Thursday, April 22, 2010

Zaid Ibrahim Ketinggalan

Kita dikhabarkan PR masih belum menang di Hulu Selangor!Mereka memberi analogi undi pos dan undi orang asal!
Melihat gaya penyiaran berita di media arus perdana,PR langsung tidak punya harapan.Namun begitu kita berharap jentera PR terus bekerja.Bekerja dengan penuh matlamat dan sasaran.
Ceramah besar jika yang hadir bukan orang tempatan atau pengundi tidak berguna.Mula hari ini sudah ada agenda undi sasaran.Bukan melihat kehadiran tokoh besar seperti Tok Guru Nik Aziz,kita sudah seronok.
Esok petugas kena lihat pengundi yang hadir dan cari pengundi yang tidak mendapat maklumat Tok Guru Nik Aziz.Berjumpa mereka dan yakinkan mereka kenapa perlu undi Zaid Ibrahim.Kita tak perlu sama untuk mendengar jikalau sekadar untuk syok sendiri dan sekadar membuang masa.Tugas kita menangkan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment