Friday, April 30, 2010

Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggal nama.


ABDUL Rahim Mohd. Noor diiringi keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur semalam untuk menjalani hukuman penjara dua bulan di Penjara Kajang. - Gambar ZAINI HUSIN.

KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor hari ini diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan hukuman kerana kesalahan mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah itu juga memerintahkan Abdul Rahim membayar denda RM2,000 atau penjara dua bulan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Mac tahun lalu.

Abdul Rahim, 57, kemudian dibawa menaiki sebuah Pajero cermin gelap menuju ke Penjara Kajang dengan diiringi anggota-anggota polis dalam dua buah Pajero lain dan dua buah kereta kira-kira pukul 2.52 petang ini.

Hukuman penjara terhadap Abdul Rahim berkuat kuasa mulai hari ini.(2001).

Musa Hassan tidak belajar sejarah!Sepatutnya jangan menjadikan diri sendiri rekod buruk dalam sejarah polis Malaysia.

Biarkan hanya Rahim Noor yang mencatit dirinya sebagai Ketua Polis yang dihukum kerana menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.

Mungkin juga sejarah akan berulang.Sejarah selalunya tidak berbohong!Mungkin juga teori konspirasi ke atas DS Anwar Ibrahim akan terbocor akhirnya.Kita tunggulah,mungkin bukan zaman kita tetapi di zaman anak cucu.


No comments:

Post a Comment