Monday, June 14, 2010

Kenangan Akhir Bersama Ustaz Hassan Syukri

Kita banyak hari tidak up date blog,kerana berada di Putik sebagai Perwakilan Pas Bukit Gantang.

Kita mengetahui pemergian Almarhum Ustaz Hassan Syukri melalui SMS teman-teman.SMS yang terakhir daripada Setiausaha Kawasan yang memaklumkan Solat Jenazah pada jam 9 pagi esok di Surau Taman Melewar.

Pada hari pertama 11, Jun Jumaat ,pada pukul 8.00 pagi kita bergerak untuk masuk Dewan Besar Putik,kita bertemu Ustaz Hassan Syukri.

Kita bersalaman dengan Ustaz Hassan Syukri dan sempat bertanya khabar.Lalu Ustaz Hassan Syukri memberitahu sihat.

Itulah satu kenangan yang kita tidak lupakan ,kerana pada saat-saat akhirnya Almarhum Ustaz Hassan Syukri kita dapat bersalaman dengan pakar perlembagaan PAS itu.Sayang kita tidak mengambil gambar bersama Almarhum Hassan syukri.Alfatihah untuk seorang pejuang Islam.

No comments:

Post a Comment