Saturday, April 24, 2010

Apabila 56.82 peratus sudah keluar undi-Harapan Zaid Menang Cerah

Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dengan 136 saluran dibuka di 47 sekolah dan dewan masyarakat mulai jam 8 pagi ini.

Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

Jumlah pengundi: 64,500 - Melayu (34,020 - 52.7%), Cina (16,964 - 26.3%), India (12,453 - 19.3%), Orang Asli (1,000).

Jikalau trend keluar mengundi masih berkekalan,Pakatan Rakyat masih boleh mendahului.Jumlah undi yang tinggi akan menyebabkan BN akan kalah.Bagi BN kebiasaannya mengharapkan peratus keluar mengundi rendah.

Masa masih ada untuk menyuruh pengundi memangkah calon kita.Satu undi untuk Zaid Ibrahim menidakkan kesombongan BN.

No comments:

Post a Comment