Monday, October 5, 2009

Umno suka PRK sebab boleh buat projek Mee Segera


PAS dan Pakatan Rakyat menawarkan rakyat politik baru menggantikan politik lama BN yang penuh dengan korupsi, rasuah dan nyata tidak membawa apa-apa perubahan pada rakyat.

Menurut Ustaz Nordin Jaafar,YDP Bukit Gantang,PRK amat digemari UMNO.Bagi beliau Ketua Bahagian UMNO akan jadi kaya."Tengok rumah Rosli,makin besar"kata Ustaz Nordin ."Rumah macam ,kedai jual kereta".tambah Ustaz Nordin lagi.

Beliau merujuk betapa kaya-raya YB Rosli Husein,Adun Trong.,Perak.Justeru itu UMNO suka betapa banyak pilihanraya kerana mereka boleh mengagih kekayaan harta rakyat kepada kroni dan keluarga. "Biar rakyat dapat sikit,RM50.00,kain batik,kain pelikat dan anak ayam,UMNO kaut kekayaan berjuta-juta ringgit"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

Beliau meminta pengundi Bagan Pinang menolak Isa Samad yang berbangga terlibat dalam politik wang."Isa Samad tidak bersih,dalam bahasa SPRM,Isa Samad terlibat rasuah"tegas Ustaz Nordin ,YDP Bukit Gantang lagi.


No comments:

Post a Comment