Thursday, October 15, 2009

DS Nizar Ceramah Malam Ini Tak Perlu Permit

Sudah sering kali kita dibeitahu ceramah di premis sendiri tidak perlu permit.Apabila DS Nizar ingin menyampaikan mesej rakyat,mesej kebenaran dan mesej menolak UMNO,terdapat SB yang masih bertanya kenapa tidak mohon permit.

"Kita tetap meneruskan siri penerangan dipremis kita" kata Ustaz Nordin Jaafar ."Mahkamah telah memutuskan banyak kes,ceramah di tempat sendiri tidak memerlukan permit"tegas Ustaz Nordin Jaafar,Ydp Bukit Gantang.

Jadi ceramah DS Nizar ,pada malam ini 16 Oktober ,Jumaat berlangsung di Pasti Taman Mewah,Kamunting.

Rakyat sekitar Kamunting di jemput hadir-hadir beramai-ramai untuk mendengar isu terkini.

No comments:

Post a Comment