Tuesday, October 20, 2009

KPI Muhyiddin Gagal

Semasa diperkenalkan ppsmi pada tahun 2003,masa diperlukan enam bulan sahaja.Tetapi apabila hendak dimansuhkan PPSMI memerlukan masa 4 tahun .

Kita baca pandangan Muhyiddin yang markah KPI beliau 38 peratus sahaja.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bagi mengelakkan timbulnya permasalahan kepada dasar MBMMBI sepertimana yang terjadi kepada PPSMI, kementerian menetapkan tahun 2012 sebagai tahun pelaksanaan selepas segala persiapan disediakan.

"Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat persiapan ialah enam bulan. Oleh sebab itulah pelbagai masalah timbul antaranya menyediakan sejumlah guru yang mencukupi.

"Untuk tujuan kita ini pun... sebagai contoh, daripada keperluan tenaga pengajar, kita perlu sediakan kira-kira 13,000 orang guru tambahan untuk melengkapkan kesemua sekolah-sekolah.

"Kedua untuk memantapkan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kita memerlukan ramai guru yang pakar dan mahir dalam Bahasa Inggeris," katanya.

Muhyiddin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh, berkata ke arah persiapan bagi dasar baru itu, kementerian merancang untuk mengambil 1,000 guru Bahasa Inggeris baru mulai tahun depan.

Menjawab soalan tambahan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang ingin tahu sama ada ketegasan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak cadangan kerajaan untuk membatalkan PPSMI memberi kesan kepada pentadbiran negara, Muhyiddin berkata walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir tegas tapi tidak bermaksud menyuruh kerajaan berpatah balik.

"Dia (Dr Mahathir) faham. Ini satu keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan dia penyokong BN dan Umno... nampak dia tidak beri kenyataan keras seolah-olah kita kena patah balik kerana saya telah nyatakan ini bukan sahaja soal bahasa kebangsaan, Bahasa Inggeris bagaimana? Saya minat Bahasa Inggeris, Dr Mahathir pun minat Bahasa Inggeris. Jadi ia mesti diperkukuhkan," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Muhyiddin berkata rakyat tidak perlu bimbang mengenai tindakan mengembalikan semula dasar kerana kerajaan kini mengambil langkah-langkah awal untuk laksanakan dasar baru pada 2012 khasnya daripada segi tenaga guru pakar dalam Bahasa Inggeris dan guru mahir dalam Bahasa Melayu.

"Kita akan mula rekrut sebahagian guru mulai tahun depan sama ada dalam negara atau kita akan ambil guru yang pakar Bahasa Inggeris di luar negara bermakna ia adalah satu komitmen dan ia akan kita pertahan sepenuhnya sampai kita laksanakan atas dasar itu," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan dasar baru itu bagaimanapun memberi tekanan kepada kementerian dalam menyiapkan buku teks baru seperti buku teks untuk Sains dan matematik dalam Bahasa Melayu dan kokurikulum yang baru dalam Bahasa Inggeris.

"Kalau baru masuk sekolah tak ada masalah untuk sesuaikan diri dengan sistem lama dengan sistem baru. Bagi yang bersekolah kita akan bagi mereka masa supaya mereka ini tidak terkejut," katanya.

Dalam sidang akhbar itu, Muhyiddin berkata kementerian sedang meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar MBMMBI mulai tahun 2011 bagi murid Tahun Satu sahaja.

Beliau berkata ini kerana murid Tahun Satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama.

"Namun demikian perkara ini bergantung kepada beberapa faktor yang antaranya termasuklah bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru dan buku teks untuk Sains dan Matematik sekiranya dapat disiapkan pada akhir tahun 2010," katanya.

Bagi murid Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat pula, beliau berkata perlaksanaan dasar MBMMBI bagaimanapun akan bermula pada tahun 2012.

Ini, katanya untuk membolehkan kementerian membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan dengan teratur.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment