Sunday, April 11, 2010

Sembang Petang- Nak Jadi Doktor belajar tak mau!

Kita mengajar kelas agak belakang.Mengajar subjek Bahasa Melayu.Mengajar kelas belakang atau hujung ini seronok dan mencabar.

Teknik kita mudah , dan pelajar setakat ini tidak "boring".Mengajar kelas hujung ini apa kurangnya.Terdapat pelajar ingin menjadi doktor,jurutera, akautan,cikgu ,pegawai polis dan tentera.

Kita seronok mengajar kelas hujung ini,kerana apabila habis sekolah merekalah selalu mencari kita di sekolah.

Seorang pelajar itu,bercita-cita hendak menjadi doktor.Lalu kita meminta pelajar itu belajar seperti seorang doktor belajar semasa alam sekolah.

Lagi seorang hendak menjadi peguam seperti Karpal Singh.Kita menasihatkan pelajar itu Karpal Singh ulat buku semasa sekolah.

Apabila kita mendenda seorang pelajar yang tidak menyiapkan latihan BM.Kebanyakan pelajar berteriak ,budak itu hendak menjadi pekerja MPT.

No comments:

Post a Comment