Thursday, October 15, 2009

UMNO Bising DS Nizar Tolong Rakyat Dengan Duit Sendiri

Banjir yang sering melanda kawasan Simpang Halt telah mendapat perhatian YB DS Nizar .
Beliau telah mengarahkan Pusat Khidmat untuk menjalankan kerja-kerja mengorek dan mendalamkan longkang dikawasan sekitar Simpang Halt.Semasa kami ke Bagan Pinang DS Nizar sekali lagi meminta kita memantau projek membantu rakyat itu.

Bermula 9 Oktober sebuah backhoe telah disewakan untuk menjalankan kerja tersebut yang mengambil masa selama 3 hari.

Bagi Umno ,projek ini tidak perlu diriuhkan.Bagi Umno ,kewajiban wakil rakyat menolong rakyat.

Untuk menjawab tohmahan Umno Ustaz Nordin menyatakan ,hak kita telah dirampas."Kita membantu rakyat dengan duit sendiri"kata YDP Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar."UMNO telah rampas peruntukan ahli parlimen RM500 ribu"tegas Ustaz Nordin.

Menurut Ustaz Nordin,gambar DS Nizar pada van dan kereta Pusat Khidmat Ahli Parlimen pun Umno takut."Gambar Nizar sahaja yang ada" kata penceramah kampung UMNO.

Berkesannya Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,sehingga UMNO menjadikan gambar
Nizar sebagai sindiran.

longkang yang telah dibersihkan...


Ravi,Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Pas Bukit Gantang sedang memantau kerja.

No comments:

Post a Comment