Friday, April 30, 2010

Lapor benda lain,lagi baik!

Ucapan DS Nizar menerangkan suasana Perak dan Malaysia dianggap melampau.Ucapan Ibrahim Ali dan Nasir Safar di anggap pandangan satu Malaysia.

Ucapan pemimpin UMNO semua bagus.Ucapan orang dianggap mengacau dan memecah belah perpaduan.

Jika betul ucapan DS Nizar menghasut,pihak polis boleh menghentikan ucapan dan program.Dalam permit terdapat syarat-syarat.Antara syarat tidak boleh menimbulkan isu sensitif dan perkauman.Tidak boleh menimbulkan masalah memecah belah masyarakat seperti isu menghina agama lain.Tetapi pihak polis atau SB yang mendengar tidak pula melaporkan kepada Ketua mereka.

Fikirlah secara rasional pemerintahan BN menyebabkan masalah perpaduan masih tidak dapat diselesaikan.

Bukan kerana ucapan DS Nizar Jamaluddin. Lapor benda lain,lagi baik!

Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet.

Laporan terhadap Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 1.15 tengah hari tad.
Ia dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.

Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat.

"Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat," dakwanya kepada pemberita.

Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar dalam ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.

Chan pula mendakwa kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas.

- Bernama

No comments:

Post a Comment