Sunday, June 6, 2010

Masuk ke jalan Allah bukan keluar ke jalan Allah.

Kita hendaklah masuk ke jalan Allah s.w.t bukannya keluar jalan Allah s.w.t.Kini terdapat segelintir masyarakat hanya membahaskan isu-isu kecil tidak membahaskan isu-isu yang boleh merosakkan aqidah dan akhlak rakyat.

Kita hairan jika judi bola dalam tempoh sebulan ini merosakkan akhlak orang Islam tidak dipedulikan oleh orang Melayu Islam.Kononnya PAS yang mengetuai kempen judi ini anti-pembangunan.Pas mengganggu" Vin Se tan"untuk menderma ke badan kebajikan.Cuba bayangkan cukai hasil judi dan pendapatan berjudi rakyat menyebabkan anak luar nikah bertambah,satu sekolah di Terenganu 16 kes anak luar nikah, penagihan dadah,AIDS dan pelbagai maksiat.

Zulkifli Nordin diam menikus.Mashitah Ibrahim sayangkan jawatan.Jamil Khir bangga dengan Tabung Haji. Tok Mufti Harussani bising setakat volume 1,kemudian senyap.

Kalau Osman Jailu,sibuk besarkan rumah dan tambah bini.Terdapat orang lain mengajak orang keluar ke jalan Allah s.w.t tetapi tidak boleh mengundi untuk membentuk kerajaan.

Penguatkuasa pula sibuk memantau aktiviti rakyat yang cintakan keadilan .Sb pula sibuk melihat xpdc Pakatan Rakyat.Merakam gambar pimpinan PR,jenayah semakin tinggi.Taiping sahaja dikatakan 4 kes setiap hari untuk kes rogol/zina bawah umur.Belum lagi pecah rumah ,ragut dan penagihan dadah.

Untuk menangani masalah ini kita perlukan Ketua Kerajaan yang baik,Jentera kerajaan yang baik dan rakyat yang baik.Jadi PRU 13 kita perlu membuang Ketua Kerajaan Yang jahat itu.Agar jentera kerajaan jadi baik dan rakyat menjadi baik.

No comments:

Post a Comment