Monday, April 12, 2010

Tuan Muda Pahang Perdaya Exco dan Ketua Pengarah JLKN

Seorang remaja cemerlang SPM begitu hebat otaknya.Remaja itu mampu menipu ramai orang ,termasuk Exco Kerajaan Pahang yang dikatakan otak bergeliga.

Remaja itu yang kini ditahan reman, menyamar sebagai "Tuan Muda Pahang" pernah memperdaya seorang exco kerajaan negeri Pahang dan Ketua pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil.

"Saya pun hairan bagaimana exco Pahang juga boleh tertipu sedangkan beliau kenal semua anak angkat saya", tambah baginda Tengku Puan Pahang.

Kita berasa hairan dengan JLKN ,mereka yang begitu terlatih pun boleh tertipu.Macamana ,hasil latihan atau kesan kepada pelatih dan bekas pelatih PLKN kita pun tak tahu.

Masalah buang bayi meningkat,masalah rempit meningkat,masalah penagihan dadah meningkat dan pelbagai masalah rakyat semua Malaysia Nombor Satu.

Remaja 17 tahun berasal dari Bera itu ditahan polis hasil laporan pihak Istana Pahang.Kita mengharapkan beliau diadili dan diberi peluang membela diri.

Jangan kes besar seperti Osman dan Jamaluddin Adun lompat senyap sunyi.Kes kecil macam remaja cemerlang ambil berat,kes negeri Perak macam Osman dan Jamaluddin mencerminkan kedaulatan kerajaan jadi kes terpinggir,tak tahu bila hendak jatuh hukum.

No comments:

Post a Comment