Monday, October 19, 2009

DS Nizar- Konvensyen Pakatan Rakyat Perak 31 Oktober ini.

19 Oktober,Bukit Gantang-

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak akan berlangsung pada 31 Oktober ini, di Ipoh.Konvensyen pertama itu akan bermula pukul 9.00 pagi di Hotel Syuen Ipoh.

DS Nizar selaku pengerusi Pakatan Rakyat menyatakan Konvensyen itu dijangka disertai 200 orang setiap parti,mewakili pimpinan negeri dan kawasan,cabang dan bahagian.

Dua tokoh utama YAB TG Dato'Nik Abdul Aziz dan YAB Tuan Lim Guan Eng,turut hadir untuk mengemukakan pandangan mengurus negeri masing-masing.

Peserta konvensyen dijangka akan membincangkan manisfesto Pakatan Rakyat Perak .Jikalau berlakunya Pilihanraya Negeri PR Perak sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Perak.

Sebelah malam pula Rumah Terbuka Pakatan Rakyat akan berlangsung.

No comments:

Post a Comment