak dibubarkan nanti, jawapannya pasti "kita yakin menang". Yakin menang tak salah. Yang salahnya terlalu yakin itu saja.

Yakin menang mesti ada faktanya, kerja buatnya O.K tak atau K.O. Ini mesti difikirkan, PR jangan lupa perancangan musuh ketatnya iaitu Umno/BN.

Bila Pakatan Rakyat berjaya memerintah selama 11 bulan itu, Umno/BN duduk diam ke? Atau Umno pengsan tak sedarkan diri sehingga 11 bulan. Ini yang Pakatan kena ingat.

Ada tak bila PR menang dulu gabongan PR buat kerja bagi memantapkan kemenangan di kawasan DUN yang PR menang sedikit macam Lubuk Merbau, atau di DUN DUN yang kalah dengan majoriti kecil seperti Pengkalan Hulu yang kalah cuma 14 undi. Begitu juga DUN Kubu Gajah yang PAS kalau sekitar 60 undi.

Kita jangan ingat Umno duduk diam, ia buat kerja sebaik BN kalah di negeri ini. Kita tidak tahu apa agendanya tetapi yang pasti Umno buat kerja untuk mempastikan kemenangannya nanti.

Umno/BN telahpun rampas Perak dari Pakatan Rakyat. Tetapi Umno pastinya buat kerja `gila gila' untuk menambahkan majoritinya terutanma di DUN yang BN kalah sedikit dan menang sedikit.

Selepas menang dulu ada tak PR buat kerja menambahkan lagi DUN DUN yang dimenangi, ada tak kita buat kerja untuk mempertahankan kemenangan di kawasan kawasan yang telah dimenangi.

Atau bila menang kita jadi `seronok sakan' hingga sampai 10 bulan. Dah nak jatuh baru nak buat kerja? Atau terlalu kekenyangan lantaran banyak sangat kenduri kesyukuran.

Atau mungkin juga sedang mengi ngira `habuan' yang bakal diperolehi atau sedang mengintai ngintai kawasan balak mana yang hendak dibolot?

Isu DS Nizar jadi boneka DAP dan Nizar Derhaka pada Sultan Perak masih releven bagi Umno untuk mempengaruhi minda orang Melayu di kampung kampung. Buktinya dalam pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang yang lalu undi yang diperolehi calon PAS merosot banyak di kawasan Melayu saperti di DUN Trong.

Ini diakui sendiri oleh DS Nizar sokongan Melayu di pedalaman kepada PR semakin merosot berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Walaupun sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu tidak luntur tetapi ianya sedikit berkurangan. Ada pihak yang menyatakan sokongan orang Melayu kepada PAS merosot sedikit sekitar tujuh ke lapan peratus.

Ini yang perlu ditangani dengan bijak oleh pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR. Kita jangan ingat tujuh peratus itu sedikit saja, tak mengapa. Kita bimbang jika tidak ditangani dengan bijak angka itu boleh bertamah menjadi 10 peratus. Adakah sampai ke angka itu baru kita hendak berbuat sesuatu?

Dalam masa Pakatan Rakyat sibuk berceramah tentang rampasan kuasa di Perak, BN sibuk mengatur strategi untuk menang dalam pilihanraya DUN akan datang. Difahamkan sejak Mac 2008 sehingga kini, seramai 100,000 pengundi baru telah didaftarkan di Perak. Siapa mereka ini ?

Dalam 100,000 pengundi baru itu berapa banyak nama yang PR daftarkan sebagai pengundi baru. Atau 100,000 itu Umno & the geng' yang buat ? Jika bilangan pengundi baru itu Umno/BN yang daftarkan sebagai pengundi, sahlah mereka semua itu penyokong BN. JIka ini benar macam mana? Boleh `bungkus' kita yob.

Mulai semalam hingga 26 Januari ini SPR telah mempamerkan senarai pengudi baru yang telah mendaftar dari 1 Oktober hingga 31 Desember tahun lalu. Pakatan Rakyat kena tengok ni, kena semak. Kalau tidak nanti `bungkus' Pakatan Rakyat dilanyak Umno/BN.

Dikatakan ramai pengundi telah dipindahkan tanpa pengetahuan mereka, ini lagi kena semak, kita bimbang penyokong penyomng Pakatan Rakyat dipindahkan di tempat lain bagi mengurangkan pengundi PR di sesuatu kawasan, dengan itu BN boleh menang. Di kawasan yang PR kalah sikit dan menang kita, ini kena semak betul betul. Umno biasanya buat kerja `memindahkan' nama pengundi ni. Semak betul betul.

Di Sungai Siput diberitakan calon BN sudah mula bermalam di kampung-kampung orang Asli. Ahamad Pakeh Adam sudah mula tinggal di kampung Orang Asli untuk memastikan Orang asli menyokong BN.

Diberitakan juga anggota-anggota polis dan tentera sekarang diarahkan untuk membuat Mykad. Untuk apa? Mungkin ada agenda tersembunyi, siapa tahu, PR kena teliti perkara ini.

Perlu diingatkan juga di saat hampir pilihanraya nanti janganlah ada yang berangan angan nak jadi calon, lepas tu berebut pula nak jadi calon. Dulu sebelum PR memerintah Perak, ada yang menarik diri bila hendak dijadikan calon. Itu dulu. Sekarang ini potensi PR nak menang di Perak besar, nanti ramai yang yang berebut calon. Bila menang ada peluang jadi Exco Kerajaan Negeri. Kerja tak mana sangat tetapi sebok nak jadi calon.

Pakatan Rakyat Negeri Perak jangan syok sendiri dan terlalu yakin menang. Pakatan Rakyat biar buat kerja `gila gila' untuk mencapai kemenangan. Tetapi bukan gila syok sendiri.