Wednesday, June 9, 2010

Rupanya Bung Moktar Radin Masih Berani.



Rupanya Bung Moktar masih berani dan nyaring bersuara.Ingatkan sudah beristeri dua ,keberanian sudah tamat.Tetapi berani Bung bertempat. Bung telah mengemukan satu usul untuk dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

Wakil Kinabatangan Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung dan Idris Haron,kini Ahli Parlimen biasa ,dikatakan bertengkar hujah dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Tak mampu untuk berbalas hujah diluar dewan kerana sedikit AP BN,Bung menggunakan kebijaksanaan untuk membawa usul kepada Speaker.

Bagus juga Bung Moktar mula bersuara.Sekurang-kurangnya pengalaman nikmat beristeri dua dapat dikongsi bersama Shahrizat dan Mashitah Ibrahim.Mana tahu Shahrizat membenarkan suaminya pasang lagi seorang.

Tahniah Bung Moktar,dapat menarik perhatian media.Sekurang-kurangnya Najib memandang hebatnya Bung.Mana tahu dapat peluang jadi Menteri!

No comments:

Post a Comment