Wednesday, June 9, 2010

PDRM membuat kita tidak selamat.-Kes tak boleh kesan suspek!

Berikut dua kes yang perlu diberi perhatian.Dua-dua kes menyebabkan kita berasa kecut perut.Kes pertama bekas IGP yang mati dibunuh pembunuh sebenar sampai sekarang belum didakwa .Jikalau Bekas Ketua Polis Negara pun pihak polis memakan masa untuk siasat bagaimana rakyat biasa.Seperti kes DS Anwar Ibrahim dipukul Rahim Noor,ditubuh surahanjaya baru lekat kes.

Kes kehilangan senjata,baki senjata yang hilang ,tak jumpa pun.Ke mana menghilangnya senjata itu.

Kini terbaru judi bola tanpa lesen kerajaan BN,polis akan ambil tindakan pantas .Pengarah JSJ DS Mohd Bakri Zinin menyatakan terdapat pasukan khas menangani masalah sindikit judi itu. Siap bagi tahu terdapat,sindikit.Sepatutnya mencegah lebih baik.

Kes 1:

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menuntut supaya siasatan dibuka semula ke atas pembunuhan bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim.

Siasatan kes pembunuhan yang berlaku Jun 1974 itu sehingga kini masih belum selesai, berdasarkan satu jawapan yang diperolehinya daripada menteri di jabatan perdana menteri, kata Karpal yang juga pengerusi DAP.

Kes pembunuhan bekas ketua polis itu kembali mendapat perhatian selepas satu rencana tulisan anaknya Najib Abdul Rahman disiarkan akhbar The Sunday Times hujung minggu lalu. malaysiakini

Kes 2:

Sebanyak 62 kes kehilangan senjata api milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan 36 pucuk pistol semi auto, 51 revolver dan dua sub-machine gun (SMG) dilaporkan sejak 2001, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, bagaimanapun 28 unit daripada kes itu, iaitu empat pucuk pistol semi auto dan 24 revolver telah dijumpai semula.

Hishammuddin berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu sebanyak 58 kes kehilangan kenderaan PDRM turut dilaporkan termasuk yang melibatkan 49 buah motosikal, tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment