Monday, April 5, 2010

Tahaluf Siasi- Tok Guru Kita perlu faham

Kelmarin berlangsung Mesyuarat Pas Kawasan Bukit Gantang .Daripada Perasmi Dato'Wan Rahim Ahli Parlimen Kota Bharu,DS Nizar sehingga YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar menyentuh isu talaluf siasi.Pandangan menarik dan mendekatkan kita dengan Putra Jaya.

Bagi kita sememangnya tahu dan faham komitmen Pas dalam Pakatan Rakyat.Kita pimpinan cukup jelas,malangnya mereka yang ahli Pas mengaku pimpinan tidak faham akan maksud tahaluf siasi.

Kita mendapat tahu sewaktu rehat apabila seorang Tok Guru cuba memberi pandangan perihal Hulu Selangor.Pandangan beliau "menggores" hati pimpinan PKR.Alhamdulillah DS Nizar dan Dato Wan Rahim faham dan tidak melatah!

Sehingga sewaktu perasmian mesyuarat agung Pas Kawasan wakil PKR balik.Kita apabila bercakap kita seronok sendiri,kita seolah tahu pandangan rasmi "Parti."Padahal pandangan kita pandangan peribadi,bukan pandangan parti.

Kita berharap Tok Guru ini biarlah belajar,bertanya pada yang tahu organisasi,belajar ilmu politik dan "tahu apa itu tahaluf siasi".Apa yang penting kita menghormati keputusan mesyuarat.


No comments:

Post a Comment