Monday, June 14, 2010

Pendapat Almarhum Ustaz Hassan Shukri Yang Merentasi Masa

4 Julai 2009
Ustaz Hassan Shukri sedang memberi pandangan


Dalam Liqa Alfikri Pas Perak baru-baru ini,pada 4 Julai 09,Ustaz Hassan Shukri memberi pandangan yang menarik.Selaku orang yang lama dalam PAS ,pandangan beliau perlu diambil kira. Program bulanan itu berlansung di Markas Tarbiyyah Pas Perak,Air Kuning,Taiping.

Menurut Ustaz Hassan ,kita sebagai pemimpin merupakan orang yang diharapkan untuk memimpin rakyat Malaysia.Masyarakat berasa gerun dengan perjuangan Islam,ini satu perkembangan yang menarik.Bagi kita,kita berjuang mengharapkan keredhoan ALLAH s.w.t.

Pimpinan perlu menerangkan Islam dasar perjuangan Pas.Dalam isu Kelab Penyokong Pas,selaku Pengerusi Teknikal Pindaan Perlembagaan Pas,beliau berharap ahli tidak terlalu laju dan kita tidak perlu membuat sidang akhbar ,contohnya dalam satu siaran akhbar ,beliau digambarkan sudah bersetuju dengan idea keahlian Kelab Penyokong Pas.Di sini para ulamak perlu mengemukakan pandangan berdasarkan kajian ,bukan semata-mata pendapat ramai

Ustaz Hassan Shukri ,juga menyatakan dalam Retreat Pas Pusat pada 19 Julai ini,beliau akan membentangkan hasil kajian dan laporan dalam isu keahlian Kelab Penyokong Pas .
'Pas sejak dahalu terbuka'ujar Ustaz Hassan.'Kita perlu bertemu semua orang dalam dakwah'tambah Ustaz Hassan.

Dalam mengulas isu kerajaan perpaduan,kesilapan teknik boleh menyebabkan orang bukan Islam menjauhi PAS.Justeru itu Ustaz Hassan Shukri mengingatkan ahli Pas agar berusaha menguatkan Pas.

Berkaitan dengan pemilihan pimpinan ,perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan.Semua ahli yang layak boleh bertanding.

Bagi beliau kita perlu banyakkan cawangan dan tambah ahli Pas.Dengan memberi contoh Pas Pendang mempunyai 185 cawangan dan 7 cawangan dalam proses penubuhan.Sementara itu Pas Pasir Puteh 156 cawangan,dengan 20 cawangan dalam proses penubuhan.Sambil bergurau beliau menyatakan kawasan Grik yang mempunyai 26 cawangan mana mampu lawan dengan BN(catatan penulis pada 4 Julai 2009.)

No comments:

Post a Comment