Thursday, October 29, 2009

Bukit Gantang :Seminar kukuhkan Pakatan Rakyat 7 November ini.

KUALA LUMPUR: PAS mengambil keputusan untuk tidak mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebaliknya parti itu akan mengadakan seminar politik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan untuk memperkasakan parti.

"EGM tak ada, kita bersetuju EGM tak ada tapi diganti dengan seminar."ujar Tuan Guru Haji Hadi.

"Keputusan ini dicapai sebulat suara setelah mengambil kira pandangan Mursyidul Am sendiri, beliau memberi pandangan agar sebolehnya diadakan sesuatu untuk mengumpulkan akar umbi," kata Tuan Guru Haji Hadi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat bersama barisan pesuruhjaya negeri yang berlangsung lebih empat jam.

Menurut Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi, seminar yang akan diadakan pada 7 November depan akan dihadiri oleh kira-kira 1,000 perwakilan dari seluruh negara yang akan membincangkan isu-isu semasa dalam PAS.

No comments:

Post a Comment