Monday, October 12, 2009

Nizar Pakatan Rakyat Bincang Sidang DUN 28 Oktober

DS Nizar selaku Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak telah memanggil mesyuarat pada malam ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat bermula pada pukul 10.00 malam ini .Mesyuarat Pakatan Rakyat dijangka berlangsung di Pejabat Badan Perhubungan Pas Perak,Ipoh.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai ,agenda mesyuarat antara lain membincangkan sidang DUN Perak 28 Oktober.

Sidang DUN Perak,yang dipanggil Speaker Sah V.Sivakumar dijangka 28 Oktober ini.Kerajaan sah DS Nizar ,sudah bersedia untuk membentang bajet 2010.

Kita difahamkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat,telah menerima notis sidang DUN Speaker Haram Ganesan melalui tangan.Tarikh sidang DUN Kerajaan Haram Zamri pada 28 Oktober ini.

Mesyuarat pada malam ini menghimpunkan ADUN Pakatan Rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat, membincangkan Bajet 2010.

No comments:

Post a Comment