Thursday, June 17, 2010

Tian Chua dan Pilihanraya Mimpi Ngeri Buat BN

Melihat keputusan Hakim Ghazali Cha sewaktu membacakan penghakiman ke atas kes YB Tian Chua amat menarik.

Hakim Datuk Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret.

"Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama.”

"Membiarkannya beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar.”

Kontroversi timbul petang semalam apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuan tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Mengikut Artikel 48, perlembagaan persekutuan, seseorang ahli parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.

Ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memaklumkan bahawa Tian mungkin hilang kerusinya.

"Jika denda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu.”kata Karpal.

Sekarang kita menunggu apa kata PM Dato' Najib.Menurut Timbalan Pendakwa Raya ,Ishak Mohd Yusuf, Tian Chua akan kehilangan kerusi.

Mungkin PRK ini mimpi ngeri buat UMNO dan BN.?Antara menurut perlembagaan atau pilihanraya kecil.

No comments:

Post a Comment