Wednesday, April 28, 2010

Penduduk Sibu lepas ini minta macam-macam dengan PM Najib!

Hutang Najib dengan rakyat belum langsai.Prk Sibu rakyat akan tuntut macam-macam.Najib mesti tunai janji .

Jikalau rakyat Hulu Selangor dapat kenapa rakyat Sibu tak dapat.Kami juga perlu perhatian.Kami juga punya SJKC,rumah panjang dan macam-macam lagi.Kami juga mahu elektrik 24 jam.SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor dapat 3 juta ringgit.Mereka masih bersama PR ,75 peratus pengundi Cina di sini memberi undi kepada Zaid Ibrahim.

Najib boleh dengan angkuh menyatakan 'HUTANG SAYA SUDAH LANGSAI'.Wahai PM ,anda Perdana Menteri untuk semua rakyat.Tolong juga Sekolah Agama Rakyat,atau Sekolah Cina atau Sekolah Tamil yang berselerak seluruh Malaysia .Kita minta jangan membantu ikut musim dan syok sendiri.Itu bukan duit anda.Itu duit rakyat.Bersikap adillah dengan rakyat.

No comments:

Post a Comment