Thursday, June 17, 2010

Kita jangan menghukum Saiful Apek-Mahkamah Belum Jatuh Hukum!

Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Apek kini boleh tersenyum ,kerana polis kurang bukti.Kita berharap jangan menjadi seperti Benjy,tanpa bukti di Mahkamah Benjy ditahan dua tahun dibawah akta pencegahan.

Apek Saiful diharap kuatkan iman dan bersabar.Jadikan kerja sebagai pelakon komidi untuk mendidik rakyat.Jadikan kerja melawak ini sebagai satu satira mengkritik dasar kerajaan yang merugikan rakyat.

Saiful diharap kali ini senyumnya terus panjang dan senantiasa dipelihara Allah s.w.t supaya menjadi insan yang soleh dan beriman.Jom Apek kita mulakan perubahan!

2 comments:

  1. kalau dah urine test positif, kurang bukti apanya

    ReplyDelete
  2. polis malaysia ,macam tu le!kes DSAI pun kena suruhanjaya baru selesai!

    ReplyDelete