Saturday, October 17, 2009

10 Tempat Program DS Nizar satu hari suntuk!

Laporan:Sya reformis,perak express

16.10.2009-

Program Dato Seri Nizar bermula dengan Majlis penyampaian sumbangan kepada masyarakat india yang kurang berkemampuan di Dun Terong dalam Parlimen Beliau.

Seramai lebih dari 50 penerima menerima sumbangan berupa barang kelengkapan dan juga sedikit sumbangan kewangan.Sumbangan ini diberikan sempena dengan perayaan Depavali yang akan disambut oleh masyarakat India menjelang hari ini.

Selepas itu Beliau meluangkan masa melawat 2 keluarga di Kg Petai dan Bendang Nibung yang mana mereka ini mengalami masalah kesihatan yag membataskan diri mereka untuk bergerak.Keprihatinan Dato Seri meluangkan masa dan mendengar masalah dan rintihan mereka amat bermakna buat mereka.

Selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Matang Dato Seri telah meluangkan masa bersama-sama dengan Jemaah Haji yang dikumpulkan dari sekitar Parlimen Bukit Gantang di Masjid Al-Islah.

Satu program bagi meraikan Jemaah Haji Tahun ini diadakan atas permintaan Dato Seri sendiri bagi berkongsi cerita dan pengalaman juga mendoakan kesejahteraan kesemua Jemaah yang akan berangkat ke Tanah Suci nanti.Beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada kesemua jemaah yang hadir.

Kemudian kami menghadiri pula Majlis Jamuan Hari Raya di Larut Tin yang mana ia dianjurkan oleh Pas kawasan tersebut.

Keprihatinan Dato Seri terhadap nasib Rakyat di Parlimen Beliau diteruskan lagi dengan menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga India di Kuala Sepetang dan juga di Pusat Khidmat Dun Kuala Sepetang yang mana sumbangan bagi mereka menyambut perayaan Depavali nanti.

Selepas itu kami Solat Maghrib berjemaah di Surau Kg Batu Putih dan disusuli dengan Tazkirah Maghrib oleh Dato Seri.

Kemudian Dato Seri Nizar menghadiri satu Majlis jamuan hari raya di Surau Taman Simpang.

Mengakhiri program hari ini Dato Seri hadir dalam satu program ceramah penerangan isu-isu semasa di Taman Mewah Taiping.Turut hadir sama bersama Beliau ialah Hj Ismail yang merupakan Ketua Cabang PKR Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment